Apabila hidup berumah tangga sudah pasti inginkan bahagia. Adat dan lumrah kalau ada bertengkar atau bergaduh kecil. Semuanya untuk mengajar suami dan isteri menjadi pasangan yang lebih sempurna. Ia lumrah, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Ia tidak dapat lari dari sebarang pertelingkahan. Namun, pastikan ia tidak berlarutan.

Apa yang pasti, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga ingin hidup dengan insan yang kita cintai sehingga akhir hayat.

Ingin tahu tips untuk menyuburkan cinta makin mendalam. Tak perlu barang mewah atau sebarang belian barang, hanya menggunakan perkataan indah-indah buat isteri sahaja.

Ikuti perkongsian oleh Najmi Nawawi  yang berkongsi 5 perkataan yang menyuburkan rasa cinta agar rumahtangga makin utuh dan makin tebal kasih sayang.

MAGIC WORDS DENGAN PASANGAN

Nak Rumahtangga Utuh, Bukan Hanya ‘ I Love You’ aje. Lelaki Ini Kongsi 5 Magic Words Suami Kena Ucap Pada Isteri. 

Penting atau tidak sebenarnya komunikasi verbal dengan pasangan ini?

Sepertimana pentingnya komunikasi non-verbal antara pasangan, seperti itu jugalah pentingnya komunikasi verbal dengan pasangan. Kerana pasangan kita tak ada “super power” untuk tahu apa isi hati kita yang sebenarnya.

Setiap pasangan pastinya memiliki magic words masing-masing. Lain pasangan, lain cara mereka. Tapi tujuannya tetap sama, untuk pastikan keharmonian rumah tangga.

IKLAN

5 UCAPAN KEPADA ISTERI

Nak Rumahtangga Utuh, Bukan Hanya ‘ I Love You’ aje. Lelaki Ini Kongsi 5 Magic Words Suami Kena Ucap Pada Isteri. 

1. Terima kasih sayang

Ucapan terima kasih sebenarnya sebuah luahan penghargaan yang sangat diperlukan. Pasangan akan rasa lebih dihargai dan makin bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara. Apa salahnya, ringankan bibir untuk mengucapkan terima kasih.

2. Maafkan abang sayang

IKLAN

Meminta kemaafan pula ialah tanda kita hormat pasangan kita. Jika kita mahu dihormati pasangan, ianya tidak akan didapati melalui paksaan. Tapi kita perlu belajar untuk hormat pasangan kita terlebih dahulu. Ucapan maaf juga menunjukkan kesungguhan kita dalam menghargai kehidupan bersama pasangan.

3. Sayang boleh punya

Kata-kata sokongan dan dorongan juga amat diperlukan dalam kehidupan bersama pasangan. Jangan pula kita mudah perlekeh pasangan walaupun untuk tujuan gurauan. Jangan bermain dengan perasaan. Kerana kita tak tahu sedalam mana batu yang dilontar ke lautan perasaan akan tengelam.

4. Jangan bersedih sayang

Hidup bukan selalunya indah, langit tak selalu cerah. Ada masanya kita akan diuji dengan dugaan yang menduga tanpa dijemput. Pujukan bukan dari suami untuk isteri sahaja, bahkan suami yang gagah dan kuat pun boleh menangis di waktu-waktu tertentu. Masa ini kita kena pastikan kita orang yang pertama pujuk pasangan.

IKLAN

5. Tak elok buat macam itu sayang

Dijadikan pasangan suami isteri itu untuk saling melengkapi. Nasihat yang ikhlas dari pasangan yang betul-betul mahukan yang terbaik buat pasangannya, pasti mampu menyentuh hati. Nasihat yang tulus ini mampu membentuk dan bawa perubahan untuk masing-masing menjadi lebih baik. Jangan pula ada wujudnya ego dan marah apabila menerima nasihat.

KOMUNIKASI PENTING UNTUK RUMAHTANGGA BAHAGIA

Nak Rumahtangga Utuh, Bukan Hanya ‘ I Love You’ aje. Lelaki Ini Kongsi 5 Magic Words Suami Kena Ucap Pada Isteri. 

Siapa cakap seni komunikasi verbal ini tak penting?
Kerana ketahuilah, banyak keruntuhan rumah tangga juga berlaku kerana komunikasi antara pasangan yang gagal. Salah faham dan kemudiannya membawa kepada pergaduhan.

Semoga kita semua dapat jadi yang terbaik buat pasangan masing-masing.

Kredit:Najmi Nawawi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI