Baru-baru ini tular tentang isu berkahwin tetapi tidak mahukan anak. Bahkan hal ini turut dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus ketika ada yang bertanya semasa sesi ceramah.
Menjawab pertanyaan tentang isu pasangan yang menganggap anak menyusahkan serta hanya memberi masalah, Ustaz Azhar berkata, trend tersebut adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam. Tambah Ustaz lagi, trend ini adalah trend orang yang bukan beragama Islam.
Beliau turut mengtakan bahawa Rasulullah SAW juga menuntut untuk memiliki ramai anak agar umatnya paling ramai pada hari kiamat.
Ads
“Apabila bernikah tapi tak nak anak, ia bukan seruan Islam. Orang beriman kan ikut Nabi Muhammad. Nabi juga bersabda supaya berkahwin dengan kaum wanita supaya ramai anak kerana ia akan membanggakan Nabi ketika pada hari kiamat.”
Ustaz Azhar juga menyentuh tentang kehadiran cahaya mata yang akan menjadi penyambung nasab keturunan pasangan tersebut. Anak-anaklah yang akan mendoakan ibu bapanya apabila sudah meninggal dunia. Kata Ustaz Azhar lagi, seruan Nabi untuk melahirkan anak supaya Nabi memiliki paling ramai umat berbanding Nabi Ibrahim dan Nabi Musa
“Tak beranak tiada masalah, namun akhirnya akan menjadi kufur kerana tidak yakin kepada ALLAH yang memberi rezeki.”
Dalam pada itu, beliau menyeru umat Islam agar mengamalkan gaya hidup orang yang diredai. Tambah Ustaz Azhar lagi, kita perlu tegas dalam mengikut ajaran Islam serta seruan Nabi kerana Baginda bersabda bahawa semua umatnya akan masuk syurga kecuali yang tidak mendengar ajarannya.
Ads
Pasangan berkahwin yang masih belum ada rezeki, pasti akan dikurniakan kebahagiaan satu hari nanti asbab sifat sabar dan usaha yang bersungguh-sungguh, namun yang mengelak untuk mempunyai zuriat adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.
Bagaimana ibu-ibu uruskan duit raya anak? Simpan dalam ASB, Tabung Haji atau belikan anak mainan dan kelengkapan sekolahnya? Semuanya terpulang bagaimana ibu-ibu merasa pentingnya untuk anak-anak kita.
Mungkin jika tidak menyimpan, ibu-ibu punya cara lain untuk adakan duit tabungan anak-anak. Soalnya bagaimana?
Cara yang dilakukan oleh ibu bernama Mcyah Joanjett ini boleh juga kita contohi. Inspirasi dan motivasi untuk ibu ayah lain di luar sana.Hidup aku tak senang. Jadi sejak aku mula mula posting kerja tahun 2015, aku terus tolak gaji ke account anak-anak. Aku tak cukup makan takpe, janji simpanan anak-anak ada.
At least kalau aku susah pun, ada duit untuk dorang sambung belajar. Aku sangat berdisiplin. Sengkek tak boleh makan sekalipun, aku takkan curi duit anak-anak. Mereka amanah aku. Jadi aku perlu jujur dengan diri sendiri.
Ramai orang bagitau aku, kau pun tak cukup makan. Lagi nak menabung untuk anak. Aku jawab ” takpe, kalau ikutkan perbelanjaan harian, duit berapa-berapa pun takkan pernah cukup”. Sebab duit ni berhantu, ada sikit tak cukup, ada banyak pun tak cukup. Jadi aku belajar punya kewangan yang sedikit harini, demi kesenangan masa depan.
Walaupun dah berenti kerja, aku tetap konsisten tiap bulan pergi masukkan duit simpanan anak anak. Ada sikit simpan sikit, ada banyak simpan banyak. Yang penting konsisten. Segala duit raya anak, duit orang sedekah kat anak, masuk sini semuanya ye. Jangan pernah guna. Nanti tak terganti?
Orang cakap lagi “bila la nak banyak duit tu kalau kumpul sikit-sikit je, sampai tua lah gamaknya menabung”. Tapi aku tetap tak kisah. Aku menabung sahaja semampu aku. Sebab aku percaya, sedikit itu lama-lama boleh jadi bukit.
Pada tahun 2018, dimana anak-anak aku baru berumur 5 tahun, 4 tahun dan 1 tahun. Tapi simpanan mereka mengalahkan orang dewasa yang lain.
Maka menabunglah. Berjimat cermat. Usah dengar kata kata orang.P/s : Point penting kat sini. Menyimpanlah. Menabunglah. Amount tu belakang cerita??. Helaian buku banyak skip. Kalau snap semua tak muat gambar?
Wow hebatnya! So ibu ayah sila contohi ibu ni. Tak penting pun berapa banyak kita simpan tapi hasilnya dikemudian hari kalah orang dewasa. Kita? Masih tak terlambat nak contohi wanita ini. Jom!
Kisah seorang wanita, Jahidah Nordin yang dipukul oleh suaminya sehingga koma masih lagi belum terbela. Sehingga kini, si pelakunya yang merupakan suspek utama iaitu suami kepada Jahidah masih bebas dan seronok.
Kejadian itu telah menyebabkan Jahidah Nordin patah rahang, tempurung kepala juga terpaksa dibuang, berlaku pendarahan dikepalanya malah Jahidah cedera teruk di belakang badan serta tulang rusuk retak dan patah.
Baru-baru ini, tular kisah yang mengatakan bahawa suaminya itu menyertai jelajah ride motosikal sehingga ke negeri Kedah. Apa yang mengejutkan apabila dia menggunakan nama samaran dan juga mengaku sebagai anggota polis kepada ahli kelab yang disertainya.
Namun semalam, Mahkamah Rendah Syariah Seremban, meluluskan permohonan tuntutan fasakh olehJahidah Nordin terhadap suami yang mencederakannya hingga dia terbaring kaku sejak Mei 2021.
Tuntutan fasakh oleh Jahidah Nordin terhadap suaminya, Rosmaini Abd Raof, 40, difailkan dengan berwakilkan adiknya, Fauziah Nordin.
Fauziah berkata, dia membuat tuntutan fasakh mewakili kakaknya pada 1 Februari lalu dan bersyukur proses itu dipermudahkan tanpa menunggu lama.
“Saya sangat bersyukur sebab sudah lama tunggu supaya ada keputusan mengenai perkahwinan kakak ini. Saya memang tidak sangka akan dapat keputusan hari ini, rasa kurang sikit beban saya.
“Saya akan bincang dengan peguam untuk langkah seterusnya kerana ia perlu dilakukan satu persatu memandangkan saya perlu menjaga kakak dan juga anaknya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah, hari ini.
Fauziah berkata, dia kini lega dan dan dapat memberi fokus terhadap kes jenayah membabitkan Rosmaini dengan kakaknya yang kini masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.
“Saya gembira dan tidak sabar untuk memaklumkan keputusan ini kepada keluarga. Untuk proses seterusnya (hak penjagaan dan tuntutan nafkah) saya akan bincang dengan peguam,” katanya.
Fauziah berkata, dia berharap lelaki yang mencederakan kakaknya itu menerima hukuman setimpal memandangkan tindakan itu menyebabkan kehidupan kakaknya sekeluarga berubah.
Terdahulu, di dalam mahkamah, Peguam Mohd Amirul Adam Ahmad dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan yang mewakili Fauziah, menyerahkan kenyataan bertulis kepada Hakim, Hamizan Mohd Nor.
Kenyataan sebanyak tujuh muka surat itu mengandungi 31 soalan dan jawapan sebelum Hamizan bertanyakan beberapa soalan pengesahan terhadap Fauziah ketika prosiding.
Ketika prosiding juga, hakim bertanya kepada Fauziah mengenai nafkah kepada kakaknya, sebelum Fauziah memaklumkan lelaki berkenaan tidak pernah melawat atau menghubungi Jahidah, selain tidak memberikan nafkah.
Sementara itu, Mohd Amirul berkata, hakim membuat keputusan hari ini selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga ad litem serta berdasarkan dokumen yang dikemukakan.
“Tuntutan fasakh kita mula buat pada 1 Februari lalu. Sepatutnya permohonan perlu dibuat Jahidah sendiri, tetapi berikutan keadaan dirinya, jadi kita perlu buat permohonan penjagaan ad litem di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan pengurusan harta di Mahkamah Tinggi Malaya terlebih dahulu pada Januari lalu.
“Mahkamah berpuas hati dengan kedua-dua keputusan dua mahkamah tinggi itu dan pada hari ini memutuskan bahawa pernikahan Jahidah dengan Rosmaini difasakhkan bermula hari ini,” katanya.
Mengulas mengenai defendan atau wakilnya yang tidak hadir hari ini, Mohd Amirul berkata, sebelum ini pihaknya cuba menyerahkan saman secara kendiri di alamat terakhir Rosmaini di Johor,
“Tetapi apabila kami meminta bantuan Jabatan Bantuan Guaman Johor untuk serahkan saman (notis kehadiran), laporan yang kami terima tiada penghuni di rumah berkenaan.
“Jadi pilihan ada untuk memanggil pihak defendan hadir juga ke mahkamah adalah melalui saman ganti iaitu saman tampalan di alamat terakhir atau saman melalui iklan. Kami buat melalui iklan di akhbar Berita Harian pada 24 Februari lalu,” katanya.
Khabaran duka yang buat negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz telah menghembuskan nafas terakhir hari ini pada usia 98 tahun.
Memetik laporan berita Astro AWANI, tokoh pendidikan dan ekonomi negara, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara sekitar jam 4.30 petang tadi.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.
Tokoh yang disegani ini dlahirkan di Hampstead, England pada 28 Januari 1922, merupakan Merupakan naib canselor Universiti Malaya yang pertama dan paling lama berkhidmat, dan ahli ekonomi Melayu pertama dan satu-satunya orang yang diberi status Profesor Diraja di negara ini
Menerima gelaran Profesor Diraja Ekonomi pada 1978, Allahyarham adalah individu bertanggungjawab di sebalik penubuhan Lembaga Urusan tabung dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Merupakan seorang perunding kepada pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Juga telah menulis lebih dari 50 buku mengenai masalah sosial dan ekonomi Malaysia.
Anak perempuannya adalah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu bawa anak naik stroller di tempat sesak mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mengecam tindakan ibu bapa, namun ramai tampil mempertahankan mereka.