Selain ayam goreng, kentang putar merupakan antara makanan yang paling digemari dan menjadi permintaan anak-anak. Itu yang sering menjadi pilihan setiap kali ke restoran segera.

Tapi, takkkan asyik nak ke restoran segera setiap hari kan? Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri kentang putar di rumah kerana caranya sangat mudah. Yang apsti air tangan ibu lebih enak kan dan terjamin kebersihannya.

Jom cuba resipi yang dikongsikan ini. Rasanya pun tak lari jauh dari kentang putar ala KFC.

BAHAN-BAHAN
8 biji kentang

IKLAN

1 kotak kecil susu segar

Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)

IKLAN

Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Senangnya Buat Kentang Putar Homemade Ala KFC Yang Disalut Gravy Black Pepper Meleleh, Terliur Tengok. Confirm Anak Suka Ni!

Cara membuat:

IKLAN
  • Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam.
  • Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
  • Bila kentang sudah empuk, toskan air.
  • Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
Senangnya Buat Kentang Putar Homemade Ala KFC Yang Disalut Gravy Black Pepper Meleleh, Terliur Tengok. Confirm Anak Suka Ni!
  • Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
  • Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..sy guna hand blender nk senang.. Dpt texture halus.
  • BAHAN-BAHAN RESEPI SOS (GRAVY)
    – 1 labu bawang besar (dadu)
    – 2 ulas bawang putih (dadu)
    – 4 sudu butter
    – 2 sudu tepung gandum@ jagung
    – 2 kiub ayam
    – lada hitam dan sulah
    – 2 1/2 cawan air
Senangnya Buat Kentang Putar Homemade Ala KFC Yang Disalut Gravy Black Pepper Meleleh, Terliur Tengok. Confirm Anak Suka Ni!

CARA-CARA:

  • Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel).
  • Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
  • Masukkan air ( sikit2 sambil kacau ) dan kacau sehingga sebati.tutup api masuk blender.. kisar sampai semua hancur. Masak balik atas api sederhana

Senangnya Buat Kentang Putar Homemade Ala KFC Yang Disalut Gravy Black Pepper Meleleh, Terliur Tengok. Confirm Anak Suka Ni!

  • Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
  • Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
  • Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.Siap!
Senangnya Buat Kentang Putar Homemade Ala KFC Yang Disalut Gravy Black Pepper Meleleh, Terliur Tengok. Confirm Anak Suka Ni!
Senangnya Buat Kentang Putar Homemade Ala KFC Yang Disalut Gravy Black Pepper Meleleh, Terliur Tengok. Confirm Anak Suka Ni!

Sumber: Cik Lyns Kitchen

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI