Apabila mendirikan rumahtangga, sudah pastinya segala perkongsian hidup dan kebahagian dinikmati bersama suami isteri. Susah senang, suka duka dan segalanya diharungi bersama.
Bagaimana pun dalam membina rumahtangga bahagia layanan baik kepada pasangan adalah kunci kebahagiaan. Dengan kata mudah, tidak berkira dengan pasangan.
Adat dalam rumah tangga ada suami suka dirinya dilayan bak ‘Raja’,. Misalnya ada segelintir suami suka makan dihidang dimeja sempurna, disenduk nasi, dituang air dan sebagainya. Namun tanpa sedari layanan pada isteri sebaliknya.
Bagi lelaki ini, Akhtar Syamir layanan yang baik sebegitu yang diimpikan oleh kebanyakan suami itu munasabah jika yang cara sama diberikan kepada isteri.
Katanya, jika suami inginkan layanan bagaikan ‘Raja’ isteri juga berhak mendapat layanan bagaikan ‘Permaisuri.’
Jujur saya katakan yang setiap hari dan setiap kali kami nak makan, isteri saya akan hidangkan dan sendukkan nasi untuk saya.
Boleh kira berapa kali je yang saya sendukkan untuk dia dan anak-anak. Selalunya bila dah siap semua barulah saya dipanggil untuk makan.
Ada je sekali sekala saya ke dapur sekali untuk bantu dia masak atau lebih kepada mengacau dia masak. Tapi jarang sangat.
Semua ini bukan paksaan. Ini dibuat secara ikhlas oleh isteri saya dan dia tak senang duduk jika tidak temankan saya makan kalau saya ada urusan dan mereka terpaksa makan dulu. Dia akan duduk sekali di meja dan berbual sambil menemani saya makan. Syukur Alhamdulillah, saya dilayan dengan sangat baik oleh isteri saya.
Hargai isteri Mungkin ramai para suami yang inginkan layanan seperti ini. Tak salah pun sebenarnya. Tapi, di saat kita menerima, kita pun perlu memberi. Saya sentiasa mengutamakan emosi isteri. Jika dia nampak gelisah, saya orang pertama yang akan memeluknya.
Ads
Jika dia bersedih, saya akan menggembirakannya. Jika dia penat, saya orang pertama yang akan memastikan dia dapat rehat yang secukupnya. Jika dia lapar, dengan sepantas kilat, dia akan dapat telefon saya dengan aplikasi Grab Food yang sedia terbuka. Pada waktu pagi selepas Subuh jika dia nak tidur semula, saya akan pastikan tidurnya tidak terganggu.
Dia selalu dipeluk, dia selalu dicium, dia selalu dibelai. Tidur malam tidak pernah tidak diucapkan selamat malam dan diusap-usap rambutnya. Pillow talk menjadi perkara yang kami lakukan setiap malam. Jika saya terjaga dari tidur di malam hari. Pasti tangannya akan saya pegang umpama sedang bercinta.
Pelukan erat pada waktu pagi adalah rutin yang jarang kami tinggalkan. Apabila saya dalam perjalanan pulang, dia selalu ditanya apakah inginkan sesuatu untuk dibawa pulang?
Fokus saya sentiasa ada pada dia apabila saya tidak bekerja. Kami akan selalu berbual dan bermesra, bergurau serta gelak ketawa. Saya akan sentiasa pastikan dia gembira. Tona suara saya walaupun ada ketikanya tegas tetapi tidak pernah menjerit. Kerana saya tahu hatinya sangat mudah tersentuh.
Air matanya sangat berharga. Jika menitis, saya anggap ianya kesalahan besar saya. Nak isteri sendukkan nasi dan layan anda seperti Raja di dalam rumah? Boleh, tapi pastikan anda layan isteri umpama Permaisuri dahulu. Barulah kedua-duanya saling membahagiakan.
Percayalah, kemanisan dalam perhubungan itu ada. Ianya akan hadir bila kita beri segala-galanya kepada pasangan kita.
Ujian dan dugaan di alam perkahwinan memang luar biasa, lantaran itu kedua-dua pihak perlu sama-sama berjuang untuk mengekalkan kesejahteraan hubungan suami isteri kekal bahagia selamanya.
Antara kunci dalam membina hubungan yang bahagia, tiada menyimpan rahsia antara suami dan isteri, itu adalah lebih baik. Agar kedua-dua tahu dan faham dalam menjaga hubungan perlu kesetiaan.
Namun sering disalah ertikan bila pasangan terlihat begitu ambil berat dikatakan cuba untuk ‘menguasai’ atau ‘mengawal’ pergerakan pasangan. Istilah queen control umpamanya, sering dilihat dari sisi yang kurang baik.
Namun seorang suami ini memberi pandangannya betapa ada baiknya bila isteri terlihat lebih ambil tahu dan ambil berat tentang pasangannya.
Isteri Sedikit ‘Queen Control’, Itu Kebaikan Buat Kita
Saya setuju sangat jika isteri ambil tahu segala aktiviti suami. Tiada rahsia suami isteri. Tahu suami Chat dengan siapa, tahu password HP dan facebook suami dan tahu suami berkawan dengan siapa. Sesekali tu cek HP suami. Lelaki ni nampak ‘Lebai’ macam mana pun akan lemah dengan perempuan.
Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita bualkan, sehinggakan syaitan menguasai jari jari kita untuk taip perkara yang Allah Murkai.
Gambar hiasan
Jadi suami jangan rasa rimas jika isteri sedikit ‘Queen Control’ , kerana itu kebaikan buat kita. Jika bukan dia cegah segala kesilapan dan kelemah kita siapa lagi?. Hanya isteri tahu baik buruk kita, kelemahan kita.
Suami juga begitulah, pantau hp isteri tu, jangan sampai dia mengadu kepada orang yang salah. Jangan biarkan isteri tayang body percuma di media sosial, jangan biarkan isteri kita berbalas voice texting dengan lelaki lain, Jangan sampai isteri kita pula terjerat dalam sangkar pemangsa yang dah lama menanti.
Gambar hiasan
Sebab itulah jika taknak isteri kita mengadu kepada orang lain, jadilah kita pendengar setia dan dengarlah teguran isteri, kerana setiap teguran isteri ini ikhlas dari hati dia.
Dunia yang penuh dengan cabaran dan fitnah. Hanya orang yang benar-benar Taqwa akan terlepas dari fitnah ini. Nasihat untuk diri sendiri yang penuh dengan keaiban. Moga Allah jaga aib ini dan ampunkan dosa-dosa ini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Air tangan seorang isteri dan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya. Meski pun apa yang dimasak itu ringkas saja tapi disebabkan ia diolah dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus maka apabila anak dan suami menikmatinya ia terasa enak sekali.
Dorongan memasak seorang ibu juga bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Yakni untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anak.
Sebab itulah walau penat pulang dari kerja petang hari, seorang ibu akan tetap memasak untuk keluarganya.
Masakan dari seorang ibu juga adalah petua berkesan untuk mengeratkan kasih sayang. Malah semasa memasak turut ibu boleh melakukan usaha untuk melembutkan hati anak dan suami.
Ustaz Abdullah Khairi berkongsi petua yang diamalkan oleh ibunya ketika memasak terutama ketika mencucui beras.
“Mak saya tak pandai membaca dan menulis. Tapi dia selalu amalkan doa ini ketika nak basuh beras ketika menggenggam beras. Ya Allah, Kau lembutkanlah hati anakku seperti mana Kau lembutkan beras ini menjadi nasi. Dia tiup lalu basuh dan masak. Amalkan doa ini insyaAllah, sanagt berkat,” kongsi ustaz Khairi lagi.
SALAM JUMAAT PENGHULU SEGALA HARISemoga Allah melimpahi keberkatan dalam kehidupan kita.#simpleisus#togetherwestrong#ladieswiramerah
Selain itu, ibu-ibu juga boleh praktikkan amalan berikut:
Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
Baca doa ketika masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
Ketika mengambil beras baca surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
Baca doa waktu menyimpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
Apabila meletak kuali atas dapur ibu boleh membaca doa dari surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Mulakan kerja memasak dengan bacaan Basmalah. Setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
Sewaktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri mengikut sunnah.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud;
“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
2 tahun melaksanakan tugasnya sebagai pembantu rumah di kediaman fad Bocey, kini tiba masanya untuk dia pulang ke kampung halaman.
Namun, berpisah dengan orang yang kita sayangi bukanlah semudah yang diungkapkan dengan kata-kata. Sementelah hari-hari dilalui bersama, segala suka duka dikongsi.
Walaupun tak punya pertalian darah, hanyalah sekadar majikan dan pekerja, namun layanan baik wanita ini terhadap anak-anak kepada pelawak terkenal ini membuatkan dirinya disayangi. Tidak hairanlah andai dia cukup disayangi dek anak-anak dan isteri majikannya.
isteri Fad Bocey berkongsi luahan rasa mengenai kepulangan bibiknya itu ke kampung halaman baru-baru ini.
“Hari yang paling tak sanggup nak hadap .berat sgt .semalam Alhamdulillah selesai urusan imegresen dengan mudahnya .Allah tu sebaik baik perancang .
“Harini 30hb bibik fly .beratnya hati tu nak lepaskan .tpi dia pun ada keluarga .dia la teman gaduh ,dia la teman nk borak ,dia la teman kalau daddy ada kerja malam .2 tahun lebih panjang bgi kami sekeluarga .banyak yg bibik bantu .
“Kalau dengar kisah dia sgt sedih .cuma doa Allah kirimkan bibik kekuatan dan sentiasa dlm lindungan Allah swt .tanya la dia mcm mana garangnya seorang nur syahirah .tapi sayangnya kami ke bibik tu mcm keluarga sendiri .
“Dugaan besar bibik masa first PKP ,mak dia meninggal .kami hanya dpt video call sepanjang pengebumian .dia menangis sebab dia ckp sy tk sempat nak bagi mak sy rasa uang gaji saya .pedih hilang ibu .
“Terima kasih bibik utk 2 tahun stgh dengan kami .banyak kenangan kita sama2 .moga ada rezeki kamu balik ke malaysia .doakan perjalanan bibik selamat sampai ❤️
Perkongsian Syeera membuatkan ramai tersentuh hati dan berkongsi pengalaman yang sama serta mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan buat pembantu rumah tersebut.
qaseh_emy Allahuakbar.. tak sanggup rasa.. bibik saya dah 9 thn ni.. agaknya kalau berpisah camana la kan😭😭😭
juju_arbainSama mcm sy dulu ade bibik dr umur 8 tahun sampai sy kawen umur 24 tahun .. bila dia nk balik rasa mcm Allah je yg tau 😢😢😢
sitinorhafizaselamatMcm ni lah anak bos sya nangis masa sya berenti kerja😭😭😭😭tak bagi sya berenti…berenti pun sbb balik sarwak
u_naziramsti die bibik yg sgt baik smpai ank2 pn nangis..😢😢 sedih plak tgk..