Apabila ditanya tentang pilihan menu popular yang sering disediakan pada hujung minggu untuk keluarga, pasti ramai antara kita gemar menyediakan hidangan Nasi Lemak. Memandangkan rasa hidangan nan satu ini cukup digemari ramai, bukan sahaja bagi orang dewasa malah anak-anak juga.
Pun begitu, tidak dapat dinafikan untuk menyediakan set lengkap sajian nasi lemak ini diakui sedikit ‘renyah’. Apa tidaknya, selain kita perlu menanak nasi kita juga perlu sediakan sambal ikan bilis terlebih dahulu di samping perlu merebus atau menggoreng telur, mengghiris timun, dan menggoreng kacang tanah.
Menyentuh tentang bab menggoreng kacang tanah walaupun tidaklah sesukar mana, tetapi kita sering berdepan dengan masalah ‘terhangus’ kerana gagal mengawal api. Sudahnya kacang tanah yang sepatutnya menambah rasa sedap nasi lemak menjadi sebaliknya. Malah lebih teruk menggagalkan rasa enak hidangan yang telah disediakan. Akhirnya kacang tersebut terbuang begitu sahaja, langsung tidak dimakan. Benar bukan?
Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.
IKLAN
Begini caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali.
2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.
IKLAN
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
IKLAN
#Pilih Sangai
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
#Sejuk Dahulu
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.Nak Pastikan Masak Kacang Tanah Confirm Tak Hangus, Ikut Jer Cara Ni. Senang Sangat!
Resipi biskut alien atau makhluk asing yang sedang viral di media sosial sekarang ini buat hati tercuit setiap kali melihatnya. Mana taknya, comel je terapan ketika diletakkan di atas dulang pembakar.
Malangnya hasil selepas dibakar adakalanya jadi cantik dan tak kurang juga yang tersasar landasannya. Alien bertukar jadi pelik. Macam-macam jenis makhluk asing yang jadi.
Rupanya senang sangat nak hasilkan biskut ni. Menariknya hanya gunakan empat bahan sahaja untuk menghasilkannya. Selain jimat kos, rupa paras yang mencuit hati juga jadi penyebab untuk kita cuba. Paling seronok bolehlah kita cuba dengan anak-anak di rumah. Ada juga aktiviti berfaedah yang boleh di buat di hujung minggu.
Jadi jom cuba resipi yang dikongsikan oleh MariaKhalisya Khalis di facebooknya. Mudah je.
BISKUT ALIEN VIRAL
BAHAN-BAHAN:
1/2 buku buttercup
1/2 tin susu pekat manis
400gm tepung jagung
4 sudu makan susu tepung
CARANYA:
1. Satukan semua bahan dan adun sampai jadi doh.
2. Jika adunan doh terlalu keras, tambah 2 sudu makan mentega supaya doh jadi sedikit lembut.
3. Cubit doh dan bentukkan ikut kreativiti. ( empunya resipi hias guna cip coklat).
4. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 165-170C menggunakan api bawah. Masak selama 25 minit. ( jika buat bentuk macam hersyes).
Jom cuba buat ikut kreativiti kita pula dengan anak-anak. Mungkin anak-anak ada daya kreativiti mereka sendiri untuk hasilkan alien yang mereka suka. Jom cuba!
Ada sesetengah orang suka sangat kunyah ais, kruk krak kruk krak bunyinya macam sedang makan keropok dibuatnya.
Pun begitu, jangan terlalu seronok hingga ‘ketagih’ mengunyah ais, ada kesannya pada kesihatan. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh doktor ini.
TABIAT MENGUNYAH AIS BATU
Mengunyah ais mungkin kelihatan tidak berbahaya. Malah, ia mungkin menjadi tabiat yang tidak boleh dihentikan. Kebanyakan yang mengunyah ais ini ingin berasa lebih segar dan membantu mengelakkan mulut kering. Walau bagaimanapun, tanpa anda sedari tabiat itu mungkin menyebabkan masalah kesihatan tertentu.
Pagophagia adalah istilah untuk seseorang yang sentiasa inginkan ais. Keinginan boleh berterusan dan sering berlangsung selama lebih daripada sebulan. Pagophagia adalah gangguan makan jarang berlaku yang dikenali sebagai pica. ‘Pica’ adalah satu terma perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya. Walaupun kanak-kanak pada umumnya lebih cenderung untuk mengidap nafsu pica, pagophagia boleh menjejaskan juga kepada orang dewasa dan kanak-kanak.
FAKTOR KEINGINAN MENGUNYAH AIS
1) Kekurangan zat besi (Anemia)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil cukup zat besi (8-18 mg zat besi sehari) jarang mengalami pagophagia. Orang yang kekurangan zat besi didapati mengalami keradangan lidah dan ais dapat mengurangkan keradangan ini. Kajian juga menunjukkan bahawa apabila kekurangan zat besi dirawat, katagihan ais juga akan pulih.
2) Masalah emosi
Beberapa isu emosi juga boleh mendorong kepada tabiat mengunyah ais. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami tekanan boleh mengunyah ais untuk menenangkannya. Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) juga boleh menjadi puncanya. OCD adalah keadaan kesihatan mental yang membawa kepada tingkah laku kompulsif atau fikiran yang obsesif.
3) Dehidrasi
Dehidrasi ringan juga boleh menyebabkan orang mengidamkan ais ais. Kiub ais sejuk boleh melembapkan mulut dan bibir kering selain menghilangkan rasa dahaga. Ia juga boleh membantu menurunkan suhu badan pada hari yang panas. Simptom dehidrasi ringan adalah dahaga dan air kecil berwarna gelap. Sesiapa yang mengalami simptom dehidrasi yang lebih teruk, seperti kejang atau rasa pening perlu mendapatkan rawatan segera.
KESAN SAMPINGAN PAGOPHAGIA
Mengunyah dan menghisap ais tidak mempunyai apa-apa kesan negatif ke atas organ-organ badan ataupun menyebabkan apa-apa jenis penyakit serius. Walau bagaimanapun apabila ianya menjadi tabiat dan obsesi, tentu ada masalah sampingan yang boleh dialami. Terdapat sekurang-kurangnya 4 kesan sampingan akibat ketagihan ais ini:
1. Mengunyah dan menghisap ais secara berpanjangan boleh memberi tekanan kepada gigi dan gusi anda. Ia boleh menipiskan lapisan enamel dan juga menyebabkan gigi berlubang dan pecah. Anda boleh mengalami kerosakan gigi. Apabila anda melakukan rawatan gigi seperti “fillings” dan “crowns”, ais yang anda kunyah boleh menjejaskan rawatan ini. Bahagian kiub ais yang tajam juga boleh mencederakan mulut, gusi dan lidah.
2. Anda berisiko tersedak kiub ais masuk ke dalam paru-paru (choking)
3. Seperti yang dinyatakan di atas, salah satu sebab seseorang itu ketagih kiub ais adalah supaya ia dapat mengurangkan pengambilan makanan. Ini jika berlaku dalam masa yang panjang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan ataupun malnutrisi.
4. Tabiat mengunyah dan menghisap ais yang kerap dan dilakukan di tempat-tempat awam ini dianggap sebagai tabiat buruk. Mengunyah ais akan mengeluarkan bunyi yang mengganggu orang sekeliling dan orang lain akan menganggap ianya satu tabiat yang pelik.
Mengambil air ais dalam kuantiti yang sederhana tidak memudaratkan badan. Kepercayaan bahawa meminum air ais menyebabkan pelbagai penyakit lelaki dan wanita adalah tidak benar sama sekali. Malahan ais boleh digunakan untuk mengurangkan banyak gejala-gejala seperti bengkak, kesakitan, keradangan, sakit mulut, loya dan muntah.
Tahun ini sekali lagi kita semua bakal meraikan hari raya tanpa dibenarkan merentas negeri untuk menziarahi orang tua di kampung. Hati siapa yang tak sebak. Doa baik-baik semoga keluarga kita dilindungi dan selamat dari wabak bahaya ni.
Apa pun persiapan hari raya tetap dilakukan. Meraikan di rumah bersama anak-anak. Hidangan raya tetap perlu ada di meja. Sudah pastinya akan duduk di rumah sambil menonton rancangan menarik sempena hari raya.
Salah satu kudapan yang popular mesti ada di meja adalah kacang goreng yang rangup. Selain beli di kedai, apa kata buat sendiri di rumah. Penyediaannya amat mudah, hanya menggunakan 3 bahan aje! Paling menarik, 15 minit terus siap!
KACANG TANAH GORENG RANGUP GUNA TEPUNG SERBA GUNA
3 bahan je.. Semudah ABC. 15 minit je siap bleh telan trus. 3 bahan utama :
-Kacang tanah ( basuh dan keringkan dlu )
-telur sebiji
-tepung bestari pedas
Penyediaan:
Gaulkan kacang dengan telur hingga rata
Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata
Panaskan minyak
Goreng dalam minyak panas , api sederhana
Rajin2 kacau supya masak sekata dan xhangus
Angkat dan toskan minyak
Wajib biarkan sejuk dlu, dan tos minyak supaya rangup
Dah sejuk bru makan dan simpan dalam bekas kedap udara Edit tambahan : boleh tambah sdikit gula kalau nk rs manis2.. Sy mmg xletak sbb nk mkn masin2 pedas… Tepung ni da masin ye jgn tmbah garam dah..
Kanom Piak Poon atau Puding Pandan Thai ini antara sajian pencuci mulut yang sangat terkenal di negara Thailand. Memang sedap. Simple sangat, rasa lemak manis kuah santan dan puding, lembut, cair dalam mulut!