Rumah kita yang pada waktu paginya kemas bukan main akan bertukar coraknya bila anak-anak dah kembali dari sekolah. Mulalah beg sekolah tersadai tepi sofa, botol air tertinggal atas meja dan tak kurang kasut sekolah salah parking.
Sesekali mungkin ibu masih boleh bertahan. Kalau hari-hari, ibu boleh bertukar jadi ‘singa’. Sebenarnya jika nak sentiasa rumah kemas mak-mak kenalah lebih kreatif. Sedikit usaha kreatif tapi boleh bentuk sikap anak-anak jadi lebih baik.
Inilah usaha yang dilakukan oleh Puan Naqibah Nukma Abdullah yang telah berkongsi cara efektik menyusun atur keperluan sekolah anaknya hanya dengan menggunakan rak biasa yang boleh didapati di setiap pasaraya berharga RM9.99.
Bukan hanya murah tetapi cara ibu ini menyusun kesemua barang kelengkapan persekolahan anaknya di rak diy ini buat anak-anak tertarik. Paling penting nampak kemas dan tak pening kepala. Rumah pun sentiasa nampak cantik.
“Beli waktu ada offer ya. Kadang-kadang boleh dapat RM9.99 untuk 1 rak. Masa kami beli ada pelbagai warna. Oleh sebab nak perabot semua putih. Maka suami mengecat semula bagi warna putih. Kami tak paku pun rak ke dinding. Jadi rak boleh diubah tempat jika perlu.
Setakat ni dah 2 tahun rak itu di bina. Masih kukuh seperti asal sebab ia agak berat. Cuma untuk anak-anak yang lasak. Mungkin boleh lekatkan rak pada dinding rumah.”
DIY Rak Putih
Ads
1. Cat semula rak untuk jadikan warna putih.
2. Pemasangan rak
3. Rak melintang lebih besar daripada rak di tepi-tepi sebab kami hendak letak beg anak-anak.
Ads
5. Besi penghubung antara 2 rak yang di tepi-tepi.(rak kiri n kanan). Beli di hardware.
Hari ini rakyat Malaysia melahirkan rasa kesyukuran setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, selesai menjalani kuarantin diri selama 14 hari dan disahkan bebas COVID-19.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka berdua dan ahli keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat dan menzahirkan penghargaan kepada rakyat atas doa dan keprihatinan semua terhadap kesejahteraan dan kesihatan Seri Paduka sekeluarga.
Seri Paduka berdua dan keluarga menjalani kuarantin diri di Istana Negara seperti dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) susulan pengesahan beberapa kakitangan Istana Negara positif COVID-19 oleh pihak KKM dua minggu lalu.
Berikutan kes-kes positif itu, sejumlah 116 kakitangan Istana Negara turut diarah oleh KKM menjalani saringan dan kuarantin diri selama 14 hari yang juga berakhir pada hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah yang amat prihatin terhadap perkembangan terkini wabak COVID-19, mengulangi titah agar rakyat mematuhi semua nasihat dan perintah yang dikeluarkan KKM dan pihak berkuasa, khususnya perintah kuarantin diri dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Seri Paduka turut menzahirkan perasaan amat sedih kerana masih ada rakyat Malaysia yang ingkar PKP atas kepentingan diri sendiri, menyebabkan peningkatan kes COVID-19 positif dan pertambahan kawasan zon merah.
“Marilah kita bersama memainkan peranan membantu meratakan lengkungan jangkitan COVID-19 ini dengan terus berada di rumah.
“Jika perlu keluar untuk membeli barang keperluan, pakailah penutup hidung dan mulut serta amalkan penjarakan sosial,” katanya.
Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka menzahirkan penghargaan dan sanjungan tinggi kepada KKM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, khususnya wira dan wirawati di barisan hadapan atas ketabahan dan pengorbanan menjalankan tanggungjawab tanpa mengira penat lelah.
Peratusan tinggi pesakit COVID-19 yang pulih dan peratusan kematian di Malaysia yang rendah membuktikan bahawa kerajaan mempunyai tatacara pengendalian pandemik di antara yang terbaik di dunia.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa COVID-19 dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan.
“Seri Paduka Baginda Berdua turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama berdoa memohon ihsan Allah SWT semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan segera,” kata Ahmad Fadil. – BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rupanya begini cara tanam terung yang mudah. Asyik beli je, apa kata tanam sendiri. Jimat dan boleh dapat makan terung yang ‘fresh’ setiap hari.
Ikuti perkongsian saudara Azuan Abdullah cara tanam terung.
Ini pokok terung yang kami tanam. Ada sepokok pun dah tak habis makan. Sayangnya yang ni serkah awal sebab buah lebat sangat. Tak sempat nak upgrade sokongan.
Kami tanam dalam petak tanaman. Petak tanaman tu upah member yang buat. Guna batu bata. Lebarnya 3 kaki, tinggi 8 inci dan panjang 12 kaki.
Guna tanah campuran sebagai media tanaman. Cara penyediaan tanah campuran follow Rukun TOL.
Pembajaan pula guna kombinasi baja kimia dan baja organik.
Baja semburan guna foliar organik seperti mol ikan, mol subur, mol buah, pati baja kulit telur dan pati baja tulang.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kawalan perosak pulak guna racun organic buatan sendiri. Taip je ‘Instant Control” kat fb, akan keluar cara detail yang pernah AA kongsi.
Baik.
Ini panduan ringkas supaya buah terung yang kita tanam nanti berbuah lebat.
1. Tujuh hari sebelum tanam, isi tanah campuran ke dalam petak tanaman dan tayar. Nisbahya 1 bahagian tanah bukit + 1 bahagian kompos tinja ayam + 1 bahagian pasir.
2. Tiga hari sebelum tanam, siram dengan larutan mol ikan + mol subur. Mol subur yang biasa AA guna adalah mol batang pisang.
Siram hingga permukaan tanah basah lencun. Kadar pencairan untuk 1 liter air adalah 2 ml mol ikan dan 2 ml mol batang pisang.
3. Satu hari sebelum tanam, gali lubang yang dalamnya lebih kurang 4-6 inci. Letakkan 5 gram baja sebatian NPK 15:15:15 ke dalam lubang tersebut. Kambus sedikit lubang tersebut.
4. Tanam anak benih usia 30-35 hari lepas semai. Pilih anak benih yang sihat dan bebas penyakit. Eloknya tanam waktu petang untuk elakkan anak benih stress.
5. Lepas tanam, siram air secukupnya. Lepas tu spray dengan racun organic buatan sendiri. Saya biasa guna instant control. Cara buat boleh search di fb saya ya.
6. Siraman air kosong dibuat 1-3 hari sekali bergantung kepada kelembapan media. Eloknya siram pada waktu pagi. Cuba elakkan siram pada waktu petang sebab ia boleh gangu proses kimia pokok.
7. Siraman dengan mol ikan + mol batang pisang (subur) dibuat seminggu sekali. Kadar pencairan untuk 1 kiter air adalah 2 ml mol ikan dan 2 ml mol batang pisang.
8. Semburan racun organic “Instant Control” ini dibuat secara berkala 2 kali seminggu. Eloknya sembur pada waktu petang.
9. Pembajaan pertama dibuat pada minggu kedua. Buat alur disekiling pokok. Tabur 10 gram baja sebataian NPK 15:15:15 ke dalam alur tersebut. Tutup alur semula. Siram secukupnya.
10. Semburan foliar organic untuk percepatkan pertumbuhan dibuat pada minggu pertama. Guna kombinasi mol ikan + mol batang pisang + pati baja tulang.
11. AA buang semua tunas sisi pada minggu ketiga. Tak nak buang pun tak apa. Cuma jangan simpan terlalu banyak. Memadai simpan 3-4 stem je untuk mudah pengurusan.
12. Pembajaan kedua dibuat pada minggu keempat. Buat alur disekiling pokok. Tabur 10-20 gram baja sebataian NPK 12:12:17 ke dalam alur tersebut. Tutup alur semula. Siram secukupnya. Ulang proses ini 2 minggu sekali.
Sahabat,
Ini salah satu cara yang kami amalkan dan ianya menjadi dengan sangat baik.
Biasanya pokok terung akan start berbunga 3-4 minggu selepas tanam. Ianya boleh dituai sekitar 3-4 minggu selaps berbunga.
Pokok terung ni boleh hidup lama kalau betul cara jaganya. 3-4 bulan tu biasa. Di rumah AA, ada yang cecah 6-7 bulan.
Boleh dapat berbelas-belas kilogram untuk 1 pokok. Memang tak habis makan. Siap boleh bagi kat sanak saudara lagi.
Melipat dan mengemas pakaian satu kerja yang mengambil masa terutama bagi anda yang mempunyai ramai anak. Boleh dikatakan melipat baju satu aktiviti yang kurang digemari sesetengah kaum wanita.
Itu belum masuk bab mahu memastikan pakaian yang disimpan itu kekal teratur. Jika ada banyak tangan, pasti akan bersepah semula.
Bagi membantu kaum ibu menangani masalah ini, cuba praktikkan cara yang dilakukan oleh bekas juara Program Gadis Melayu, Aida atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah menerusi perkongsiannya di instagram baru-baru ini.
Tips MELIPAT KAIN !!!! TAK IKUT KONSEP MAU MENIMBUN MEMBAWAK KE BULAN DEPAN TAU ??? .
1) Jgn melipat sambil tgk tV sebab mood melipat ni akan hilang kalau citer yg kite tgk tu heronyee Handsome ??? senyum sorang2 , menimbun kain tetap kat situ . Last2 esokk la lipat ?
2) Jangan lipat kain ketika time suami tak ikut ape kehendak kite ! Uihhh boleh jejas kualiti lipatan tuuu ? mau2 kite lipat kain kite je , yg suami letak tepi ! Padan muke ??
3) Suami , kalau tgk mood melipat isteri tu dah dtg cepat2 la tolong hal lain2 . Kalau3 la anak tibe2 nak air kat tingkat bawah la , nk ajak main la!!! Sebab ape? Hahahha sebab mood melipat ni cepat swing !!! Sekali ade yg kacau , nak sambung semule tu compom2 terbantut ? belom lagi kes time nak melipat tu laaaa tibe2 yb dtg ckp “ mommy !! I hepp ( help ) u !!! ???
4) Yg bekerjaya , kalau tak sempat lipat isteri boleh apply style “ BUNJUT “ dulu untuk elakkan rumah bersepah ! Bunjut tu ape ? Ambik mane2 kain pelikat atau batik , asingkan ikut kategori , ayah , mommy , anak2 dll . Tetibe emergency x de la korang memunggah kain berbakol2 tu . Tp tlg la jgn simpan bunjut korang tu terlalu lame !!! Cari la mase untuk buka satu2 bunjut , lame2 habis la wak ?
5) Tips paling best !!! Ohhhh paling untung kalau suami yg tlg lipatkan kain !!!! Cpt tag suami korang ? @snizam5 Hahha mmg rajin tp sb lipatan tu elok sikit dari lipatan yb kecik so mem reject !!! .
6) Care paling mudah & cepat sebenarnye korang melipat sambil dengar lagu Fav korang ! Dengar ok bukan nonton !!! So smbil lipat korang layannnn !!! Insyaallah siap ! Yg mane baru nak kecam kate dari nyanyi baik zikir tuuu haaaa jgn risau . Korang boleh tukar dengan zikir ! Ok jangan tau mengecam x habis !!!! ?
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.