Didikan ibu bapa menjadi penentu karektor dan sikap setiap anak. Tak kira anak perempuan ataupun anak lelaki, masing-masing perlu diajar bertanggungjawab membantu kerja-kerja rumah.
Anak-anak yang sudah diajar membantu ibu bapa melakukan kerja rumah akan membesar sebagai individu yang ringan tulang dan bertanggungjawab.
Ramai pakar-pakar kekeluargaan dan keibubapaan sering berkongsi dan berpesan kepada ibu bapa agar mengajar anak lelaki mereka juga membuat kerja rumah.
Dengan melakukan kerja rumah, anak lelaki akan lebih berdikari dan makin hormat kepada ibu selepas tahu betapa penat sebenarnya membuat kerja rumah.
Anak Yang Baik
Baru-baru ini pelakon dan usahawan, Puteri Sarah ada berkongsi sebuah video di mana anak sulungnya, Syaikhul Islam membantunya melakukan kerja rumah.
Dalam video tersebut, Syaikhul dilihat sedang membasuh pinggan yang berada di dalam sinki.
Menurut Puteri Sarah, Syaikhul sememangnya seorang anak yang baik, soleh dan rajin membantunya di dapur. Lebih terharu, anaknya itu boleh dikatakan sangat matang, pandai menyayangi orang serta terlalu melindungi adiknya, Summayah.
Ads
Good morning from Syaikhul Islam anak yang baik, anak yang soleh. Keep being you. Anak yang rajin tolong mama dan hormat orang tua. Baru 5 tahun tapi matang dan sayang serta protect adik.
Menerusi video tersebut juga, Syaikhul berkata dia hendak menjadi seorang yang rajin dan mahu meringankan beban ibunya. Tambah Syaikhul, dia selalu memasak bersama ibunya. Di akhir video, Syaikhul meluahkan rasa sayang terhadap ibunya.
Bertuah sungguh Puteri Sarah dikurniakan anak lelaki yang penyayang dan ringan tulang. Semoga dia terus menjadi pelindung kepada ibu dan adiknya.
Ads
MasyaAllah sejuk perut mama Syaikhul
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Puteri Sarah memuji Syaikhul yang sangat rajin membantu mamanya membuat kerja rumah.
Selain dari itu mereka turut mendoakan agar Syaikhul terus menjadi anak yang baik, soleh dan menjadi pelindung kepada mama dan adik perempuannya.
Biarpun sudah terkenal dan kaya raya, namun personaliti ini cukup prihatin dan seorang anak yang baik. Sering kali memuat naik video bersama bapanya, terserlah sisi anak yang penyayang apabila melayani orang tuanya itu.
Dato’ Seri Aliff Syukri menerusi laman instagramnya semalam berkongsi cebisan kisah ayahnya yang dahulu bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Kini, tiba pula giliran Dato Seri Aliff membalas jasa ayahnya itu.
“Saya akan cuba bahagiakan abah saya… dulu dia dah susah untuk saya.. skrg masanya saya balas jasa dia…
“Terpancar wajah penat jerih mencari duit sebagai bekas pengawal keselamatan kilang panasonic sek 15 shah alam selama 22 tahun.. untuk membesarkan saya..
Akui suami kesayangan Datin Seri Shahida lagi, beliau sejak dahulu lagi sudah menanam impian untuk memiliki rumah yang besar.
Malah, impian tersebut dikongsikan dengan ayahnya.
Ternyata impian tersebut sudah tercapai malah beliau juga mampu membelikan rumah dan menyediakan keperluan asas lain kepada bapanya.
“Impian sy dulu dan saya selalu cakap kat abah saya “Abah sy kri nak duduk rumah banglow mcm istana abah waktu tu saya dan abah sy duduk rumah flat sek 20 block 19 tingkat 2.. ni rumah 206 ..
“kalau sy cakap mcm tu kat abah saya abah saya akan cakap .. ko Gila kri.. dpt duduk umah kondo 3 bilik pun mcm mimpi.. sekrag ni sy belikan abah saya rumah terez coner lot dan kereta Honda ecode.
berdiri ditapak kaki sendiri ni lebih bermakna sbb kita rasa betapa susahnya nak berjaya lagi budak tak pandai sekolah mcm saya ….bak kata abah saya..tak sangka anak abah tak pandai sekolah boleh smpai ketahap ini.. hanya Allah shja tahu betapa gembiranya kami…bukan gembira sbb dapat darjat tapi gembira keluar de kepompong kesusahan….keseronokan ini sy kongsikan dgn abah kandung saya Kamarzaman yg bekerja sebagai pengawal keselamatan selama 24tahun.. ….abah dulu selalu dtg melawat dan temankan saya niaga di pasar tani ..walaupun dia x membantu dr segi wang ringgit tapi kasih sayang dia dah cukup buat saya bahgia sbb sia pun susah….dulu bila niaga di pasar saya punya azam yg cukup tinggi nak berjaya….kalau ada RM 10 saya hanya akan belanja RM1…begitulah saya mengajar diri untuk menyimpan duit jauh sekali nak mebazir beli barang berjenama ..dah niaga lama baru nak merasa smua ni sbb tu saya jakun skit??…saya jadi anak lelaki nak abah saya hidup senang dan selesa berbanding dahulu yg hanya duduk rumah flat 2bilik sek 20shah alam block 19 adik beradik 7org sebalah abah ..mak bapak saya bercerai….syukur segalanya berubah ..sekrang saya mampu balas kepenatan abah sy dan belikan kereta honda accord dan rumah teres coner lot (nak belikan banglow dia tak nak) dan kasi duit setiap bulan dan berehat sahaja dirumah..sy tak suka dia dikerja keras mcm dulu2 sampai ketua sbb nak besarkan kami adik beradik…dia dulu sanggup pinjam duit org dan along semata2 nak belikan saya basikal…..sekarang saya hanya nak buat yg terbaik sebagai anak untuk memberi kebahagiaan kepada abah jauh sekali nak menunjuk..sy harap abah dan mak saya tahu aliff syukri bukan budak bodoh sekolah tapi saya ada penyakit deleksia punya semangat yg besar… anton (nama manja saya masa kecik) syg mak abah sampai syurga❤️❤️❤️ sharekan kalau korang suka cerita saya??
Bahagia diri kita itu kita yang tentukan. Namun, realitinya bukan semudah yang diucapkan dalam mencari dan mengejar bahagia bagi wanita bergelar isteri dan ibu bila berada dipersimpangan delima. Umpamanya bila membaca perkongsian daripada Peguam Syarie Fahmi Ramli ini. Katanya, demi anak banyak ibu bertahan dalam derita.
Apa yang cuba disampaikan olehnya menarik perhatian warganet untuk memahami situasi atau realiti kehidupan.
Ini perkongsiannya;
Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, siapa saja yang sanggup nak kahwin tapi menderita dalam perkahwinan. Semua orang tak nak.
Di luar sana saya percaya ramai wanita yang kini, dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada anak-anaknya. Bukan kerana dia ibu tunggal, tapi keadaan dia yang membuatkan seolah-olah dia ibu tunggal.
Ibu itulah yang uruskan hal ehwal anak-anak sendirian, ibu itu jugalah yang bekerja siang malam untuk cari nafkah kepada anak-anak. Ada sebilangan kecil yang mungkin dia terpaksa lakukan begitu sebab suami lumpuh, sakit, kematian suami dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi,
Lebih teruk bila dia jadi ‘Ibu Tunggal’ menanggung segala perbelanjaan diri dan anak-anak, WALAUPUN wanita itu sebenarnya ada suami. Ada beberapa contoh mengapa ibu yang tanggung segala perbelanjaan anak walaupun ada suami yang sihat:
1. Suami banyak hutang peribadi
Kadang-kadang banyak suami yang terpaksa abaikan tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada anak isteri disebabkan banyak buat Personal Loan, Overlap loan, kereta mahal lebih daripada kemampuan, hutang kad kredit dan macam-macam hutang lain lagi.
Perkara ini berlaku disebabkan lelaki itu sebelum kahwin tidak ada perancangan kewangan yang betul bagaimana nak survive dalam kehidupan selepas kahwin. Dan ada juga disebabkan, hutang yang tinggi ini disebabkan nafsu sendiri seperti nak pakai kereta mahal, hingga bayaran bulanan lebih daripada RM1000, sedangkan gaji baru dalam RM2500.
2. Suami banyak membazir
Pembaziran ini sangat kerap berlaku. Kadang-kadang, benda yang tak patut beli pun dibeli juga. Contohnya, bayaran bulanan Astro/Netflix. Itu satu kehendak sahaja. Kalau tak ada pun, masih boleh hidup. Satu lagi, yang paling ketara adalah, pembelian rokok atau vape. Walaupun ada banyak pandangan ulama’ sudah sebut Haram, tapi, masih lagi ada pembaziran untuk perbelanjaan rokok setiap bulan. Pembaziran itu berlaku bila, benda yang tak diperlukan, kita tetap nak beli. Ia masih berkaitan tentang nafsu.
3. Suami tak bekerja/malas
Ini satu perkara yang paling membuatkan wanita takut nak berkahwin. Bila dapat suami yang malas nak kerja, atau bila dah tak cukup pendapatan tapi tak mahu usaha lebih untuk cukupkan keperluan anak isteri.
Kadang-kadang masih ada lagi suami yang tahu kahwin saja, tapi segala perbelanjaan isteri dan anak-anak, mak dan ayahnya yang tanggung. Ishhh, malu sangatlah kalau nak kahwin, tapi tak mampu berdikari. Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu. Biasa sangat jadi anak manja kalau macam ni.
4. Suami ada banyak isteri
Sepatutnya, orang yang poligami kena ada banyak duit. Sebab setiap bulan mesti banyak perbelanjaan untuk dirinya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ye lah, lebih besar periuk, lebih banyak keraknya.
Cuma, ada sebilangan suami, yang tak ada kemampuan kewangan pun, tapi nak kahwin lebih juga. Tak boleh cara baik, dia nikah pula dekat Siam. Tak boleh pergi Siam, nikah pula cara sindiket. Lepas tu, anak isteri sedia ada terabailah dari sudut nafkah. Ye la kan, ada isteri baru.
5. Bekas suami jahil
Bila sudah berpisah, biasanya anak-anak diletakkan di bawah jagaan ibu. Jadi, ada sesetengah lelaki yang tak faham, walaupun diterangkan berkali-kali. Hak jagaan tetap di bawah ibu, bapa pula wajib bagi Nafkah.
Ada yang faham, mudah. Tapi bila ada yang tak faham, dia akan mengelak dan buat tak tahu saja bab perbelanjaan wajib anak. Lelaki ini selalu akan cakap, “dah mak dia yang jaga, mak dia la yang tanggung.” Kemudian bila bawak tuntutan ke Mahkamah, mulalah nak marah-marah dan cari seribu satu jalan elak bayar nafkah.
Kenapa ramai wanita tak mahu cerai sebab anak?
Biasanya jawapan yang akan saya dapat adalah bimbang anak itu dibesarkan tanpa bapa.
?????? Saya pun bingung sebenarnya…Adakah bapa kepada anak tersebut akan mati kalau mereka berpisah?
Mungkin pada saya, ramai orang tak nak pisah kerana anak ada sebabnya tersendiri. Cumanya, semua ini bergantung kepada wanita tersebut. Sekiranya, dia sanggup beri peluang untuk suaminya berubah, maka berikhtiarlah sesuatu.
Namun, jika sekiranya anda sudah tidak sanggup lagi menanggung derita, Islam tidak pernah mengHARAMkan atau meMAKHRUHkan berpisah. Bahkan, perceraian itu sendiri adalah Harus jika perkahwinan tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Kalau tidak, Islam itu akan dilihat sebagai agama yang tidak adil kerana memaksa wanita itu hidup dalam penderitaan dek kerana perbuatan suaminya yang abaikan tanggungjawab.
Semoga dengan pengorbanan anda sebagai isteri dan ibu, dapat suatu ganjaran yang besar dan dipermudahkan Allah atas apa jua urusan anda. Pilihan ditangan anda. Anda yang tentukan kehidupan anda dan anak-anak anda wahai wanita yang kuat dan hebat.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.