Ramai wanita berlumba-lumba untuk kurus tanpa memikirkan soal kesihatan diri yang lebih patut didahulukan. Kalau nak berdiet pun kena ambil kisah soal kesihatan tubuh badan.
Tak salah berdiet tapi kena pastikan diet kita sihat dan baik untuk kesihatan diri kita. Perkongsian air rebusan daripada Habibah Badar Bajrai boleh diamalkan kerana bahan-bahannya berasaskan herba dan rempah yang sentiasa ada di dapur kita dan diketahui banyak khasiat.
Sesuai untuk anda yang mahu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut kerana bertindak mencairkan lemak.
Selain itu, air rebusan herba ini bukan sahaja boleh membantu menguruskan badan tapi juga membuang angin dan menjadikan badan lebih ringan. Membantu kaum wanita lebih cergas untuk melakukan kerja rumah.
Menariknya air ini juga boleh diamalkan oleh para suami juga bagi yang mempunyai masalah perut buncit. Boleh kongsi dengan suami. Jom cuba!
Bahan-bahan:
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Ads
Madu
Cara membuat:
1. Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit.
2. Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam sebelum makan.
3. Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Jika mahu diminum, ambil setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!
4. Hasilnya? Jika diamalkan boleh membantu menguruskan badan, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi air detox juga! Memang berbaloi untuk mereka yang mahu kurus cepat tapi sihat.
Khasiat bahan dalam air rebusan
Ads
Serai
Menurunkan berat badan, tekanan darah, mengurangkan kolesterol dan gula dalam darah, membuang toksin dari badan serta membantu pencernaan.
Halia
Buang angin dalam badan, mengurangkan bau hamis darah ketika haid, meningkatkan tenaga batin, merawat pengaliran darah yang bermasalah serta memanaskan tubuh.
Cengkih
Merawat masalah pernafasan, membantu sistem pencernaan, memanaskan tubuh, sumber antioksidan yang menjaga kesihatan kulit & wajah.
Ads
Kayu manis
Mengurangkan kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, merawat nafas berbau, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mampu memecahkan lemak.
Madu
Meningkatkan antibodi badan, menambah stamina, mencantikkan kulit, meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan.
Lemon
Melancarkan pencernaan, membersihkan darah, memecahkan lemak di tubuh dan membantu meningkatkan stamina.
Sumber: Habibah Badar Bajrai
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rerambut jagung rupanya banyak khasiatnya namun mungkin ramai masih belum tahu. Memandangkan kelazimannya sering dibuang begitu sahaja ketika menyediakan jagung rebus mahupun jagung bakar, nampaknya persepsi tersebut perlu diubah.
Ini sebagaimana menurut perkongsian saintis Dr Suri Roowi dikatakan bahawa rerambut jagung boleh dimanfaatkan kerana banyak khasiatnya.
Nak lagi detail ini perkongsian.
RERAMBUT JAGUNG- SUMBER ASLI YG JARANG DIMANFAATKAN
a. Rerambut jagung (Stigma maydis) adalah bahan buangan dari penanaman jagung telah diamalkan semenjak dahulu sebagai sumber alternatif terhadap pelbagai penyakit.
b. Ia telah digunakan sebagai ubat tradisional oleh msyarakat China, Turki, Amerika Syarikat dan Perancis.
c. Rerambut jagung juga digunakan untuk membantu mencegah pembentukan batu
karang, sebagai diuretik, gangguan prostat, kencing malam, jangkitan kencing dan
masalah kegemukan.
d. Air rebusan rerambut jagung mempunyai bahan yang boleh membantu mengurangkan paras glukosa darah
e. Ianya bertindak dengan meningkatkan pengeluaran insulin, memulihkan sel-sel pankreas yang cedera dan mengawal paras gula.
f. Rerambut jagung juga digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina untuk membantu pesakit buah pinggang
g. Bahan berkhasiat dalam rerambut jagung dikenali sebagai flavonoid, 3′-methoxymaysin
dan terbitan maysin
Kata pakar perbidanan, dalaman tubuh wanita yang sudah melahirkan berbeza dengan wanita yang belum pernah melahirkan anak. Masalah urat yang putus semasa proses kelahiran membuatkan tubuh wanita lebih mudah diserang angin dalam badan.
Pemakanan yang tidak tepat ditambah dengan penjagaan diri yang tidak berterusan membuatkan tubuh wanita yang sudah melahirkan anak lebih mudah diserang angin.
Menghilangkan angin dengan pemakanan seperti halia dan sebagainya antara cara yang dapat dilakukan oleh semua wanita. Pun begitu, selain halia, amalan minum air rebusan halba juga antara cara terbaik memulihkan masalah angin dalam badan. Malah baik juga untuk kesihatan dalaman tubuh.
Selain mengamalkan air rebusan atau teh halba, membuat jamu sendiri daripada halba juga antara yang disarankan untuk semua. Jamu seperti makjun yang dikongsikan oleh Sue Sera Saira di facebooknya ini menarik untuk kita cuba.
Katanya, masalah sengal bahu dan bisa badannya hilang hanya selepas dua hari mengamalkan petua ini. Menarik! Jadi jom kita cuba.
Jamu 4 Bahan
Bahan-bahan:
3 sudu besar halba
3cm halia muda -diparut
4 Ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Caranya:
1. Rendamkan halba dalam air selama 2 minit dan toskan seketika.
2. Tumbuk halba sehingga hancur dan kemudian di campur halia, bawang putih dan lada hitam. Tumbuk sampai hancur.
3. Kemudian gentel kecil seperti maajun.
4. Boleh disimpan dalam peti sejuk dan letakkan dalam satu bekas.
Ambil jamu ini 2 biji pagi dan 2 biji malam. Amalkan secara berterusan sehingga perut kempis dan nampak hasilnya.
Tips cara makan ini, selepas makan jamu ni, saya standby roti atau apa-apa kuih untuk alas perut. Minum dengan air suam. Jamu ni bagus untuk ibu yang baru bersalin dan menyusukan anak.
Malah badan akan ringan dan angin akan keluar. Dua hari saya cuba, masalah sengal bahu dan bisa badan saya hilang. Badan rasa ringan.
Selamat mencuba!
Kredit: Sue Sera Saira
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.