Jika ada antara anda sedang merancang untuk berdiet demi untuk mencairkan dan ‘melenyapkan’ lemak-lemak yang berlebihan dan sekali gus terlihat kembali langsing. Ada sesuatu yang perlu anda amalkan!
Anda seharusnya sedar, bahawa perlu melakukan secara konsisten dan komitmen juga penting agar usaha anda untuk memiliki tubuh yang langsing berjaya direalisasikan. Salah satu cara yang boleh anda praktik adalah dengan mengamalkan minum air kulit kayu manis ini.
Caranya cukup mudah dan apa yang penting tidak akan membebankan anda. Hanya dengan minum dan anda boleh lihat kesannya. Cukup hebat!
AIR KULIT KAYU MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 batang kulit kayu manis
2 sudu madu atau gula batu
Cara 1
Ads
Kisar kayu manis dan ambil 1 sudu kecil, masukkan ke dalam cawan. Kemudian masukkan air panas dan tambahkan madu. Sedia untuk dinikmati.
ATAU
Cara 2
Rebus kayu manis sehingga berbau harum dan kemudian masukan gula batu. Biarkan sehingga suam dan sedia untuk dinikmati.
* Minum SETIAP KALI selepas sarapan, tengah hari atau malam.
Ads
[su_highlight background=”#e5d1c4″ color=”#ec281f”]Menarik tentang kulit kayu manis[/su_highlight]
1. Kayu manis sangat berkesan untuk elakkan lemak berkumpul di perut.
2. Malah kayu manis boleh kurangkan selera makan.
Ads
3. Kayu manis sangat berkesan panaskan badan dan tingkatkan metabolisma badan. Tinggi metabolisma, tinggilah peluang untuk kurus.
4. Kayu manis boleh tingkatkan memori dan imun sistem badan.
Sumber : Mastura Ab Rashid
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi wanita yang baharu melahirkan bayi tentu sahaja tidak sabar untuk memiliki bentuk badan langsing seperti sebelum hamil.
Bagi yang sebelum bersalin sudah aktif bersenam dan beriadah tentu sahaja tak sabar untuk kembali aktif. Persoalan bila dan bolehkan ibu lepas bersalin aktif bersenam sering bermain di fikiran ramai ibu-ibu.
Sebenarnya boleh sahaja ibu melakukan senaman ringan dengan nasihat doktor selepa bersalin secara normal atau pembedahan.
Selepas dua bulan melahirkan bayi perempuan Bunga El Haq, pelakon Elisya Sandha kembali melakukan aktiviti senaman.
Menerusi perkongsian di TikTok, Elisya telah memuat naik videonya sedang berjogging sambil menyorong anaknya yang tidur lena dalam stroller di kawasan perumahan mereka.
Sebagai pelakon yang sedang meningkat naik, sudah tentu Elisya tidak mahu mengabaikan penjagaan kesihatan dan ketrampilan dirinya agar terus kekal relevan dalam industri.
Adik kepada pelakon terkenal Fasha Sandha ini tidak menjadikan anak kecil sebagai alasan untuknya kembali aktif bersenam.
Walaupun baru dua bulan melahirkan anak secara caesarean namun Elisya tetap bersemangat melakukan senaman ringan di sekitar kawasan perumahannya tanpa perlu meninggalkan bayi comelnya Bunga El Haq yang tetap lena dalam stroller.
Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang memuji dan kagum dengan semangat kental Elisya bersenam bersama bayi. Menurut mereka tidak hairanlah Elisya boleh mengekalkan tubuh badan cantik dan langsing lepas bersalin.
Bagaimanapun ada juga yang keliru bertanya bolehkah ibu baharu bersalin melakukan senaman?
Menurut Hello Doctor, ibu yang melakukan pembedahan cesarean semasa bersalin boleh melakukan senaman. Malahan, aktiviti fizikal ini boleh bantu para ibu sembuh dengan lebih cepat!
Senaman penting untuk memastikan para ibu sembuh dengan sempurna selepas kelahiran. Bukan sahaja senaman boleh buatkan ibu bertambah kuat, malah senaman juga boleh kurangkan risiko ibu untuk tercedera.
Walau bagaimanapun, ibu-ibu perlu ingat supaya tidak terlalu memaksa diri untuk bersenam.
Senaman yang high-intensity ataupun berat adalah DILARANG untuk ibu yang berada dalam 6 minggu pertama kelahiran!
Salah satu senaman yang ibu boleh lakukan ialah senaman abdomen. Selain dapat melindungi tulang belakang, senaman ini juga boleh bantu ibu untuk bertenang dan membaiki postur tubuh.
Namun pastikan berunding terlebih dahulu bersama doktor untuk mengetahui sama ada boleh atau tidak untuk ibu melakukannya, okay?
Jika ibu ingin kembali bersenam seperti dulu, perlu tunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu selepas kelahiran.
Walau bagaimanapun, pastikan ibu berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum melakukan senaman yang berat.
Kadar pemulihan setiap individu selepas melakukan pembedahan cesarean adalah berbeza. Oleh sebab itu, doktor boleh memeriksa keadaan ibu berdasarkan tahap kesihatan untuk melihat sama ada boleh bersenam ataupun tidak.
Pada awalnya, ibu yang baru bersalin boleh lakukan senaman ringan seperti berenang, melakukan pilates ataupun yoga, dan berjoging.
Selepas 12 minggu, barulah ibu boleh lakukan senaman yang berat seperti berlari, aerobik ataupun mengangkat berat.
Jadi, tak salahlah Elisya melakukan senaman joging dan regangan ringan selepas melahirkan anaknya Bunga.
Lagi bagus sebab aktiviti fizikal tersebut dapat membuatkan ibu rasa gembira dan mempunyai mood yang lebih baik.
Cara-caranya :
. Epal tu dipotong 6 (macam biasa kita makan tu).
. Serai 5 batang diketuk.
. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk.
. Masak sehingga epal lembik. Siap.
. Minum ketika suam-suam.
Antara Khasiatnya:
Keluarkan angin dalam badan.
Kempiskan perut.
Menurunkan berat badan.
Cepat kenyang.
Awet muda.
Kulit cerah.
Mengurangkan kolestrol.
Menghilangkan sakit badan/sakit urat.
Sesuai untuk orang sakit lutut.
Menghilangkan sakit tumit.
Meringankan tubuh badan.
Kredit Page : Pesan Atok Nenek
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masih ingat lagi sewaktu kecil dulu setiap kali kami adik-beradik demam, ibu akan cepat-cepat melumur dengan lendir dari daun lidah buaya atau lebih dikenali dengan nama aloe vera.
Ibu akan lulurkan pada umbun-umbun kepala, dahi, ketiak dan leher. Alhamdullilah, kami adik-beradik jarang ke klinik kerana selepas dilumurkan dengan lendir lidah buaya ini, suhu badan akan turun.
Caranya sangat senang :
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Petua ini sampai ke generasi kami adik-beradik masih digunakan apabila anak-anak demam dan pokok lidah buaya memang wajib ada di rumah kami.
Pokoknya senang membiak dan tidak sukar dijaga.
Kalau sukar untuk mendapatkan pokok ini, anda boleh dapatkan di farmasi.
Terdapat beberapa jenama yang menjual lendir ini secara komersial. Jadi wajibkannya dalam First Aid anda supaya dapat menbuat langkah awal jika anak tiba-tiba demam panas.
Selain daripada itu, banyak khasiat aloe vera ini yang secara tidak langsung akan kita dapat apabila memakainya seperti :
Di sini, terdapat beberapa jenama Aloe Vera yang boleh anda dapatkan di farmasi.