
Bila terhidu aroma bunga rampai tentu sahaja dengan sendirinya bolrh terimbau kenangan bergelar raja sehari.
Jadi apa kata, untuk mengembalikan momen indah saat anda dan pasangan disatukan, jom kita sediakan aroma bunga rampai mewangi di kamar beradu.
Pasti moodnya luar biasa dan sekali gus terasa seperti pengantin baru.
Di sini dikongsikan ramuan menyediakan bunga rampai ori macam dulu-dulu yang dikongsikan oleh Sue M Arukin. Jom semak.
Bunga Rampai ~ Dulu-dulu bunga rampai amat sinonim dengan majlis perkahwinan. Tapi sekarang jarang kelihatan dan digantikan dengan pewangi moden/potpourri.
Saya ni jenis old school kot, tetap setia dengan pewangi semulajadi ni. Dah jadi rutin sejak dulu lagi, hampir setiap minggu menghiris daun pandan untuk dijadikan bunga rampai sebagai pewangi bilik, bilik air dan ruang tamu rumah.
‘Resipi’ bunga rampai yang biasa saya buat; daun pandan + daun limau purut + bunga2 segar yang semuanya dihiris halus (Kalau boleh hiris sehalus-halusnya) kemudian titiskan beberapa titik minyak patchouli (minyak ni setakat ni saya hanya jumpa di Mydin Hypermarket USJ, rasanya ada juga dijual kat kedai lain, Kalau rajin cari cubalah cari dikedai2 lain).
Kalau nak feeling rasa macam dalam bilik ‘pengantin forever’, cubalah buat bunga rampai ni selalu .
Bahan-bahan :
Daun pandan, daun limau purut, bunga-bunga segar, dan minyak patchouli.
Cara penyediaan :
1. Hiris halus daun pandan, daun limau purut dan bunga-bungaan.
2. Kemudian masukkan beberapa titik minyak patchouli.
Ekstra info : Bunga rampai ni kalau letak minyak wangi biasa walaupun yang mahal , bau dia tak sama macam zaman dulu-dulu punya.
sumber : Sue M Arukin
“Bermula Dengan Rumah Kecil…” -Pakar Ni Kata, Duduk Menyewa Tak Lebih 5 Tahun Berkerja!

Memulakan kehidupan berkeluarga untuk anak-anak muda hari ini tidak dinafikan ianya perlu ada perancangan rapi daripada sudut kewangan.
Apatah lagi bila kita lihat dengan kos sara hidup yang tinggi, harga rumah yang seakan tidak mampu milik dan sebagainya boleh menjadikan setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga memerlukan ‘modal yang mahal’ untuk memulakan kehidupan selepas bergelar suami isteri.
Lantaran itu, ada juga yang masih dalam dilema untuk membeli rumah di awal perkahwinan dan memutuskan untuk menyewa. Sedar-sedar setelah lebih 5 tahun pun masih menyewa dan telah pun mempunyai anak-anak.
Jadi apa kata anda baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini di mana menurutnya jika hidup berkeluarga jangan terus menerus tinggal di rumah sewa. Biarlah kita bermula dengan memiliki rumah yang kecil agar suatu hari nanti dapat memiliki sebuah kediaman impian yang selesa dan besar.
Untuk lebih detail, ini perkongsiannya.
JANGAN MENYEWA TERLALU LAMA
1. Bila ada yang sarankan orang muda sewa saja rumah dan jangan beli hingga duit cukup sepenuhnya. Ia langkah kebelakang dan tidak bijak sebenarnya dalam pengurusan kewangan.
2. Menyewa kediaman tidak boleh terlalu lama, sebaiknya tidak lebih dari 5 tahun bekerja.
3. Lebih awal kita beli kediaman, lebih jelita kita dari jubah mahal yang kita pakai.
4. Bermula dengan rumah kecil dan jangan mahal mahal. Jika kita beli yang kecil lepas 5 tahun kawin biasanya dah sekali ganda harga asal.
5. Jika kita meninggal, anak isteri tak diusir keluar. Lelaki mithali, beli rumah untuk isteri
6. Bila ada yang kata jangan pinjam dari Pembiayaan Islam sebab ada riba, takkan kita menghina panel Syariah yang sedia ada.
7. Mazhab kewangan kita mungkin berbeza, tapi jangan sampai menghina tokoh kewangan Islam yang ada.
8. Tidak semua orang pandai berniaga, ramai yang makan gaji dan jadi kuli. Kita buat yang mudah dan tak bebankan hidup kita.
Kita rakyat biasa bukan ada darah menteri atau raja. Kita bermula dengan rumah kecil untuk bina istana.
Sumber : Dr Azizul Azli Ahmad
ARTIKEL MENARIK : Cara Kurangkan Air Bah Masuk Rumah, Begini Lelaki Ni Buat Bila Tiap-Tiap Tahun Hadapi Banjir!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Kereta Ditenggelami Banjir, Ada Perkara Perlu Buat Untuk Minimakan Kos Baik Pulih!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
“Selagi Ada Kudrat Ke Sana Ke Sini, Curilah Masa Untuk Yang Tersayang.” Nasihat Aidid Marcelo Kepada Suami Isteri!

Isi Kandungan
ToggleKesibukan dengan urusan kerja membuatkan pasangan suami isteri jarang ada masa bersama. Begitu pun tidak bermakna anda harus membiarkan hubungan tersebut hambar. Silap hari bulan itu boleh jadi punca perbalahan dan lama-kelamaan timbul masalah dalam rumah tangga.
Selebriti bernama Aidid Marcelo baru-baru ini ada berkongsi pandangan tentang betapa pentingnya suami isteri dalam menjaga hubungan supaya sentiasa aman dan bahagia. Salah satunya adalah memastikan ada masa untuk bersama pasangan. Tidak kira sibuk bagaimana sekali pun kena ‘curi masa ‘ bersama.
“Kadang2 aku pk, penat gila kerja cari duit. Kerja dan besarkan family mmg 1 tanggungjawab penting sebagai ketua keluarga. Tapi, kadang2 aku pk jugak, kerja rajin penat nak mati pun…dan habiskan setiap saat dengan kerja tanpa pandai curi masa berharga utk yang tersayang, bagi aku, xda maknanya hidup.
“Jadi, selagi kaki masih terdaya menapak dan berdiri, selagi ada kedrat utk kesana sini… curilah masa terbaik utk yg tersayang, yg menjadi tulang belakang dan pembakar semangat dalam apa jua kerja kita!!!
“Harap you @norziepwchappy dengan apa yg i buat utk you, walaupun i x mampu nak bawak u cuti ke USA, balik kampung pun jadilah… mana tau maybe kita habiskan usia tua kita disini? tulis Aidid di ruangan kapsyennya.
View this post on InstagramA post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on
Nyata perkongsian Aidid ini turut dipersetujui oleh pengikut di laman instagramnya.
nad.zainal Duit tu penting tapi tak boleh membhagiakan…
razziahkhan Kebahagiaan bukan dr kemewahan tapi perihatin dan peduli
aleyasyraf Just stay and love each other, selagi nyawa di kandung badan.
siahaisron So sweet…. Ayat berharga utk seorg isteri
pantang.food Syukur apa ada usaha untuk perbaiki kelemahan. ❤️❤️❤️❤️ Anak comel ok whatt
syimaloveyou Touching tba2 bc caption… Untung akak @norziepwcdpt suami yg ada ksedaran d situ… Sweet sgt.. ❤️
aidaarif9 Xpe klau duit kurg jnji kebahagian tu pnting..kaya dan berjalan merata negara belum tntu kebahagian berkekalan..sabar itu indah..
nurpakmohamad suka tgk @aididmarcello dgn @norziepwcsweet dari dulu sampai skrg… humble… semoga bahagia till jannah
anis_norman Sweet sangat ni bro. Patutlah @norziepwc Cair.. May happiness be with both of you till your last breath.
Sumber: IG aididmarcello
“Sedih Tengok Anak Kak Nurul Menangis Tahan Sakit.” Eina Azman & Suami Bawa Dua Beradik Sakit Kulit Jumpa Pakar, Janji Hulur Bantuan.

Isi Kandungan
ToggleKisah dua beradik, Lela Safiya dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia enam bulan, disahkan menghidapi ekzema bukan sahaja mengundang simpati orang ramai, bahkan selebriti juga turut meluahkan rasa yang sama. Antaranya, pelakon Datin Paduka Eina Azman yang baru-baru ini menerusi laman instagramnya, dia mencari keluarga dua beradik tersebut.
Menurut laporan, keadaan Nayl Safiy lebih serius berbanding kakaknya apabila badannya kudis menyebabkan kegatalan. Yang lebih menyedihkan, keluarga ini hanya bergantung dengan sumber pendapatan bapanya sebanyak RM850 sebulan yang bekerja sebagai kelindan lori.
Terpanggil untuk berbuat sesuatu, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 23, menerusi laman media sosialnya bertanya kepada mana-mana pengikut Instagramnya yang mempunyai nombor pasangan suami isteri, Shahrul Azmi Aziz dan Nurul Ain.
“Assalamualaikum. Siapa ada contact kakak ini? Tolong… kongsi dengan saya,” tulisnya ringkas,” tulisnya dikapsyen.
Perkongsian Eina tersebut mendapat respond dari pengikutnya yang berkongsi rasa yang sama. Malah, ada antara mereka yang turut memberikan alamat dan juga nombor telefon pasangan tersebut untuk dihubungi.
Semalam, Eina dan suami berpeluang menemui keluarga ini. Menerusi posting terbaru di Instagramnya , Eina dan suami telah membawa keluarga Nurul berjumpa dengan doktor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang jaya.
“Alhamdulillah, hari ini saya dan suami berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga Kak Nurul. Sebentar tadi, Eina bawa Kak Nurul, suami dan dua anak mereka berjumpa dengan pakar kulit di klinik swasta di Subang Jaya.
“Doktor cakap Muhammad dan kakaknya, Lela Safiya boleh pulih, tapi memakan sedikit masa. Kakak Nurul pula mempunyai masalah ekzema. Saya akan minta doktor untuk rawat dia juga,” tulisnya.
Malah, keprihatinan dan dasar kemanusiaan, Eina dan suami berjanji untuk menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga Nurul sehingga pulih.
“Saya terdetik untuk membantu kerana saya pun ada anak kecil. Kalau Aubrey dan Karl sakit pun saya akan rasa down dan sedih, inikan pula Kak Nurul. Berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul.
“Saya dan suami sedih sangat tengok anak Kak Nurul yang menangis sebab menahan sakit. Insya-Allah, diberi rezeki lebih, saya dan suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada mereka sehingga pulih,” kata Eina lagi.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji sikap prihatin Eina dan suaminya. Malah, mereka mendoakan semoga Eina dan suami diberi rahmat dan keberkatan atas pertolongan beliau selain mendoakan kesembuhan kepada dua beradik tersebut.
View this post on InstagramA post shared by Eina Azman (@eina_azman) on
umang_123456 Berair mata akak bca caption @eina_azman terima kasih sudi bantu kluarga kak nurul… tuhan saje yg mbalas smua kbaikan eina…. semoga murah rezeki eina n kluarga..amen….
nurul.husna.146 Tahniah datin.. semoga rezeki datin sekeluarga melimpah ruah agar dpt membantu lebih ramai lg golongan kurang berkemampuan
alinaril09 Alhamdulillah. Semoga Allah permurahkan rezeki ds @eina_azman& ds @datopadukakaiser sekeluarga. Sungguh baik hati ds sekeluarga. Semoga bahagia selalu.
natrah_daleela7 Ya allah baiknye….org yg membantu golongan yg memerlukan ni allah jauhkn dr api neraka…..
ctnad129 Alhamdulillah semoga Allah murahkan rezeki datin. That is why i want to be rich too, wanna help people in need.
shafikkha mata berhabuk pulak baca post eina kali ni..kami doakan moga eina sekeluarga makin dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat sebab sudi tolong beby ni.
nrfita Datin dah la cantik..pandai masak..murah hati lagi
Bagi anda ingin turut sama membantu keluarga Nurul, anda boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 562085617913 atas nama Nurul Ain Abdullah.
Sumber: IG eina_azman