Beras mempunyai mineral seperti Niacin, vitamin D, kalsium, fiber, iron, thiamine dan riboflavin. Selain itu, beras juga kaya dengan karbohidrat dan tidak mengandungi kolestrol, lemak tepu yang boleh memudaratkan. Khasiat beras bukan sahaja boleh di makan, malah ia sangat bagus untuk penjagaan kulit muka dan juga tubuh badan.
Terdapat banyak khasiat air beras dari basuhan pertama hinggalah ke air didihan beras sebelum menjadi nasi. Jom semak sama-sama!
Air Basuhan Beras Yang Pertama
Air basuhan pertama juga, boleh digunakan untuk mencuci ikan, ayam untuk menghilangkan bau hanyir yang ada pada ikan dan juga ayam. Ia juga boleh digunakan untuk membasuh sayur-sayuran untuk menghilangkan kekotoran dan juga ulat yang ada pada sayur.
Air ini juga boleh dijadikan baja pokok kerana ia akan berbuah lebat. Contohnya, pokok cili dan lain-lain jika anda ada menanam pokok di rumah.
Ads
Air Basuhan Kedua
Untuk wanita yang inginkan kulit putih, gebu dan mulus semulajadi, ambil air beras basuhan kedua untuk membasuh muka. Ia juga amat sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat.
Air ini juga dapat menyerikan wajah, bagi orang Islam mereka mengamalkan bacaan selawat sebanyak tiga kali sebelum menyapukan air ke wajah.
Air ini juga boleh dijadikan mandian bagi menggantikan susu dan juga scrub badan. Ia boleh digunakan begitu sahaja untuk mandian atau anda ingin campurkan dengan bunga-bunga agar lebih wangi dan membangkitkan aura positif di dalam badan.
Ads
Khasiat air beras untuk dijadikan mandian amat baik untuk kulit kering dan kusam, hilangkan panas badan, mereka yang mengalami gatal-gatal, menghilangkan daki dan sebagainya.
Air Didihan Beras Sebelum Menjadi Nasi
Khasiat air didih beras pun tidak kurang hebatnya. Anda boleh mengamalkan air didihan beras secara sejuk atau suam dengan campuran gula atau tidak. Khasiatnya, akan membuatkan suara menjadi lunak bagi seorang yang suka menyanyi.
Ads
Berita baik buat wanita, anda yang mengamalkan air didihan beras sebelum tidur ia akan membuatkan payudara anda menjadi tegang dan montok secara semulajadi.
Sumber : wom
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak berhadapan dengan pandemik Covid19 pelbagai usaha dilakukan orang ramai untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Begitu juga dengan kisah pelakon era 80, Harun Hashim yang turut hilang punca pendapatan akibat tiada lagi penggambaran boleh dilakukan ketika PKP.
Dalam kesulitan hidup pelakon veteren ini baru sahaja sedar daripada serangan darah tinggi setelah tidurkan sebelum ini.
Lebih menyedihkan lagi, isterinya juga isterinya, Sakinah menjalani pembedahan akibat barah otak. Pasangan ini dimasukkan di tempat yang sama iaitu di salah sebuah hospital di Subang.
Situasi yang dialami oleh pasangan ini yang mempunyai enam cahaya mata diketahui setelah Exco Agama dan Muafakat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Salman al-Farisi menerusi Facebook berkenaan pelakon yang sinonim dengan watak hero drama TV sekitar 1970-an sehingga awal 1990-an itu yang sedang sakit serta isteri.
Dalam pada itu, menerusi Instagram pelakon Betty Banafe, memaklumkan mendapat perkhabaran mengenai Harun dan isteri dimasukkan di sebuah hospital di Subang, sejak beberapa hari lalu.
Meluahkan rasa simpati kepada apa yang dilalui oleh rakan seperjuangannya, beliau mendedahkan bahawa Harun sebelum ini pernah menghantar mesej meminta bantuan bayaran sewa rumah.
“Harun ada menghantar mesej di aplikasi WhatsApp minta bantuan membayar sewa rumah pada 15 Ogos lalu.
“Namun, saya terlambat membalasnya kerana kesibukan kerja. Akhirnya, saya dapat tahu Harun dan isterinya masuk hospital.”
Katanya lagi, kali terakhir berjumpa Harun pada 25 Julai lalu.
“Saya terbabit dalam program infak artis bersama badan bukan kerajaan mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Harun antara penerima bantuan yang disalurkan. Ketika bertemu, saya lihat keadaan Harun sudah tidak sihat, malah matanya semakin kabur.
“Beliau menghadapi Glaukoma iaitu penyakit urat saraf mata yang boleh menyebabkan medan penglihatan pesakit semakin sempit.
“Jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan buta. Saya lihat matanya sudah bertukar warna. Perkara ini diakui Harun, cuma tidak berkemampuan mahu ke klinik untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Dilaporkan Harun membantu isterinya mengusahakan perniagaan makanan di sebuah restoran di Batu Caves Centerpoint sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
Dia juga turut membuka cawangan kedua perniagaan mereka di Sentul, selain berniaga secara dalam talian.
Dalam pada itu, sejak tular kisah pelakon veteren dan isterinya, para peminatnya mendoakan kesihatan agar kembali sembuh.
Walaupun nampak mudah, sebenarnya ada beberapa masalah yang biasa dihadapi masa nak membuat donut. Terutamanya bagi yang first timer. Nah ini ada cara mudah tak perlu nak uli sangat tapi hasilnya tetap gebu dan lembut. Hanya guna tepung adunan segera dari kedai Eco.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Alya Qaisarah Qaisarah yang katanya sudah beberapa kali membuat resipi donut menggunakan tepung dari Eco ini.
Assalamualaikum sahabat semua,ok sebelom ni saya penah post pasal buat donut pakai tepung adunan segera kedai eco RM2 kan..Ok hari ini saya post lagi buat donut pakai tepung segera kedai eco RM2 lagi ..gebu dan lembut sangat korang boleh la cuba lepas ni untuk nak dapat kan donut yg gebu dan lembut mcm ni..x mahal pun RM2 je sedap tau korang kena la cuba buat dulu dan rasa mcm mneperginya..😉
Resepi Ringkas je bahan2 yg saya guna buat donut ni hanya seeloknya pakai 2 paket tepungdonut
Bahan
-yis 1 paket
-gula satu sudu kecil
-Susu pekat 1 sudu besar
-air suam dlm3 sudu besar je.
(Satu kan bahan atas tu biar kan yis tu kembang)
Lepas yis mengembang masuk kan dlm besen
Letak kan
– 2 tepung donut
-1 biji telor gred A
-serbuk penaik satu sudu kecil
– majerin 2 sudu
-susu kotak yg sejuk
(Satu kan bahan di atas tu uli letak susu kotak sikit demi sedikit uli semua jgn bg keras sangat lebik sedikit klu dh x lekat pada tangan ok la tu..klu terlembik sangat tambah kan tepung gandum je..lepas tu biar kan tepung tu tutup dahulu biar dlm 1 jam baru bentuk2 kan..dh bentuk biar kan sekejap dlm 20 minit baru goreng😊
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
Bercuti bukanlah satu perkara yang kerap dilakukan Nabil Ahmad bersama isteri dan anak-anak. Jadual tugasannya yang agak padat sepanjang tahun membuatkan dia terpaksa memilih masa yang sesuai dan menetapkan lebih awal untuk bercuti dan merehatkan dirinya.
“Biasanya kita rancang lebih awal, contoh kalau nak bercuti tahun depan, tahun ni kita lock siap-siap tarikh dan tempah lebih awal. Jadi bila dah sampai masanya, dah ada tarikh dan bila dah tiba masanya terus pergi sahaja.
Saya kerap juga keluar negara untuk shooting atas urusan kerja jadi sambil-sambil tu bolehlah sekali berjalan-jalan. Kalau membolehkan saya bawa keluarga, saya akan bawa sekali dan kalau tidak, kita ikut perancangan asal, tempah lebih awal supaya dapat lock tarikh.
Kalau saya bercuti tak bawa isteri dan anak-anak tu mustahillah bagi saya. Bercuti memang relaks bagi saya tapi lebih relaks lagi bila isteri dan anak-anak ada sekali dengan saya.
Saya tak boleh cuti sorang-sorang dan memikirkan apa isteri dan anak-anak buat di rumah. Saya memang tak boleh, kalau kerja tu lainlah. Kalau bercuti mungkin tidak,” begitu tegas anak jati kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini.
Sehingga kini kata Nabil, dia sudahpun membawa keluarganya ke beberapa buah negara antaranya Bali, Indonesia, Tokyo, Jepun, Gold Coast di Australia, Singapura dan juga Puchet, Thailand.
Namun akui Nabil dalam kesemua negara yang pernah dilawatinya bersama keluarga ini, Tokyo, Disneyland di Jepun adalah destinasi paling menggembirakan dan bermakna buatnya dan anak-anak.
“Saya gembira bila tengok anak-anak saya seronok bermain di Disneyland. Mereka suka sangat. Kalau anak-anak seronok, itu dah cukup membahagiakan saya,” luah bapa penyayang ini lagi.
Ketika ditanya bagaimana dia dan isteri berdepan dengan masalah atau situasi yang kurang enak ketika bercuti. Maklum sahaja banyak ragam anak kecil jika mereka masih tidak biasa atau tidak selesa dengan satu-satu keadaan. Namun kedua pasangan romantis ini cukup tenang dan punya cara mereka sendiri dalam mengawal permata hati kesayangan mereka ini.
“Kalau diikutkan banyak cabarannya bila bawa anak kecil ke luar negara. Dulu masa pertama kali bawa anak-anak, maklumlah time tu pun kewangan tak berapa memberangsangkan untuk naik bisnes class, jadi kami ambil tiket ekonomi sahaja.
Biasanya kami beli tiga tiket sahaja dan adakalanya bila Mika nak baring, jadi huru haralah juga. Itu belum lagi bila Medyna tak mahu duduk di dalam bassinet dan terpaksalah saya dukung dia dan pusing satu kapal terbang, jalan ke depan dan ke belakang. Tapi pengalaman tu sangat best bagi saya.
Sehingga kini kalau setiap kali pergi bercuti untungnya saya dan isteri tak pernah berhadapan dengan karenah anak-anak. Pernah tertinggal stroller tu adalah..tapi tak pernahlah lagi anak demam atau sakit. Memang percutian pun best.
Biasanya kami akan beli seat lebih untuk anak-anak supaya lebih selesa. Tapi pengalaman sebelum ini kami hanya tempah bassinet sahaja sebab ketika itu anak saya masih kecil. Bila anak dah bangun, kalau dia meragam dan tak mahu duduk, saya memang akan bawa dia berjalan pusing-pusing sampai dia reda,” katanya.
Kata Zira, isteri kesayangan Nabil, “Tak sukar nak bawa anak-anaknya bercuti malah mereka tak banyak ragam. Sebelum naik flight biasanya kami biarkan mereka bermain puas-puas dulu. Makan pun penting juga, bila dah kenyang mereka memang tak banyak ragam dan terus tertidur. Kalau dalam flight siap semua barang mainan, gula-gula dan makanan mereka insyallah mereka tak meragam,” ujarnya lagi.
Zira Persiapkan Segalanya
Setiap kali bercuti, orang yang paling sibuk pastinya wanita bergelar isteri dan ibu. Persiapan menjelang harinya ibarat mengira hari untuk menyambut hari raya. Begitulah wanita.
Tidak terlepas hal ini yang dilakukan oleh isteri kesayangan pengacara program Meletop ini. Bagi Zira, dia harus memperlengkapkan segala keperluan anak dengan sebaiknya.
“Susu, ubat demam, diapers, baju secukupnya, thermometer dengan biskut kegemaran masing-masing antara benda wajib yang mesti di bawa bersama.
Kalau bercerita soal persiapan dan baju-baju yang bakal di bawa, tak adalah perlu sedondon, cukup sekadar selesa dan sesuai dengan keadaan cuaca,” katanya ringkas.
Bagi ibu jelita ini lagi, pengalaman pertama kali membawa kedua-dua anaknya ke Jepun adalah pengalaman indah dan cukup menyenangkan baginya dan suami.
“Ingat lagi saya, ketika itu umur Mika baru 4 tahun, manakala Medyna pula baru sahaja 3 bulan. Memang bawa kedua-duanya langsung tak banyak ragam dan tak banyak karenah.
Cuma ketika berada di sana, kami banyak gunakan pengangkutan awam dan lebih senang memilih keretapi untuk bergerak ke sana ke mari. Jadi sedikit sukar untuk naik turun tangga dengan stroller ditambah pula dengan kedua-duanya yang memang langsung tak mahu turun dari stroller. Sedikit mencabar buat saya namun ianya satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.
Kalau setiap kali bercuti, saya biasanya cari tempat yang sesuai dengan anak-anak dulu kemudian barulah cari tempat untuk kami bershopping pula,” luahnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...