Bagi anda yang teringin nak buat roti puri untuk dijadikan hidangan sarapan pagi dan minum petang, boleh cuba buat guna resipi ni. Apa yang menariknya roti puri ni ia tidak menggunakan yis, telur, baking powder dan soda bikarbonat.
Apa yang buatkan anda patut cuba resipi roti puri ni, ia sangat sesuai untuk anda yang ada alahan kepada bahan tersebut. Tetapi jangan risau, apabila digoreng, resipi roti puri ni tetap akan cantik dan mengelembung dengan elok.
Bagi pencicah yang sedap di makan bersama dengan roti puri ni, mestilah sambal bilis, kari ayam atau daging atau apa saja yang anda rasa sesuai dan kena dengan citarasa ahlu keluarga.
Berikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Hidayah dan boleh dicuba. Bahan-bahannya pun ringkas.
Resipi Roti Puri Tanpa Yis
Ads
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak panas
1/2 cawan air
Ads
Cara membuatnya:
Gaul sebati semua sampai jadi doh.
2. Gelek nipis lepas tu goreng dalam minyak yang banyak. Guna senduk simbah-simbah atas puri untuk bagi dia boyot.
Ads
3. Dah nampak garing, angkat dan toskan minyak sebelum dicicah dengan sambal sardin atau apa-apa kuah.
Wanita yang handal memasak ini sememangnya idaman para jejaka di luar sana. Sebab itulah bila sudah berada dalam fasa perkahwinan itu, air tangan isteri juga menjadi kegemaran.
Tak kurang juga dengan @ashdanwife yang berkongsi resipi nasi goreng tomyam paling simple daripada air tangan isterinya. Tak menyesal jika anda cuba sebab pasti tak perasan pinggan dah licin.
Nasi Goreng Tomyam
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
– Siang udang dan sotong, potong kecil dan basuh sehingga bersih.
– Hiris semua bahan tumis (bawang merah, bawang putih dan serai).
– Tumbuk kasar cili padi.
– Tumiskan semua bahan tadi dan masukkan cili kisar.
– Masukkan pes tomyam, sos tiram dan sos ikan.
– Masukkan udang dan sotong tadi dan tambahkan sedikit sos cili.
– Masukkan sayur lobak merah dan kubis bunga yang telah dipotong kecil dan tambahkan hirisan daun limau purut.
– Masukkan nasi semalam, gaul sehingga masak.
– Boleh tambahkan telur yang digoreng dengan air untuk dimakan bersama nasi goreng tadi.
Bulan puasa pasti ramai yang mengambil hidangan oat yang mudah disediakan dan dikatakan mampu membuatkan seseorang merasa kenyang lebih lama berbanding mengambil nasi ketika sahur. Malah oat juga sering menjadi pilihan utama bagi yang ingin berdiet.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya oat yang ada di jual dipasaran ada pelbagai jenis dan oleh itu kenali detail tentang oat ini memalui perkongsian daripada Dr Hafiz Sulaiman ini. Jom semak.
OAT BAHAGIAN 1: JENIS-JENIS OAT. SAMA TAPI TAK SERUPA
Dah lama nak buat perkongsian berkenaan perbezaan oats ini. Hari ni saya sempat curi masa pergi Tesco tengok label produk oats untuk kepastian dan rujukan.
Quaker Oats ada beberapa jenis yang popular. Instant, Quick dan flavoured Bagi yang diet untuk kurus dan sihat, pemilihan jenis oat yang sesuai mungkin memberi impak yang berbeza dengan ketara.
Saya merasa perlunya membuat perkongsian ini kerana terdapat nasihat kurang tepat beberapa bulan yang lepas di ruangan komen artikel saya. Pengambilan “instant oats” dan “quick oats” dikatakan sama sahaja kesannya kepada kesihatan.
Jika dilihat kandungan Quaker oats, kandungan nutrisi pada label Instant dan Quick Oats adalah sama 100%
Tiada beza langsung.
Adakah kandungan di dalamnya berbeza tapi tak dinyatakan?
Saya tidak rasa begitu. Kandungannya adalah 100% oats tanpa pengawet dan tanpa aditif tambahan. Syarikat makanan ternama seperti Quaker Malaysia tak mungkin ambil langkah sedemikian.
Maka apakah impak pada kesihatan adalah serupa antara kedua jenis oat ini?
Tidak tuan puan. Ini yang dikatakan sama tapi tak serupa. Lupakan jenama. Saya cerita secara amnya ya..nanti ramai pula pm saya tanya macam-macam brand okay atau tidak.. haru biru saya.
Beza antara instant oats dan quick oats ialah kaedah PEMPROSESANNYA.
Instant oatsmerupakan oat yang paling banyak diproses. Ia sudah sedia masak, dikeringkan, digelek dan dilenyek sangat nipis. Maka teksturnya sangat halus dan berkrim apabila bercampur dengan air panas. Oat jenis segera ini boleh terus dimakan!
Quick oats pula ialah oat instant yang dipotong kurang nipis berbanding instant oat. Maka ia perlu dimasak seminit dua.
Rolled oats merupakan oat yang sudah digelek namun belum dimasak . Rolled oats juga dipotong lebih tebal. Maka ia perlu dimasak selama lebih kurang 5 minit.
Ia juga dipanggil oat “peseng lama” oleh orang teganu beginilah caranya oat dimakan oleh orang putih zaman dahulu kala. Potong halus dan gelek..lepas tu masak atas dapur.
Oat yang paling kurang diproses ialah oat jenis“steel cut”. Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat. Bila dikunyah rasanya kenyal dan kekacangan sedikit perisanya.
Apabila diperhatikan pemprosesannya adalah secara fizikal semata tanpa bahan aditif apatah lagi bahan kimia. Kandungan nutrisi di dalam kesemua jenis oats masih sama walaupun berat semuanya sama.
Namun begitu, perbezaan paling besar yang memberi impak kepada kesihatan ialah “KADAR PENYERAPANNYA.”
Semakin halus sesuatu oatmeal, semakin cepat penyerapannya ke dalam badan. Walaupun jumlah serat di dalamnya sama.
Steel cuts paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah.
Rolled oats lebih mudah diserap.
Akhirnya quick oats dan instant oats paling senang diserap ke dalam darah sebagai gula.
Makan oats instant (dan quick) dari sudut kadar penyerapan gula adalah lebih dahsyat daripada minum air coke dan Fanta berdesup gula darah naik mencanak!
Oats instant punyai indeks glisemik yang sangat tinggi. Rujuk indeks glisemik dari Universiti Harvard. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.
Tinggi gula dalam darah bukan sahaja bahaya kepada pesakit kencing manis, tetapi juga meningkatkan KERADANGAN..sakit sendiri, sakit jantung, kanser, buah pinggang dan banyak sistem dalam badan jadi punah sebab gula darah tinggi.
Gula tinggi dalam darah juga sebenarnya punca kegemukan. Lemak badan tak jadi kembang sebab makan banyak makanan berlemak. Tetapi lemak badan makin berkumpul dengan pengambilan gula berlebihan.
Macam mana nak sukat pengambilan gula berlebihan atau tidak ni. Senang saja tuan-tuan puan puan. Selagi boroi dikandung badan..selagi itulah maknanya gula/karbohidrat dalam diet kita masih berlebihan.
Ironi sebab orang takut makanan kolesterol dan berlemak sebab takut gemuk..walhal ia bukan penyebab kegemukan yang saintifik. Tetapi gula tinggi hasil daripada pemakanan tinggi indeks glisemik seperti instant oat inilah yang menyebabkan kita jadi semakin lapar, ketagihan makanan dan mengganggu aktiviti metabolik (hormon, biokimia) badan.
Ingat oat segera, ingat gula. Lupakan saja badan kurus atau sihat kalau masih ambil oats. Serat larut atau tidak, ia tidak akan “meneutralkan” kesan toksik gula berlebihan di dalam darah. Jangan buat kelakar.
Jangan termakan dengan fakta serat tinggi dalam instant oat bagus untuk jantung. Semua itu sudah diukur melalui indeks glisemik ya. Serat larut itu bagus untuk kesihatan jantung, tetapi gula berlebihan lebih bahaya untuk jantung. Pengeluar tak tipu dengan kata kandungan serat kesemua oat itu sama. Namun, pengeluar tak cerita pulak penyerapan gula dalam badan jadi tinggi!
Bukan kata tak boleh makan oats. Makan lah rolled oats. Jika rajin, boleh cari steel cuts..kalau sanggup boleh makan oat groat itu boleh jadi lebih baik..mungkin tidak hehe.. saya akan ceritakan lagi mengenai oats..sebab ramai orang kita sukaa sangat oats ini.
Update: Cadangan pakar diet Tuan Hafiz Rosli yang sangat bernas. Jika nak kurangkan peningkatan gula darah apabila makan oat instant, jangan biarkan kosong. Kurangkan kuantiti dan tambahkan susu atau buah tinggi serat insha Allah lebih kenyang dan gula lebih cantik. Terima kasih atas cadangan bernas tuan.
Untuk pengetahuan tuan puan, pengambilan lauk lemak haiwan dan serat dalam sayuran juga mengurangkan penyerapan nasi putih sebagai gula dalam darah.
Update: Bagi yang ada masalah angin/GERD/alahan dan alergi/kembung dan dapat reaksi lepas makan oats, rolled oats mungkin beri reaksi lebih teruk. Pulihkan dulu perut. Kaedah pemakanan pemulihan di sini.
Pilihlah yang lebih selamat ya. Dah nenek moyang makan nasik, korang nak makan oats pulak. Nantikan fakta-fakta lebih pedas BAHAGIAN 2 daripada anak murid nenek moyang di sini ? insha Allah..
Selain biskut, kudapan seperti kerepek juga antara yang wajib tersedia di atas meja. Bagi yang gemarkan telur masin, jangan ingat ia hanya boleh dimakan bersama nasi dan lauk sahaja. Malah ia juga boleh dicampurkan ke dalam kerepek Kulit Popia. Tak percaya, jom kita cuba resipi yang disediakan oleh Oh Lisa.
1) Kulit popia
2) Serbuk telur masin
3) Gula
4) Garam
5) Daun kari
Bagi yang tak tahu mana nak cari serbuk telur masin tu, boleh guna yang macam ni.
Memula kite potong kulit popia ikut saiz yang kite nak.
Tips nak bagi rangup dan tahan lama, jemur dulu kulit popia ni sebelum goreng.
Jemur smpai betul-betul kering. Barulah bila kita goreng akan jadi bergulung, tahan lama dan tak mudah lemau. Memang rangup macam kerepek wonder cheeze yang dijual tu.
Tak lama pun nak jemur. Kalau cuaca panas, dalam 30 minit pun dah kering.
Lepas tu panaskan minyak dalam kuali.
Goreng macam biasa.
Bila dah garing, angkat dan toskan.
Tunggu sejuk dulu dan pastikan minyak betul-betul kering.
Sambil tunggu tu kita buat perasanya.
Caranya, sangai sekejap serbuk telur masin, gula dan garam secukupnya dengan daun kari.
Kalau nak lagi cantik, blend dulu semua bahan serbuk tu sebelum sangai atas api dengan daun kari.
Guna api kecil je supaya tak hangus.
Akhir sekali, gaulkan kulit popia yg dah digoreng dengan serbuk yang disangai tu.
Sedia untuk dimakan. Krup krap krup krap bunyi dia!
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...