Masuk je bulan ramadan, semua aim nak diet! Konon bila raya nanti boleh la pakai baju cantik-cantik.. Betul tak?
Secara logik akal, mungkin ramai individu yang akan fikir bahawa bulan Ramadan adalah ketika yang paling sesuai untuk anda mula berdiet kerana berpuasa itu hal wajib.
Ya, anda mungkin betul tentang perkara di atas kerana dengan puasa wajib bagi penganut agama Islam, individu secara tidak langsung hanya akan makan pada waktu tertentu.
Pun begitu, ia juga boleh jadi satu masalah kerana individu cenderung untuk makan dengan lebih sedap dan banyak pada waktu sahur dan iftar lantas menjadikan usaha diet anda itu rosak.
Sebenarnya, keputusan terletak di tangan individu. Anda mungkin tidak perlu tunggu sehingga bulan puasa tiba baru hendak mula diet kerana bila-bila masa sahaja anda boleh bermula.
Namun jika anda masih ingin cuba untuk berdiet dengan berpuasa, jangan putus asa dan teruskan!
Kredit shuttershock
Antara tip-tip penting di bulan Ramadan!
Di bulan puasa, ia adalah peluang utama untuk kita semua memulakan atau mengamalkan cara dan gaya pemakanan yang baik. Dengannya, tubuh badan akan jadi lebih sihat.
Walaupun anda tidak boleh makan dari terbit fajar hingga tenggelam matahari, namun anda masih boleh makan pada waktu sahur dan iftar dengan juadah yang sihat.
Dengan berpandu kepada beberapa tip-tip penting di bawah, tubuh badan anda akan kekal sihat:
#1. Minum air kosong dengan secukupnya
Bukan pada waktu anda sedang berpuasa ya! Anda masih boleh minum air kosong dengan secukupnya di antara waktu iftar dan sahur untuk mengelakkan kondisi dehidrasi.
Jumlah yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 10 gelas kerana anda sudah tidak makan dan minum kira-kira 12 jam puasa pada waktu siang. Maka, sila cukup minum air.
Apa yang penting, adalah sumber air tersebut disarankan dalam bentuk air kosong dan bukan air bergula, berkafein mahupun beralkohol kerana ia adalah pilihan yang salah.
Ads
#2. Sahur dengan makanan yang mengenyangkan
Sahur itu sangat penting bagi menyediakan sumber tenaga untuk individu mengekalkan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan mental sepanjang tempoh anda berpuasa.
Pengambilan karbohidrat kompleks daripada banyak sumber seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, daging, telur, tenusu dan lain-lain itu amat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
#3. Iftar dengan makanan yang menyegarkan
Iftar itu lebih penting untuk mengisi semula perut yang telah lama menahan lapar dan dahaga. Namun, waktu ini bukan lesen untuk kita semua melantak seperti lupa dunia.
Pengambilan protein, vitamin, mineral dan lain-lain nutrisi adalah sangat penting untuk mengecas kembali sumber tenaga yang hilang. Cuma, pastikan juadah anda itu sihat.
Menu diet berbuka puasa dan bersahur untuk anda
Sekiranya anda berdiet dan berpuasa dalam masa yang sama, ia tiada masalah. Apa yang perlu anda beri lebih perhatian adalah tentang menu diet berbuka puasa dan bersahur itu.
Ads
Berikut adalah contoh -jenis jenis hidangan yang mungkin boleh anda amalkan ketika iftar dan sahur:
menu diet berbuka puasa
Sahur
Antara contoh menu yang baik di waktu sahur adalah roti, biskut, nasi, telur, tenusu, minuman malt coklat berserta sayur seperti salad dan buah seperti kurma. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan juadah bersahur yang lebih sedap, mudah dan berkhasiat.
Cadangan: Sandwic berinti telur, keju dan sos @ krim kegemaran berserta minuman coklat panas.
Menu diet berbuka puasa atau iftar
Antara contoh menu yang baik di waktu iftar adalah nasi, mi, bihun, pasta, daging, minuman teh herba, berserta sayur seperti salad dan buah seperti kurma. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan juadah berbuka puasa lebih sedap, mudah dan berkhasiat.
Cadangan: Nasi putih berlauk sup daging, sayur timun, buah kurma berserta minuman teh hijau.
Moreh
Jangan dilupa juga waktu moreh sama ada di rumah atau di surau usai solat tarawih ya?
Ads
Selepas menikmati menu diet berbuka puasa, anda mungkin masih rasa lapar terutama selepas solat terawih.
Anda mungkin boleh makan pada waktu lepas isyak ini dengan hidangan yang agak ringan seperti roti, biskut dan pelbagai jenis snek sihat untuk kekal bertenaga menjalani ibadah di bulan mulia ini.
Cadangan: Bubur nasi @ lambuk berlauk daging ayam berserta minuman buah lemon atau limau.
Mengambil air manis atau dengan kuantiti gula yang tinggi sememangnya perlu dikurangkan terutama buat pejuang garis dua.
Menurut satu kajian, pengambilan gula secara berlebih terutama minuman manis boleh menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki.
Ini bermakna sekiranya anda sedang dalam fasa TTC atau ‘trying to conceive’, dinasihatkan agar menghadkan pengambilan gulan supaya kekal subur.
Pengambilan gula secara berlebih terutama dalam air manis boleh mengakibat kualiti air mani terjejas, penambahan berat badan dan rintangan insulin.
1. Rintangan insulin
Insulin adalah hormon yang dirembeskan oleh pankreas. Peranan utamanya adalah untuk mengawal paras gula darah dalam badan anda.
Rintangan insulin bermaksud ketidakupayaan otot, lemak dan sel hati untuk bertindak balas terhadap insulin dan menyerap glukosa daripada darah anda. Oleh itu, pankreas akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk memudahkan kemasukan glukosa ke dalam sel anda.
2. Kualiti air mani terjejas
Sama seperti wanita, kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuk pengambilan gula. Satu kajian menunjukkan penggambilan gula secara berlebihan dikaitkan dengan pengurangan kepekatan sperma pada lelaki.
Penurunan kepekatan yang ketara dilihat daripada pengambilan gula daripada minuman ringan dan gula dalam produk makanan.
Pengambilan minuman ringan dalam kajian ini tidak berlebihan, dengan purata hanya 0.2 minuman sehari, tetapi ia masih mengurangkan kepekatan sperma antara 18-23%.
3. Penambahan berat badan
Terlalu banyak gula dalam pemakanan seharian boleh menyebabkan penambahan berat badan dan peningkatan lemak dalam badan.
Walaupun penambahan berat badan yang sederhana mungkin bermanfaat untuk kesuburan jika anda dianggap kurang berat namun pengambilan gula bukanlah cara yang ideal.
Sebaliknya, anda boleh menyokong kesuburan anda dengan menambah berat badan dengan diet yang sihat dan padat kalori jika anda kurang berat badan.
Sekiranya anda dan pasangan sedang dalam fasa TTC, kurang-kurangkanlah mengambil minuman bergula. Biar sihat!
Naluri keibuan pasti tersentuh melihat penderitaan si kecil ini. Apa tidaknya, dalam usia yang baru menjangkau 5 bulan, si kecil bernama Afiya mengalami masalah kulit yang serius. Menurut doktor, Afiya disahkan mengalami ekzema sejak usianya 2 bulan lagi.
Penderitaan baby Afiya rupa-rupanya turut mendapat simpati dari Datin Paduka Eina Azman. Beberapa bulan yang lalu, Eina Azman pernah membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kulit ekzema bertemu dengan pakar bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Terbaru, pelakon ini sekali lagi bermurah hati menghulurkan bantuan buat seorang bayi perempuan bernama Afiya yang mengalami masalah kulit sejak berusia dua bulan.
Menurut Eina Azman, semuanya bermula selepas ibu saudara kepada Afiya menghubunginya melalui instagram.
Salam semua… today eina nak share dengan u all about baby Afiya yang baru berumur 5 bulan. Baby afiya kena Eczema since umur 2 bulan. So adik kpd kak yani yang dm eina bertanya mengenai budak2 yang eina pernah tlg sblm ini. Dia tanya clinic atau hospital mana yang eina bawa sblm ni.
Atas keprihatinan Eina Azman membawa Afiya bertemu pakar dari klinik yang sama sebelum ini.
Dan dia ada hantar gmbr baby afiya. Terus eina ckp nk tlg sbb tgk keadaan baby afiya kulit dia yang dah mengelupas dan pedih2 berdarah. Sure pedih tu 😢😢 so Alhamdullilah today all the way from kluang johor family kak yani dtg bawa baby afiya utk mencuba rawatan di clinic pakar yang eina sering bawa budak2 yang ada sakit kulit.
Hopefully kulit baby afiya akan cepat sembuh🙏🏻🙏🏻🙏🏻 so for those yang nak membantu or menghulur kan apa2 utk baby afiya boleh transfer ke account 0310529000248278 BSN NURUL ELYANI 😊
Nak awet muda dan sihat secara semula jadi, bukan susah pun. Paling penting tak perlu modal yang mahal, asalkan betul dan sesuai dengan caranya.
Amalan air detoks sangat sesuai buat anda yang ingin kurus dan sihat tanpa sebarang implikasi pada tubuh. Saudari Hazirah Maulana berkongsi tip untuk anda.
Ini detox cara saya. Sihat dan awet muda secara semula jadi. Perah dan masuk kan hirisan nipis lemon ke dalam air suam putih. Biarkan seketika khasiat lemon meresap ke dalam air. Selepas itu, sejuk kan di dalam peti. . Bila bangun pagi. Minum sedikit air suam sebagai intro untuk badan dan minum air detox ini.
Khasiat lemon yang orang kena tahu:
1) mengalkalikan tubuh. Dah makan macam macam, asid jadi bnyak. Bila asid banyak, mudah lesu dan tak bermaya. Ini cara untuk alkali kan tubuh supaya kembali segar.
2) Vitamin C yang tinggi pada lemon boleh mencantikkan kulit dan awet muda secara semula jadi
3) Membantu penghadaman dan merangsang pergerakan usus. Efeknya akan rasa mudah membuang. Toksik dalam badan pun boleh keluar dengan mudah.
4) Minum air lemon pada waktu pagi boleh bakar lemak dengan efisyen. Asid sitrik dalam lemon membantu proses detox pada organ hati. Organ hati yang sihat dapat berfungsi dengan baik untuk memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar dan ini sangat penting dalam menurunkan berat badan. . Amalkan setiap hari. Korang akan rasa sihat, awet muda dan kurus tanpa sengaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.