Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak cemerlang dalam pelajaran sehingga ramai yang melakukan pelbagai cara termasuk mengadakan kelas tambahan buat anak.
Namun, ibu bapa lupa bahawa perkembangan sosial emosi anak amat penting untuk perkembangan kendiri anak.
Sebagaimana yang diutarakan oleh Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy mengenai apa yang harus dilakukan oleh ibu bapa apabila berjumpa dengan guru.
_______________________________________
Kadang-kadang ibubapa tidak tahu apa yang kita perlu tahu tentang proses pembelajaran anak-anak.
Anak bersekolah BUKAN untuk mencapai kejayaan akademik semata-mata walaupun pencapaian akademik itu tetap penting.
Bagi anak-anak peringkat tadika dan juga Tahap 1, perkembangan atau pencapaian sosioemosi anak lebih penting dari pencapaian akademik.
Ads
Ini kerana pencapaian sosioemosi yang sihat akan membina keupayaan mental yang sihat bagi membantu perkembangan intelektual anak baik pada peringkat awal ini ataupun peringkat-peringkat yang seterusnya.
SOALAN YANG PERLU DITANYA KEPADA GURU.
Oleh itu, selain dari bertanya kepada guru “Bagaimana pencapaian anak saya dalam Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan lain lain lagi, tanya juga kepada guru:
1) Adakah anak saya sentiasa dalam ‘mood’ yang positif?
2) Adakah anak saya boleh mendengar dan mengikut arahan?
Ads
3) Adakah anak saya mempunyai hubungan yang baik dengan guru dan rakan-rakan?
4) Adakah anak saya mengambil berat tentang rakannya dan berminat untuk berkawan?
5) Adakah anak saya mengenali jenis-jenis emosi, tahu melabel emosi dan pandai mengurus emosi sendiri?
6) Adakah anak saya faham perasaan orang lain dan menunjukkan empati?
7) Adakah anak saya dapat menyatakan dengan jelas kemahuan dan pilihannya?
8 ) Adakah anak saya tahu untuk bermain, bertolak ansur dan berkompromi dengan rakan-rakannya?
Jika maklumbalas yang diberikan oleh guru adalah positif, maka anak berada dalam persekitaran pembelajaran positif yang menyokong perkembangan sosioemosi anak.
Sekiranya maklumbalas yang diterima adalah kurang memberangsangkan, maka perkembangan sosioemosi anak perlu terus dipupuk dan dikembangkan, baik di sekolah mahupun di rumah.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bahagia itu tidak perlu mahal. Bahagia itu hanya perlu rasa cukup. Bahagia itu terkait dengan Syukur yang menjadikan kita bahagia. Kenyataan daripada Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) pada 2021 menyatakan bahawa merekodkan bahawa rakyat Malaysia berada pada tahap ‘Bahagia’ .
Ia jelas terbukti apabila mencatatkan skor 6.48, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Katanya lagi, secara keseluruhannya penduduk Malaysia berada pada tahap bahagia walaupun negara berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi, pada tahun pelaksanaan Survei MHI 2021.
Difahamkan bahawa laporan MHI itu dilaksanakan dari September hingga November 2021 melibatkan 42,446 responden dari seluruh negara, dan dibangunkan berdasarkan manual antarabangsa antaranya, World Happiness Report (WHR) dan Human Development Index (HDI).
Untuk menentukan rakyat Malaysia berada tahap bahagia beberapa kriteria dilakukan ia termasuk kajian yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kebahagiaan penduduk Malaysia dari aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual itu dikategorikan kepada lima skor iaitu nilai 0.00 – 2.00 sangat tidak bahagia; 2.01 – 4.00 tidak bahagia; 4.01 – 6.00 sederhana bahagia; 6.01 – 8.00 bahagia dan 8.01 – 10.00 sangat bahagia.
Menurutnya kajian MHI itu mengandungi 73 indikator yang dirangkumkan kepada 13 komponen iaitu keluarga; perumahan dan alam sekitar; penyertaan sosial; kesihatan; kemudahan komunikasi; pendidikan; persekitaran kerja; pendapatan; keselamatan awam; penggunaan masa; amalan kerohanian; kebudayaan dan pengalaman emosi.
Beliau berkata 13 komponen berada di tahap Bahagia dengan mencatatkan skor antara 6.04 hingga 7.23 seperti keluarga dengan skor 7.23, amalan kerohanian (7.21) dan kesihatan (6.75).
Katanya skor MHI mengikut strata bandar dan luar bandar di Malaysia berada pada tahap Bahagia iaitu masing-masing pada skor 6.46 dan 6.54.
Dari segi jantina, perempuan mencatatkan skor MHI lebih tinggi iaitu 6.49 berbanding lelaki dengan skor 6.46.
Mohd Uzir berkata berdasarkan laporan MHI itu, skor antara Warganegara dan Bukan Warganegara tidak jauh berbeza dengan masing-masing mencatat skor 6.49 dan 6.32.
Bukan Warganegara Pun Bahagia
“… maknanya mereka (bukan warganegara) juga dapat menjalani kehidupan seperti rakyat negara kita. Ini satu penemuan menarik yang boleh kita tunjukkan dengan negara-negara lain, bahawa dari segi Indeks Kebahagiaan antara warganegara dan bukan warganegara tiada elemen diskriminasi.”
Beliau berkata di peringkat antarabangsa, Malaysia menduduki tangga ke 79 daripada 146 negara dengan skor 5.384 dalam laporan World Happiness Report 2021.
Mohd Uzir berkata MHI itu penting sebagai input dalam penilaian tahap kebahagiaan rakyat Malaysia di peringkat nasional dan negeri yang dapat digunakan dalam mencapai kemakmuran dan masyarakat yang inklusif.
1.ELAKKAN PUKUL ANAK DARI BAHAGIAN LUTUT KE ATAS
Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak.
2.ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA TUBUH YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK
Jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil. Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
3.AJAR ANAK SOLAT
Dalam mendidik anak mengikut cara Islam, solat adalah kunci utama.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, danpukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )
“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlahkamu diatas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi kerananya..” ( Toha : 132 )
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamudari api neraka..” ( At-Tahrim : 66 )Kata pengikut-pengikut Asy-Syafie : Hendaklah para wali ( ibu bapaatau penjaga ) memerintahkan anak-anak menghadiri jamaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus merekakerjakan sebagaimana wajib atas wali memberi pendidikan kepadaanak-anak tentang aurat, arak, dusta, mengumpat dan sebagainya.
4.NAMA PANGGILAN YANG BAIK
Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu.
5.PELUK ANAK SETIAP HARI
Dalam mendidik anak cara Islam, kasih sayang dari ibu bapa yang ditunjukkan kepada anak sangat bermakna buatnya. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
6.PANDANGAN KASIH SAYANG
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
7.BERIKAN PUJIAN PADA ANAK
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
8.AKUI KESILAPAN ANAK
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9.UTAMAKAN KELUARGA BERBANDING PERKARA LAIN
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali. Jadi, hargailah masa bersama semasa proses anak-anak membesar.
10.ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK. UCAPKANLAH ‘ASTAGHFIRULLLAH’
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Dalam mendidik anak cara islam, kesabaran yang tinggi amat penting. Elakkan mengeluh. Ucapkan Astagfirullah.
11.DENGAR BILA ANAK BERCAKAP
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, jadilah pendengar yang baik.
12.TENANGKAN ANAK
Adakalanya, anak kita panik dan tidak tahu nak buat apa. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
13.TUNJUK ANAK BAGAIMANA CARA MENENANGKAN DIRI
Jangan hanya peluk sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Kalau bergaduh sesama adik-beradik, leraikan dengan suara yang lembut. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14.BUAT AKTIVITI BERSAMA-SAMA ANAK.
Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Buat aktiviti yang berfaedah bersama-sama. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila.
15.TERIMA ANAK SEADANYA
Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama.
Lain orang lain cara mereka dalam menjaga anak-anak. Terutamanya dalam pemakanan anak-anak, jangan diberi makanan sembarangan khuatiri ada masalah pada penghadaman mereka.
Seperti yang kita tahu, bayi yang baru lahir perlulah diperkenalkan dengan makanan, terutamanya makanan pejal, secara berperingkat, seiring perkembangan usia dan juga pertumbuhan giginya. Sekiranya garis panduan ini dilanggar, bayi mungkin boleh berdepan dengan masalah kesihatan yang membimbangkan, seperti kisah yang dikongsikan dibawah ini.
Anak baru usia 4 bulan setengah dah diberi makan oleh orang luar
“Doakan baby Uda sihat. Stres kalau orang pandai-pandai usik baby kita. Ikutkan hati nak je Uda saman. Baby bawah 6 bulan jangan nak memandai bagi maka, bagi rasa atau bagi apa-apa lagi. Anak orang bukan anak kamu.”
Itulah luahan seorang ibu apabila anaknya terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan disebabkan oleh orang memberi makan kepada anaknya tanpa izin hingga mengakibatkan anaknya cirit-birit tak berhenti dan najis darah.
Tambah ibunya yang dikenali sebagai Uda Meknul di laman facebook, orang luar tersebut memberi anaknya ‘merasai’ buah kurma dan buah pear dengan alasan ‘jika orang dahulu boleh buat kenapa ibu-ibu sekarang tak boleh?’.
Menurut info terkini dalam perkongsian yang dimuat naik pada Selasa itu, luluh hati seorang ibu yang menunggu zuriat selama 8 tahun melihat anaknya mengalami cirit birit lebih dari 30 kali termasuklah cirit berdarah.
Semoga diberikan kesembuhan dan cepat sihat. Kepada orang diluar sana, beringatlah, sebelum usia 6 bulan dan keatas jangan sesekali memberi makanan kepada mereka.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.