Baru-baru ini tular pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias mencari seseorang untuk merawat penyakit misterinya yang memberi perubahan dalam hidupnya. Perkara itu menjadi buat mulut orang ramai apabila ada yang mengatakan ustaz sekadar mengada-adakan cerita dan penyakit itu tidak benar.

Akhirnya ustaz buka mulut dengan menceritakan kembali apa sebenarnya yang terjadi dalam sebuah rancangan bual bicara MeleTOP pada Selasa.

“Kalau ada kata ini propa untuk filem saya, tak! Orang dah tahu cerita saya sakit sejak berpuluh tahun dulu,” katanya.

Tambah Ustaz Kazim, beliau tidak perlu sebarang gimik atau penipuan untuk melariskan produk yang berkaitan sebaliknya apa yang dikongsikan kepada umum selama ini adalah kebenaran.

“Saya baru habis penggambaran sebuah filem dan ia mengambil aspirasi daripada kisah hidup saya yang mana saya dilanda pelbagai masalah dan penyakit sejak tahun 1997.

“Salah satunya adalah masalah berkaitan kulit saya yang selama ini saya rahsiakan kepada orang ramai.

“Apabila sampai babak itu, make up artist solekkan bahagian tangan saya, memang tangan saya tak ada apa-apa.

“Ramai orang jumpa saya nak tengok tangan. Mana ada. Tangan saya okey. Cuma yang berlaku (masalah kulit) itu di tempat lain (sambil pegang paha). Takkan saya nak tunjukkan tempat itu. Ia benda yang aib untuk saya.

“Jadi saya letakkan pada tangan. Kapsyen pun saya tak katakan keadaan tangan saya sekarang. Saya kata kepada sesiapa yang boleh tolong saya, rawatlah saya. Tapi itu memang yang terjadi sebenarnya keadaan saya selama ini” ujarnya.

Tambah Ustaz Kazim, ada beberapa hal yang terpaksa diselindungkan daripada pandangan publik bagi mengelakkan dirinya dianggap meraih simpati.

“Tapi saya nak tunjukkan kepada orang ramai walaupun saya sakit, tak sihat saya tetap nak berdakwah. Saya tak boleh mengalah.

“Kadang-kadang bila saya sakit, saya bangun buat kerja orang tanya balik “kata sakit?. Takkan kalau sakit saya perlu baring duduk? Macam mana saya nak jaga sekolah saya, warga emas kalau saya terlantar?

IKLAN

“Jadi saya kena bangun, buat kerja. Bila saya sibuk, sekurang-kurangnya saya lupa sakit saya,” tambahnya.

Foundation tebal tutup aib

Dalam wawancara bersama Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu juga, Ustaz Kazim tampil menjelaskan dia terpaksa memakai solekan tebal demi menutup masalah kulit wajahnya yang lebam dan akan berdarah secara tiba-tiba.

Malah, secara eksklusif Ustaz Kazim turut memadamkan solekannya demi membuktikan masalah kulit pada wajah dan bengkak pada telinga kirinya adalah benar.

“..Nak Mati Dalam Dakwah, Kalau Sakit Sebab Saya Mati, Saya Reda” – Ustaz Kazim Buka Mulut Tentang Penyakit

“Saya tak boleh tidur bertahun dah. Saya hanya boleh tidur dalam kereta, ketika PKP saya nak tidur mana sebab tak boleh jalan?

“Tapi paginya saya perlu bekerja. Tapi Alhamdulilah Allah tak bagi saya letih, tak penat

“Orang kata sihat, segak. Tengok kesannya, betis dan paha saya macam budak sekolah.

“Sekarang bila nak keluar rumah saya terpaksa pakai foundation, solek tebal nak tutup muka saya. Menyebabkan saya stress.

IKLAN

“Saya dah pakai face mask bertahun, sebab nak cover muka saya. Kadang-kadang pakai serban tutup muka nampak mata je sebab tak larat nak solek. Lama-lama jadikan saya malu nak jumpa orang.

“Kemudian saya berubat, jumpa pakar dan pengamal perubatan tapi Allah belum izinkan.

“Sebab itu saya kata tolong bantu saya. Lima pembedahan saya dah buat, empat MRI dah buat untuk semak penyakit saya. Saya tak perlukan simpati, ia tak dapat membantu saya pun,” katanya yang turut menunjukkan bahagian betis kakinya yang lebam-lebam.

“..Nak Mati Dalam Dakwah, Kalau Sakit Sebab Saya Mati, Saya Reda” – Ustaz Kazim Buka Mulut Tentang Penyakit

Bengkak, kulit berdarah

Kongsi beliau lagi, keadaan bengkak di telinganya tidak dapat dipastikan punca dan jenis penyakit namun keadaan sama pernah berlaku di bahagian kakinya yang apabila diusik akan menyebabkan kecederaan Iagi parah.

“Tiba-tiba saja naik, pengamal perubatan tak tahu. Katanya normal. Saya tak berani usik, sebab pernah naik di kaki, bila usik rosak. Saya tak nak usik takut jejaskan muka saya.

“Di muka pula, ia hanya akan ada satu garisan dan keluar darah. Tiba-tiba je, saya tak usik tak garu, tak gatal. Sembilan doktor kata bukan ekzema, katanya ini normal untuk orang tua walhal umur saya tak sampai 50 tahun lagi.

IKLAN

“Di peha dan perut pun ada kesan yang sama seperti di kaki. Itu tak perlu marketing. Nama saya tak perlu marketing. Sewaktu berlakon saya banyak sorok dari kru filem, sampai tahap nak tunjukkan kulit, saya perlu tunjuk” dedahnya.

Tak boleh kencing

Dalam pada itu, Ustaz Kazim mendedahkan dirinya pernah berdepan detik perit apabila tidak dapat kencing selama sebulan.

“Bila saya tak boleh buang air kecil sebulan. Saya menggelupur scakit. Doktor tebuk pinggang saya, untuk keluarkan air kencing. Tapi saya teruskan berdakwah.

“Bila buat pembedahan, doktor dapati ada satu benda putih sangkut di saluran air kencing saya.

“Doktor cadangkan tarik keluar melalui saliran kencing. Selepas dua hari, doktor bagi penerangan, masa nak tarik benda itu makin lari makin ke atas dan hilang, Allahualam,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut berkongsi amalan setiap hari yang dilakukan untuk melindungi diri daripada disihir.

“Selepas sembahyang, saya tak pernah tinggal ayat Kursi dan surah Hud ayat 56 di samping saya buat amalan mandian saya. Itu banyak bantu saya untuk bertahan.

“Benda paling menakjubkan waktu maghrib, selepas keluar hospital. Saya mandi air ramuan saya buat tadi keluar jarum dari perut saya. Saya simpan sampai sekarang. Tapi orang tak percaya, itulah sihir. Benda yang menyalahi adat dan kebiasaan kita.

“Cita-cita saya nak mati dalam dakwah, kalau sakit saya sebab saya mati, saya reda,” katanya.

Sumber : MeleTOP, Gempak