Pastinya nak jadi ibu bapa ni kena ada ilmu keibubapaan. Mana taknya, jika salah didik anak, tentu kian menjadi ‘perangainya’.
Perkongsian apa ni ,ada benarnya dalam mendidik anak. Jom semak cara ayah Mohd Fhais.
Ni la akibatnya kalau tak dengar cakap orang tua !!
Tak kira anak kecil atau besar, kalau kita dah cakap dia tak nak dengar biarkan je. Biarkan dia rasa akibat dari perbuatan sendiri baru tahu serik.
Masa anak masih kecil la kita nak didik dia jadi orang, bila dah besar nanti payah!
Ini bukan kejam tapi ini tanggungjawab.
Annur rania padan muka! Dah suruh tidur awal semalam. Duk lagi main lari – lari dengan sepupu yang tak sekolah. Sampai kul 12 lebih masih lagi tak tidur.
Kejut bangun pagi tadi liat sangat. Mengelat elat tak nak pergi sekolah. Bagi pula alasan penat dengan mengantuk.
Sorry, dengan papa sekolah wajib kena pergi. Mengantuk ke, penat ke tetap kena pergi.
Ads
Terlentuk lentuk dalam kereta masa dalam perjalanan ke sekolah. Sempat dia lelap 5 minit tadi.
Nak sambung tidur dalam kelas pun papa tak kisah, asalkan pergi sekolah. Daripada biar terus lena kat rumah nanti menjadi jadi malasnye.
Bukan tak kasihan dia penat, tapi saya lebih kasihan bila dah besar nanti dia jadi “pemalas” pergi sekolah.
Walaupun orang cakap sekolah taska untuk budak 5 tahun ni sekolah main-main, tak pergi pun tak rugi apa.
Salah tu!
Masa sekolah taska ni la kita nak bentuk anak supaya rajin untuk ke sekolah.
Ads
Bukan sahaja ilmu akademik tu penting, tapi lebih penting ialah displin, tanggungjawab dan amanah.
Kalau masa sekolah main – main ni pun anak dah pandai mengelat dan bagi alasan ponteng bayangkan bila dah masuk sekolah rendah nanti.
Masa tu lagi berat tanggungjawabnya. Beg sekolah berat, duduk dalam kelas tak boleh main, sepanjang masa belajar sahaja.
Paling berat bila kena bangun awal setiap hari sebab 7.30 dah kena terpacak dalam kelas.
Ini baru sekolah rendah. Belum lagi sekolah menengah. Sekolah menengah 2 kali ganda susahnya.
Lagi la anak tergoda nak ponteng !!
Ads
Silap haribulan sekolah sekerat jalan je. Ini bahaya! Kalau anak dah tak ada minat memang buang masa pergi sekolah.
Jadi penting! Tegas dari awal, masa anak masih kecil didik sebetulnya.
Ada masa kita boleh bertolak ansur dengan anak. Kita ikut kemahuan dia selagi tak memudaratkan.
Kalau bab sekolah tak boleh. Tak boleh berunding dengan anak. Muktamad! Sekolah kena ikut cakap orang tua.
Anak yang berjaya dunia akhirat mulanya dari rumah, dan akhirnya adalah di sekolah.
Sekolah rumah ke-2 anak – anak
Mohd Fhais, Masa anak kecil ni boleh la kita nak angkat bawa bilik air mandi, dah besar nanti boleh patah pinggang dibuatnya kalau tiap pagi susah bangun.
p/s : Dipersilakan share post ni dengan mak ayah lain supaya mereka pun dapat pengajarannya.
p/s : Selain di fb saya juga selalu berkongsi ilmu parenting, kekeluargaan dan hubungan suami isteri di telegram. Join di sini ? t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Terapistres untuk isteri mudah saja sebenarnya, suami berilah izin ber ‘me-time’ dengan adik beradiknya. Secara tidak langsung ia mampu meredakan stres yang dialami oleh isteri. Suami pula janganlah sampai gunakan kuasa veto anda untuk mengawal isteri berlebihan.
Izin suami perlu isteri dapatkan sebelum melakukan sesuatu perkara walau pun sekadar hendak pergi berkunjung ke rumah mak ayah sendiri. Bagi wanita Islam, izin suami wajib diperoleh, jika tidak boleh jatuh haram. Asalkan isteri keluar bukan melakukan perbuatan maksiat, takkan tak boleh bagi izin.
Terapi Stres Untuk Isteri Mudah Saja
Tugas menjaga keluarga bukan mudah. Tidak kira bagi isteri yang bekerja atau pun yang bergelar suri rumah tangga. Tugas mereka tak habis-habis. Penat fizikal dan penat mental. Tapi mereka melakukan dengan ikhlas kerana sedar itu adalah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Suami perlu faham, kalau asyik fokus dengan keluarga saja boleh buat isteri stres. Balik kerja, uruskan anak-anak dan rumah. Suami pula sebaliknya ada masa nak ‘ngopi’ dengan kawan, nak keluar jogging dan sebagainya.
Suami Berilah Izin Ber ‘Me Time’ Dengan Adik Beradik
Balik Kampung
Memang tak adil kalau suami hanya fikirkan dirinya saja. Bagaimana dengan isteri. Tidakkah terfikir isteri juga perlukan waktu untuk dirinya sendiri. Sebab itu, suami yang prihatin akan izin isteri untuk keluar melakukan aktiviti yang disukainya. Ada yang suka keluar bersenam, shopping dan sebagainya.
Tapi, pernah tak suami terfikir untuk izinkan isteri ber’me time’ dengan adik beradik dan ipar duai perempuan, bila kebetulan semua balik kampung? Kena ingat, bila bersama suami dan anak-anak, isteri biasanya takkan fokus pada dirinya. Masing-masing sibuk dengan anak-anak. Tapi kalau jumpa di luar, tentu berbeza. Mereka bebas berbual tanpa perku memantau anak-anak atau melayan suami yang minta itu dan ini.
Sesekali apa salahnya suami benarkan ‘geng isteri’ ini keluar bersama. Selain memberi ruang isteri melepaskan tekanan, dapat juga mengeratkan silaturahim dengan adik beradik dan ipar duai. Soal anak suamilah yang ambil alih buat beberapa jam. Takkan itu pun tak mampu bukan?
Buat aktiviti bersama
Untuk isteri, usulkan pada suami rancangan anda itu lebih awal. Jadi suami ada masa untuk mengatur aktivitinya juga. Biasalah, kadangkala suami pun ada aktiviti sendiri, nak jumpa kawan lama dan sebagainya. Tapi, sebelum keluar rumah, pastikan masak dan bereskan segala kerja rumah terlebih dahulu. Pastikan anak-anak masing-masing sudah sedia mandi dan wangi.
Suami hanya perlu tolong tengokkan anak-anak. Tapi suami pula janganlah suruh isteri bawa bersama tiga empat orang anak. Itu bukan ‘me time’ namanya. Kecualilah ada bayi yang masih menyusu. Bolehlah isteri bawa sekali. Kalau anak-anak ikut bersama, sudah tak jadi ‘me time’.
Mungkin suami-suami tak tahu, bila izinkan isteri mereka keluar, ia satu perkara yang amat dihargai oleh isteri. Contohnya adik beradik perempuan yang biasanya hubungan lebih erat sejak kecil.
Mereka sedar, bila sudah beranak pinak, susah nak keluar bersama macam zaman remaja. Jadi, bila suami benarkan mereka keluar bersama, ia membangkitkan kenangan lama. Tentu mereka gembira menghabiskan masa bersama tanpa gangguan. Tak kisahlah walau sekadar pergi ke spa, jalan-jalan di pasar raya atau sekadar pergi cuci mata di kedai emas.
Bila balik, pasti mood isteri akan berubah ceria. Walau pun sekejap, percayalah ia sudah buat mereka gembira. Mereka sangat menghargai peluang yang diberikan itu kerana sedar ia sukar nak diraih lebih-lebih lagi bila saling berjauhan dan komitmen pada keluarga masing-masing. Tak percaya? Cubalah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekarang musim panas dan sesekali hujan. Sama ada kita diserang oleh virus atau mengalami alahan, kita sering bersin dan batuk.
Apabila ia berlaku, secara refleks kita menggunakan tangan untuk menutup mulut dan hidung kita.
Pakar Kesihatan Dr. Vincent Hill dari Badan Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) meminta kita untuk tidak menggunakan tangan sebagai penutup hidung atau mulut ketika kita bersin atau batuk. Beliau mencadangkan penggunaan penggunaan tisu atau saputangan.
Jika kita memakai telapak tangan untuk menutup hidung dan mulut ketika bersin atau batuk dan kemudian tidak sempat mencuci tangan, maka kuman bakteria penyebab penyakit akan berada di telapak tangan kita. Jika kita menyentuh orang lain, bakteria ini akan berpindah dan membuat orang tersebut dijangkiti.
Beliau juga mencadangkan agar kita melakukan beberapa perkara ketika batuk dan bersin:
1. Menutup Mulut atau Hidung
Jangan biarkan hidung atau mulut berada dalam keadaan terbuka jika kita bersin atau batuk-batuk, terutama ketika berada di tengah khalayak ramai.
2. Selalu Mencuci Tangan
Meskipun kita menggunakan tisu atau saputangan untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin, bukan bermakna kita tidak perlu mencuci tangan. Pastikan untuk sentiasa mencuci tangan dengan air mengalir agar ia tidak disebarkan kepada orang lain.
3. Membuang Tisu ke Tempat Sampah
Jika kita memakai tisu untuk menutup batuk atau bersin, buanglah tisu yang telah digunakan ke dalam bakul sampah. Jangan biarkan ia berada di atas meja, kerusi atau lantai. Mungkin ia boleh menjangkiti anak kita yang masih kecil.
4. Tidak Berkahak dan Menghembus Lendiran Hidung di Sembarang Tempat
Jika kita hendak berkahak dan menghembuskan lendiran hidung, carilah di tempat yang sesuai. Bukan di tengah jalan atau di lantai. Carilah longkang, sinki yang ada air mengalir atau di lubang tandas.
5. Memakai Penutup Mulut dan Hidung
Jika kita kerap batuk dan selsema, seeloknya kita menggunakan penutup mulut dan hidung, bukan saja untuk menghalang penyebaran virus kepada orang lain tetapi menghalang habuk yang mungkin menyebabkan batuk dan bersin kita menjadi lebih teruk. Tukar penutup mulut dan hidung jika telah basah.
Selain itu kita berehatlah di rumah, minum air secukupnya dan mengelakkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan. Ambil makanan yang segar dan bersumberkan karbohidrat kompleks dan banyakkan minum air kosong.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Demi anak-anak, pastinya setiap ibu ayah sanggup melakukan pengorbanan demi memastikan keluarga dalama hidup selesa.
Bahkan ada yang sanggup melakukan apa jua pekerjaaan untuk memastikan anak-anak tidak kelaparan.
Nyata coretan yang dipaparkan oleh Pendakwah terkenal Ebit Lew begitu meruntun jiwa. Menerusi video yang dikongsi menerusi Instagramnya memaparkan seorang wanita hamil berdiri dengan mengecat dirinya dengan warna silver demi menyara hidup buat keluarganya.
Tanpa hirau panas terik wanita ini tetap berdiri. Sebak melihat, Pendakwah terkenal Ebit Lew membantu wanita itu dengan membeli barang keperluan buat keluarga.
Menangis melihat kebaikkan yang dihulur buat dirinya hingga menitiskan air mati. Biarpun ‘non muslim’ Ebit Lew tetap menghulurkan bantuan tanpa mengira agama.
Apa yang pasti kita perlu berbuat baik tanpa mengira bangsa dan agama. Moga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Semalam masa keluar mall dekat Jakarta ternampak kakak silver ni yang sedang mengandung berdiri sahaja di tepi jalan. Pernah ternampak kisah kakak ini. Semenjak covid kehilangan kerja. Mula letak cat minyak di badannya dan berdiri tegak tepi jalan mencari rezeki. Beliau non muslim.
Menangis demi menyara hidup, beli makanan, susu dan pampers anaknya. Ibunya ini sedang mengandung . Saya terus berhentikan kereta. Tanya khabarnya. Sedih melihat keadaannya. Tak terfikir kuatnya seorang ibu demi anak sanggup berdiri begini sepanjang hari.
Beri sedikit hadiah. Berulang kaki kakak ini tanya. Ini benar pak. Ini benar pak? Sampai kakak ini menangis. Tak dapat tahan rasa sedih. Saya tanya apa lagi saya boleh bantu. Katanya ini pun sudah banyak pak. Kenapa bapak baik membantu saya. Saya bawa beli barang dapur dan susu anak-anak. Semoga Allah bantu dan mudahkan buat kakak ini.