Untuk seseorang itu nak berubah tak tunggu masa, tatkala sampai masa dan dengan izinNya, maka berubah lah dia.
Demikian juga dengan pelakon, Betty Rahmad. Mengambil keberkatan Awal Muharram Selasa lalu, dia mendedahkan dia kini sudah tampil dengan imej berhijab.
Menurut Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad, 40, hatinya mula terdetik untuk melakukan perubahan setelah melihat anaknya, Ardy Wira yang kini berusia lebih dua tahun sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya masih merangkak-rangkak membaca al-Quran.
Katanya, dia kini sudah perlahan-lahan mengubah rutin hidupnya dan mengamalkan surah Ar-Rahman serta Al Waqiah setiap pagi.
“Setiap kali solat saya akan berdoa untuk menjadikan saya lebih baik, diberi hidayah dan dijadikan orang beriman. Saya terdetik, saya tengok anak saya dah pandai mengaji dan baca Iqra manakala saya yang dah umur berapa ini tak lancar lagi.
“Rutin saya sekarang setiap hari akan bangun pukul 4.30 pagi. Saya akan buat solat tahajud, solat taubat dan doa. Selepas Subuh saya akan ke ruang balkoni di hadapan rumah dan mengaji di situ.
“Setiap hari saya akan baca surah Ar-Rahman dan Al Waqiah. Namun, saya tersentuh setiap kali membaca ayat yang bermaksud ‘nikmat Tuhan yang mana engkau dustakan?’
“Saya terfikir, Alhamdulillah syukur apa yang saya nak, semua Allah bagi. Suami baik dan penyayang, anak bijak dan bisnes yang masih berjalan pada waktu sukar begini sedangkan orang lain bergelut.
“Saya teringat kata seorang ustazah, perempuan senang nak masuk syurga. Syaratnya, jaga suami dan anak, jadi ibu yang baik.
Ads
“Saya pun dah jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik tapi ada yang tak cukup iaitu aurat,” kongsinya dalam sesi siaran langsung di akaun Instagramnya.
Sesi siaran langsung itu turut disertai dua kakaknya iaitu Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida yang terharu menyaksikan perubahan adik mereka.
Tambah Betty, pemergian rakan artis, Siti Sarah Raissuddin turut menjentik hatinya untuk melakukan perubahan ini.
“Masa arwah masih ada, saya ada pesan tudung jualannya. Waktu itu saya macam ada niat untuk bertudung tapi tak pakai lagi. Tetapi saya tak tahu bagaimana.
“Ketika membaca doa Awal Muharam, saya solat dan baca al-Quran bukan sebab sedih, takut atau susah. Tapi terlalu bersyukur dengan apa yang saya ada, saya tak tahu apa nak dikejar lagi,” jelasnya.
Antara pokok yang biasa akan ditanam di laman rumah adalah pokok limau purut. Maklumlah banyak kegunaannya, selain daun digunakan untuk menyediakan menu tomyam, paprik dan sebagainya malah buahnya juga banyak digunakan dalam petua-petua orang dulu-dulu untuk merawat penyakit dan sebagainya.
Jadi bila ada yang sudah menanam pokok limau purut ini namun berdepan dengan masalah pokok yang tegak meninggi malah tidak berbuah, bolehlah praktikkan cara yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Amri ini iaitu dengan kaedah tarik tahan.
CARA LEBATKAN POKOK LIMAU PURUT, MUDAH!
Sebelum ini pernah saya kongsikan berkaitan tanaman limau purut. Pokok ini saya tanam di dalam pasu sahaja, tetapi telah memberikan hasil yang sangat luar biasa.
Kali ini saya berkongsi pula cara saya lebatkan pokok limau purut menggunakan kaedah atau petua yang dikongsikan oleh “orang lama”. Sahabat, memang menjadi jadi pokok lebat daun juga buahnya.
Tapi sahabat berkebun semua kena ingat, ini adalah satu teknik untuk melebatkan pokok sahaja. Perkara asas seperti baja, cahaya, booster, siraman tetap kena on. Kalau tidak nayaaa laa!
Langkah 1 : Buatkan ‘ring’ dengan menggunakan dawai yang diikat di bahagian pasu pokok seperti di dalam gambar.
Langkah 2 : Ambil tali atau dawai untuk dijadikan pengikat ranting pokok. Pastikan semasa mengikat ranting jangan terlalu ketat. Buat secara berhati-hati.
Langkah 3 : Kemudian ikatkan hujung dawai tadi pada ‘ring’ yang ada di bahagian pasu. Ini bertujuan untuk ranting pokok melentur ke bawah dan dengan kaedah ini akan menjadikan pokok lebih rendang dan dalam masa yang sama pada bahagian yang melentur akan tumbuh cabang ranting baru. Ini akan mempercepatkan lagi pokok limau purut merendang dan berbuah lebat.
Dan inilah hasilnya pokok limau purut yang mempunyai banyak cabang, rendang dan berbuah lebat.
Untuk lebih detail anda boleh lihat video yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Amri ini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bukan sahaja memberi kesegaran, malah, campuran lemon dan madu memberikan khasiat terbaik untuk kesihatan.Lebih-lebih lagi bagi anda yang sering batuk atau mempunyai masalah kolestrol.
Cuba buat sendiri minuman ini untuk menjaga kesihatan anda. Cara yang mudah dan ia boleh diminum berulang kali. Katanya lagi lama disimpan lagi sedap rasanya.
Setiap yang ada rumah sendiri atau yang menyewa mesti pernah memasang niat atau pernah terfikir nak buat ‘mini garden’ di halaman rumah masing-masing. Ada yang minat bunga, ada juga yang minat untuk tanam sayur-sayuran dan sebagainya.
Tapi yang menjadi masalah dan halangannya adalah ruangan dan tanah. Lagi-lagi jika duduk di rumah bandar, manalah ada tanah yang lapang untuk bercucuk tanam. Adapun mungkin begitu terhad ruangan tanah itu, malah ada juga yang langsung tiada tanah di laman rumah.
Apabila disebut tentang bercucuk tanam, ramai yang berminat untuk bercucuk tanam, malah mereka kehausan idea ingin bercucuk tanam jenis tanaman. Jadikan tanaman itu tanaman yang membuahkan hasil, kemudian harian hari kita sendiri dapat manfaatkan tanaman tersebut dengan menanam seperti sayur-sayuran. bukan itu saja, dengan menanam sayuran seperti ini dpat menjimatkan kos, apatah lagi bila duduk bandar kos sara hidup memang tinggi.
kadangkala kalau kita kehabisan daun kari, tapi kita nak gunakan sikit saja, dekat kedai jual dengan kuantiti yang banyak. Tak boleh untuk membeli satu tangkai saja, terpaksa beli banyak-banyak itu dengan harga yang sedikit mahal. Itu juga boleh menjadikan satu pembaziran! jadi apa salahnya kita cuba untuk berjinak untuk menanam seperti itu kan?
Wanita ini kongsikan ‘mini garden’ nya yang begitu kemas teratur susunannya, malah begitu segar-bugar sayur-sayurannya. Puas hati betul dapat mini garden macam ni. perkongsian dari Siti Maryam Musa mendapat sambutan hangat di dalam group Inspirasi Deko.
“Siapa kata duduk di bandar takbolehbercucuktanam.. sambilkitamendecomerasajugakgunautkmemasak di dapur. Jadi surirumah yang bijakbarucikabesayang” Kapsyennya di hantaran Facebook.
Wanita ini juga berkongsikan jenis tanaman yang boleh di tanam walaupun ruangannya terhad.