Buntu bila berdepan dengan orang-orang yang disayangi lebih-lebih lagi anak yang terlalu degil dan tidak mahu mendengar kata. Pening dibuatnya bila semua perkara yang disuruh tidak diendahkan anak. Keras hati.
Pasti kita akan rasa resah dan susah hati mengenangkan hal ini kan. Ditambah pula dengan suami atau isteri yang sama perangainya.
Bukan berubah sehingga menjadi orang lain, cukuplah anak-anak dengar kata dan suami atau isteri yang mampu untuk sama-sama mencari jalan ke arah kebaikan dalam rumah tangga. Pasti tenang dan aman rumah tangga.
Gambar hiasan.
Pun begitu nak melembutkan hati anak dan pasangan bukanlah mudah. Selain sentiasa doakan mereka dalam setiap solat kita, doa dan amalan yang dikongsikan oleh ustazah cantik manis kita ini harus kita amalkan. Ada 5 doa dan amalan yang patut kita cuba. Jangan culas.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
Ads
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
Berbahagia dengan Membahagiakan Orang Lain
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah kita ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Ads
Gambar hiasan.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Ads
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Sumber gambar: FB Ustazah Siti Nor Bahyah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Barang lama, selagi boleh digunakan jangan buang! Mungkin kata-kata ini tidak boleh digunapakai pada barangan atau alatan penyediaan makanan terutamanya papan pemotong.
Umumnya, papan pemotong akan kita gunakan sampai bila-bila selagi tidak terbelah dua.
Namun tahukah anda, andai terdapat banyak kesan hirisan hingga menyebabkan terlihat berdaki, itu sebenarnya menjadi tanda bahawa papan pemotong tersebut selayaknya tidak digunakan lagi.
Sebabnya apa?
Ianya sangat merbahaya dan boleh menjadi punca cirit birit dan seterusnya keracunan makanan untuk seisi keluarga.
Untuk lebih jelas lagi tentang itu, ikuti perkongsian doktor ini.
Lama dah perasan benda ni makin tak elok tapi hari ni saya tak teragak-agak lagi nak buang keluar benda ni dari rumah saya.
Mujurlah masa kami singgah kat DIY semalam, isteri saya teringat yang salah satu papan pemotong kami ni dah calar balar dan berdaki. Apa lagi, dia teruslah capai papan pemotong yang baru masukkan ke dalam troli.
Bukan apa, benda ni kalau jarang tukar dan asyik guna sampai dah nampak daif dan berkulat, takut takut itulah sebenarnya yang jadi punca kita sekeluarga kat rumah selalu sakit perut dan cirit birit akibat keracunan makanan.
Mana taknya, kalau kalian perasan kesan calar dan merekah pada papan pemotong tu adalah antara tempat bakteria bahaya seperti E. Coli dan Salmonella berkumpul dan membiak.
Ada satu kajian ni, pengkaji jumpa yang rupa-rupanya pada setiap 1 cm persegi papan pemotong yang kotor dan penuh kesan rekahan, kat situ je dah mengandungi lebih dari 24 ribu bakteria. Beratus kali ganda lebih banyak berbanding kuman kat tempat duduk tandas yang kita buang najis tu!
Lepas ni saya mintak kalian pun cepatlah pergi cek papan pemotong kat dapur tu. Kalau agak-agak dah daif sangat tu, bolehlah cari yang baru ye.
Lagi satu, tolong asingkan jugak papan pemotong untuk bahan mentah macam ayam, ikan dan daging dengan papan pemotong untuk sayur dan buah.
Bila kita gunakan papan pemotong yang sama, risiko untuk kuman pada bahan mentah yang belum dimasak tadi berpindah pulak melekat kat sayur atau buah yang kita nak makan tu nanti jadi sangat tinggi dan boleh mengundang bahaya.
Badan kita orang dewasa mungkinlah ada sistem imuniti yang kuat. Tapi kalau jangkitan tu terkena kat anak kecil kita, silap haribulan terpaksa duduk beberapa hari dekat wad di hospital sana.
Ahmad Luqman Bukhari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukannya mudah untuk hilangkan lemak dalam badan.Pelbagai cara dan tips diet sihat yang dicuba, termasuk melakukan senaman dan segalnya. Namun kurang berhasil dengan kita. Ada kala hasil yang diperoleh tidak berbaloi dengan usaha keras. Mungkin cara pemakanan atau teknik yang digunakan salah.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter, Zack Zakirin berkongsi rahsia turun berat badan sebanyak 10kg dalam masa sebulan. Jom baca perkongsian ini bagi yang ingin mencuba sendiri.
Setiap kali lalu kedai jual biskut Famous Amos ni, baunya sudah semerbak harum buat hati nak cuba . Terbayang rasanya yang rangup dan rapuh memang sedap sangat. Sebenarnya nak buat resipi ini bukanlah susah mana pun. Tak perlu pakai mixer, gaul guna spatula pun dan menjadi.
Myra Chaqkey menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) berkongsi resipi cookies yang cukup sedap ini. Selamat mencuba ibu-ibu! Terima Kasih yang share Resepi Cookies ni..
Menjadi Sedap Tak berapa Manis
Terbaik
Resepi tengah Viral
Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!
“Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.”
Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.
Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.
RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS 1. Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.
ya
250 gram Butter
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
2. Tambahkan Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat. 3. Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam. 4. Sedia Dibakar
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang. 5. Masukkan Dalam Oven
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing. SIAP! Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.
Bila dah masak, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.
Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di