Baru-baru ini tular tentang isu berkahwin tetapi tidak mahukan anak. Bahkan hal ini turut dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus ketika ada yang bertanya semasa sesi ceramah.
Menjawab pertanyaan tentang isu pasangan yang menganggap anak menyusahkan serta hanya memberi masalah, Ustaz Azhar berkata, trend tersebut adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam. Tambah Ustaz lagi, trend ini adalah trend orang yang bukan beragama Islam.
Beliau turut mengtakan bahawa Rasulullah SAW juga menuntut untuk memiliki ramai anak agar umatnya paling ramai pada hari kiamat.
Ads
“Apabila bernikah tapi tak nak anak, ia bukan seruan Islam. Orang beriman kan ikut Nabi Muhammad. Nabi juga bersabda supaya berkahwin dengan kaum wanita supaya ramai anak kerana ia akan membanggakan Nabi ketika pada hari kiamat.”
Ustaz Azhar juga menyentuh tentang kehadiran cahaya mata yang akan menjadi penyambung nasab keturunan pasangan tersebut. Anak-anaklah yang akan mendoakan ibu bapanya apabila sudah meninggal dunia. Kata Ustaz Azhar lagi, seruan Nabi untuk melahirkan anak supaya Nabi memiliki paling ramai umat berbanding Nabi Ibrahim dan Nabi Musa
“Tak beranak tiada masalah, namun akhirnya akan menjadi kufur kerana tidak yakin kepada ALLAH yang memberi rezeki.”
Dalam pada itu, beliau menyeru umat Islam agar mengamalkan gaya hidup orang yang diredai. Tambah Ustaz Azhar lagi, kita perlu tegas dalam mengikut ajaran Islam serta seruan Nabi kerana Baginda bersabda bahawa semua umatnya akan masuk syurga kecuali yang tidak mendengar ajarannya.
Ads
Pasangan berkahwin yang masih belum ada rezeki, pasti akan dikurniakan kebahagiaan satu hari nanti asbab sifat sabar dan usaha yang bersungguh-sungguh, namun yang mengelak untuk mempunyai zuriat adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.
Pilu hati seorang adik apabila abangnya yang baru balik daripada menziarahi ibu bapa mereka maut dalam sebuah kemalangan.
Muhammad Sufian Muhammad Yusari, 22, berkata Allahyarham abangnya, Muhammad Fadzli, 40, bertandang ke rumah keluarga di Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, malam kelmarin.
Arwah sempat menziarahi ibu, Jumiah Saman, 59, yang baharu selesai ujian dialisis buah pinggang dan bapa, Muhammad Yusari Shuib, 69, terlantar akibat patah tulang antara pinggul dan paha selepas terjatuh di kebun minggu lalu.
“Sebelum kejadian, arwah abang sempat berjumpa emak dan ayah dan tak sangka selepas itu dia terlibat dalam kemalangan maut,” katanya.
Muhammad Sufian menjelaskan kali terakhir dia berjumpa arwah abangnya di rumah ibu bapanya ketika menghantar seorang ahli keluarga yang bekerja di Kapar, Klang kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian kemalangan maut membabitkan arwah ketika memandu dalam perjalanan pulang ke rumah jam 2.30 pagi.
“Biasanya arwah tegur saya tapi hari itu abang tidak banyak bercakap dan mendiamkan diri.”
“Rakan sekampung hubungi saya memaklumkan abang terbabit dalam kemalangan dan saya sempat melihat jenazah abang dibawa keluar dari kenderaannya”
Allahyarham Muhammad Fadzli disifatkan sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa selain disenangi dalam kalangan ahli keluarga dan saudara-mara.
“Sepanjang hayatnya arwah cuba tunaikan segala permintaan ibu dan ayah, selain tidak pernah mengeluh. Walaupun sukar menerima hakikat ini, namun saya reda dan berdoa arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.”
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Muhammad Fadzli maut selepas Perodua Myvi yang dipandunya melanggar Mercedez Benz C200 dipandu seorang warga emas berusia 66 tahun yang menghentikan kenderaannya di tengah jalan dari arah Rawang ke Tanjong Karang.
Pelanggaran itu dipercayai mengakibatkan Muhammad Fadzli gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas masuk ke dalam parit dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, jam 2 petang.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Perempuan ni lepas dah kahwin, dunianya adalah suaminya.”
Mungkin anda pernah dengar ayat begini kan? Sememangnya tak dinafikan sesetengah wanita memilih untuk mendahulukan keluarga dari segala-galanya.
Kalau dulu boleh lepak atau keluar berjalan-jalan dengan kawan, namun selepas berkahwin dan punya anak, dunianya hanyalah di rumah. Kerana itu, segala masalah atau apa sahaja cerita mahu diadukan kepada suami. Dari sekecil-kecil hal, sehinggalah sebesar-besar masalah, semuanya akan diceritakan tanpa tertinggal sedikit pun.
Tujuannya cuma satu, mahu berkongsi dengan suami dalam segala hal. Dia menganggap suami ibarat sahabat baik, teman yang ada untuk susah dan senang. Justeru, sebagai suami, apa salahnya luangkan sedikit masa dan tadah telinga dan hulurkan bahu untuk disandarkan buat isteri.
Sekalipun penat di pejabat belum hilang, lupakan seketika dan tumpukan pada insan yang banyak berkorban buat anda. Suami yang baik adalah suami yang boleh menjadi pendengar yang baik kepada isteri dan tidak semua orang memiliki bakat itu.
Ibu bernama Syahirah Omar ini berkongsi pandangan mengenai hal tersebut.
Buat lelaki bergelar isteri, marilah sama-sama memahami isi hati makhluk aneh bernama isteri.
Memahami Makhluk Aneh Bernama Isteri.
Isteri: Abang ok harini? Suami: Ok. Isteri: Abang nak makan apa harini? Saya masakkan. Suami: Tak kisah. Apa pun boleh. Isteri: Nak pergi mana cuti sekolah ni abang? Abang ada plan tak nak bawak kami kemana? Suami: Tak ada. Awak nak kemana mana ke? Isteri: Kenapa ye kalau dengan kawan abang, beria sangat abang berbual! Tapi dengan isteri sendiri acuh tak acuh saja! Saya give up la dah 12 tahun begini! Abang memang tak sayangkan saya!
” Terlalu banyak yang saya kena buat untuk rumahtangga ni! Saya dah tak mampu lakukan apa-apa lagi dah. Saya dah tak kisah, Abang buatlah apa yang abang mahu!” Isteri terus masuk bilik dan kunci pintu menangis teresak-esak. Isteri terlalu penat, geram, dan bosan dengan suami.
Suami keliru! Dari ok saja tiba-tiba isteri beremosi. Kemudian, apa yang dia boleh lakukan, cuma membiarkan isteri untuk tenangkan diri. Bila malam, suami masuk ke bilik dan menegur isteri seolah-olah tak ada apa yang berlaku.
Pekara begini dah berlarutan selama 12 tahun.
Dan begitulah, kenapa punca isteri sentiasa mengamuk hal-hal kecil. Kerana tangki emosi tak pernah dipeduli. Emosi isteri sentiasa diabaikan. Komunikasi antara suami isteri sangat teruk dan rumahtangga menjadi semakin hambar.
Sebenarnya,
Disebabkan kedua-dua mereka berkomunikasi dengan bahasa yang berbeza, jadi tak ada titik persefahaman diantara mereka.Bukan suami tak cuba bantu isteri dan fahami isteri, tetapi gagal setiap kali beliau mencuba.
Begini,
Menurut kajian, kebanyakkan isteri perlu menghabiskan 20 ribu patah perkataan sehari berbanding suami yang hanya perlu habiskan lebih kurang 7000 patah perkataan sehari. 3 kali ganda bezanya!
Memang suami pun jenuh penat melayan kan? Tapi sebenarnya otak wanita ni tak dapat menyimpan maklumat secara khusus. Contohnya kalau apa yang dia fikir siang tadi, membawak sampai ke malam hari. Itu pasal kalau suami tak layan, membawak sampai ke Planet Pluto Overthinking si isteri!
Isteri cuma perlu luahkan apa yang terbuku di hati.
Kau tengok eh,
Waktu lipat kain dia bercakap. Waktu dia masak dia bercakap. Waktu dia sidai kain dia jerit
” Abang, malam ni nak pergi giant tak? Giant kat Putra Kajang tu dah nak tutup semua item 50% less!”
Tiba tiba dia datang depan muka suami dia tanya pulak
” Abang, saya risau la tengok anak kita tu. Hari-hari taknak pergi sekolah,”
Suami pun keliru.
Sebenarnya, isteri selalu merasakan suami adalah sumber kasih sayang dan sokongan berbanding kawan-kawan, keluarga. Bagi isteri, suamilah bff dunia akhirat.
Apabila isteri meluah perasaan, suami jangan terus naik angin, tetapi mungkin boleh cuba untuk respon begini
” Sayang luah, abang ada ni untuk dengar,” ” Sayang, Abang tahu sayang penat sangat, sayang banyak bantu abang dalam uruskan rumahtangga,” ” Sayang, boleh tak harini sayang masak makanan favorite abang, ala yang kuah dia pedas pedas ada daun kesum tu?” ” Sayang, ok tak kalau minggu ni sayang plan untuk kita kemana-mana. Abang tahu sayang lebih arif bab planning ni,”
Dan Isteri,
Carilah sahabat untuk berbual. Tak semua perkara kau perlu luah pada suami. Selalunya kita yang duduk rumah ni kematu tak tahu bercakap dengan siapa selain anak-anak. Kau carilah hobi baru. Bila ada hobi, kau akan jumpa kawan-kawan baru. Suami juga ada perasaan dia yang kau tak fahami.
InsyaAllah, percayalah. Bila komunikasi lebih baik, rumahtangga akan aman dan bahagia.
Nantilah, aku tulis pulak bagaimana untuk fahami suami? Jangan la tag pasangan gais. Aku taknak bertanggungjawab kalau korang gaduh. Printscreen sajalah bagi dia. Mana suami nak baca panjang panjang ni?
Gelagat si comel Ardy Wira, anak pelakon dan penyanyi, Betty Rahmad seringkali mencuri tumpuan wargamaya dengan kepetahannya bercakap.
Bahkan Wira juga sudah pandai membaca ayat Al-Quran dengan baik menerusi beberapa perkongsian video ibunya di media sosial.
Terbaru, Wira terus menjadi kesayangan dan buah hati semua bila mana melaungkan azan buat pertama kalinya biarpun usianya kini baru mencecah empat tahun sepuluh bulan. Memang luar biasa!
Menerusi perkongsian tersebut, Ardy Wira atau lebih mesra disapa Wira kelihatan memakai baju tidur pijama berwarna biru gelap dan memakai kopiah berdiri serta melaungkan azan maghrib di rumah mereka.
“MashaAllah TabarakaAllah. Segala puji bagi Allah SWT. Wira first azan,” tulis Betty menerusi kapsyennya.
Alunan merdu kalimah Allah itu sudah semestinya mampu mencairkan hati seorang ibu, begitu juga pengikut setia Wira di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa bangga dan sebak apabila melihat reaksi Wira.
Malah, ramai yang memuji cara didikan Betty kerana berjaya mendidik anaknya dengan ilmu agama dan akhlak yang cukup baik.
Terdahulu, anak kepada pasangan Betty Rahmad dan Ardy Damis ini pernah mencuri perhatian apabila dia kelihatan tidak kekok dan lancar membaca Al-Quran beserta taranumnya malah cukup petah berkata-kata.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...