Bukan mudah jika memask sambal supaya rasa sedap, likat dan berkilat.
Masak sambal termasuk sambal nasi lemak atau sambal udang.
Nak tahu rahsia supaya sambal jadi lebih sedap ikuti resipi puan Nurfaryana Nazari. Boleh cuba!
Bahan-bahan dan cara penyediannya:
Ads
Cili kering 2 genggam, rendam air panas, blend dgn selabu bawang besar, 2 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, seinci halia, sebtang serai(ikut nak bubuh atau tak) blend dgn minyak bekas goreng ikan bilis 2 senduk(ni akan buat sambal tu sedap) n sedikit air..
Panaskan minyak, masuk daun pndan sehelai n tuang bhn blend, tumis smpai pecah minyak, masuk skeping asam / asam jawa.. letak garam n gula + gula merah..
Masukkan bilis yang digoreng, gaul sebati, boleh tutup api bila nmpk minyak n sambal tu tpisah mcm dlm gmbar.. buat sambal ni mmg pakai minyak banyak, nanti bila nak mkn, boleh buang sikit lapisan minyak tu.
Jika nak buat sambal udang, sama ja langkahnya cuma tambahkan saja hirisan bawang besar dlm smbal.. rasanya lebih manis, sesuai utk masakan udang.
Awas, pastikan jenis cili kering yang korang guna, jika macam saya dalam gmbar tu, kecil krnting sikit memang pedas namateyy.. so, nak kurangkan pedas, campur sebiji tomato dan suku batang carrot.. insyaAllah pedas smbal tu kurang.. (petua org dulu2) memang menjadi saya buat.
Ads
Ada pelbagai keperluan untuk memasak dengan mudah,ini selanjutnya.
Selamat mencuba. Bagi nak buat meniaga nasi lemak, guna la resepi ni, insyaAllah customer korang teringat-teringat.
Ads
Sumber: Nurfaryana Nazari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
Peram selama sebulan.
Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
10 mL pati + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Mencari kelainan untuk memasak menu sarapan untuk hari ini, apa kata sediakan sahaja Roti Paratha Sosej Cheese yang pastinya mampu memancing selera anak-anak.
Menu ini jsesuai untuk dijadikan menu bekal anak-anak ke sekolah atau dijadikan pilihan menu untuk kita sekeluarga lakukan aktiviti berkelah pada hujung minggu dan sebagainya.
Bahkan kita hendak sediakan juga sangat mudah dan cepat. Tanpa perlu mengambil masa yang lama, hidangan yang menyelerakan terhidang untuk dinikmati.
Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur kita sediakan resipi yang dikongsikan oleh Izz Aishah ini
Roti Paratha Sosej Cheese
Bahan-Bahan:
– roti paratha
– sosej
– cheese keping
– kuning telur (untuk di sapu pada roti paratha)
Cara Membuat:
– Potong roti paratha macam dalam gambar
– Letak kan cheese dan sosej lepastu gulung.
– Sapu kan kuning telur
– Bakar dengan AF pada suhu 190c selama 7-10 minit . Nak guna oven pun boleh .
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP