Anak yang hebat adalah impian setiap ibu bapa. Namun, peranan ibu bapa dalam mendidik anak masa kini amat memcabar. Ini kerana, kadang-kala kita tidak menyedari akan kesilapan dalam mendidik anak-anak.
Memang tidak dinafikan semua inginkan cahayamata yang cemerlang dan memberikan kebanggaan keluarga. Namun, apabila ibu bapa berjaya mendidik anak dengan sempurna, mudah untuk mereka mendengar cakap.
Sebagaimana perkongsian oleh Ibu Rose ini. Begitu bermanfaat untuk dikongsi bersama.
5 CARA DIDIK GENERASI MILLENNIA
1 – BAWA ANAK-ANAK BERMAIN DENGAN AKTIF
Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor.
Lebih baik outdoor.
“BILA MEREKA BERMAIN, MEREKA DAPAT MENGEKSPRESI DIRI MEREKA.
MEREKA BOLEH MENJERIT-JERIT, MELOMPAT DAN BERPELUH”
Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.
Cucu sulung ibu, semasa itu baru berusia 2 tahun suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kaji balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang.
Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.
2 – KURANGKAN GAJET
Ads
Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV.
“BILA ANAK-ANAK BERMAIN VIDEO GAMES, MEREKA AKAN MENGALAMI ADRENALIN RUSH”
Bila mereka tidak dapat bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka.
Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu.
“PILIH GAMES YANG BAIK DAN CUBA GAMES ITU DAHULU SEBELUM DIBERI KEPADA ANAK-ANAK KECIL ANDA. JIKA ANDA SENDIRI RASA TAK MENENTU SELEPAS BERMAIN GAMES ITU, APATAH LAGI ANAK-ANAK KECIL”
3 – KURANGKAN GULA
Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak.
“GULA YANG TAK NAMPAK, MAKSUDNYA KITA SENDIRI YANG MEMASUKKAN GULA ITU.
GULA YANG TAK NAMPAK, CONTOHNYA MINUMAN SODA, FAST FOOD DSB”
Ads
Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang.
Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging. Tenaga dan ‘state’ kita semasa memasak adalah amat penting kerana itulah tenaga yang sampai kepada anak-anak kita.
Jika keadaan diri kita semasa masak banyak menyumpah-nyumpah, maka ke manalah perginya tenaga negatif itu kecuali keada makanan yang dimasak dan kemudiannya dimasukkan ke dalam badan anak.
Tenaga tidak boleh dimusnahkan atau dicipta. Ia hanya berubah bentuk.
4 – ELAKKAN MENJERIT-JERIT DAN KERAP MARAH-MARAH
Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu.
Contohnya sesuatu yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb.
“BILA TERLALU SUKA MEMARAHI, MARAH KITA ITU SUDAH TIDAK ADA MAKNANYA.
Ads
MALAH IA MENJADI CARA HIDUP YANG ANAK-ANAK AKAN IKUT”
Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu.
Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah.
Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.
5- KAWAL DIRI BILA NAK MARAH
Jika anda nak marah sangat, jika anda sedang berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit sambil memekup muka ke bantal …
atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan suaminya, Atta Halilintar yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada Sabtu lalu.
Sekali lagi memilih tarikh yang cantik iaitu pada tanggal 11 November, Atta dan Aurel turut berkongsi beberapa momen bahagia namun menyentuh hati itu di media sosial mereka.
Aurel dan Atta yang kini memiliki dua orang cahaya mata turut menimang cahaya mata perempuan yang dikatakan sudah pun diberikan nama, Azura Hanna Nur Atta.
“11-11-23 Alhamdulillah telah lahir puteri ke 2 kami,” tulisnya di kapsyen.
Menerusi beberapa momen yang dikongsikan Atta di Tik Toknya turut dikongsikan saat kelahiran anak kedua mereka yang penuh dengan momen menyentuh hati sehingga detik melahirkan.
Aurel yang ketika itu dibedah sempat ditenangkan Atta yang sentiasa mendampingi isterinya setiap saat untuk memberikan semangat buat Aurel.
Manakala Atta pula sentiasa mengucapkan kalimah Allah serta berselawat sepanjang masa agar dipermudahkan urusan kelahiran bayi kedua mereka.
Atta dilihat menangis sebak sepanjang detik hebat itu lantas membuatkan ramai yang hiba menyaksikan video penuh makna itu.
Semoga kelahiran bayi kedua ini mencambah rasa bahagia buat keluarga besar mereka.
Turut sama menanti momen penuh bahagia itu pastinya keluarga Hermansyah, Kris Dayanti dan keluarga Atta Halilintar yang setia menunggu.
Terdahulu, Atta dan Aurel turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Ameena Hanna Nur Atta yang kini berusia dua tahun.
Rumah yang bersih dan kemas adalah impian setiap pasangan suami isteri. Bagi isteri yang bekerjaya tentunya tidak punya banyak masa di rumah. Sudah tentu urusan mengemas rumah dilakukan pada hujung minggu.
Dalam pada itu, bagi yang mempunyai anak ramai sedang meningkat remaja tentu lebih banyak pakaian perlu dibersihkan. Termasuk hal mengeringkan kain. Ketika ini, nak angkat bakul memang berat.Maklumlah banyak kain yang perlu dibersihkan.
Menerusi perkongsian ini, anda dapat belajar DIY menyediakan bakul beroda supaya bakul yang penuh dengan kain dapat diuruskan dengan mudah. Tak perlu angkat bakul yang penuh dengan kain, sebaliknya hanya tolak sahaja. Malah bakul beroda ni, boleh jadi tempat untuk menyimpan permainan anak-anak kecil.
DIY bakul beroda ini dikongsikan oleh Encik Saiful Hifzudeen dengan hanya bermodalkan RM2.10 sahaja.
IKUTI PERKONGSIA INI.
Wife selalu mengadu berat nak angkat bakul basuh baju. so saja rajinkan diri DIY bakul beroda utk memudahkan dia time saya takda kat rumah. harap bermanfaat. roda kat kedai ecoshop rm2.10 je.
Bahan-bahan: Empat roda dan double slided tape
lekatkan double slided tape dibahagian bawah bakul.
Siapa yang tak marah bila dinding yang dicat dengan ton warna yang cantik, secara tiba-tiba bertukar menjadi rosak.
Ia terjadi angkara anak-anak yang mula suka menconteng dinding. Tidak dinafikan, anak-anak yang sedang membesar akan menunjukkan skil melukis di dinding selain kertas. Pantang terjumpa pen atau pencil, memang segala dinding habis dicontengnya.
Memang ada ibu bapa akan marahi anak. Maklumlah cat dinding melibatkan kos yang tinggi.
Namun, disebalik itu, ia akan memberi kesan kepada pemikiran anak-anak.
Ikuti perkonsian ini.
BILA MARAH ANAK, INI KESANYA
Sekali lagi saya di uji sisi kreatif anak.
Ini bukan kali pertama. Malah dah bertahun tahun saya alami tekanan seperti ini sejak anak sulung usia 2 tahun lagi.
Sekarang adiknya yang baru 1 tahun 7 bulan pula ambil alih. Jauh lebih kreatif dari kakak dan jauh lebih panjang akal.
Kakak dulu paling dasyat pun tampal sticker dengan conteng guna marker je. Citarasa gegurl barangkali.
Tapi kali ni penangan boboy sangat, siap di kopek kopeknya dinding tu. Huhu, tekanan sampai meleleh air mata.
Jika mahu di turuti emosi yang membuak buak dalam diri mahu sahaja kita terjah, teriak dan tengking. Ye la, rumah rosak kot. Nak baiki pakai duit lagi.
Nasih baik la saya tahu tentang bahaya jika ganggu otak reptilia.
Otak reptilia ni otak paling bawah sekali dalam sistem otak di kepala kita. Sekali di ganggu, sampai ke tua skil ‘survival’ dan pertahanan badan dia akan terganggu.
Bahayanya ‘verbal punishment’ ni lebih buruk daripada fizikal. Jika fizikal cedera sampai masa sembuh juga tapi cedera otak ni, sampai ke tua tak sembuh sembuh malah boleh jadi makin parah lagi!
Bahayanya verbal punishment ni 10 kali ganda dari fizikal.
⛔ Anak boleh hilang keyakinan diri
⛔ Kreativiti anak merosot
⛔ Makin degil dan susah nak dengar nasihat
⛔ Jadi terlalu pasif atau pendiam
⛔ Susah nak bergaul
Aduh, bahaya bahaya. Jauhi la verbal punishment ni. Jentik telinga pun tak apa, tapi jangan la amal verbal punishment ni.
Sebab itu la saya lebih rela tarik nafas sedalam yang boleh daripada marah kerana menurut pakar psikologi hanya dengan tarik nafas sekurangnya 10 minit kita boleh stabilkan balik mood dan ‘state of mind’ kita.
Selepas dah tenang, baru la boleh nak tegur atau marah. Ketika ni kita marah bukan sebab emosi tapi kita marah sebab nak mendidik.
Wallahu A’lam,
Saya Mohd Fhais selalu utamakan kesihatan minda anak-anak daripada benda lain kerana minda lebih mahal harganya daripada rumah.
#bolehShare
p/s : Banyak lagi kesan negatif dari verbal punishment ni, saya ada share cara nak atasinya di telegram. Boleh join jika nak ilmu ni.
Ini linknya, 👉 t.me/CoretanFhais