Secara umumnya, badan berasa sakit apabila tahap toksin dalam badan menjadi terlalu tinggi. Terdapat banyak cara untuk membuang toksin dari badan.
Wajar untuk kita mengeluarkan racun (detoks) dari dalam tubuh untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat.
Apa itu detoks?
Detoks adalah cara untuk membersihkan tubuh dari racun. Kita melakukan hal tertentu dalam jangka waktu tertentu yang bertujuan untuk membersihkan tubuh dari racun lingkungan dan makanan yang ada dalam tubuh.
Bagaimana cara melakukan detoks?
Ia dilakukan dengan cara tidak mengambil makanan tertentu, meningkatkan pengambilan buah dan sayur, tidak minum minuman kafein dan banyak minum air putih
Terdapat 7 tahap melakukan detoks cara sihat:
Ads
1.Air lemon setiap pagi
Ini dapat membantu badan anda untuk Flush Out toksin dan mengalkalikan (alkalizes) badan anda. Selain itu anda juga boleh menambahkan dua sudu cuka epal kedalam satu gelas air kosong. Hippocrates menemukan cuka epal adalah pembersih dan penyembuh elixir yang kuat, antibiotik dan antiseptik yang berlaku secara semulajadi yang melawan kuman dan bakteria untuk kehidupan yang lebih sihat, lebih kuat dan lebih lama. Jangan Lupa untuk minum banyak air kosong untuk meneruskan proses pembuangan toksin.
2,Jadikan Sayur-Sayuran dan Buah-buahan Sebagai Jus Minuman.
Mulakan hari anda dengan membuat jus epal, lobak merah, lemon, halia, atau kunyit. Sayur-sayuran seperti ini juga membantu untuk membuang toksin didalam badan anda.
3. Tenangkan hati dan fikiran
Setidaknya luangkan waktu selama 10 minit untuk dapat menenangkan diri. Hati dan fikiran yang tenang dapat membantu tubuh dalam melakukan detoksifikasi. Tarik nafas dalam-dalam dapat membantu paru-paru mendapatkan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida lebih baik. Ini juga dapat membantu melancarkan metabolisme tubuh, sehingga makanan yang anda ambil dapat dicerna dengan baik.
4) Minum teh hijau atau teh herba.
Teh hijau dan teh herba sangat bagus untuk badan kerana teh ini membantu detoksifikasi badan dan membersihkan toksin.
Ads
5. Lakukan senaman
Selama melakukan detoksifikasi, lebih baik luangkan waktu anda setidaknya satu jam setiap hari untuk melakukan senaman. olahraga. Peluh yang keluar ketika senaman dapat membantu mengeluarkan toksin yang ada dalam tubuh. Senaman juga dapat membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh, sehingga membantu tubuh mengeluarkan toksin melalui peluh.
6) Kurangkan atau singkirkan Terus Pengambilan Gula.
Jika anda merasakan ingin kemanisan di dalam hidangan anda, anda boleh menggantikan gula dengan pilihan manisan yang lebih natural seperti stevia, madu, gula kelapa, kurma, ataupun sirap maple.
7) Dapatkan tidur yang cukup
Rehat yang cukup adalah salah satu cara terbaik untuk menyegarkan badan anda. Sekarang ni ramai yang tidak menitikberatkan soal tidur yang cukup dan berkualiti. Ubah gaya hidup anda dan dapatkan tidur yang cukup untuk badan yang sihat.
Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh bahawa buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di dala perut. Malah banyak lagi manfaat lainnnya untuk kesihatan tubuh badan.
Biarpun ramai mengetahui kebaikan buah delima ini, namun adakah anda tahu daun delima juga tidak kurang hebatnya bermafaat untuk dijadikan minuman herba.
Apakah kebaikannya? Ketahuinya melalui perkongsian ini.
REBUSAN DAUN DELIMA
Kepada yang mengalami masalah payah *membuang* elok di amalkan setiap hari selama seminggu berturut2 secawan sehari.
Cara merebus:segenggam daun delima di rebus dengan 3 gelas air di jadikan segelas. Di minum seminggu 2 ke 3 hari dalam seminggu.
Khasiat Rebusan Daun Delima Dikatakan :
1. Membantu masalah susah tidur malam/ insomnia.
2. Bertindak sebagai antiseptik dan anti bakteria untuk masalah sakit dalam perut yang di sebabkan oleh kuman / bakteria .
Terutama kepada yang mengalami masalah pencernaan , jika di minum rebusan daun delima ini selama 5 hari berturut akan memberi kelegaan untuk pembuangan.
3. Pokok Delima mengandungi khasiat anti oksidan yang boleh menjadikan pengamal rebusan daun delima menjadi awet muda mencegah kedut.
4. Bagi yang mengalami anemia dan lemah sangat sesuai minum rebusan air daun delima ini kerana ianya mengandungi zat besi yang tinggi.
5. Sesuai untuk orang yang mahu turunkan berat badan kerana rebusan daun delima ini membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak secara semula jadi.
Ekstra info
Rasanya tidak pahit hanya rasa seperti teh o kosong. Kalau mahu di tambah madu asli pun bagus
Pengambilan makanan yang terlampau di bulan Syawal ini buat kulit muka makin tak terjaga, berminyak dan makin ketara jerawatnya.
Kalau muka makin teruk ada baiknya anda kembali menjaga kulit wajah. Harus berikan lebih perhatian.
Namun tiada salahnya jika anda mencuba cara alami dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Lebih senang, cepat dan tidak perlukan sebarang kos.
Malah cara ini juga lebih selamat dan diyakini. Jom cuba semua langkah ini.
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Minum Minyak Kelapa Dara
Mengamalkan minum minyak kelapa dara antara yang patut anda lakukan. Amalan ini sebenarnya bukan hanya sihat untuk dalaman tetapi cukup baik untuk kulit luaran. Ia merawat sel kulit serta merawat masalah kulit kering. Tambahkan minyak sebagai diet harian dan lihat hasilnya.
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mencegah lebih baik dari mengubati. Menurut Dr Hamid Arsht punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidak diketahui .
Justeru, bagi memastikan hal ini tidak mengundang masalah kepada sistem peranakan, seseorang wanita patut mengamalkan makanan tersebut.
Punca sebenar bagi penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .
Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut
Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat-sifat kewanitaan, kecantikkan, fungsi-fungsi seks, bentuk badan dan lain-lain.
Tindakan estrogen terhadap tisu-tisu biasanya diseimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabka wanita tidak mengalami penetasan telur / ovulation.
Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.
Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesiti. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukan estrogen serta pengurangan Progesteron.
Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.
Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enzim aromatase diperlukan.
Langka-langkah mengawal estrogen.
1, Kekalkan berat badan ke tahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.
2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron
3.Mengawal stres. Selain boleh meningkatkan hormon cortisol/steroid, stres juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
Pengambilan makanan yang berkhasiat.
Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:
1.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.
2.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.
3.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggung jawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan
4. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.
5. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.
6.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.
7. Oat
Oat adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.
8. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz ke dalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.
9. Bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping mengandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.
10. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron
11. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.
12. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented seperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bakteria baik untuk badan dan melawan bakteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen
13.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen
14. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.
15. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.
16. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen
Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormon serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.