Apa kata untuk minum petang hari ini, anda pikat selera keluarga dengan lasagna. Menu ala barat yang cukup mudah disediakan. Hanya guna lebihan roti yang ada di rumah anda. Menjimatkan dan mudah disediakan.
Resepi ini dikongsikan khas oleh Cikpuan Nurul Ain Abdullah melalui Facebook beliau.
BAHAN-BAHAN
Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan:
Roti Gardenia (dibuang kulit)
Cheese mozarella 1 paket
Tomato puri 1 tin
Daging/ayam cincang Cap Ramly
Sayur campur
Sosej (dipotong kecil)
Lada capsicum
Bawang putih dan bawang besar (dipotong dadu)
Garam
Sos Life
CARA-CARA
Ini pula cara membuatnya langkah demi langkah.
1. SEDIAKAN INTI
Langkah pertama, kita sediakan intinya terlebih dahulu. Terpulanglah nak inti ayam, daging, atau seafood. Untuk perkongsian ini, saya gunakan ayam cincang dan sosej sebagai bahan asasnya.
Untuk membuat inti langkah seperti berikut:
Tumis bawang merah dan bawang putih.
Masukkan sayur campur.
Campurkan ayam cincang dan sosej.
Masukkan tomato puri.
Perasakan dengan garam. Masak hingga kering. Asingkan.
2. SALUT ROTI DENGAN TELUR
Bila intinya dah sedia, kita boleh mulakan proses melapis-lapiskan roti.
Sebelum itu, pecahkan telur dan pukul hingga hancur. Lepas itu, ambil roti yang telah dibuang kulit dan salutkan dengan telur yang telah dipukul. Susunkan dalam loyang pembakar.
Ads
3. LAPISKAN DENGAN INTI
Seterusnya, lapiskan dengan intiyang dimasak tadi. Padat-padatkan dan ratakan macam dalam gambar ini.
4. TABURKAN CHEESE & SOS CILI
Kemudian, taburkan cheese sebanyak mana yang anda suka. Siapa suka banyak, boleh lebihkan. Ini cheeseyang saya gunakan. Nak guna jenama lain pun boleh.
Saya tambahkan juga sedikit sos cili Life.
Ads
5. ULANG HINGGA 3 LAPISAN
Ulang langkah 2-4 sebanyak 2 kali lagi. Saya buat 3 lapisan – lapisan bawah, tengah, dan atas.
6. BAKAR DALAM OVEN
Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 40 minit.
Biar luarannya garing sedikit, baru sedap!
Ads
INILAH HASILNYA!
Bila dah masak, inilah hasilnya. Memang menjilat jari!
Ini pula slice yang telah dipotong.
Wah, terliur kan? Mudah sangat membuatnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Nurul Ain Abdullah vis Sirap Limau
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak kenal dengan Johan Raja Lawak dan juga penyampai radio. Mungkin ramai yang kenal dia jenis ‘cakap lepas’ tetapi di sebalik itu, dia rupa-rupnya seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab dan prihatin.
Hasil perkongsian hidup bersama Ozlynn Wati, pasangan ini semakin bahagia dengan lima orang cahaya mata iaitu dua orang perempuan dan tiga lelaki.
Setiap kali memuat naik perkongsian di Instagram, pasti mendapat perhatian waeganet. Tidak seperti pasangan lain yang memiliki instagram sendiri, pasangan ini berkongsi media sosial yang sama dengan menggunakan nama Jozlynnhanania.
Sehingga kini, instagram mereka telah diikuti 4.8 juta folowers dimana rata-ratanya menjadikan mereka sebagai inspirasi dalam membesarkan anak-anak
Baru-baru ini Ozlynnn mendedahkan bahawa suaminya tidak mempunyai telefon dan hanya mengunakan telefonnya. Reaction Bila ko tgh rancak borak ngan kengkawan tetibe laki ko bgn n jawap fon jaoh jaohhhhhhh.. sape mcm tu?? Ngaku cpt…aku sb laki xde fon.. dia pakai fon aku jek.. so kengkwn game yg ajak bertarung tgh mlm tu jgn lupa.. text korg masok aku yg pantau dulu.
Perkongsian Ozlynn nyata mengejutkan ramai pengikutnya. Tak kurang kagum dan bertanyakan bagaimana jika Johan mahu bertemu atau ingin berhubungan dengan kawan-kawannya.
Tak sangka ada geng
miss_am85 kalau die kje ke kuar ngn kawwn2 nk contact die cmne sis?? ina_asrie1112 mcm laki aq xda fonble beli tpi dia ckp xda keprluan jgkso laki aq mmng tumpang fon aq jenak suh beli fon untk kol je pn..dia xnk mournie_iera@jozlynnhanania eh sama xsangka ada gak geng. suami sy pon xde phone y pelik dia boleh hidup xde phone. kalau ada pon dia mmg xguna . sudahnya dia share dgn sy hahahah. heran manusia y boleh hidup xguna phone mcm suami sy . bos ke kawan kawan ke semua akan wasap kt no sy. kadang isau dia p keja selamat ke x.
salisalia81 Omg susah nak jumpa nie..x leh bayangkan eismataisyah xpe kak. mak aku pn xde phone dlu. baru dlm 7 8 tahun ni kot dh tua br pakai. tlepon abah la tlepon die.. ssh? xssh pn sbb ms dh ad tlpon abh xkua melepak pn. klo keluo erek mak aku sekali afzanrashid7300 Suko tgk cara @jozlynnhanania didik anak2 dan kak ozlyn jaga family serius suko tgk
hxnnxrraifairah@jozlynnhanania uishh kak. Sama dgn laki sy kak. Susah sgt skrg dia nk lepak2 mnum dgn kwn2. Kdg tu halau jgk dia lepak, dia jwb dia mls baik duduk rumah lyn ank bini. Sy pulak yg risau tkt kwn2 dia cop sy kaki control suami. Pdhl kite takkk.. narra.nro X perlu phone bila ada bilik gaming yg completed ..sape je perlukan hp hihihi mnfaezbnoordin Bak kata @jepsepahtu , suami kepala keluarga , tapi isteri tu tengkuk keluarga , tengkuk kalau pusing kepala kene ikut pusing . Hahahahahha @jozlynnhanania
Sebagai wanita yang telah berkahwin, kita sering meletakkan dan berharap suami dapat membahagiakan kita hingga ke hujung nyawa. Umumnya, kita mahu suami adalah insan terbaik untuk kita, namun jika ada kekurangannya sering juga menyebabkan rasa kecewa dan lebih teruk menjadi punca kemarahan dan sekali gus menghilangkan kemanisan dan kebahagiaan berumah tangga.
Untuk itu, apa yang harus kita lakukan sebagai isteri agar bahagia yang kita impikan dapat dirasai hingga hujung nyawa bersama pasangan. Untuk itu, ikuti perkongsian Ummu Izz yang diharapkan dapat membantu ramai isteri untuk menjadi terbaik dan sekali gus memiliki suami terbaik.
Dulu saya selalu berharap bahagia dari suami, bila harapan diletakkan pada makhluk, maka saya banyak kecewa, marah dan sedih bila suami tak capai standard/piawaian yang diharapkan.
Dalam banyak perkara, saya nak suami ubah jadi begitu begini, jangan buat begitu begini, jenuh hari-hari saya membebel, marah, sindir suami dan sebagainya, dengan harapan suami akan berubah.
Dalam masa yang sama, saya tak rasa saya salah, sebab semua saya ajar suami yang baik-baik, membebel suruh jadi baik, suruh jadi soleh, suruh pimpin anak isteri dan sebagainya perkara yang baik-baik.
Dimana salahnya saya?
Rupa-rupanya salah saya pada AKHLAK. Allah tidak pandang siapa betul siapa salah, tapi kita sering tertipu dengan “aku betul, kau salah”.
Jika “siapa betul siapa salah” jadi ukuran, sudah tentu Nabi saw tak pernah mengaku salah dengan isteri Baginda, yang ketika itu memang Baginda tidak bersalah, tapi tetap juga Baginda mengaku salah.
Itulah akhlak yang mulia.
Akhlak saya tidak baik, membebel sikap yang tidak baik, marah-marah adalah sifat syaitan, bagaimana saya ingin menyeru hati manusia menjadi baik, sedangkan akhlak saya sendiri tidak baik?
Saya menyuruh kebaikan, pada masa yang sama saya suburkan kebencian dalam hati suami dan anak. Sebab itulah bebelan, herdikan, tengkingan, tidak akan jadi “asbab hidayah” untuk orang sekeliling berubah.
Membebel, memarahi secara menengking, mengherdik, ia bukan kaedah mendidik, sebaliknya ekspresi kemarahan yang dilepaskan oleh nafsu mazmumah dalam diri.
Kaedah mendidik manusia, tidak dapat tidak adalah kaedah Nabi yang tersusun cantik dalam sunnah Baginda saw.
Akhlak must comes first.
Jika tiada akhlak, bahkan membebel meleteri 24 jam non-stop sekalipun, tiada hati yang terpikat untuk berubah menjadi lebih baik.
Perkara yang baik perlu diajak dengan kebaikan, bukan dipaksa dengan kebencian dan hati yang panas membara. Tiada jiwa manusia yang tenang saat sedang membebel.
Dimarahi, dileteri, ditengking, dihina, diherdik, tak ada jiwa manusia yang suka perkara begini, tapi semua membenci. Asbab itulah Baginda tidak mendidik dengan kaedah yang dibenci oleh fitrah manusia ini, kerana ia menjauhkan dan merosakkan hati-hati yang baik.
Di satu ketika apabila saya muhasabah diri, saya “pejam mata” akan kekurangan suami, saya mula bicara dengan Allah kembali, saya letakkan harapan pada Dia Yang Satu, saya ubah diri sendiri tanpa pedulikan ingin mengubah suami atau orang sekeliling.
Hebatnya Allah Ta’ala, bila saya fokus ubah diri sendiri, Allah tak semena-mena mengubah suami saya.
Dulu saya penat lidah, penat emosi, penat mental membebel setiap hari, tapi sebaliknya keburukan yang saya dapat, bergaduh siang malam, hati tak tenang, stress, jiwa kacau, tapi once saya ubah diri saya, baiki solat, jaga solat awal waktu, baiki akhlak sendiri, baiki hubungan dengan suami, fokus didik anak, tanpa sepatah kata, Allah telah ubah dia, malah jauh lebih baik dari apa yang saya mahukan selama ini.
Beliau jaga solat berjemaah 5 waktu di masjid, makin banyak luangkan masa dengan anak-isteri, berkasih-sayang, berlumba-lumba khidmat dalam rumahtangga, tiada lagi sikap berebut malas, bersama-sama berpimpin tangan berganding bahu, lead anak buat khidmat diluar rumah, jaga amal, ikram ahli keluarga, infaq sana sini, masya Allah…
Benarlah Allah kata, “jika kamu bersyukur, maka Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, namun jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih” (QS,14:7)
Teringat pada kata-kata Ustaz Ebit, “jangan ubah pasangan kita, tapi ubah diri kita”
Akhlak Ustaz Ebit saja telah dapat tarik arwah ibu beliau meninggal dunia dalam Islam, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik ayah beliau mengenal Allah, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik isteri beliau terjun dalam kerja-kerja dakwah, akhlak para daie ini bahkan telah berjaya menarik golongan LGBT, mat rempit, drug addicts, dan sebagainya ummat yang jauh dari agama.
Yang mana mereka bukan telah confirm neraka, dan kita pula bukan telah confirm syurga.
Saya yakin, tiada kejayaan melainkan dengan cara Nabi saw dan para sahabat radhiaLlahu ‘anhum, yakni orang-orang yang telah berjaya, yang dijamin syurga oleh Allah ta’ala…
Disclaimer: Post ini berkisarkan tentang akhlak dalam mendidik jiwa manusia, bukan ingin merendahkan sesiapa atau ingin memuji sesiapa, tapi digarapkan dalam bentuk pengalaman dan kisah peribadi saya sendiri.
Moga Allah ampun, moga Allah redha, tempat tuju kita semua akhirnya kembali ke sana jua.
sumber : Ummu Izz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasan tak jika kita makan mee kari di kopitiam rasanya sangat enak walaupun tidak terlalu berlemak atau terlalu kuat rasa karinya. Keseimbangan rasa dan ditambah pula tidak menggunakan serbuk kari dalam penyediaan bahan, sekali gus memberi rasanya yang tersendiri.
Jadi buat anda yang ingin mencuba untuk menyediakannya sendiri, apa kata mencuba resipi yang dikongsi oleh Ad Adnan ini. Melihat bahan-bahan yang digunakan juga cukup dan hasil masakannya nampak begitu menyelerakan.
Jadi bolehlah dicuba untuk dijadikan menu istimewa untuk keluarga.
CURRY LAKSA MEE KARI TANPA SERBUK KARI
Saya suka makan mee kari. Tapi yang style kopitiam tu. Depa kata tu nyonya punya mee kari eh..ok saya dah buat. Resepi dari hasil penyelidikan di google dan beberapa bahan bacaan. Tak kan lah nak puji diri sendiri kan kata sedap..cuba lah sendiri.
Bahan-bahan;
A-(kisar halus)
1)bawang besar & kecil
2)bawang putih
3)lengkuas
4)serai
5)buah keras
6)belacan
7)kunyit hidup
B
1)santan
2)cili giling
3)daun kesom & bunga kantan
4)air rebusan ayam/udang
5)garam & gula
6)minyak untuk menumis
C-(condiment mee)
Terpulang pada anda. Tapi kalau untuk style kopitiam nyonya ni sayurnya ada guna kacang panjang dan terung. Potong dan goreng sekejap.
Cara-cara;
1) Tumis bahan A bersama cili kisar.
2) Bila sudah sedikit wangi letak kan daun kesom dan bunga kantan.
3) Letak kan air rebusan
4) Perasakan garam gula
5) Akhir sekali letak kan santan.
Bahan kisar A + cili giling merupakan rempah basah bagi kari. So dah tak payah lah pakai serbuk kari. Boleh letak kan ayam / kerang / atau apa apa yang anda ingin kan..
Sukatan berbeza bergantung kuantiti masakan.saya guna cam-campak je.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.