Nak cantik tak boleh malas sebab macam-macam petua yang boleh dipraktikkan. Tambah-tambah zaman ekonomi meleset ini.
Guna sahaja barangan di dapur seperti telur, madu, baking soda, beras kerana ia lebih mudah dan menjimatkan. Malah petua begini juga dapat melindungi kulit dari bahan kimia .
Jika anda mahu mendapatkan kulit yang halus dan mulus kena ikut petua. Bukan hanya perempuan, lelaki juga boleh mencubanya. Jom semak sama-sama.
Ads
Ads
Ads
Sumber: Fayyanfreaks
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ini perkongsian daripada Puan Sofee Izzuddin yang biasa dengan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis. Info yang diberikan cukup bermanfaat agar kita lebih menghargai dan peka bertapa pentingnya menjaga kesihatan buah pinggang kita dan seluruh keluarga secara umumnya.
Apatah lagi, penyakit itu dapat dielakkan daripada awal jika pemakanan yang diambil adalah sihat dan seimbang. Ketahui juga proses, kos dan pelbagai lagi yang terpaksa dilakukan bila buah pinggang gagal berfungsi. Jom semak.
Salam. Sy ada maklumat nak kongsi berkaitan bidang saya. Sy tak ada ayat sesuai tp in shaa ALLAH mudah fhm.
Rata2 pesakit yg sy temuramah. Ramai menyesal ckp “bila tak jaga darah tggi/ kencing manis, doktor atau nurse hny bgtau nnt sakit buah pinggang susah. Tp tak bgtau tentang hemodialisis.”
Statistik pesakit meningkat sgt drastik tahun demi tahun dan sy terpanggil utk berkongsi dgn anda kerana penyakit buah pggang/kidney failure ‘merampas’ MASA, KESIHATAN dan DUIT anda.
Sy rgkaskan, bila kedua-dua buah pinggang rosak, ada beberapa perkara yg kita tak boleh elak. 1. Pergi ke dialisis. 2. Makan ubat sepanjang hayat. 3. Badan makin lemah. 4. Terpaksa pantang byk jenis makanan. 5. Belanja duit yg sgt banyak.
PERANAN PUSAT HEMODIALISIS
Memandgkan ramai kurg pasti apa peranan Pusat Hemodialisis.
Hemodialisis adalah pusat mendapatkan rawatan cuci darah & singkirkan air dlm bdn utk pskt meneruskan kehidupan bg kes kerosakan kedua-dua buah pinggang.
Waktu rawatan 3x seminggu, 4 jam 1 sesi.
Kos rawatan rm200-350 setiap sesi. Rm2000-4200 sebulan‼️
Leher anda akan ditebuk, dimasukkan tiub utk tujuan cuci darah & ianya sgt tdk selesa & mudah dijangkiti kuman jika tak dijaga dgn baik. Tiub akan disambung ke mesin dialisis utk proses pembersihan darah & penyingkiran air berlebihan dlm bdn.
Sbb apa buah pggang rosak?
-Kencing manis & darah tinggi yg diabai/tak dirawat. -cedera bhgian buah pggang. -painkiller/pcm berlebihan
Antara kekurangan/risiko kegagalan buah pinggang‼️
-mata cepat kabur. -Tulang mudah reput. -Risiko serangan jantung. -warna kulit berubah. -Terpaksa makan ubat spnjg hayat. -Mandul. -Mati pucuk. -Kena PANTANG air n mknn spnjg hayat. -Pengambilan mknn/mnuman tak blh lebih 3kg utk 2 hari atau anda akan sesak nafas (terus ke hospital). -Tak blh lakukan aktiviti lasak/kerja berat. -Susah nak travel.
Apa yg anda perlu lakukan utk elak Hemodialisis?
-Amalkan pemakanan seimbang. Lebihkan buah & sayur setiap hari. -Digalakkan mkn supplement. -Mnum air mineral/suam dgn kerap.. -Senaman kardio minimum 30min smggu (jogging, cycling & sbgnya). -Tidur cukup (12am-3am waktu tidur terbaik) tidur 5-8 jam bergantung pd anda.
Kisah si kecil bernama Arfan yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini mengundang simpati daripada pelbagai pihak. Malah ada yang mengatakan kesudian untuk menjaga si kecil yatim piatu ini.
Naluri seorang ibu yang tersentuh membuatkan, Datin Rebecca Nur Al Islam antara salah seorang individu yang menawarkan diri untuk menjaga Muhammad Arfan Ziqri. Dia meluahkan hasrat tersebut menerusi perkongsian di laman sosial Instagram (IG) untuk menjaga Arfan sekiranya tiada waris berbuat demikian.
Dia yang memang sukakan kanak-kanak mengakui mahu memelihara anak kecil ini. Malah, pelakon berusia 33 tahun ini juga mempunyai anak angkat, Nor Adam Daniel, 11, dan Nor Aurora Riana, 10 bulan, selain dua anak tiri.
“Saya memang sayang dan sukakan kanak-kanak. Hati saya mudah tewas dengan anak kecil.
“Menjadi kebiasaan saya, jika ada anak kecil yang dilihat memerlukan perlindungan dan jagaan, mereka akan dibawa pulang ke rumah. Sekalipun sudah mempunyai anak kandung, saya seronok dapat menambahkan ‘zuriat’.
“Kalau tiada siapa yang sanggup menyalurkan kasih sayang buat mereka, saya sudi berbuat demikian,” katanya.
“Kalau Tiada waris Yg boleh Menjaga anak Ini,Please 🙏🙏🙏Mummy Becca Nak Jaga… #ComelnyaAwakSayang…
“Ya Allah,Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yg memikul🙏🌹Salam Takziah kepada Ahli Keluarga anak Ini,Dan Al Fatihah Buat Kedua Ibu Dan bapanya….tulisnya.
Perkara tersebut diluahkan selepas dia mengulang siar perkongsian dari Pencetus Umah (PU) Amin.
Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, yang bertugas di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, dan Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, 29 Oktober lalu.
Kisah anak kecil ini menjadi tular kerana sekelip mata bergelar yatim piatu selepas kemalangan menyayat hati itu.
Bergelar Mr Mama bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi peranan yang selama ini sudah rutin dan sebati dengan golongan wanita, diambil alih oleh lelaki yang bergelar suami. Mungkin pandangan masyarakat agak ‘pelik’ dengan situasi tersebut.
Namun, berbeza pula dengan penulis novel thriller terkenal Ramliee Awang Murshid berkenaan isu ini. Jom kita dengar kenapa dia memilih untuk menjadi Mr Mama selepas 19 tahun mengabadikan diri dalam dunia pekerjaan.
“Setakat ini tiada masalah saya menjadi Mr Mama. Saya dah penat kerja sejak 80-an lagi. Sudah 19 tahun dengan RTM dan sampai satu tahap saya nak kerja sendiri dan menulis sepenuh masa. Saya tidak mahu curi-curi masa dan benda-benda haram masuk. Jika kita curi masa pejabat untuk kerja sendiri tidak baik.
“Rasa berdosa dan tidak berkat bila gunakan waktu bekerja itu untuk perkara lain, tambah lagi bila umur dah meningkat ini memang banyak benda saya fikir. Jadi hidayah datang dan saya berfikir untuk berhenti sejak 2008. Hanya 2012 baru saya nekad untuk berhenti kerja.
“Selepas berhenti, rutin saya adalah mengejutkan semua orang waktu subuh. Solat berjemaah kemudian, buat sarapan ringkas untuk anak dan isteri. Hantar anak ke sekolah, kemudian cuci pakaian, solat dhuha kemudian saya kerja sampai kul 11 sebelum masak. Kemudian keluar semula untuk ambil anak.
Soal masak tak jadi masalah kalau di rumah saya masak ikan, ayam tetapi sayur mesti ada. Tetapi saya tahu kadang-kadang bila anak lihat apa yang saya masak, boleh agak yang dia bandingkan masakan saya dengan isteri. Jika malas saya ‘masak’ di kedai sahaja,”seloroh Ramlee.
Ditanya mengenai pandangan sinis tentang Mr Mama, bagi bapa kepada anak remaja berusia 17 tahun ini, perkara tersebut tidak menjadi masalah baginya.
“Cuma apabila saya sendiri melalui pengalaman melakukan kerja rumah, memang ini satu pengalaman yang patut semua lelaki harus tahu. Saya menjadikan Rasullah sebagai teladan kerana Baginda sendiri ringan tulang untuk membantu isteri.
“Mula-mula memang kekok tetapi lama-kelamaan tidak menjadi masalah. Soal makan duit isteri tidak timbul kerana belanja dapur memang saya guna duit royalti. Setiap perbelanjaan saya sudah susun awal-awal. Itu yang saya panggil perancangan kewangan dalam rumah tangga dan alhhamdulillah saya berjaya.
“Setakat ini rintangan adalah berpacu dengan waktu sahaja. Sementelah idea datang bila-bila masa. Kerana itu saya selalu ‘pujuk’ otak esok pagi bangun jadi manusia paling baik, beriman dan penulis yang baik. Alhamdulillah berjaya, tetapi saya tak kata sempurna. Untuk menjadi seperti yang ada hari ini saya kena betul-betul reda, ikhlas dan kerja kita juga menjadi senang dan tidak ada masalah.
Berikut video penuh perkongsian bersama Ramlee Awang murshid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.