Nak Pastikan Makanan Thai Sedap Lagi Terangkat, 10 Sos Thai Ini Wajib Ada!

Share

Sebut sahaja makanan Thai pastinya anda terbayangkan akan kehebatan makanan ini. Mendengar namanya sahaja sudah cukup membuatkan kita terliur untuk merasai keenakkannya. Begitulah besarnya penangan makanan Thai di negara kita.

Selain terkenal dengan aneka tomyam yang pedas, makanan Thai juga cenderung kepada bahan mentah berasaskan cili dan gabungan beberapa cili lain. Inilah yang memberi kelainan dan keunikkan masakan Thai.

Bukan itu sahaja malah masakan Thai juga antara makanan yang paling banyak mengilhamkan pes dan sosnya sendiri. Antaranya seperti pes tomyam, pes kari hijau dan sebagainya.

Dari pes-pes yang dihasilkan sendiri inilah mereka mengilhamkan pelbagai
jenis resipi. Yang pasti kesemuanya berasaskan cili dan membantu menyedapkan resipi yang disajikan. Mengapa makanan Thai berbeza dengan makanan kita dan apakah rahsia yang membuatkan kesemuanya sedap? Kesemua pes dan sos ini anda perlu tahu!

Pes Kari Hijau


Pes kari hijau memang asing bunyinya namun pes ini menjadi bahan wajib untuk menyajikan beberapa jenis kari terutama Kari Hijau. Pes ini diasaskan daripada cili hijau dan digabungkan bersama bahan mentah lain seperti serai, lengkuas, halia, daun ketumbar, belacan serta gabungan bawang merah dan juga bawang putih bersama sedikit daun limau purut.

Cara memasaknya mudah sahaja kerana anda hanya perlu menambahkan ayam mahupun bahan yang anda gunakan dalam kari ini dan selebihnya tumiskan dengan pes ini.

Pes Kari Merah
Sama seperti pes kari hijau, pes kari merah juga diilhamkan daripada cili. Namun gabungan ini ditambahkan sedikit dengan serbuk kari, cili merah, cili kering, serai, bawang merah dan bawang putih, belacan, halia dan juga lengkuas. Antara masakan yang boleh dimasak menggunakan pes ini adalah Nangka Masak Kari, Ayam Masak Kari dan sebagainya.

Sambal Tomyam Segera
Pes tomyam sememangnya cukup popular. Namun pes berbentuk sambal ini diilhamkan cukup lengkap untuk anda menyediakan tomyam dengan lebih pantas.

Bahan ramuannya terdiri daripada campuran cili, lengkuas, serai, daun limau purut, sos ikan, udang kering, jus limau dan sedikit minyak sayuran. Campurkan sahaja air dan campuran sotong, ayam dan udang. Biarkan mendidih dan
sedia dihidangkan.

Pes Cili Thai
Pes cili ini Thai ini dihasilkan daripada gabungan cili kering, minyak sayuran, udang kering, bawang merah, bawang putih, air asam jawa serta garam dan gula. Pes cili Thai ini digunakan dalam pelbagai aneka masakan Thai lain seperti masakan bertumis dan sebagainya.

Pes Tomyam Vegetarian Segera
Ia sama seperti pes sambal tomyam segera namun pes ini khusus bagi mereka yang vegetarian. Rasanya lebih ‘ringan’ namun tetap pedas kerana kandungan cilinya. Bahan ramuannya terdiri daripada cili, lengkuas, serai, daun limau purut, sos ikan, jus limau serta minyak sayuran. Didihkan pes ini bersama air dan sedia dihidangkan.

Stok Ikan & Sotong
Stok ikan dan stok sotong antara ramuan terpenting dalam pelbagai jenis masakan Thai lain tidak kira samada yang berkuah mahupun kering. Malah dalam sesetengah pembuatan tomyam, kedua-dua jenis stok ini digunakan untuk membangkitkan rasanya. Ia dihasilkan daripada ekstrak ikan dan sotong terpilih serta garam dan air.

Pes Cili Padi
Pes cili padi paling digemari untuk membantu membangkitkan rasa pedas melampau dalam masakan. Ramuannya terdiri daripada cili padi (cili burung), air, bawang putih, garam serta sedikit cuka. Ia banyak digunakan dalam pelbagai jenis masakan bersos serta penyediaan ikan dan pelbagai jenis masakan kering lain.

Pes Pemerap Ayam Thai (Mae-Pranom)
Pes ini khusus membantu dalam proses pemerapan ayam seperti penyediaan ayam panggang dan sebagainya. Bahan ramuannya terdiri daripada cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, udang kering, stok ikan serta lada hitam. Perapkan ayam selama dua jam dan pangganglah ayam hingga masak.

Cuka
Cuka seringkali digunakan dalam beberapa jenis masakan bagi menggantikan jus limau nipis dan memberi rasa masam sesetengah makanan lain seperti tomyam, sup dan sebagainya. Namun kuantiti yang dimasukkan amatlah sedikit. Cuka juga boleh mengimbangkan rasa dalam masakan bertumis Thai yang lain seperti sayuran dan sebagainya.

Serbuk Daun Selasih
Tidak kira samada serbuk mahupun daunnya, daun selasih ini seringkali digunakan dalam pelbagai jenis masakan Thai. Daun herba ini meninggalkan bau yang wangi serta rasa yang enak pada makanan yang dimasak. Hanya tabur dan gaulkan serbuk daun selasih ini ke dalam masakan.

 

IKLAN