Selalunya kita sering dimomokkan dengan mentua yang banyak pe’elnya, tidak ngam lah kiranya dengan menantu! Tetapi, tak semua hadapi perkara yang sama kerana ada juga mentua yang melayan anak menantu dengan baik.
Misalnya penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam yang kita tahu sentiasa menyokong menantunya yang juga pelakon, iaitu Puteri Sarah. Baru-baru ini Datuk Yusof mendedahkan yang dia sentiasa memberi galakan kepada Puteri Sarah untuk keluar bekerja bagi melupakan masalah yang sedang dihadapinya buat masa ini.
Yusof berkata, dia tidak mahu melihat menantunya duduk terperap di rumah dan menganggap hal tersebut sebagai satu perkara yang tidak baik untuk kesihatan dan juga masa depannya.
“Saya memang galakkan dia bekerja. Seperti hari ini, dia jemput saya untuk menonton pementasan Madu Ku Terpaling Kalut yang dijayakannya. Jadi, sebagai bapa mentua, saya datang beri sokongan bersama isteri.
“Jujurnya, saya gembira lihat Sarah kembali berlakon. Saya tak nak lihat dia asyik terperap di rumah. Nanti dia lagi tertekan. Jadi, untuk elakkan stress, elok dia bekerja” katanya.
Yusof Haslam diminta mengulas mengenai penglibatan pertama menantunya, Puteri Sarah di pentas teater menerusi pementasan Maduku Terpaling Kalut.
Dalam pada itu, Yusof sempat memberikan nasihat kepada anaknya, Syamsul. Yusof berkata: “Sebagai seorang ayah, saya dan isteri sentiasa doakan yang terbaik. Harapan saya, jangan buat kesilapan dalam kehidupan,” katanya lagi.
Sumber : Gempak
Ibu Anak 5 Ni Share Cara Reward Diri. Boleh Follow!
Mengurus keluarga dan anak-anak yang ramai tentunya bukan kerja mudah dan tidak dinafikan ianya memenatkan. Merawat kelesuan diri, jangan pernah lupa untuk kita menghargai setiap usaha yang telah dilakukan dengan cara masing-masing. Ini penting, agar dapat menggembirakan diri sendiri dan sekali gus bebas daripada menanggung stress.
Menyentuh tentang hargai diri, wanita anak 5 ini berkongsi caranya. Jom semak.
Hargailah diri sendiri dan "rewards diri sendiri dengan makanan yang sedap-sedap
Pernah dengar tak ayat kat bawah ni bila naik flight. Put your oxygen mask on first before helping others or your children."
So maknanya pentingkanlah kebajikan diri sendiri dahulu supaya dapat jaga insan tersayang dibawah jagaan kita.
Tugas dan kerja jaga hal ehwal dalam rumah, jaga makan minum suami serta anak-anak adalah tugas yang berterusan tanpa cuti dan perlu ada pengurusan masa yang betul supaya tidak berada dalam sebarang tekanan.
Ambil masa sedikit untuk diri sendiri, contohnya bila anak-anak dah pergi ke sekolah dan suami telah ke pejabat duduk rehat sekejap atas sofa sambil layan rancangan kegemaran, ambil aiskrim ke coklat ke Kek ke, dan makanlah dengan tenang.
Masa ni jangan fikir orang lain dah, hadiahkan diri sendiri dengan makan makanan kegemaran kita sebagai rewards dah bertungkus lumus bangun pagi siapkan semua untuk anak-anak.
Kemudian plan pergi makan makanan kegemaran di luar, biar hepi dan sebagai rewards juga utk diri sendiri, buat sebagai satu refreshment supaya lebih bersemangat lepas tu.
Selain tu sayangilah kesihatan diri sendiri, lakukan senaman ringan supaya kekal sihat yang ni sangat penting sebab sebagai mak kita walaupun sakit kena juga gagah uruskan keluarga.
Kalau mak yang ada anak kecik tu, kalau anak tidur tu, ikut tidur kejap, tak perlu lama, 10 minit ke 15 minit pun takpa, janji rehat kejap.
Sesekali keluarlah bersama kawan-kawan supaya ada juga komunikasi dengan orang luar.
Buat lah aktiviti kegemaran juga contoh berkebun atau memasak, membaca novel atau keluar bersiar-siar menghirup udara luar.
PENAT tu pasti ada, namun kena fikirkan diri sendiri, janji pada diri supaya kena ada juga masa rehat, takut nanti badan hantar signal ( jatuh sakit) sebab dah sampai limit.
Gambar ramen sebagai hiasan sahaja, sebab spicy chicken ramen tu adalah makanan kegemaran Ros.
Sekadar coretan dari mak anak 5
13 Disember 2019
8:06 p.m.
Osaka
sumber : Rosmarlina Binti Abd Gani
Ukur Baju Guna Inci China Ke Inci Uk? Ni Cara Nak Bezakannya!
Perkongsian tentang perbezaan ukuran inci pada pita ukur menarik juga untuk kita sama-sama fahami.
Apatah lagi jika kita selalu membeli pakaian untuk keluarga secara online. Ini penting agar baju yang dibeli muat dan tidak terlalu besar untuk dipakai.
Jadi ikuti perkongsian ini semoga bermanfaat ini.
INCI: TUKANG JAHIT BERGADUH
Sekarang tengah viral perkongsian pasal perbezaan pita ukur inci yang ada di Malaysia ni.
Perbezaan ni jadi masalah di zaman sekarang sebab baju beli online, pembeli pakai pita ukur inci lain, penjual pakai pita ukur inci lain.
Itu yang bila baju yang dibeli online sampai, jadi tak muatlah, terbesarlah, singkatlah, labuhlah. Lepas tu habis gaduh antara penjual dan pembeli.
Lalu ada orang yang kongsi tentang perbezaan pita ukur ni. Dia banding ikut warna. Ada tukang jahit kata ukuran inci pita putih yang salah, ada budak ijazah tekstil kata putih yang betul.
Habis bergaduh pula sesama tukang jahit.
Sebenarnya, dua-dua pihak ni salah! Mereka salah kerana bertelagah pasal pita warna apa yang betul, sedangkan warna tu bukan sesuatu tetapan standard.
Ada 2 ukuran inci :
◾Inci US/UK
◾Inci China
Kedua-dua ukuran ni tak ada tetapan warna pita ukurnya standard. Kadang inci UK pita putih, kadang inci China pita putih. Malah ia boleh datang dengan apa sahaja warna.
Sebab tu pertikaian pita warna apa yang betul adalah pertikaian yang tak sah(valid). Sepatutnya yang dibincangkan adalah inci mana yang diguna pakai di Malaysia.
Inci UK atau inci China?
Jawapannya inci UK, sebab sistem ukuran di Malaysia ni semua ikut sistem UK. Logik, kan?
Jika warna pita tak boleh nak digunakan untuk bezakan antara kedua-dua inci ni, jadi macam mana nak bezakan?
Inci UK = 2.54cm
◾Setiap inci ada 7 senggat dia antaranya
◾Satu senggat = ⅛ inci = 1 hun
◾Satu inci = 8 hun
Inci China = 3.33cm
◾Di China ia dipanggil cun (市寸)
◾Setiap cun ada 9 senggat di antaranya
◾Satu senggat = 1/10 cun
Jadi, cara mudah nak tahu mana inci yang betul, adalah:
◾Semak dengan pembaris sm
◾Ada tertulis cun(市寸) = China
◾Ada 7 senggat antara inci = UK
Kalau beli baju online di Malaysia biasanya guna inci UK. Tapi kalau barang dari China, mungkin guna inci China atau UK. Nak selamat pakai sentimeter(sm)
Dibawah ada gambar untuk rujukan kau orang. Baca kapsyennya.
Nota: ada pembaris yang guna inci UK tapi ada 9 senggat antaranya, tapi lazimnya akan dilabel ‘tenth’
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tukang Jahit Manusia
sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Ragam Anak Ada Kaitan Dengan Kasih Sayang. Deep Perkongsian Ustaz Ebit Lew Ni!
Membesarkan anak-anak ini yang pelbagai ragamnya diakui penuh dengan ujiannya yang tersendiri. Sebagai ibu ayah, kita juga sedar amanah yang dikurniakan ini harus dijaga dengan sebaik mungkin.
Menyuntik motivasi dan kesedaran pada diri, elok kiranya kita fahami apa yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew ini dalam menyantuni anak-anak dan seluruh keluarga umumnya.
Ini perkongsiannya.
Bila anak saya dua sekali demam. Demam rindu. Rahmat Allah.
Pernah seorang wanita mesej saya tanya dia hari-hari pukul anak-anaknya. Cubit anaknya. Siang malam mengamuk di rumah. Macam mana saya tak mengamuk, dia pukul adiknya. Menjerit 24 jam. Sepahkan rumah. Main bedak bertabur satu rumah. Kadang-kadang kencing berak pun jadi mainan. Penatlah saya. Ustaz macam mana saya nak sabar dan bahagia. Saya tak tahan saya marah dan pukul lepas tu rasa menyesal. Saya risau perangai anak-anak ni.
Jawab saya sebenarnya anak-anak yang aktif tanda anak tu sihat dan pandai. InsyaAllah bakal Daie besar. Anak-anak buat semua tu kerana dahagakan belaian kasih sayang. Belajar lihat semua ini amanah. Solat mengadu pada Allah. Zikir dan doa. Banyak taubat. Berdosa orang lepaskan geram pada anak-anak.
Suami pula perlulah membantu kerja-kerja di rumah. Peluk dan sayang isteri. Isteri dahaga perhatian suami. Berilah masa cium isteri dan anak-anak. Pegang tangan mereka lafaz sayang pada anak-anak. Ibu cerita baik bapa pada anak-anak. Bapa cerita baik ibu depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak
Cucu Rasulullah saw dan sahabat yang kecil-kecil ada pernah pecahkan barang, main belakang Nabi saw masa solat, main berlari melompat menunggang Rasulullah saw tapi Rasulullah saw tak rasa malu bahkan anak-anak ini bila besar menjadi seperti Rasulullah saw. Sifat dan akhlak serta kecintaan mereka.
Saya ingat seorang anak sekolah rendah ditanya apa itu love. Jawabnya love tu time. Kita bekerja untuk anak-anak. Sekarang kita lupakan mereka. Kita pandang dan beri perhatian pada phone. Tapi tak beri perhatian kepada keluarga. Kita beri perhatian pada kerja dan kawan-kawan tapi tak beri perhatian pada keluarga. Apa dah jadi dengan kita. Ya Allah ampunkan diriku ini.
Anak-anak dahagakan kasih sayang ibubapanya. Ingatlah apa sahaja yang anak anak buat bukan kerana jahat tapi kerana mereka dahagakan perhatian, belaian dan kasih sayang. Kita sendiri yang dah besar ni pun rindu nak berbual dengan mak ayah. Yang tiada mak ayah rindu nak panggil mak..nak panggil ayah. Perkataan itu jadi ubat bagi anak. Sayangi dan belailah anak-anak.
sumber : Ebit Lew