Ramai juga sahabat yang bertanya, macam mana nak susun kehidupan kita agar nampak tenang dan bahagia di samping tugasan dan komitmen yang sangat banyak.

Ikuti panduan ustazah Aminah Mat Yusoff ini. Moga manfaat untuk kehidupan lebih tenang.

Belajar menguruskan kehidupan melalui solat

 

1. Disiplinkan hidup kita sebagaimana Allah disiplinkan solat. Ikut aturan yang betul sebagaimana fitrah. Bersih fikizikal, mental dan persekitaran. Jadualkan segala kerja yang penting. Kurangkan mengeluh atau merungut kerana dalam solat, penat macam manapun tetap kita laksanakannya dengan redha.

IKLAN

2. Berpusat. Semasa angkat takbir..kita sebut Allahuakbar, dalam hati kita memasang niat..Betapa jelasnya tujuan kita melakukan perbuatan ini.

3. Mudah ke susah. Dahulukan perkara yang mudah, ringan dan rasa happy kita nak buat. kemudian diikuti perkara yang susah. Ingat lagi pesan ayah.. Hidup kita kalau dimulai dengan tugas yang berat dan membebankan ia akan buat kita penat, sehinggakan tugas yang ringanpun tidak mampu lagi kita selesaikan.

4. Sentiasa merendah diri. Masa solat, selalu diingatkan kita adalah hambaNya. Tidak berani nak tinggikan suara, nak biadab, nak melawan. Begitu juga dalam kehidupan kena banyak merendah diri, kurangkan bercakap dengan suara yang keras, bahasa yang carut. Lagi tawaduk kita kepada Allah, lagi tinggi darjat di sisi manusia.

5. Banyakkan Memuji Allah. Sebut Allah bukan time susah dan sesak tapi setiap saat, sebagaimana dalam solat, berdiri kita puji Allah, duduk, rukuk dan sujud kita tasbih pada Allah.

IKLAN

6. Setiap tindakan biarlah memberi kebaikan dan manfaat. Jangan terikut dengan medsos sehingga menjadikan separuh hidup kita untuk orang lihat, tengok dan nilai. Biar kita menyejukkan hati orang, memudahkan urusan orang dan memberikan kebaikan kepada orang untuk dinilai oleh Allah.

 

7. Bersihkan hati. Hati nie klu tak bersih, ia akan buat kita lagha. Nak solat kita wuduk. Bukan basuh fizikal semata-mata, tetapi Allah nak hati dan jiwa kita juga bercahaya.

IKLAN

8. Jauhi was-was dan bisikan. Perkara paling susah dalam solat ialah nak khusyuk. Terbayang-bayang urusan dunia, teringat-ingat orang yang jauh di mata, terbayang pula barang hilang. Dalam kehidupanpun begitu. Terlalu banyak bisikan agar hidup kita melencong. Tengok orang viral kitapun nak viral, tengok orang bergaya, kitapun nak bergaya. Godaan ini akan terus datang dan menguji kita. Moga Allah jadikan kita orang yang berjaya melawan dan menangkisnya.

Solat itu penghayatan. Kehidupan kita pasti tenang.

Sumber: Aminah Mat Yusoff

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Nak Rasa Tenang Dalam Hidup, Belajar Urus Solat Dengan Betul. Ikuti Nasihat Ustazah Ini.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI