Semua sedia maklum mengenai kejadian tanah runtuh pada Jumaat lalu di Father’s Organic Farm di Batang Kali dan operasi mencari dan menyelamat masih lagi giat dijalankan untuk mengesan mangsa yang masih lagi belum ditemui.

Ramai antara rakyat Malaysia ingin membantu dengan pelbagai cara kepada keluarga mangsa. Sementara itu, ibu kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda Rozita turut terpanggil untuk membantu meringankan urusan pasukan penyelamat dengan memberikan resort miliknya sebagai tempat berehat di mana ia tidak jauh daripada tempat kejadian.

Hal ini sebagaimana dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram. Bonda Rozita turut merakamkan ucapatan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Bahkan bukan itu sahaja, malah pekerjanya yang berada di Rumah Hutan Terapi Alam  juga turut menyediakan makanan buat pasukan penyelamat yang sudah bertungkus lumus selepas dua hari menjalankan misi menyelamat.

IKLAN

Beri Ruang Pasukan Penyelamat Berehat Di Resort, Tindakan Bonda Rozita Raih Pujian Ramai!

“Kesian tengok abang-abang bomba yang menyelamat kepenatan. Saya petani yang tinggal dekat area situ tau bagaimana rasanya selut lumpur yang berat susah nak bergerakkalau kita terbenam dalam tu. Kereta 4X4 pun ada masa tak boleh jalan”

 

“Saya benarkan staf sumbangkan tenaga ereka ke lokasi kejadian, ia sangat menyeronokan bagi staf bonda, kesempatan ambil pengalaman.

“Staf bonda dapat masuk sebab kasi makanan dari rumah hutan. Sejak awal kejadian area parking, resort halaman rumah terapi alam sampai penuh hari ini dengan kereta-kereta polos dan bomba,” ujar Bonda Rozita berkongsi cerita.

Beri Ruang Pasukan Penyelamat Berehat Di Resort, Tindakan Bonda Rozita Raih Pujian Ramai!

IKLAN

Manakala menerusi perkongsian beberapa video di media sosial, dapat dilihat pasukan penyelamat sedang berehat di Rumah Bonda serta beberapa individu lain telah memuat naik video berkenaan untuk mengucapkan terima kasih buat Bonda Rozita.

@joker8scarface #rumahbonda #rumahbondarozita #batangkali #semutmerah #fypシ #fypage #prayforlandslidevictims ♬ Perjalanan Hidup – Ramli Sarip

Diruangan komen video tersebut, rata-rata pengguna laman sosial mengucapkan terima kasih buat Bonda Rozita yang sudi menyediakan kemudahan tersebut buat pasukan penyelamat yang berpenat lelah dalam misi menyelamat.

Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dipermudahkan.

IKLAN

Sumber : IG Bondarozita

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Beri Ruang Pasukan Penyelamat Berehat Di Resort, Tindakan Bonda Rozita Raih Pujian Ramai!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI