‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Peribahasa ini memberi maksud perangai atau sifat seorang anak yang persis dengan ibu bapanya. Cuba anda bayangkan, jika adab anak anda sangat baik di hadapan individu lain. Sudah pasti anda yang dapat pujian, bukan?
Pun begitu, bagaimana pula jika anak anda adalah seorang yang nakal dan tidak mempunyai adab yang sopan? Individu lain pasti akan melabel anda sebagai ibu bapa yang gagal.
Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengajar anak anda agar membesar menjadi seorang individu yang beradab, bersopan dan berguna dewasa kelak.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
Buat ibu bapa, sila tanamkan dan terapkan adab dengan ibu bapa dan individu lain ini dalam diri anak anda supaya dia membesar menjadi seorang yang beradab dan disenangi oleh individu di sekeliling mereka.
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Ads
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Ads
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Ads
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Ajarkan adab seorang anak ini sejak kecil lagi!
adab mendidik anak
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
Kehilangan insan tersayang cukup perit untuk diterima, namun, pelakon Elfira Loy reda dan akur dengan ketentuan ilahi.
Elfira berkongsikan khabar duka apabila nenek kesayangannya, Siti Rokiyah Saad menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis yang lalu.
Menurut elfira, Allahyarham neneknya disahkan positif Covid-19 selepas lima hari dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan di bahagian kaki.
Katanya, selain arwah beberapa pesakit yang berada di wad yang sama turut terkena jangkitan virus bahaya itu.
“Sebenarnya berat nak cerita belum cukup nafas nak tahan air mata ni. Nenek saya warded dekat hospital sebab operation kaki, Alhamdulillah semua okay cuma memang duduk hospital untuk di monitor.
“Selepas beberapa hari, dah sampai giliran dia untuk suntikan vaksin. Alhamdulillah semuanya okay… Nenek tak alami sebarang simptom teruk.
“Tapi selepas lima hari tak silap, nenek disahkan positif disebabkan ada outbreak dalam wad.
“Ada berbelas orang disahkan positif… ia berlaku di hospital, puncanya dari siapa tak masih tak tahu. Memang terkilan tapi Allah yang menentukan, kami hanya reda dengan ketentuan ini.
Dalam perkongsiannya yang terbaru, Elfira memuat naik sekeping gambar menunjukkan pusara arwah neneknya dari kejauhan.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah, dah selesai semua proses pengebumian nenek saya pada hari Jumaat yang mulia ini,” tulisnya.
Bagaimanapun, Elfira tidak berkongsi lanjut tentang waktu, punca kematian dan lokasi neneknya dikebumikan.
“Atok, Fira sayang atok. Fira takkan lupa doa untuk atok hari-hari. Fira minta pada Allah supaya atok tenang di sana, hiasi kubur seperti di taman syurga.
“Fira minta atok tak rasa keseorangan. Atok tak suka duduk seorang kan. Fira ada di sini. Solat, doa dan sedekah untuk atok. Al-fatihah atok, Siti Rokiyah Saad,” tulisnya lagi.
Sementara itu, adik Elfira iaitu pelakon Ahmad Ezzrin Loy bersyukur diberi peluang melaksanakan proses pengebumian Allahyarham dengan memakai pakaian lengkap perlindungan diri (PPE).
“Malam semalam (Khamis) kami kehilangan nenek tersayang. Saya sangat bersyukur dapat menemaninya buat kali terakhir hari ini.
“Terima kasih juga kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kerana menyediakan saya dan Abang Faris (suami Elfira) untuk pengebumian nenek. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” katanya.
Bulan ramadan bulan yang mulia, bulan yang di mana umat Islam berlumba-lumba mengejar pahala dengan melakukan ibadah seperti membaca Al-Quran, bersedekah dan solat terawih.
Bagi yang mampu sempurnakan ibadah tanpa ada sebarang masalah, alhamdulillah. Tapi bagi yang ada tanggungjawab lain, misalnya menjaga anak-anak yang masih kecil, jangan rasa rendah diri dan kecewa kerana tidak mampu membahagikan masa kerana sekecil-kecil perkara yang anda lakukan, Dia Maha Mengetahui dan mencatat segala amalan yang dibuat.
Seperti perkongsian oleh Hajar Akma Mohd Rawi ini, semoga memberi inspirasi buat semua.
“Ramadan seorang ibu itu Allah uji dengan sabarnya melayan karenah anak-anak”
Sejak jadi ibu, tak pernah lagi solat terawih kat masjid.
Semalam rasa frustrated sangat. Tengah solat, si Aman dok depan konon nak jadi imam. Husna tengah bising dok main playdoh. Dengar satu-satu okay dia cakap apa. Hanaa’ tengah memanjat.
Baru bukak Al Quran, ada yang berak, ada yang nak air, nak susu.
Nak tunggu Encik Suami selesai solat, masa tu mesti dah mengantuk dan sibuk nak siapkan makanan sahur.
I was like, come on, Ramadan sekali je setahun. Tahun depan belum tentu jumpa Ramadan lagi. Bagi la can nak beribadah dengan khusyuk dan tenang. Masa tu memang sedih dan frust.
Tapi bila tengok muka anak-anak, well I guess my ladang pahala is different now. Mungkin Ramadan seorang ibu itu Allah uji dengan sabarnya melayan karenah anak-anak.
Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya sempat solat sunat 2 rakaat ketika malam, disempurnakan dengan ikhlasnya dia menyediakan sahur buat keluarga.
Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya semuka sahaja Quran sempat dibaca, Allah lipat gandakan pahalanya kerana nak baca semuka tu pun struggle.
It’s okay dear moms. You’re not alone. Allah Maha Kaya. Allah Maha Tahu.
Betulkan niat, ikhlaskan hati. Peringatan utamanya untuk diri sendiri 😊 With ❤, Ibu triple H. #SHAMR
Ini hanyalah sebahagian lokasi menarik yang boleh dijejaki oleh peminat Raja Buah dalam usaha menjayakan misi mencari durian murah yang telah dikongsikan di beberapa pemilik akaun fb.
RAMAI-RAMAI KITA KE BANDAR KINRARA
PESTA DURIAN DI KINGS TOMYAM
PESTA DURIAN SELAMA 10 HARI.. HINGGA 21 JULY.
BERMULA SEAWAL 5PTG LAGI..
HARGA DARI RM4 JER SEKILO..MURAH GILER.. HARGA MUSIM DURIAN SETAHUN SEKALI… JOM PAKAT SERBU… MURAH2 JER WEII…
LOKASI : Kings Tomyam Bandar Kinrara
MASA : 5 PTG – Habis Stok..
sumber : Kings TomYam Bandar Kinrara
JOM ‘SERBU’ MANTIN /PAJAM
Durian Murah di Mantin/Pajam
Durian tengah musim ni. Harga pun sedang murah. Rugi kalau tak merasa terutama musang king yang katanya turun harga daripada RM60/kg ke RM20/kg sekarang.
Ni dikongsikan lokasi untuk yang mencari durian murah area kita. Hanya sekitar 16km dari Bandar Seri Putra. Boleh melalui jalan pintas di Petronas Nilai 7 terus ke Batang Benar.
Paling murah durian kampung yang dipamer RM3/kg. IOI dalam RM10 dan Musang King RM20. Kalau nak puah hati katanya datang sebelah pagi.
Dalam masa yang sama, jangan makan banyak sangat. Tak elok untuk kesihatan.
sumber : Info Penduduk Bandar Seri Putra
UNTUNGLAH KALAU DUDUK AREA BENUT, KELANTAN
Misi Mencari Durian Murah..Malam2 Pun Kita Redah Ke Benut..Alhamdulillah Kali Ni Misi Mencari Durian Memang Puas Hati Sangat..Tauke Durian Suruh Makan Sampai Puas..Yg Buruk Sepangsa Dia Suruh Ambil Ja..Yang Nak Buat Tempoyak Ambil La Banyak Mana Nak Ambil..Durian Yang Cantik2 Semua Sekilo RM 4.00..Puas Hati Dan Berbaloi2 Sangat..Semoga Murah Rezeki Tauke Durian Tu..Nanti Kami Repeat Lagi Bawak Kawan Berjemaah Insyaallah..
sumber : Muzlifah Hamid
HARGA RUNTUH DI KELANTAN
Lokasi: Dari Kubang Kerian menuju ke Wakaf Stan, selepas Stesen Petronas, gerai bersebelahan Restoran Payung Emas.
Misi mencari durian murah. Tular di media sosial dan media massa katanya semurah RM4 sekilo. Rupa-rupanya harga ini hanya boleh didapati pada waktu pagi sahaja. Waktu lain harga durian dijual pada harga RM8 hingga RM10 sekilo.
Sebelum itu, ketahui juga tip mudah bagaimana nak cari durian murah berhasil.
Cuba jejak makcik atau pakcik yang jual durian tepi-tepi jalan kampung. Biasanya mereka akan jual hasil daripada dusun sendiri. Jadi harganya confirm lebih murah!
Sebelum berhentikan kereta untuk membeli, cuba tinjau-tinjau sama ada makcik atau pakcik tu ada penimbang atau tidak. Jika tiada guna penimbang lagi baik, beli longgok lebih menguntungkan!
Pastikan anda ‘melancarkan’ misi mencari durian bukan pada hari cuti. Sebaiknya pada pada hari Selasa, Rabu atau Khamis. Tak ramai pembeli mesti jual murah-murahkan…..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di