Mencegah itu lebih baik mengubati, apatah lagi jika ada sejarah dalam keluarga mengidap yang penyakit kencing manis. Itu bermakna perlu lebih berhati-hati dan memilih dalam pengambilan makanan.  Selain itu, perlu juga waspada dengab tanda-tanda hitam yang  terlihat bertompok-tompok di bahagian kaki.

Itu semua petanda serius sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Suhazeli Abdullah ini.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Pengidap Kulit Klaros, Tolong Baca Pesanan ini!

Jika anda pesakit Kencing Manis, janganlah tunggu kaki jadi klaros seperti ni. Tompok-tompok hitam seumpama kulit ubi stelo (keledek) yang rosak adalah akibat dari Kencing Manis yang tidak terkawal. Klaros adalah dialek Kelantan yang paling tepat diberikan terhadap perubahan warna kulit itu.

IKLAN

Pastikan Kaki Jangan Sampai Ada Bertompok, Dr Ni Dedahkan Itu Petanda Serius Agar Ramai Faham!

Apa yang berlaku adalah, sel-sel melanin yang membina kecerahan kulit mereput dek kerana tindakbalas gula yang tinggi.

Selain dari sel-sel melanin, sel-sel saraf kulit juga terlibat. Dalam masa yang sama, akibat dari komplikasi kerosakan buah pinggang, hemosiderin yang sepatutnya dikumuhkan dari badan akan turut berkumpul di lapisan kulit. Warna Klaros akan semakin jelas kelihatan.

Pesakit Kencing Manis manis akan kelihatan tidak cantik akibat fenomena ini. Mereka akan cuba pelbagai cara untuk melindungi kulit kaki dari dipandang awek. Namun tidak akan berhasil kecuali mencegahnya sedari awal.

Kajian mendapati, kulit Klaros (Diabetic Dermopathy) adalah manifestasi kepada komplikasi Kencing Manis yang teruk.

IKLAN

Jika kulit sudah jadi klaros, menunjukkan bahawa pesakit tersebut sudah pun mempunyai komplikasi lain seperti kerosakan buah pinggang, kerosakan saraf dan kerosakan urat mata. Lebih menyedihkan kajian mendapati separuh dari mereka (53%) boleh dikesan mempunyai sakit jantung! Menggerunkan..

Pastikan Kaki Jangan Sampai Ada Bertompok, Dr Ni Dedahkan Itu Petanda Serius Agar Ramai Faham!

Semua komplikasi ini berlaku secara senyap. Mengambil masa bertahun tanpa disedari akibat dari kedegilan pesakit.

Justeru, bertindaklah dengan segera sebelum terlambat. Dengarlah nasihat dari doktor yang ahli apabila anda menghidap penyakit kencing manis. Ambil ubat, jaga pemakanan dan kekal gaya hidup sihat adalah kunci utama.

Pastikan Kaki Jangan Sampai Ada Bertompok, Dr Ni Dedahkan Itu Petanda Serius Agar Ramai Faham!

IKLAN

Jangan mudah cair bila penjual produk sampah mula memujuk anda walaupun mereka menggelarkan diri sebagai pejuang kesihatan sekalipun.

Kami yang berada dibidang perubatan ini tidaklah terlalu ego menggelarkan diri sebagai ahli pun. Tetapi setidak-tidaknya boleh memberi pilihan konsultasi kepada anda untuk menuju taraf kesihatan yang lebih baik bersandarkan kepada bukti-bukti kajian seluruh dunia. Bukannya testimoni sendiri yang syok sendiri melalui testimoni para agen yang ingin meningkatkan jualan!

Sekian infosihat dari suhazeli.com

Sumber : Dr Suhazeli Abdullah

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Pastikan Kaki Jangan Sampai Ada Bertompok, Dr Ni Dedahkan Itu Petanda Serius Agar Ramai Faham!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI