Melihat ada orang yang memakai alat solek biarpun digayakan nipis dan ringkas, namun kekal diwajah, itu semua boleh buat orang lain cemburu.
Jadi ketahui apa rahsianya, dan bolehlah dipraktiskan untuk dipastikan wajah sentiasa berseri dan cantik dipandang.
MAKE-UP BAGI TAHAN LAMA DENGAN CARA YANG BETUL !
Tak kira BRAND makeup MURAH @ MAHAL yang penting cara kita bagi betul supaya hasil makeup nanti lebih kemas, dan tak bercapuk. Ingat ! Jangan salahkan BRAND makeup Kalau Kita yang ikut step yang salah .
INI STEP BY STEP YANG BETUL :
(1) MOISTURIZER
Ini juga penting untuk memberi lembapan pada kulit, supaya kita bermakeup nanti akan kelihatan makeup kita itu lembap dan tak nampak kering atau kusam walau kita bermakeup. Disamping itu, melembabkan kulit.
Bagi yg kulit sensitif Pilih pelembap yang water based, contoh nya honeybee veenom ni ramai yang guna dan harga murah , jimat dan size yang besar. Tapi ingat Beli yang ORIGINAL.
(2) PRIMER
Ads
Primer makeup lagi tahan lama. Primer ni akan “lock” makeup dekat kulit lebih tahan lama.
Kalau boleh cari texture yang ringan. Contohnya beli sahaja glam face primer Mass mayra hanya RM30 tpi kualiti tiptop dah sama dengan brand chanel ni.
(3) FOUNDATION
Foundation ada 2 jenis texture iaitu jenis liquid dan Cream. Boleh pilih ikt keselesaan masing2 dan brand apa sekali pun. Setakat ni duk try rasa “NARS” the best foundation ever sbb dia jenis light2 dan Natural sahaja kalau kita berfoundation . And satu lagi sesuai dengan semua skin dan ia banyak code ikut warna kulit masing-masing.
(4) CONCEALER
Ads
Concealer ni jika perlu sahaja. Contohnya yang ada bekas parut hitam-hitam , mata panda haruslah pakai concealer, sebabnya foundation kadang-kadang ia tidak full coverage so, boleh la cover dengan concealer.
Concealer hanya pakai dekat area yang mana kita perlu cover dan blend sehingga sekata dengan foundation dekat kulit kita.
Boleh sahaja pilih apa brand sekali pun ikut budget masing-masing. Dalam gambar ni semua yang best-best.
(5) LOOSE POWDER
Ads
Kenapa loose powder ? Bukan compact powder ? Sebenarnya atas individu. Tapi nak makeup tu cantik dan natural mesti pakai loose powder sebab texture ia yang halus dan senang blend .
(6) MAKEUP SPRAY
Last step yang ramai belum guna iaitu “makeup spray” , sebenarnya ia juga antara salah satu benda penting untuk makeup tahan lama .
Apabila kita selesai makeup dan spray ke seluruh muka , secara automatik nya makeup kita telah di “lock” cantik-cantik atas kulit. Selain itu juga, akan membuat makeup kita nampak lebih glowing.
Tak kisah brand apa ikut keselesaan masing-masing. Nak mudah and jimat beli sahaja “bio essence ” mempunyai pelbagai fungsi.
Almari pakaian antara ruangan dalam rumah yang paling kritikal untuk dipastikan agar sentiasa kemas tersusun rapi. Apatah lagi jika anak-anak akan sesuka hati menarik pakaian yang berlipat dan sekali gus menjadikan keadaan berselerak. Keadaan ini, bukan sahaja menyebabkan mata kita sakit memandangnya, malah hati kita pun menjadi geram dan marah dibuatnya.
Namun berbeza sekali bila kita lihat keadaan almari pakaian milik keluarga Emi Erdayu Jasmi ini yang dikongsikan di facebook. Nampak begitu tersusun rapi dan buat ramai antara kita boleh cemburu melihat kekemasannya itu.
Bagaimana dan apa rahsianya, jom kita semak perkongsian ringkas daripadanya untuk kita jadikan panduan.
Deco bilik baju.. takde deco lebih pada susunan dan kekemasan je
Almari open konsep
Putih– kedai perabot ada pintu tapi saja tak pasang selit belakang almariRak buku — kedai perabot kos keseluruhan +- rm300
Tempat gantung baju kurung — ikea Tempat gantung kemeja / seluar keje — ikea Setiap bakul — kedai eco/rm2 Label– buat sendiri print laminate Kaseh,indah,suri,ikhlas– nama anak incase kalau nak tanya kenapa tshirt ikhlas, baju ikhlas. ..tu nama anak anak saya
Bilik ni kami setup dari tahun 2016 setakat ni masih kukuh,cuma ada penambahbaikan dari tahun ke tahun
Cara susunan konmari baru mula tahun lepas bila masuk group dr.hani
Habuk tak?— ye berhabuk tapi tak tebal sebab saya memang hujung minggu mengelap,menyapu,vacum dan mop.. sentiasa bersihkan.
Nyamuk tak?— alhamdullilah tak ada lagi sarang nyamuk
Tikus ada x?— alhamdullilah takde
Anak tak sepahkan ker?– ni bilik ibu, anak anak yang berusia 7,5 dan 3 alhamdullilah pandai ambik sendiri ,citarasa sendiri kan..ibu ambik serba tak kena..kiki
bekerja ke suri rumah?— ye saya kerja .. 8-5..
Bila uruskan rumahtangga?— setiap masa, cuma urusan kain baju 2 hari sekali basuh , melipat menyusun dihujung minggu, kalau sikit terus lipat dan susun.
Iron dulu ke sebelum lipat?— tak..nak pakai baru iron, urusan iron tu bahagian suami, saya lipat susun dan pilih je mana nak di iron
sumber : Maktam Ayu via Deko Rumah Ku Syurga Ku
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada yang mustahil dalam membentuk dan mendidik anak menghafal al-Quran dalam usia muda. Yang penting disiplin.
Biarpun dibesarkan oleh nenek dan datuknya, adik Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin membuktikan kesungguhan dan dispilin yang tinggi membolehkan dia muncul juara Qari Junior 2017.
Sekali gus memenuhi impian neneknya, Asmah Jusoh dan datuknya Mohd Nasir Mohd Din, yang mahu menjadikannya seorang tahfiz akhirnya menjadi kenyataan.
Ibu-ibu di luar sana boleh menjadikan petua nenek Haikal ini sebagai panduan:
Petua Nenek Latih Cucu Cintakan Al-Quran
Mulakan pendedahan pada al-Quran seawal usia 4 tahun. Haikal mampu khatam dalam tempoh 2 bulan dan menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika usia 8 tahun.
Setiap bulan khatam al-Quran 2 kali.
Setiap pagi bangun seawal 4.45 pagi untuk solat sunat, mengaji satu juzuk sebelum ke sekolah. Pada hari cuti, perlu habiskan 7 juzuk al-Quran. Sambil siapkan kerja sekolah, Haikal akan mengaji.
Tak mengambil sebarang makanan ringan. Setiap hari bawa bekal yang dimasak nenek ke sekolah.
Merakam surah dan membaca semula surah yang dirakam
Sejarah Sukar Haikal
Ketika usia setahun setengah, Haikal tidak boleh meniarap dan bercakap serta alami masalah saraf dan hampir menjadi orang kurang upaya.
Sejak itu, nenek latih Haikal menulis agar tangannya kuat. Diurut kaki dan tangan cucunya sambil tak henti berdoa pada Allah.
Umur 2 tahun, Haikal baru boleh berjalan tapi belum boleh bercakap.
Disebabkan tidak lekat nak sebut nama mama mahupun babah, nenek ajar Haikal sebut Allah. Sebut berulangkali sampai “Allah’ menjadi sebutan pertama anak kecil ini.
Ini Cara Haikal Hadapi Tekanan
Didikan nenek yang kental disiplin ada ketikanya membuatkan Haikal alami tekanan. Subhanallah… sungguh hebat Haikal atasi tekanan dirinya.
“Rasa tu timbul pada awal dulu. Tapi saya dah ok, mula-mula saja rasa tertekan. Kalau saya penat, saya main basikal dalam 15 minit dan kembali mengaji. Tak susah pun, cuma perlu fokus.”
Sumber: Sinar Harian/GPS Bestari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sungguh cepat masa berlalu, terasa baru sahaja kita semua berpuasa dan melakukan ibadah sunat yang lain seperti solat tarawih bertadarus, bersedekah dan amalan-amalan lain untuk mendapatkan pahala berganda sepanjang bulan Ramadan, dan pejam celik pejam celik, kini bulan Ramadan telah pun berlalu meninggalkan kita.
Begitu pun Syawal menjelma dan diraikan dengan rasa kesyukuran, kita juga masih diberi peluang untuk menggandakan amalan dengan melakukan amalan Puasa Enam Syawal yang diketahui umum, barangsiapa berpuasa enam di bulan Syawal ibarat pahala berpuasa sepanjang tahun.
Berkongsi tentang hikmah Puasa Enam Syawal, Dr. Ahmad Sanusi Azmi bekongsi penulisannya di facebook.
Puasa Enam Menampung Kekurangan
1. Antara hikmah disyariatkan puasa enam ialah supaya amalan sunat ini membantu menampung kekurangan yang berlaku dalam ibadah fardu puasa ramadan. Mereka yang berpandangan sebegini merujuk kepada hadis yang menyebutkan tentang kekurangan solat fardu akan ditampung dengan amalan solat sunat. Rasulullah bersabda:
إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم
“Perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah pada hari kiamat nanti adalah solat. Allah berkata kepada malaikat: Perhatikan solat hambaku, apakah ianya sempurna atau ada kekurangan. Sekiranya solatnya sempurna, maka tuliskan baginya pahala yang sempurna. Namun sekiranya ada kekurangan, maka lihatlah andai sekiranya hambaku ada menunaikan solat sunat. Sekiranya dia menunaikan solat sunat, maka sempurnakannya pahala solat fardunya itu tadi dengan pahala solat sunat kemudian ambillah pahala amalan tersebut dan berikanlah ganjaran. (HR Abu Daud).
2. Dalam menjelaskan mengenai perkara ini al-Imam Ibn Rajab menjelaskan:
أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل.
“Sesungguhnya puasa enam dan puasa syaaban adalah seperti amalan solat sunat rawatib sebelum dan sesudah solat fardu. Amalan sunat ini menampung kekurangan yang ada pada amalan fardu tersebut sekiranya berlaku kelompongan pada amalan fardu.” (Lataif Maarif)
3. Selain itu, puasa enam turut dikatakan menyempurnakan pahala amalan berpuasa selama setahun. Ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebutkan:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim)
4. Para sarjana hadis menjelaskan bahawa setiap amalan manusia akan dilipatkali-gandakan menjadi 10 pahala. Ini berdasarkan hadis yang menyebutkan:
جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة
“Allah menjadikan setiap kebaikan dengan sepuluh kaliganda ganjaran. Maka puasa sebulan itu (sekiranya digandakan dengan sepuluh akan) bersamaan puasa 10 bulan, dan puasa enam (pahala yang menjadi 60 hari bersamaan 2 bulan) akan melengkapkan bilangan puasa seperti puasa setahun.” (HR al-Nasa’i)
5. Lalu sementara kita duduk di rumah dan tidak ke mana-mana ini, marilah berusaha menunaikan ibadah puasa enam. Semoga Allah membimbing kita.
Selian itu meninjau pula perkongsian daripada Ustaz Mohd Zaki Bin Zulkifli ada menjelaskan tentang persoalan yang sering ramai terkeliru tentang puasa enam dan puasa ganti. Adakah boleh digabungkan niat puasa kedua-duanya dalam satu masa yang sama.
Ini perkongsiannya.
PUASA ENAM SYAWAL DAN PUASA FARDHU GANTI.
Di dalam mazhab syafie sendiri ada khilaf tentang keharusan menggabungkan niat antara puasa 6 Syawal dengan puasa qadha’.
Disini saya bawakan petikan dari kitab fathul Muin dan hasyiah Iánah at Tolibin:
(فرع) أفتى جمع متأخرون بحصول ثواب عرفة وما بعده بوقوع صوم فرض فيها، خلاف للمجموع.وتبعه الاسنوي فقال: إن نواهما لم يحصل له شئ منهما
Ertinta: Telah berfatwa satu kumpulan daripada ulama’ mutakhirun bahawa dapat pahala puasa sunat arafah dan lain-lain dengan wujud puasa fardhu pada hari tersebut. Perkara ini khilaf bagi Imam an Nawawi di dalam kitabnya al Majmuk dan mengikut oleh Imam al Isnawi pendapat al Majmu dengan katanya: Sekiranya diniatkan kedua-duanya (gabung niat fardhu dan sunat) maka tidak sah kedua-duanya.[ Fathu Muin dengan Iánah m/s: 1330 cetakan Darussalam]
Kemudian seperti biasa pengarang Iánah akan mempermudahkan lagi kenyataan kitab Fathul Muin dengan katanya:
(قوله: أفتى إلخ) حاصل الإفتاء المذكور أنه إذا كان عليه صوم فرض قضاء أو نذر وأوقعه في هذه الأيام المتأكد صومها: حصل له الفرض الذي عليه، وحصل له ثواب صوم الأيام المسنون، وظاهر إطلاقه أنه لا فرق في حصول الثواب بين أن ينويه مع الفرض أو لا، وهو مخالف لقول ابن حجر الآتي أنه لا يحصل له الثواب إلا إذا نواه، وإلا سقط عنه الطلب فقط.
Ertinya: Rumusan fatwa ulama’ mutakhirun tersebut ialah: Sekiranya ada puasa fardhu keatas seseorang samada qadha atau nazar, kemudian ia buat puasa itu pada hari-hari yang di sunatkan puasa, maka dapat baginya pahala puasa fardhu dan pahala puasa sunat. Mengikut zahirnya, mereka akan mendapat pahala sunat itu samada dia niat puasa sunat atau tidak bersama puasa fardhu tadi. Tetapi pendapat ini nampak bercanggah dengan pendapat Ibnu Hajar yang mengatakan hanya dapat pahala jika di niatkan bersamanya puasa sunat [ Iánah at Tolibin ms 1330 juz 2, Darussalam]
KESIMPULAN DARIPADA PETIKAN-PETIKAN INI:
1. Pendapat Imam an Nawawi dalam kitab al Majmuk tidak sah puasa sunat di gabungkan dengan puasa fardhu. Pendapat ini di ikuti oleh Imam al Isnawi.
2. Mengikut pendapat ulama’ mutaakhirin sah puasa sunat gabung dengan puasa fardhu. Dan inilah pendapat mu’tamad di sisi Syekh Khatib Syarbini, Imam ar Ramli dan Bapanya[Tarsyih al Mustafidin m/s 171]
3. Mengikut Imam Ibnu Hajar tidak dapat pahala puasa sunat jikalau tidak niat gabung. Contohnya dia niat pada bulan syawal ini: [Sahaja aku puasa qadha ramadhan esok hari] sahaja. Untuk dapat pahala sunat mesti niat gabung contohnya [Sahaja aku puasa qadha ramadhan serta sunat enam syawal esok hari].
4. Tetapi mengikut zahir fatwa ulama’ mutaakhirin, dapat pahala puasa sunat enam tadi walaupun tidak niat gabung. Contoh dia niat macam ni sahaja:[Sahaja aku puasa qadha ramadhan esok hari]. Inilah pendapat mu’tamad di sisi Syekh Khatib Syarbini, Imam ar Ramli dan Bapanya[Tarsyih al Mustafidin m/s 171]
Inilah keluasan ilmu feqah. Semuanya dalam lingkungan mazhab syafie lagi. Ini sekadar perbincangan pendapat. Namun yang lebih penting lagi ialah mengamalkan dan berpuasa enam tu. Jangan jadi seperti orang yang bergaduh solat terawih 8 atau 20..tetapi dia tak solat terawih pun
Masih ingat bayi kecil yang tidur lena dalam kotak polistirena ketika banjir besar melanda Kelantan pada 2014? Kini, dia bukan sekadar kenangan dalam lipatan...