Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam hari ini mendedahkan dirinya kini sedang hamil.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
“Assalammualaikum daripada saya dan baby bambam. Doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Perkongsian itu memaparkan foto Rebecca atau mesra dipanggil Mummy Becca memegang bahagian perut yang sudah mula menampakkan bentuk ‘baby bump’.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan syukur dan tahniah selain turut teruja apabila mengetahui tentang berita kehamilan tersebut.
Terdahulu, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al- Raffael, 6, Nor Ahmed Al- Reaggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.
Ads
Selain itu, dia juga memiliki seorang anak angkat Nor Adam Daniel, 14, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 26 dan 19 tahun.
Perkongsian video oleh dramatis terkenal Erra Fazira mengundang perhatian ramai. Erra Fazira menyahut cabaran yang trending di laman TikTok iaitu #dayinmylifechallenge.
Di dalam video tersebut, Erra berkongsi rutin hariannya sambil di dengari anaknya, Engku Aleesya. Apa yang melucukan adalah reaksi Aleesya yang akhirnya membuat rahsia Erra Fazira terbongkar.
Video pendek berdurasi 2:05 minit itu dimuat naik menerusi Instagram Erra Fazira , menyaksikan gelagat comel dua beranak ini.
Untuk memenuhi cabaran #dayinmylifechallenge ini, Erra Fazira menceritakan rutin harian yang dilakukannya setiap hari di hadapan Engku Aleesya sehingga membuatkan anaknya itu ketawa kelucuan.
Saya bangun pukul 6 pagi. Kita solat Subuh dulu, lepas solat Subuh saya akan pergi ke pasar untuk beli barang sarapan. Lepas tu terus siapkan sarapan sebab nak siapkan makanan untuk Aleesya. Dah buat sarapan, I pergi jogging.
Aleesya dilihat cuba menahan tawa mendengar cerita tersebut. Malah, dia turut menafikan rutin harian yang dikongsikan mommynya.
Don’t do that Mom. You wake up Subuh then you sleep like 10 more minutes then go back to sleep. At 10 am, you wake up, you shower then go downstairs, you wait for me to finish class. Don’t do that mom, you so fake on camera.
Membaca Al quran setiap hari, itu bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah dan betapa beruntungnya bila hati sentiasa melekat dengan al quran. Bukan sahaja yang membacanya malah yang mendengar bacaan ayat-ayat suci tersebut juga akan terima ganjarannya.
Membayangkan andai amalam membaca al quran terus subur dikalangan ahli keluarga, ada baiknya usahakan beberapa trik yang dilakukan oleh ibu ini. Mula lakukan perubahan pada diri dan kemudian terkesan kepada anak-anaknya yang ternyata begitu cintakan al quran.
Jadi apa kata kita selami teknik yang diamalkan olehnya dan cuba pula untuk dipraktikkan kepada diri dan anak-anak. Semoga terus istiqomah!
Saya dah lama sedar, jika kita selalu latih anak untuk baca AlQuran setiap kali bila disuruh atau dijanji dengan reward sebenarnya tak akan berjaya membentuk habit membaca AlQuran. Jujurnya, anak saya juga saya ‘besarkan’ begini pada awalnya. Walaupun dia mampu menghafaz hingga 5 Juz ada usia 5 tahun tetapi itu hasil selalu ‘disuruh’ dan diupah ‘reward’ saya selalu buntu bila fikirkan nanti dah besar macam mana nak ‘lekatkan’ hati anak dengan AlQuran
Syukur Allah timbulkan kesedaran dalam hati saya awal..tak jemu saya berdoa setiap masa supaya diberi petunjuk jalan kaedah yang tepat lahirkan anak CINTA Al Quran
Alhamdulillah kini pada usianya hampir menginjak 7 tahun saya nampak perbezaan besar dalam ‘attitude baca AlQuran anak’
Hingga beberapa kali keluar dari mulut anak “Mak, I can’t stop baca AlQuran, dah ketagih ni…” lalu dia baca dalam suaranya yang paling merdu dan dalam diam air mata saya mengalir. Allah, tidak dapat saya gambarkan perasaan saya ..bahagia yang amat
Rupanya Allah menegur saya..saya dulu perlu berubah..beberapa perubahan yang saya buat sebelum saya dapat nampak ‘perubahan’ dalam diri anak:
1) Saya berhenti MENYURUH
Saya mula lazimi semula Al Quran..jika sebelum ni kadang-kadang saja baca AlQuran..kini saya peruntukkan wajib setiap hari ada slot saya sendiri baca AlQuran..antara maghrib ke Isya’ saya akan tangguhkan semua agenda shopping beli barang dapur dan sebaginya..pastikan diri saya duduk mengulang AlQuran..
Saya mula nampak perubahan anak pada masa ni..mulanya dia hanya tengok dengan ekor mata, hari seterusnya bila saya konsisten mengulang AlQuran, dia mula bawa rehal dan Al Quran dan dia mengulang surah-surah juzuk yang dah dihafaz. Saya tak perlu ‘SURUH’ lagi dan ia berlangsung setiap hari.
2) KAMI BACA BERGILIR AYAT AL QURAN
Setiap hari Jumaat wajib kami buat Halaqah, duduk dalam bulatan..baca Surah Al kahfi bergilir-gilir. Maklumlah Surah Al Kahfi kan panjang, cara untuk mudahkan anak mengulang surah ni ialah secara bergilir-gilir
Alhamdulillah, dapatlah baca bersama seluruh Al Kahfi
3) TADABBUR TERJEMAHAN AL QURAN
Saya mula bertadabbur terjemahan AlQuran..lalu saya bercerita pada anak terjemahan surah..datang pula minat anak untuk bertadabbur bersama. Kemudian kami tadabbur makna ayat-ayat yang anak dah hafaz saya nampak sinar di mata anak bila dia mula tahu makna-makna ayat yang dia hafaz sebelum ni
MasyaAllah, indah bercinta dengan AlQuran
4) CUBA HAFAZ SAMA-SAMA
Jika sebelum ni selalu saya minta anak menghafaz sendiri. Terbaru ni saya cuba menghafaz sama-sama Surah Al Dzariyat. Baru saya tahu susahnya menghafaz dan faham apa yang anak lalui. Letak diri kita juga dalam kasut anak untuk faham peritnya dia berusaha menghafaz.
5) PUJI ANAK DEPAN SUAMI
Bila nampak anak saya mula nak baca AlQuran tanpa disuruh, saya bercerita perihal anak pada suami biasanya akan bertambah merdu bacaannya mungkin sebab sangat gembira
Seriously saya dan berhenti semua reward dan tutup mulut dari suruh anak mengulang Al Quran. Saya nampak yang kita dulu perlu JATUH CINTA dengan AlQuran, baru mampu nak lahirkan anak PENCINTA AL QURAN
Ibu bapa perlu rasa RISAU bila selalu janji rewards untuk anak baca AlQuran. Segera TAKE ACTIONS dan berubah. Sama-sama kita lahirkan keluarga cinta AlQuran
Kerapkali kita dihidangkan dengan pelbagai masalah rumah tangga yang bermacam ragam. Semuanya bermula daripada pergaduhan kecil yang diperbesarkan dan tidak kurang juga perkara remeh yang diangkat menjadi bahan utama dalam pergaduhan sedangkan hakikatnya ia boleh diselesaikan dengan mudah.
Mesej tidak berbalas, lambat angkat telefon atau terlupa buang sampah misalnya menjadi sebahagian kisah remeh rumah tangga yang tidak perlu diperbesarkan. Remeh namun apabila acap kali diulang perbuatan yang sama, ianya mampu memberi impak dalam hubungan.
Bagaimana tip yang seharusnya anda lakukan apabila melalui saat-saat ini? Berfikiran matang dan rasional antara yang seharusnya dilakukan oleh anda.
Usah terlalu ikutkan perasaan dan emosi yang datang menerpa. Ingat bahawa setiap tindakan anda, syaitan juga sentiasa menghasutnya. Fikirkan.
Kalau sudah marah semua benda jadi tidak menentu. Itulah kisahnya dengan sekeping hati. Marah itu datangnya daripada syaitan. Apa kata ambil masa untuk diri sendiri dengan beristigfar sambil menenangkan diri. Jika perlu, beralihlah daripada tempat duduk dan ubah posisi kedudukan atau pilihlah untuk berdiri atau melakukan kerja-kerja lain.
Bergaduh itu perlu supaya pasangan lebih saling memahami akan kehendak masing-masing. Lama kelamaan, pasangan akan mula memahami rentak pasangan masing-masing.
Lebih baik daripada hanya mendiamkan diri dan akhirnya menyalahkan pasangan. Berbalahlah namun biar berpada. Ambil masa untuk kembali ceria semula dalam tempoh sesegera mungkin.
Masalah remeh-temeh yang tidak sepatutnya anda ambil pusing sebaiknya janganlah diberikan perhatian lebih. Anda patut lebih tahu apa perkara remeh dalam kehidupan anda.
Soal tuala tidak tersidai, baju tidak digantung atau baju kotor tidak dimasukkan ke dalam bakul tidak perlulah diperbesarkan dan diungkit ketika berbalah. Fikir lebih rasional.
Fikir sahaja bahawa setiap pergaduhan kecil lagi remeh akan hanya menyesakkan fikiran anda. Buang jauh ketepi dan bertindaklah seperti biasa.
Anda bukan lagi pasangan tidak matang dan gemar melayan perkara remeh temeh. Banyak lagi perkara lebih berat yang perlu difikirkan.
Ketika pergaduhan kecil lagi remeh ini, tegurlah pasangan secara baik lagi berkhemah. Menegur itu perlu agar dia tahu perbuatannya kurang disenangi anda. Namun cubalah ayat sehabis baik untuknya. Buat kelakar atau sindiran berbentuk gurauan adalah teguran paling sesuai untuk menegur.
Jangan biarkan hal-hal remeh ini berlarutan lama sehingga dua atau tiga hari. Banyak lagi perkara lain yang perlu anda selesaikan. Ruginya apabila anda melepaskan masa bersama. Cuba fikir kebaikannya selama ini kepada anda.
Ketika emosi sedang ‘hangat’, ada baiknya anda redakan seketika hati dengan berdiam diri terlebih dahulu sambil mengimbau detik manis. Ambil masa anda sebaiknya dan pulihlah segera. Jangan mengambil masa terlalu lama untuk reda.
* Tahukah Anda
Berdiam diri, jangan membalas, elakkan meninggikan suara, bercakap dengan baik serta bersifat memaafkan adalah laluan yang dapat menyelesaikan masalah pergaduhan kecil ini. Abaikan hasutan lain yang merosakkan rumahtangga anda. Kebahagiaan di tangan anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.