Hati ibarat raja bagi anggota tubuh, jika baik hati itu maka baiklah perbuatan dan kata-kata yang keluar dari mulut seseorang itu.  Namun jika hati tidak dipelihara dan dijaga sebaiknya, maka buruk atau rosak lah seluruh anggota tubuh dan kehidupan seseorang. Ini kerana orang yang hatinya bermasalah, kotor, sakit dan tidak bersih juga diterjemah melalui perbuatan buruk, tidak beramal soleh bahkan tidak memberi kebaikan kepada dirinya dan orang sekelilingnya.

Oleh yang demikian, dalam menjaga hati ia  bukan boleh dibuat seperti memelihara anggota badan yang lain. Ada cara dan amalan yang perlu dilakukan sebagai kaedah untuk  merawat hati.

Antara yang boleh diamalkan untuk menjaga hati bolehlah diamalkan 10 tips yang dikongsikan ini.

10 TIPS UNTUK MENJAGA HATI

1. Solat dan doa jangan tinggal.
Walaupun bunyi macam sangat biasa sebab hampir semua orang akan memberikan nasihat yang serupa, percaya ianya adalah kunci untuk semua perkara dalam hidup.
Nak tenang, solat dan doa.
Nak rezeki, solat dan doa.
Nak jodoh, solat dan doa.
Segalanya mudah bagi Allah dan Allah memberi dengan cara yang super tidak logik.

Nak Jaga Hati Sendiri Kena Tahu Caranya. Lakukan 10 Perkara Ni Sebagai Amalan & Rasai Kesannya!

2. Maafkan orang selalu.
Kita maafkan orang bukan kerana kita salah atau kalah. Tapi kerana ianya untuk menjaga hati kita sendiri. Percayalah bahawa memaafkan itu sangat mudah dari mengheret dendam. Lepaskanlah….
Maaf bukan sekadar di bibir tau. Namun 100% ikhlas dari hati. Zero dendam.

3. Senyum selalu.
Ketika kita tersenyum… Segala kerunsingan dan kesedihan akan pergi serta merta.
Bagaimana untuk senyum sedangkan hati bersedih? Try….

IKLAN

4. Tidur secukupnya.
Rehat dan tidur yang cukup adalah sangat membantu untuk kita hilangkan stress. Usah berjaga…main phone. Apa lagi merenung What’sApp yang ada blue tick tapi tak berbalas tu. Nanti anda tambah runsing dan stress! Hehe.
(Mesti ramai yang macam ni kan?)

5. Bersedekah.
Bersedekahlah setiap hari. Sedikit pun tak apa asalkan kita istiqamah. Sedekah itu sangat membahagiakan orang lain yang memerlukan. Dulu saya pun tidak mengamalkan sedekah setiap hari ini. Tetapi setelah tahu tentang ilmu tabung Subuh, ianya jadi sangat mudah untuk kita bersedekah.
Sedekah juga boleh dibuat secara online. Seringgit sehari pun boleh. Asal kita ikhlas.
Ketika kita membahagiakan orang lain, hati kita akan berasa tenang dan sangat bahagia.

6. Hati kita semua adalah milik Allah.

Daripada Anas bin Malik RA berkata: Adapun Nabi SAW banyak membaca:
‎يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ
Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar ia berada di atas agamamu.” Kemudian aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang kamu telah bawa. Lalu apakah kamu masih bimbang kepada kami?” Baginda SAW menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah SWT yang mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya.” [Riwayat al-Tirmizi (2140)][Hadith ini adalah hasan mengikut penilaian Imam al-Tirmizi]

IKLAN

Ingat ini selalu agar kita tidak terlalu berharap kepada cinta manusia. Kerana hati manusia itu berbolak balik. Hati manusia itu milik Allah. Bahkan hati kita juga boleh berubah dalam sekelip mata.

7. Buat baik dengan semua orang selalu.
Ucapkan kata-kata yang baik selalu.
Buat baik selalu.
Berlembut selalu.
Usah pernah lelah untuk berbuat baik meskipun terhadap orang yang tidak menghargai kita. InsyaAllah kita tidak akan pernah kesal nanti. Percayalah.

8. Amalkan zikir
Ketika sedih, zikir.
Ketika lelah dengan sikap manusia, zikir.
Ketika difitnah, zikir.
Ketika marah, zikir.
Ketika ada terdetik benci, zikir.
Ketika timbul rasa mahu menunjuk kekayaan, zikir.
Zikir adalah ubat yang paling mujarab untuk hati.

Nak Jaga Hati Sendiri Kena Tahu Caranya. Lakukan 10 Perkara Ni Sebagai Amalan & Rasai Kesannya!

IKLAN

9. ‘Siapa yang kecintaan kepada Allah telah menempati hatinya, maka kecintaan itu akan menyibukkan dirinya hingga ia tidak tahu lagi panas dan sejuk, manis dan masam, hangat dan dingin.” ‘Utbah al-Ghulam
Terlebih bercakap
Terlebih melihat
Terlebih makan
Terlebih berkawan
Tahukah anda bahawa 4 perkara ini ialah punca penyakit hati? Apa-apa letak Allah dulu dalam hati. Tidak kira siapa kita di mata orang lain. Yang penting Allah tahu….

Nak Jaga Hati Sendiri Kena Tahu Caranya. Lakukan 10 Perkara Ni Sebagai Amalan & Rasai Kesannya!

10. “Ya Allah, lapangkanlah dada ku”.
Jangan lupa untuk amalkan doa ini setiap hari ya. Istiqamah dan sabar selalu. Orang-orang yang berlapang dada adalah orang yang tenang.
Dan orang-orang yang tenang adalah orang yang menang.

Sumber : Dzuriasikim Dzulkefli

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Nak Jaga Hati Sendiri Kena Tahu Caranya. Lakukan 10 Perkara Ni Sebagai Amalan & Rasai Kesannya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI