Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Pepatah ini sesuai sekali dikaitkan dengan adik Ata bin Abd Aziz yang berumur 11 tahun apabila dinobatkan sebagai juara Cabaran Komik setelah bertarung dalam Cabaran AEIOU peringkat akhir secara maya di mana acara itu disertai oleh 40 finalis berusia 9 hingga 12 tahun dari 9 negeri di seluruh negara.

Buat Komik, Ambil Inspirasi Dari Keluarga – Ata Dinobatkan Sebagai Juara Cabaran AEIOU, Bawa Pulang RM5K!

Ata merupakan anak ketiga dari lima adik beradik dan tinggal bersama keluarganya di Gombak. Dia mempunyai dua kakak dan seorang adik perempuan dan lelaki. Ibunya adalah seorang suri rumah dan bapanya bekerja sebagai pereka dalaman bebas.

Buat Komik, Ambil Inspirasi Dari Keluarga – Ata Dinobatkan Sebagai Juara Cabaran AEIOU, Bawa Pulang RM5K!

Ata dan adik beradiknya fasih berbahasa Cina kerana menjalani persekolahan di SJK(C) Lee Rubber, Kuala Lumpur. Selain daripada gemar melakukan aktiviti kreatif seperti melukis dan bermain permainan LEGO, Ata juga suka memancing di masa lapang. Sebelum pandemik, Ata dan rakan baik di sekolahnya selalu menggunakan masa lapang mereka untuk melukis komik bersama-sama.

Kisah Penuh Inspirasi

Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan telah memberi Ata peluang untuk menggunakan kreativiti dan imaginasi sebaiknya dengan menyertai Cabaran AEIOU, satu inisiatif celik kewangan tahunan oleh Alliance Bank.

Melalui komiknya  Ata bercerita mengenai amalan menabung dan hasil daripada tabiat menabung tersebut dia dapat membantu meringankan beban keluarganya. Situasi yang dilalui oleh Ata telah memberikan satu pengajaran yang penting buatnya.

Dengan kisah yang penuh inspirasi ini, Ata telah dinobatkan sebagai juara Cabaran Komik setelah bertarung dalam Cabaran AEIOU peringkat akhir secara maya. Acara itu disertai oleh 40 finalis berusia 9 hingga 12 tahun dari 9 negeri di seluruh negara. Ata membawa pulang wang tunai RM5,000, sebuah trofi, hamper Faber-Castell dan sijil pencapaian.

Baiki & Guna Semula Telefon Lama

Mencungkil pengalaman yang dilalui oleh adik Atar dalam menjalani pembelajaran secara PdPR, nyata ada kisahnya yang tersendiri.

IKLAN

“Semenjak PdPR diperkenalkan pada Mac 2020, keadaan sangat mencabar kerana keluarga kami mempunyai 2 buah telefon bimbit sahaja di rumah dan saya dan adik beradik terpaksa berkongsi untuk menghadiri kelas dalam talian.

“Kami terpaksa membaiki dan mengguna semula telefon lama kepunyaan ibu bapa agar semua adik beradik tidak ketinggalan untuk menghadiri kelas. Kami berharap keadaan ini bersifat seketika dan tidak akan berterusan.

Buat Komik, Ambil Inspirasi Dari Keluarga – Ata Dinobatkan Sebagai Juara Cabaran AEIOU, Bawa Pulang RM5K!

“Pada bulan Januari 2021, barulah ayah menggunakan duit simpanan untuk membeli sebuah komputer riba dan tablet kerana telefon bimbit yang kecil menyebabkan kami susah untuk memberi tumpuan semasa belajar.

“Keluarga kami sangat terkesan dari pandemik yang melanda Malaysia kerana pendapatan ayah terjejas teruk. Kami mengambil pendekatan berjimat cermat dan mengamalkan gaya hidup bersederhana,” ujarnya ringkas.

Biasa Menabung

Bila diajukan soalan berkaitan amalan menabung, nyata anak kecil ini cukup matang dalam mengurus wang yang dimenangi untuk jaminan masa depannya.

IKLAN

“Sebelum ini saya biasa menabung duit Raya dan duit dari ibu bapa sebagai upah membantu tugas-tugas di rumah.

“Wang hadiah yang dimenangi dari Cabaran AEIOU merupakan hadiah terbesar nilainya yang pernah saya perolehi.

“Saya peruntukkan 5% untuk didermakan, 5% dibelanjakan dengan keluarga, 5% untuk membeli barang dan 85% akan disimpan di dalam bank,” jelasnya lagi bersemangat.

Tambahnya lagi, “Cikgu Halimatus Saadiah Binti Sudirman merupakan guru seni saya di sekolah dan beliaulah yang menggalakkan saya dan rakan-rakan untuk menyertai Cabaran AEIOU tahun ini.

“Selain itu, ibu juga memberi penambahbaikan dalam jalan cerita komik saya. Kisah dalam komik bukan berdasarkan pengalaman sebenar tetapi watak-watak dalam komik itu memang mengambil inspirasi dari keluarga,” jelasnya panjang lebar.

 

IKLAN

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI