Memikirkan menu istimewa untuk dijamu ketika minum petang, kek ros bersantan ini bolehlah dijadikan pilihan terbaik.
Istimewanya kek ini bukan sahaja mudah disediakan malah mempunyai rasa berlemak santan yang cukup menyelerakan.
Nak tahu cara penyediaannya, resipi ini dikongsikan oleh Puan Siti Masitah. Jom semak.
Inilah Kek Ros Bersantan. Sedap dinikmati bersama secawan kopi atau teh.
Ads
KEK ROS SANTAN MUDAH
Bahan-bahan :
250gm Tepung Vanilla Sponge Mix
250gm Telur (lebih kurang 5 biji telur saiz B)
60ml Santan
60ml Minyak Jagung
1 camca teh Esen Ros
Sedikit Pewarna Pink
Cara-cara :
Satukan semua bahan kecuali minyak dan pewarna. Pukul guna mixer secara maksimum selama 4 – 5 minit hingga kembang.
Ads
Kemudian masukkan minyak jagung. Pukul sederhana hingga sebati. Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu tau.
Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian letak pewarna pink. Tuangkan adunan berselang-seli ke dalam loyang yang telah digris dan dialaskan dengan baking paper.
Ads
Saya guna loyang saiz 8′ Bakar pada suhu 180°C selama 35 – 40 minit bergantung oven masing masing.
Sambal tempe ada bermacam versi. Ada sambal tempe kering dan juga basah. Sambal tempe selalunya menjadi menu penambah selera. Jika anda suka melancong ke luar negara, sambal tempe sering dibawa bersama untuk dinikmati bersama nasi putih.
Jika anda gemarkan sambal tempe jenis basah, bolehlah cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini. Bilisnya pun rangup. Boleh buat stok simpan dalam bekas kedap udara. Senang bila teringin nak makan.
RESIPI SAMBAL TEMPE BASAH
BAHAN-BAHAN:
4 paket tempe – hiris nipis & goreng garing
4 biji ubi kentang – potong nipis & goreng
2 genggam ikan bilis – goreng garing
2 ½ sudu makan gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam gelugur
1/2 cawan air – sebaiknya guna air panas
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
25 tangkai cili kering
1 biji bawang besar – jika saiz kecil, tambahkan 1 biji lagi
5 ulas bawang putih
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
2. Tambahkan gula, garam, bahan perasa dan asam gelugur. Masak lagi hingga pecah minyak dan sambal garing.
3. Tambahkan air. Biarkan sambal mendidih dan menjadi pekat.
4. Masukkan tempe dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
5. Seterusnya masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaul lagi hingga semua bahan sekata.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, boleh buang lebihan minyak dalam kuali.
Sekarang ini, boleh dikatakan hari-hari kita akan melihat penjual durian di tepi jalan atau pasar lantaran musim durian sedang kemuncak kini. Bagi penggemar durian, inilah waktu yang ditunggu-tunggu untuk menikmati keenakan raja buah itu. Malah, ada yang makan dalam jumlah yang banyak. Malah ada yang mengatakan, bahawa untuk mengelak badan panas, perlu minum dengan air pangsa durian. Melalui kajian oleh Dr Suri Roowi ada menjelaskan dengan cara saintifik.
KENAPA PERLU MINUM AIR GUNA PANGSA DURIAN (SELEPAS MAKAN DURIAN)? – Antara PETUA dan Realiti SAINTIFIK
Biasanya sebahagian kita akan meminum air guna PANGSA DURIAN selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.
Mungkin ADA BENARnya
Kajian yang dilakukan oleh ramai SAINTIS dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis BUAH, menunjukkan bahan khasiat TINGGI dalam KULIT buah khususnya ARI BUAH
Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science 3 ( 2015 ) 255 – 261 menunjukkan KULIT DURIAN bersifat antikencing-manis.
Kulit durian juga kaya dengan ENZIM SEMULAJADI contohnya poligalakturonase
JUSTERU
Esok meminum air guna PANGSA durian selepas makan durian
Lebih elok jika PANGSA durian diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum
Selamat Mencuba
Makan durian ikut kadarnya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila bercakap tentang makanan ketika bersahur, teringat pesan orang dulu-dulu. Katanya ketika bersahur elakkan makan ikan masin atau telur masin. Nanti boleh menjadi sebab tekak cepat terasa haus. Begitu juga jangan makan makanan yang pedas-pedas bimbang pedih perut dan pelbagai lagilah pantang larangnya.
Apa yang pasti, pemilihan makanan yang diambil ketika sahur sangat penting untuk memastikan perut tidak meragam dan diharapkan makanan yang dimakan itu akan dapat memberi tenaga untuk kita laksanakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin.
Umumnya, selain ramai amalkan makan buah kurma ketika bersahur, kita juga boleh makan oat yang disifatkan sebagai makanan yang boleh menyebabkan perut terasa kenyang lebih lama berbanding nasi mahu pun mi.
Bahan utama: OAT (Rolled Oat) Kenapa oat?
– lebih kenyang berbanding nasi
– sesuai untuk sesiapa yang tak selera nak makan nasi ketika sahur
– lebih sihat. Bagus untuk jantung, kurangkan berat badan dan kolestrol.
– mudah dan cepat
– sesuai untuk sesiapa yang tak nak makan berat tapi nak kenyang
Kenapa rolled oat?
Sebab tekstur rolled oat lebih tebal dan kasar berbanding oat biasa. Jadi, bila direndam dalam air atau dimasak, ianya tidak terlalu lembik dan muak bila dimakan. Lagi satu, rolled oat memang asli tanpa sebarang gula atau bahan tambahan lain. Jadi memang ‘clean’ ye.
Macam mana rupa rolled oat?
Ada macam-macam jenama rolled oat ni. Saya paling suka yang merah tu. Boleh beli di kedai bakery, giant, tesco atau aeon. Pasaraya kecil selalunya tak ada rolled oat. Ada oat kisar yang biasa tu je.
Instant oat tak sesuai untuk resepi overnight oat ya. Nama pun ‘instant’ kan, masa nak makan tu baru bancuh. Jika direndam lama nanti kembang semangkuk jadinya. Takut tekak muak tak boleh telan. Instant oat lebih halus dan lembut, serta dah dicampur dengan pemanis/perasa tambahan.
Cara makan:
Boleh dimasak atas api, direndam dalam air panas, dimakan dengan sup/tomyam, dikisar halus sebagai smoothie atau dijadikan overnight oat dan dimakan sejuk.
Bahan-bahan utama:
• 4-5 sudu rolled oat
• Susu low fat/ full cream/ berperisa
• Buah-buahan
* Kiwi tak sesuai untuk overnight ya nanti pahit. Nak makan baru letak.
* Buah segar lagi bagus untuk lawas. Buah kering pun beres.
Bahan tambahan (optional);
• yogurt
• madu
• chia seed/ flaxseed
• kekacang
• peanut butter
• serbuk kayu manis
• serbuk koko
Nota kaki:Ni saya tunjuk cara versi sihat ya. Kalau anda tak kisah pasal kalori, gula dan sebagainya, terpulanglah nak letak apa dan banyak mana kuantitinya.
Tak boleh telan oat? Kembang tekak?
Cuba dulu resepi-resepi ni. Kalau tak boleh telan juga, makanlah roti atau biskut. Tak selera juga? Minum susu dengan kurma je dah.
RESIPI
Overnight oat kurma
– kurma 3 biji. Kisar dengan susu dan chia seed.
– gaul dengan rolled oat. Sejukkan.
Oat mango chia pudding
– 4 sb chia seed dicampur dengan sedikit susu. Biarkan hingga pekat jadi puding.
– lapiskan dengan mangga, susu dan oat.
Banana Dragonfruit smoothie
– kisar rolled oat, pisang, dragonfruit dan susu
– tabur ketulan pisang dan kuaci labu
Semoga Ramadhan kali ini mengajar kita ke arah hidup lebih sihat. Ramadhan kareem everyone. Selamat berpuasa!
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.