Bagi wanita yang baharu melahirkan bayi tentu sahaja tidak sabar untuk memiliki bentuk badan langsing seperti sebelum hamil.
Bagi yang sebelum bersalin sudah aktif bersenam dan beriadah tentu sahaja tak sabar untuk kembali aktif. Persoalan bila dan bolehkan ibu lepas bersalin aktif bersenam sering bermain di fikiran ramai ibu-ibu.
Sebenarnya boleh sahaja ibu melakukan senaman ringan dengan nasihat doktor selepa bersalin secara normal atau pembedahan.
Selepas dua bulan melahirkan bayi perempuan Bunga El Haq, pelakon Elisya Sandha kembali melakukan aktiviti senaman.
Menerusi perkongsian di TikTok, Elisya telah memuat naik videonya sedang berjogging sambil menyorong anaknya yang tidur lena dalam stroller di kawasan perumahan mereka.
Sebagai pelakon yang sedang meningkat naik, sudah tentu Elisya tidak mahu mengabaikan penjagaan kesihatan dan ketrampilan dirinya agar terus kekal relevan dalam industri.
Adik kepada pelakon terkenal Fasha Sandha ini tidak menjadikan anak kecil sebagai alasan untuknya kembali aktif bersenam.
Walaupun baru dua bulan melahirkan anak secara caesarean namun Elisya tetap bersemangat melakukan senaman ringan di sekitar kawasan perumahannya tanpa perlu meninggalkan bayi comelnya Bunga El Haq yang tetap lena dalam stroller.
Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang memuji dan kagum dengan semangat kental Elisya bersenam bersama bayi. Menurut mereka tidak hairanlah Elisya boleh mengekalkan tubuh badan cantik dan langsing lepas bersalin.
Ads
Bagaimanapun ada juga yang keliru bertanya bolehkah ibu baharu bersalin melakukan senaman?
Ads
Senaman Ringan Bantu Proses Penyembuhan
Menurut Hello Doctor, ibu yang melakukan pembedahan cesarean semasa bersalin boleh melakukan senaman. Malahan, aktiviti fizikal ini boleh bantu para ibu sembuh dengan lebih cepat!
Senaman penting untuk memastikan para ibu sembuh dengan sempurna selepas kelahiran. Bukan sahaja senaman boleh buatkan ibu bertambah kuat, malah senaman juga boleh kurangkan risiko ibu untuk tercedera.
Walau bagaimanapun, ibu-ibu perlu ingat supaya tidak terlalu memaksa diri untuk bersenam.
Senaman yang high-intensity ataupun berat adalah DILARANG untuk ibu yang berada dalam 6 minggu pertama kelahiran!
Salah satu senaman yang ibu boleh lakukan ialah senaman abdomen. Selain dapat melindungi tulang belakang, senaman ini juga boleh bantu ibu untuk bertenang dan membaiki postur tubuh.
Namun pastikan berunding terlebih dahulu bersama doktor untuk mengetahui sama ada boleh atau tidak untuk ibu melakukannya, okay?
Ads
Bila Boleh Senam Macam Biasa?
Jika ibu ingin kembali bersenam seperti dulu, perlu tunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu selepas kelahiran.
Walau bagaimanapun, pastikan ibu berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum melakukan senaman yang berat.
Kadar pemulihan setiap individu selepas melakukan pembedahan cesarean adalah berbeza. Oleh sebab itu, doktor boleh memeriksa keadaan ibu berdasarkan tahap kesihatan untuk melihat sama ada boleh bersenam ataupun tidak.
Pada awalnya, ibu yang baru bersalin boleh lakukan senaman ringan seperti berenang, melakukan pilates ataupun yoga, dan berjoging.
Selepas 12 minggu, barulah ibu boleh lakukan senaman yang berat seperti berlari, aerobik ataupun mengangkat berat.
Jadi, tak salahlah Elisya melakukan senaman joging dan regangan ringan selepas melahirkan anaknya Bunga.
Lagi bagus sebab aktiviti fizikal tersebut dapat membuatkan ibu rasa gembira dan mempunyai mood yang lebih baik.
Tidak dinafikan bila menyebut pasal amalan pengambilan jamu ini, pastinya kita sering kaitkan dengan penjagaan hubungan suami isteri, masalah dalaman wanita, ibu mengandung, menyusukan bayi, penjagaan bentuk badan, dan sebagainya.
Apa yang pasti, jika dilihat pada manfaat jamu tersebut cukup hebat. Jika tidak, masakan diamalkan sejak zaman berzaman. Pun begitu, setiap pengamal herba perlu juga akur dengan pantang larang bagi memastikan khasiat jamu dapat diserap dengan sebaik mungkin oleh tubuh.
Kesan daripada disiplin mengamalkan jamu, Ekin Primasara telah rasai sendiri dan pengalaman air jamu tersebut telah dikongsi melalui akaun facebooknya. Ekin juga turut berkongsi resipi untuk menyediakan air jamu yang telah diamalkannya.
Jom semak cara penyediaannya :-
Minuman Air Jamu
Bahan-bahan:
2/3 inci kunyit hidup
2/3 inci halia
3 biji manjakani
2/3 sudu gula merah
2/3 sudu asam jawa
Cara Penyediaan :
1. Rebus bahan-bahan di atas selama 20-30minit.
2. Biarkan sejuk seketika.
3. Kisar hingga halus.
4. Kemudian tapiskan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
*Boleh simpan di dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 minggu.
* Minum ½ gelas 2 kali seminggu
Sumber : Ekin Primasara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Daun pandan antara daun herba yang boleh diolah dengan pelbagai jenis kegunaan harian. Tak hanya dalam masakan, malah daun pandan pun baik untuk merawat masalah kulit.
Jangan tak tahu, daun pandan juga mampu menyegarkan tubuh badan. Buatkan air rebusannya dan amalkan minum ketika suam. Kali ini jom cuba daun pandan sebagai masker pula. Muka pun cantik, jerawat pun hilang. Jom cuba.
Bahan Masker
/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1 biji pisang
1/4 sudu teh minyak zaitun
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.
petua ni.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.
Sumber : Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bibir merah bak delima itu yang menjadi idaman setiap wanita. Nak bibir sihat dan merah merona, kena lebih perhatian memandangkan ia sangat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Lebih-lebih lagi jika anda jenis bermasalah kulit mengelupas. Elakkan mengopek kulit bibir jika tidak mahu terkoyak atau terluka.
Ini cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif. Hanya gunakan bahan-bahan semula jadi sahaja:
Serum Lemon Madu
Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur dan dioles merata di bibir.
Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami..
Topeng Buah Beet
Buah beet juga boleh mengembalikan warna semula jadi bibir. Caranya sangat mudah, hanya potong nipis ataupun haluskan beet dan oles merata di bibir.
Biarkan hingga kering dan bilas, Lakukan rutin setiap hari agar warna bibir kembali cerah.
Minyak Badam
Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles merata di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir malah minyak badam tersebut akan melembabkan secara semula jadi.
Jus Timun
Ambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.
Skrub Kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi pes. Sapu dan biarkan sehingga kering.
Kemudian urut dan skrub merata bahagian bibir untuk mengangkat sel-sel mati supaya bibir lebih bersih dan cerah.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Bahan-bahan:
30 gram gula tebu organik (dikisar)
10 ml ekstrak prun
5 ml madu
5 ml minyak zaitun
0.5 ml minyak vitamin E
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati.
Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir.
Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit
Kemudian bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.
Simpan lebihan skrub dalam bekas yang sesuai.
Tip:
Skrub ini boleh digunakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan (jika dibuka bekasnya) dan jika tidak dibuka ia boleh digunakan dalam tempoh lapan bulan hingga setahun.
Fungsi madu adalah untuk memerahkan kembali bibir manakala prun pula berfungsi untuk merawat bibir pecah.
Selain prun, ia boleh digantikan dengan delima. Delima berfungsi untuk memerahkan kembali bibir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dulu dipisahkan sebagai kembar siam, kini Muhammad jalani rawatan kanser di Riyadh. "Saya rindu dan tak sabar nak balik Malaysia," kata Muhammad Rosli, 27, yang kini dirawat di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.