Siapa yang tidak risau apabila anak tersayang yang sihat, tiba-tiba mengalami jangkitan. Tentu ia akan menjadi igauan buat ibu bapa. Dah lah sekarang ni macam-macam penyakit menyerang anak-anak. Jadi ibu ayah kena berjaga-jaga dan alert nak elak semua ni.
Memang tidak dinafikan anak kecil mudah terkena jangkitan penyakit. Namun, bak kata perpatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Dikesempatan ini, perkongsian oleh Dr Zulkifli Mohamed Sharif tentang tidak membawa anak keluar ke tempat awam sehingga usia tiga tahun adalah cara untuk mencegah jangkitan penyakit.
Jom semak!
Masa anak saya baby dulu memang malas nak angkut keluar rumah.
Ads
Kita pendam aje kat rumah dan kawasan rumah. Kalau balik kampung aje ye ..berangkut.
Ads
Anak-anak kecil always at risk of contracting infectious disease.
Berapa ramai orang dewasa yang jadi disease carrier berjalan kesana kemari di shopping complexes dan tempat-tempat awam.
Ads
Sistem immune kanak-kanak ni mature lebih kurang umur dua tahun setengah ke tiga tahun.
Rumah ku syurga mereka masa mereka kecil. Sebab itu kita ibu bapa jangan terpekik terlolong di dalam rumah. Pekik aje dalam kereta tak de sapa dengar … lolong di tepi jalan ..baru glemer.
Buka tutup mata dah masuk tadika ….. baru lah depa ni jumpa budak budak lain secara jemaah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Datuk Siti Nurhaliza taja 20 pasangan program IVF, usaha murni bantu miliki zuriat dipuji warga maya. Anak adalah penyeri rumah tangga selain penyambung zuriat dalam sesebuah perkahwinan.
Bagaimanapun bukan semua pasangan yang berkahwin melalui jalan mudah untuk memiliki zuriat. Ada pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun namun masih belum berpeluang memiliki zuriat.
Persenyawaan in vitro (IVF) adalah usaha buat pasangan memiliki zuriat. Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @nurjiwafoundation
Video berkenaan memaparkan Tokti yang memberi tahu bahawa di bawah yayasan Nurjiwa Foundation akan mengadakan program IVF bagi 20 pasangan yang telah berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata.
Assalamualaikum, kami ingin berkongsi berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai zuriat untuk menyertai Program IVF Nurjiwa. Anda boleh semak kelayakan seperti berikut:
Kriteria Kelayakan: – Warganegara – Pendapatan bulanan bersama tidak melebihi RM6000 – Tempoh perkahwinan melebihi 5 tahun – Umur isteri hendaklah 36 tahun kebawah – Lulus pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre (Kos pemeriksaan adalah tanggungan sendiri)
Permohonan adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja.
Daftar sekarang di: [https://forms.gle/AofVeCKGwhdQPgVJA]
Rata-rata ramai warga maya terpegun dengan video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa program yang dibuat oleh Tokti bersama suaminya di bawah yayasan tersebut akan memberi sinar baru dalam kehidupan pasangan yang kurang berkemampuan tetapi teringin untuk memiliki zuriat.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Kehilangan insan tersayang cukup perit untuk diterima, namun, pelakon Elfira Loy reda dan akur dengan ketentuan ilahi.
Elfira berkongsikan khabar duka apabila nenek kesayangannya, Siti Rokiyah Saad menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis yang lalu.
Menurut elfira, Allahyarham neneknya disahkan positif Covid-19 selepas lima hari dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan di bahagian kaki.
Katanya, selain arwah beberapa pesakit yang berada di wad yang sama turut terkena jangkitan virus bahaya itu.
“Sebenarnya berat nak cerita belum cukup nafas nak tahan air mata ni. Nenek saya warded dekat hospital sebab operation kaki, Alhamdulillah semua okay cuma memang duduk hospital untuk di monitor.
“Selepas beberapa hari, dah sampai giliran dia untuk suntikan vaksin. Alhamdulillah semuanya okay… Nenek tak alami sebarang simptom teruk.
“Tapi selepas lima hari tak silap, nenek disahkan positif disebabkan ada outbreak dalam wad.
“Ada berbelas orang disahkan positif… ia berlaku di hospital, puncanya dari siapa tak masih tak tahu. Memang terkilan tapi Allah yang menentukan, kami hanya reda dengan ketentuan ini.
Dalam perkongsiannya yang terbaru, Elfira memuat naik sekeping gambar menunjukkan pusara arwah neneknya dari kejauhan.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah, dah selesai semua proses pengebumian nenek saya pada hari Jumaat yang mulia ini,” tulisnya.
Bagaimanapun, Elfira tidak berkongsi lanjut tentang waktu, punca kematian dan lokasi neneknya dikebumikan.
“Atok, Fira sayang atok. Fira takkan lupa doa untuk atok hari-hari. Fira minta pada Allah supaya atok tenang di sana, hiasi kubur seperti di taman syurga.
“Fira minta atok tak rasa keseorangan. Atok tak suka duduk seorang kan. Fira ada di sini. Solat, doa dan sedekah untuk atok. Al-fatihah atok, Siti Rokiyah Saad,” tulisnya lagi.
Sementara itu, adik Elfira iaitu pelakon Ahmad Ezzrin Loy bersyukur diberi peluang melaksanakan proses pengebumian Allahyarham dengan memakai pakaian lengkap perlindungan diri (PPE).
“Malam semalam (Khamis) kami kehilangan nenek tersayang. Saya sangat bersyukur dapat menemaninya buat kali terakhir hari ini.
“Terima kasih juga kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kerana menyediakan saya dan Abang Faris (suami Elfira) untuk pengebumian nenek. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.