Bagi mereka yang mula berjinak-jinak mahu memelihara kucing, di sini terdapat tip cara untuk mengurangkan bau najis kucing.
Menarik perkongsian ini menyediakan cara yang mudah untuk mengurangkan bau terutama bagi yang membela kucing dalam rumah.
___________________________________
Saya nak berkongsi satu tips yang baru saya buat dua hari lepas. Tips ni bagi mereka yang bela kucing indoor. Masalah yang sering dihadapi adalah bau poo pee yang keluar daripada litterbox.
Ads
Kalau nak mengurangkan bau, perkara utama adalah kena rajin cuci litterbox setelah dua atau tiga kali penggunaan kucing kita. Hasilnya bau mmg dah kurang, tapi sebolehnya kita nak kurangkan lagi hingga bau tu hampir takdak langsung.
GUNA ARANG
Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal pun, saya cuma guna arang yang dipakai utk bakar-bakar lauk ja. Boleh beli kat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 ja (ikut lokasi masing2).
Ads
Saya potong separuh botol air besar (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak2 mcm dlm gambar tu, pastu masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh ja guna tisu atau kain biasa).
Selepas siap buat semua tu, boleh la gantung atau letak tepi sangkar betul2 dekat dengan litterbox. Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda.
Saya dah cuba selama dua hari. Memang berkesan.. Sebelum ni ada sikit2 bau drp litterbox kucing saya, tapi sekarang ni dah kurang sangat.
Ads
Cara ni jugak boleh guna utk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik punya saya isi arang tu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas ja lebih besar. Kalau rajin, hias2 la sikit bekas tu ikut kreativiti masing2.
*kucing saya ni dlm proses pemantauan lagi selepas rawatan sakit batu karang. Dah masuk bulan kedua dia duduk dlm sangkar. Dua tiga jam sekali dia akan dikurung utk makan minum & guna litterbox.
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam hari ini mendedahkan dirinya kini sedang hamil.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
“Assalammualaikum daripada saya dan baby bambam. Doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu memaparkan foto Rebecca atau mesra dipanggil Mummy Becca memegang bahagian perut yang sudah mula menampakkan bentuk ‘baby bump’.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan syukur dan tahniah selain turut teruja apabila mengetahui tentang berita kehamilan tersebut.
Terdahulu, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al- Raffael, 6, Nor Ahmed Al- Reaggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.
Selain itu, dia juga memiliki seorang anak angkat Nor Adam Daniel, 14, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 26 dan 19 tahun.
Melalui zaman belajar di universiti atau kolej berbeza-beza bagi setiap orang. Ada yang mengatakan zaman itulah paling seronok dalam hidup dan tidak kurang juga merasakan betapa sukarnya melalui detik bergelar mahasiswa. Penuh dengan ujian apatah lagi hingga ada yang perlu mencari duit sendiri untuk menampung perbelanjaan di universiti.
Apa yang pasti hidup ini penuh dengan cabarannya, dan begitulah juga yang dilalui oleh Shah Zakaria, 26, yang berkongsi mengenai usahanya mencari wang untuk menyara diri ketika menyambung pengajian di Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam, Selangor.
Difahamkan pemuda yang menetap di Kajang, Selangor ini, dia pernah melakukan 10 jenis kerja sambilan seperti berniaga air di bulan puasa, sales promoter, buggy driver, mengajar kelas tambahan dan banyak lagi semata-mata untuk mencari wang demi meneruskan kehidupannya sebagai mahasiswa.
Melalui perkongsian di akaun TikTok yang tular baru-baru ini, dia berjaya memperoleh anugerah dekan kelas pertama dan mendapat pengecualian bayaran balik PTPTN.
“Alhamdulillah rezeki saya tak payah bayar balik pinjaman. Walaupun perjalanan zaman belajar saya perit tapi Allah dah atur cantik dan adil untuk saya sebab Dia nampak usaha saya.
“Salah satu sebab saya tekun belajar sampai boleh dapat dekan ni saya fikir mak saya juga. Saya tetapkan dalam kepala saya, jangan putus asa dalam apa juga saya buat. Saya belajar untuk berjaya, saya kerja sambilan pun saya fikir nak buat betul betul. Bagi saya, kalau bukan diri sendiri, siapa lagi nak tolong saya.”
Berkongsi kisah lanjut mengenai pemuda ini di mStar, begitu banyak cabaran dan ujian yang dilalui olehnya semenjak kecil hinggalah akhirnya berjaya dalam hidup.
“Masa saya belajar dulu saya buat pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sebab keluarga saya orang susah. Ayah saya dah meninggal masa saya umur enam tahun lagi. Adik beradik semua tak nak susahkan mak masa tu sebab dia pun tak kerja. Cuma ambil upah jahit baju dan mengasuh anak jiran-jiran je.
“Walaupun saya buat pinjaman PTPTN, tapi tak cukup. Setiap semester saya dapat RM4,000 jumlah pinjaman, tolak yuran setiap semester RM3,600 ada baki RM400 sahaja untuk saya survive.
Rela Cari Duit Sendiri Daripada Menyusahkan Keluarga
“Macam orang lain boleh minta dekat mak ayah kalau tak ada duit, tapi saya tak sanggup pula nak bebankan mak, jadi saya ambil keputusan untuk kerja part time,” katanya yang mesra disapa Shah.
Mengimbas tentang kehidupannya di kampus, Shah yang kini bertugas di sebuah syarikat gas dan minyak di Kuala Lumpur pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat beli belah.
Ketika itu jugalah dia berdepan kesukaran apabila telefon pintar miliknya rosak selama lebih dua bulan.
Masalah ini menyebabkan Shah sukar untuk berhubung atau berkomunikasi, sama ada untuk urusan belajar atau bekerja yang mana pada zaman serba moden ini telefon pintar ibarat nyawa bagi setiap individu.
“Kebetulan phone rosak tu cuti semester jadi saya kerja sebagai guard nak cari duit baiki phone saya. Kerja jadi guard dekat mall ni kena berkomunikasi dengan rakan setugas lain… dah tak pakai walkie talkie macam dulu. Sekarang guna aplikasi dalam phone sahaja.
“Disebabkan masalah tu, guard lain terpaksa datang dekat saya kalau nak bagitahu apa-apa info. Masa tu ada kawan saya juga kerja sekali jadi saya banyak pinjam phone dia sampai naik segan jadinya.
“Saya siap bagi nombor telefon kawan saya tu dekat mak. Nasib baik kawan saya tu OK je boleh faham masalah saya.
“Bila tak ada telefon masa tu bosan jugalah. Balik kerja saya termenung je. Laptop abang bagi pinjam untuk buat assignment pun rosak juga,” kata Shah sambil menambah dia bekerja selama dua bulan dengan gaji bulanan RM1,800.
Lebih pilu apabila dia yang dilahirkan di Perak ini mengimbas cuma membawa kentang dan nugget sahaja sebagai bekalan semasa pergi bekerja.
Menurut Shah yang merupakan anak keempat daripada lima beradik, ada kalanya dia terpaksa menolak pelawaan rakan untuk melepak di kedai makan demi berjimat.
“Pernah juga satu pek mi segera yang ada lima bungkus tu, saya jimat makan untuk seminggu. Sehari saya hanya makan satu bungkus sahaja.
“Bila kawan ajak lepak bukan saya tak nak tapi saya nak jimat. Saya segan nak cakap saya tak ada duit. Ada juga kawan cakap mix and match dekat Mc’Donalds tu baru RM6, tak kan tak boleh kot?
“Bagi mereka mungkin tak besar jumlah tu, tapi saya makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan… memang berbeza dengan mereka. Tapi saya OK je bila mereka cakap macam tu sebab tak tahu apa yang saya alami,” ujarnya.
Namun di sebalik kesusahan dan susah payah berusaha untuk berjaya serta mendapatkan sesuatu sejak kecil lagi, apa yang dilaluinya ternyata banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan yang sebenar.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew di lihat menerusi kemas kini di akaun Facebooknya memaklumkan seorang ayah kepada lima orang anak yang dikenali sebagai Ikhwan sedang menjalani kuarantin di rumah sementara isterinya dan seorang anaknya berusia sebulan menerima rawatan di hospital.
Menurut beliau lagi, keadaan itu menyebabkan Ikhwan terpaksa menjaga anak-anaknya walau sedang menjalani kuarantin di rumah.
“Ikhwan telah disahkan positif covid dan sedang dikuarantin dirumah. Ketika dia bercakap dengan saya, terasa betapa risau dan kusut dirinya. Isteri dan bayi berusia sebulan telah dimasukkan ke hospital, tinggallah dia bersama 4 orang anaknya yang masih kecil berumur antara 1 hingga 5 tahun dirumah. Tiada siapa pun yang dapat membawa anak-anaknya ke klinik untuk ujian calitan Covid pagi esoknya.
“Saya amat terkejut bila mendapati pesakit covid yang sepatutnya dikuarantin, tetapi harus bergerak ke sana sini dirumahnya untuk menjaga keperluan anak-anaknya, termasuk memberi makan bayi berusia setahun kerana tiada orang dewasa lain dirumah.
“Banyak perkara perlu saya selesaikan dalam jam-jam berikutnya. Saya perlu segera menguruskan ambulans untuk membawa anak-anak ini membuat ujian calitan kerana tiada sukarelawan yang sanggup membawa mereka ke hospital atas sebab keselamatan.
“Jika tiada ambulans, saya sendiri perlu membuat ujian calitan kepada semua anak-anak dirumah ini seperti yang disyorkan Klinik Kesihatan.
“Ikhwan sememangnya tidak perlu berada diposisi ini untuk menjaga anak-anaknya. Saya terpaksa menguruskan permit perjalanan untuk ibunya di Puchong ke Wangsa Maju untuk membantunya. Seterusnya, rumah juga perlu disanitasi. Setelah melalui banyak kesukaran, akhirnya semua selesai,” menurutnya dengan panjang lebar.
Keadaan Semakin Serius
Yee Kew menjelaskan lagi, “Pagi ini, saya dan pembantu datang ke rumahnya dengan memakai PPE penuh, lengkap dengan pelitup muka, kit ujian calitan covid. Ketika dalam perjalanan, saya diberitahu, keadaan Ikhwan bertambah serius. Dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan berasa lemah serta tertekan.”
“Saya katakan kepada Ikhwan, bertenang! Semuanya akan baik-baik sahaja.
Nasib baik, pasukan sanitasi tiba tepat pada masanya dan ambulans juga sampai serentak.
“Selesai proses sanitasi rumah, Ikhawan dan anak-anaknya sudah sedia untuk ke hospital dengan ambulans,”katanya lagi.
Mohon Doakan
Yee Kew juga mohon agar kita semua sama-sama mendoakan agar keluarga ini segera sembuh.
“Marilah kita sama-sama doakan, kesembuhan yang cepat kepada keluarga Ikhwan. Saya menantikan saat untuk berjumpa dengan anak-anak perempuannya yang comel dan membesar dengan kuat dan sihat!
“Inilah kehidupan seorang ahli parlimen ketika pandemik!,” kongsinya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.