Walaupun sudah hampir setengah tahun, masih sempat lagi untuk didik diri menabung.Kepada yang belum start lagi, boleh cuba cara wanita ini buat.
Strategi wanita ini menabung memang menarik. Menggunakan konsep tabung tunggang terbalik.
Nak tahu cara bagaimana caranya. Ikuti cara
HudaIdris berkongsi tip menabung cara terbalik di laman facebooknya supaya menjadi inspirasi buat semua.
Ads
TIPS MENABUNG TUNGGANG TERBALIK
Kalau namanya susah nak menabung, selagi tak start memang sampai bebila la tak menjadi kan.
Anak-anak tengah membesar ni sedang elok la kita ajar menabung. Sesikit tetiap hari pun takpe. Lelama nanti banyak jugak kan.
Ads
Mak pak plak meh mama share tips menabung cara tunggang tebalik ni ha. Sebulan boleh dapat RM465 tau. Manyak tuuuu.
Sedang elok la minggu ni ada yang dah gaji kan. Time tengah berduit ni lagi bagus kalau kita mula selagi belum lupa daratan dan lautan nyopping sana sini. Hehe.
Buat jadual macam dalam gambar ni. Contoh bulan Nov 2018. Bulan Nov kan ada 30 hari. Belah kiri letak tarikh, tengah jumlah duit, hujung tu column untuk tick setiap kali dah masukkan duit dalam tabung.
Ads
Alaa, botol kuih raya aritu kan banyak. Guna je botol tu buat tabung. Apadehal. Haha
Tetiap hari jangan miss masuk duit ikut jadual tu. Bila masuk tengah bulan pun selambe badak je nanti boleh masukkan duitnya. Ye la kan, makin hari makin sikit jumlah nak kena masukkan. Bijak takkk?
Kalau bulan tu 31 hari dapat RM496. Perghhh, sedang elok la bulan Dec nanti nak pakai duit banyak anak-anak nak sekolah tahun depan kan. Boleh la jugak buat ringan beban bayar memacam yuran sekolah anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Indahnya kehidupan ini bahawa setiap kesukaran hidup itu penghujungnya ada manisnya! Siapa sangka seorang lelaki tua merupakan penduduk miskin menerima kurniaan rezeki yang tidak disangka apabila dapat menjejakkan kaki ke Makkah.
Kisah benar seorang warga negara Ghana yang daif kehidupannya, sekelip mata dapat menunaikan ibadah Haji dengan kebaikkan dalam dirinya.
Kejadian sebuah pesawat kecil, Drone milik sebuah saluran televisyen di Turki yang jatuh berdekatan rumahnya tidak menjadikan tamak untuk mengambil baranga bukan miliknya.
Dengan ikhlas hati mengaku menjumpai dan menyerahkan pesawat Drone berkenaan kepada pihak yang bertanggungjawab telah melahirkan rasa kagum di kalangan mereka dengan sikap amanah lelaki itu.
Ketika menyerahkan pesawat Drone yang amat bernilai itu, secara berseloroh lelaki berkenaan meluahkan niatnya untuk menunaikan ibadah Haji ke Mekkah.
Dengan kebaikkan yang ditonjolkan , pihak pemerintah Turki telah menaja lelaki berkenaan ke Makkah.
Nyata, rezeki itu rahsia Allah. Siapa kita untuk tidak menidakkannya. Sentiasa melakukan amalan untuk yang menjemput rezeki yang melimpah ruah dan tidak disangka. Moga kisah ini menjadi inspirasi kita untuk terus melakukan amalan yang baik sepanjang kehidupan ini.
Rezeki datang tanpa di sangka
Bila Allah Azzawajalla Berkehendak
Bapak (Dalam photo dibawah ini) adalah penduduk miskin yg hanya berharap kepada Allah swt, hidup di negara Ghana yg terkenal akan kemiskinannya. Jatuh sebuah pesawat Drone didekat rumahnya, milik Chanel sebuah televisi Berita Turki.
Datanglah team rombongan televisi tersebut memastikan keberadaan Drone yang ada ditangan bapak ini. Kemudian bapak tersebut menyerahkan pesawat Drone kepada mereka tanpa merasa itu kepunyaannya, apalagi memilikinya.
Dan sambil tersenyum sang bapak berkata “Apakah kalian punya pesawat yg ukurannya lebih besar dari ini yg bisa membawaku ke Makkah untuk Haji???
Berkata sambil tertawa dan menyerahkan pesawat drone itu kepada mereka. Para wartawan mengabadikan moment ini dan ditayangkan dalam acara televisi, akhirnya sampailah berita kepada pemerintah Turki.
Subhanallah, Pemerintah Turki terkesan dan membiayai semua biaya Haji untuk sang bapak. Alhamdulillah sekarang beliau sudah sampai di Jeddah.
Apabila Allah menginginkan kebaikan untukmu, Allah bentangkan bagimu dunia ini dengan mudah, Krn semua itu adalah tentara Allah yg bisa merealisasikan apa yang kamu inginkan & Allah takdirkan bagimu.
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri”
Sememangnya pasti ramai setuju bila lepas kahwin, pasangan lebih banyak pertengkaran dan selisih faham berbanding semasa mereka mengenali hati budi. Betul tak?
Mana tidaknya, dalam fasa hidup bersama ni tak semuanya berjalan dengan baik. kadang sekecil perkara pun boleh dijadikan topik untuk bergaduh. Namun, janganlah sampai berlarutan dan menjadi sesuatu yang tak diingini berlaku.
Baru-baru ini, pakar motivasi terkenal di Malaysia siapa lagi kalau bukan Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah ada berkongsi tiga ayat yang berkemungkinan boleh meredakan kemarahan pasangan.
Sedang bertengkar dengan pasangan? Balas 3 ayat ini untuk tenangkannya:
1. “Saya memang marah dan kecewa juga tetapi tu semua tak mengurangkan sedikit rasa sayang saya pada awak.”
2. “Saya tahu kita tengah struggle sangat-sangat sekarang, tetapi saya takkan kemana-kemana. Kita akan tetap perjuangkan bersama-sama.”
3. “Saya nak keluar kejap. 30 minit je. Dah tenang nanti, kita bincang semula baik-baik ye,” tulisnya.
Dalam pada itu, beliau juga turut meninggalkan pesan kepada pasangan suami isteri sedaya upaya untuk uruskan amarah dengan baik.
“Buat para suami isteri,
“Api jangan di lawan dengan api. Perlu bertindak jadi air. Sentiasa tenang, damai dan meredakan api yang marak.
“Bertengkar dengan pasangan itu adalah benda biasa dalam kehidupan tetapi sejauh mana kita menguruskan pertengkaran itulah yang akan menjadikan tindakan kita jadi luar biasa.
“Renung-renungkan dan selamat berdamai. Binalah syurga dalam rumahtangga kamu semua ya.” tambahnya.
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa hibanya apabila anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya memberitahu dia mimpi ayahnya kerana terlalu rindukan bapanya itu.
Fattah berkongsi perkara itu ketika menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya kurang meluangkan masa dengan anaknya.
Kata Fattah meskipun jadual kerjanya padat namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.
“Perkongsian Instagram baru-baru ini menunjukkan antara momen saya dapat berjumpa dengan Fatima tapi sudah tentu situasi tidak sama macam dulu.
“Kalau ada yang kata saya sibuk sehingga ketepikan Fatima, itu tidak benar. Jadual kerja saya sudah disusun awal dan tarikh melawat Fatima juga sudah dipersetujui.
“Dalam sebulan, saya dibenarkan melawat dan bermalam bersama Fatima beberapa kali.
“Saya sentiasa masukkan waktu melawat dan bermalam dengan Fatima dalam jadual saya. Tiada istilah saya sibuk dan tidak masa untuk Fatima,” katanya.
Pun begitu kata Fattah apa yang membuatkan dirinya paling terkesan adalah emosi Fatima tambah pula anak kesayangannya itu mengadu mimpikan dirinya.
Akui Fattah lagi dia tidak dapat menahan sebak dan rasa sedih apabila Fatima pernah bermimpikan dirinya kerana terlalu rindu.
“Paling membuatkan saya sedih ialah apabila Fatima beritahu dia mimpi daddy. Beberapa malam dia mimpi dan ingin bertemu dengan saya. Itu membuatkan saya tersentuh,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di