Jumlah kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Malaysia meningkat. Pada 17 Mei lepas HFMD kadar peningkatan membimbangkan iaitu sebanyak 15 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas dengan 31,661 kes dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sebanyak 7,526 kes dicatatkankan pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 yang berakhir pada 14 Mei yang menunjukkan peningkatan sebanyak 349 peratus, berbanding ME sebelumnya dengan hanya 1,676 kes di seluruh negara.

 

Ramai yang meluahkan rasa bimbang dengan peningkatan yang mendadak ini, Didapati pelbagai rawatan alternatif di cuba dikatakan mampu mengubati penyakit ini termasuk penggunaan serbuk kunyit dan daun semambu.

KKM TIDAK GALAK KAEDAH ALTERNATIF

Nak Rawat HFMD KKM Tak Galak Guna Serbuk Kunyit Dan Daun Semambu.

IKLAN

Namun, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menggalakkan kaedah rawatan alternatif seperti menggunakan serbuk kunyit atau daun semambu bagi merawat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata sebaliknya orang ramai diminta berjumpa doktor sekiranya mempunyai simptom jangkitan.

“KKM memang tidak galakkan rawatan alternatif kerana ia tidak ditentukan kesahihannya lagi dari sudut sains malah tiada rawatan khusus dari sudut sains bagi merawat penyakit tersebut.

IKLAN

“Kita juga bimbang gejala dehidrasi. Jadi kanak-kanak yang terkena HFMD perlu dipastikan minum air secukupnya.

Jika langsung tidak boleh minum air, memang perlu diberikan secara intravenous (suntikan ke dalam salur darah) dan dibawa ke hospital,” katanya yang ditemui pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri di kediamannya di sini hari ini.

Sumber: Bernama

IKLAN

 

Nak Rawat HFMD KKM Tak Galak Guna Serbuk Kunyit Dan Daun Semambu.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Nak Rawat HFMD KKM Tak Galak Guna Serbuk Kunyit Dan Daun Semambu.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI