Kita selalu dengar, barang siapa yang menggembirakan hati orang lain pasti hidupnya juga akan bahagia. Apa yang pasti, menggembirakan itu tidak semestinya perlukan kita untuk berbelanja besar. Lalu cara bagaimana untuk kita menggembirakan hati insan-insan yang kita sayangi dan orang-orang yang berada di sekeliling kita?
Perkongsian daripada saudara Amir Syahir ini semoha dapat memberi idea untuk kita membahagiakan setiap orang disekeliling kita agar tempias bahagia itu juga akan menjadi asbab untuk kita merasa bahagianya hidup ini.
Jom semak.
Gembirakan hati keluarga, kawan, orang sekeliling kita dengan modal yang minima
Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Kuasa memberi dan menderma ini sangat kuat. Ia akan mengajar kita supaya tidak riak, angkuh dan bermegah.
Memberi biar ikhlas. Jangan mengharapkan balasan daripada manusia. Biar Allah saja membalasnya. Secara tidak langsung, dapat mendidik hati kita menjadi seorang yang pemurah. Rezeki pun senang nak masuk.
Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang. Allah bagi rezeki dalam pelbagai cara. Contohnya, kereta kita rosak ada orang berhenti tolong. Kita pokai bulan ni ada je kawan ajak belanja makan. Banyak rezeki yang kita tak duga kadang-kadang tu.
Gembirakan hati orang lain. Allah akan gembirakan hati kita. Kita layan mereka macam mana kita nak mereka layan kita. Tak perlu nak tunggu mereka buat baik dengan kita terlebih dahulu, tapi kita perlu buat baik dengan mereka.
Paling penting, bahagiakan keluarga terlebih dahulu. Kadang-kadang kita lupa. Kita layan kawan-kawan dengan baik. Tapi dengan mak, ayah, adik-beradik, suami, isteri, anak-anak, kita layan nak tak nak jer. Kita lupa, mereka inilah yang sentiasa bersama-sama saat susah dan senang.
Kalau kita tak mampu menghulurkan wang ringgit, kita boleh memberi ataupun meringankan tugas orang lain dalam pelbagai cara.
Contohnya:
1. Jika kita makan dekat McD, KFC apa salahnya sekali-sekala tolong buang sisa makanan kita ke dalam tong sampah sendiri. Pekerja itu anak Melayu kita juga. Penat diorang kerja seharian. Kalau tengok kita buat gitu. Rilek sikit dia.
Sekurang-kurangnya kita dah ringankan kerja dia untuk hari tu.
Ads
2.Jika kita ingin ke masjid dan nampak orang berjalan kaki dan hendak ke masjid juga, tumpangkanlah mereka sekali. Boleh sembang dan berkenalan dengan kawan baru.
Janganlah bila tahu dia ada adik perempuan yang cun serupa Mira Filzah, baru nak tumpangkan. Ada udang di sebalik batu gitu. Buat baik ada sebab.
3. Jika kita berhenti solat di masjid ataupun surau dekat stesen minyak, apa salahnya kita tinggalkan telekung ataupun kain pelikat kita kat sana. Kalau tinggal yang baru lagi bagus.
Sepanjang orang duk gunakan barang kita tu, selagi tu lah kita dapat pahala.
4. Jika kita tengah makan tengah hari ataupun sedang minum air sejuk dikala cuaca panas ni, ada abang posmen hantar surat, apa salahnya kita ajak dia minum sekali.
Sekurang-kurangnya dapat buatkan dia gembira. Dapat hilangkan penat dia bekerja.
Ads
5.Jika ada kawan kita komen dekat FB kita, apa salahnya kita komen dekat status dia balik. Boleh rapatkan ukhuwah sesama kita. Komen yang membina dan membantu meningkatkan motivasi mereka. Barulah kita tahu dia ada dalam frendlist. Ini add saja tapi tak pernah bertegur sapa.
6. Jika kawan kita masuk hospital, sakit, demam eloklah kita melawat mereka. Kehadiran kita boleh buatkan mereka gembira dan cepat sembuh. Apa salahnya jika bawa buah tangan lebih untuk bagi ke pesakit sebelah kawan kita tu.
7.Jika kita tahu ibu bapa kita suka makan sesuatu, apa salahnya kita belikan makanan tersebut setiap bulan kepada mereka. Contohnya pulut bakar atau apa saja yang mereka suka.
Gembirakan hati adik-beradik kita. Kita tahu dia suka baca buku ataupun gemar lakukan hobi apa-apa saja. Kita belikan untuk mereka. Join mereka lakukan aktiviti yang mereka suka.
Dengan kawan-kawan pula, belikan cenderamata jika kita travel. Tak perlu mahal. Tanda ingatan tulus ikhlas. Hadiah tak semestinya mahal.
Menggembirakan hati orang lain adalah perkara yang mulia. Hati kita pun senang. Mereka lagi sayangkan kita. Tapi, ingatlah. Gembirakan hati keluarga terlebih dahulu.
Ads
Sebenarnya, tak guna ada kereta mewah, followers beribu, rumah bersepah tapi langsung tak ada sifat nak memberi.
Kebanyakan orang takut miskin kalau memberi. Mereka lupa, rezeki itu daripada Allah. Tak jatuh miskin kalau memberi. Malah, Allah akan tambahkan lagi rezeki.
Tak mampu memberi dengan wang ringgit, kita berilah dengan ilmu, perkongsian pengalaman, tips yang berguna.
Melawak untuk hiburkan hati mereka yang dalam kesedihan pun okay. Kawan kau orang baru putus cinta misalnya. Walaupun lawak kau orang tu hambar tahap cipan, takpa. Usaha itu penting.
Niat memberi itu lebih utama. Bukan memberi sekadar untuk nama ataupun pujian.
Dapat ilmu berharga tak guna jika tak kongsikan. Ilmu datang daripada Nya. Kita kongsi ilmu dengan orang, lagi banyak Allah bagi kefahaman pada kita.
Jangan perkecilkan orang lain. Walaupun kau lepasan universiti tapi kawan kau sekolah setakat SPM je, jangan kau duk hina dia. Biasanya kawan macam ni dia belajar tak tinggi, tapi kalau kau ada masalah minta tolong dia, bergegas dia datang. Tak macam kawan-kawan Phd, Master semua tu. Memanjang je sibuk.
Jangan riak dan bongkak. Semua itu hanyalah pinjaman dan pemberian daripada-Nya. Hidup ini hanya sementara.Ingatlah, jika tak mampu membuat orang lain tersenyum, jangan buat dia mengalirkan air mata. Jika tak mampu buat orang lain bahagia, jangan tambah deritanya. Tak baik.
Tiada yang membahagiakan seorang ibu selain dari melihat anak-anak membesar dengan sempurna. Setiap kali menjelang hari istimewa seperti hari lahir, baik ibu mahupun ayah pasti tidak akan lupa.
Demikian juga dengan primadona Filem Melayu, Erra Fazira apabila meraikan hari lahir anak perempuannya Engku Aleeysa yang ke 12 tahun.
Terbaru, Erra Fazira menerusi laman instagramya memuat naik video sambutan hari lahir buat anak kesayangannya itu. Walaupun sambutan hanya ala kadar dan sederhana namun menyentuh hati membaca kapsyen ibu ini.
Selamat Hari Jadi Anakku.. Genap 12 tahun dikau dilahirkan.. Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui.. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu ..
Mengimbas saat sakit melahirkan anaknya, akui Erra segalanya masih tetap segar dalam ingatannya.
Namun segala kesakitan tersebut terlerai tatkala melihat wajah si kecil buat pertama kali dulu. Malah, kehadiran Aleesya melengkapi hidupnya sebagai seorang wanita.
Masih segar dlm ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku .. Gugur segala kesakitan dan kepayahan saat kita bertentang mata.. hadirmu menyempurnakan hidupku .. Ya Allah.. terima kasih diatas anugerahMu.. 🥲
Dalam pada itu, Engku Emran turut menitipkan ucapan buat puteri kesayangannya itu.
Banyak mengajar Ayah tentang erti kehidupan
Aleesya sayang Ayah, you turned 12 today. I do not need to express my feelings and tell you how blessed i feel to be your father.
Aleesya banyak mengajar Ayah tentang erti kehidupan. You may not realise or understand this now but through you Allah SWT has sent HIS guiding light.
We have faced the highs and lows together certainty way more hits than misses. Ayah doakan Aleesya sokmo berjaya dalam hidup, menjadi hamba Allah SWT yang sokmo taat pada Nya dan dikurniakan ketenangan yang abadi. Ameen Ya Rabb.
Penceramah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus tampil menjawab soalan mengenai zakat fitrah yang diajukan oleh seorang jemaah.
Menerusi perkongsian soalan itu, seorang anak bertanyakan samada dia boleh membayarkan zakat fitrah buat kedua ibu dan bapanya.
Menurut Ustaz Azhar, tidak boleh bagi seseorang anak untuk membayarkan zakat fitrah selagi ibu bapa mereka masih hidup.
Video perkongsian itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, @zackD di TikTok. Dengarkan pandangan dari Ustaz Azhar Idrus berkenaan hal ini.
“Mak ayah ada lagi tapi anak nak tolong bayar? Jawapannya, tidak boleh. Bagus yang bertanyakan soalan ini.
“Jangan memandai-mandai nak bayarkan. Orang yang ada kesenangan, orang yang wajib bayar sendiri, tak boleh orang lain tolong bayarkan.
Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar memaklumkan bahawa zakat fitrah itu boleh dibayar oleh seseorang anak itu sekiranya meminta izin daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu.
Begitu juga sekiranya seorang isteri mahu bantu membayarkan zakat fitrah bagi pihak suami, dia juga perlu untuk mendapatkan keizinan terlebih dahulu.
“Tapi kalau minta izin, boleh. ‘Mak, ayah? Kita nak minta izin bayarkan zakat fitrah mak dan ayah tahun ini’.
“Kalau dapat keizinan, baru sah zakat yang dibayar seseorang anak itu terhadap ibu bapanya.
“Macam itu juga suami, mereka wajib bayar zakat fitrah isteri. Tetapi, bila isteri nak tolong bayarkan zakat, dia juga kena minta izin dengan suami barulah sah kalau dapat keizinan,” ujarnya berkongsi.
Ibu bapa mana yang tak gembira dan terharu bila melihat kejayaan anak-anak. Terasa berbaloi segala penat lelah dan pengorbanan dalam membesarkan mereka kan!
Dalam mendidik anak-anak tidak sekadar bergantung kepada guru semata-mata. Jika mahu anak-anak berjaya, ibu bapa juga harus mainkan peranan. Ini dikongsikan oleh seorang guru bernama Ummu Al Fateh . Menurut guru ini, tip pembelajaran seorang pelajar yang cemerlang tersebut diperoleh daripada ibu bapa pelajar itu sendiri ketika hadir mengambil report card.
Apa yang membanggakan, keempat-empat anak pasangan ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran selain memiliki akhlak yang mulia.
Sejuk perut ibu mengandungkan mereka kan! Yang nak praktiskan tip tersebut boleh baca di sini!
sis beruntung hari ni sbb dapat interview ibu kepada pelajar ini.pelajar lelaki melayu. disaat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen.alhamdulillah ada seorang yg bersinar.
so sis nak kongsi dengan rakan2 la kan apa tips maknya ye memandangkan semua ank2 nya 4 org berjaya (ini yg bongsu):
1)anak2 tak dibenarkan belajar dalam bilik masing2..semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu.reason:duduk dlm bilik kita tak nampak dia buat apa..betul ke tak belajar.
2)pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing2 duduk dimeja makan.
3)pukul 10 masuk tidur
4)tak benarkan anak2 keluar rumah lepak dgn kawan.hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan utk melepak.
5)keluar mesti dgn ibu bapa.alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sndiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik utk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yg betul.
6)ayahnya serius tp baik,ayah tak pernah pukul/cubit anak.yg dibenarkan mak sahaja.(ayah dia tunggu dlm keta x dapat naik sbb parking penuh,rugi x dpt intview sekali?)
7)kena mula dari darjah 1,pukul 8 mlm terus duduk dimeja.so dh terbiasa.bila sekolah menengah dah tak perlu suruh,anak otomatik pegang buku jam 8 malam.
7)tak pernah pergi tusyen.jika tak faham kena tanya kwn yg lebih pandai disekolah.
sis tanya lagi,ank puan ada diberikan handphone?internet? maknye jawab. ya bagi cikgu..petang2 dia main game.kena bagi jugak x boleh sekat sy faham dia remaja.kita xnk dia memberontak.asal dia x melepak sudah.kawan2 dia dtg rumah kami main game tp anak sy takkan keluar dari rumah.sy kenal semua kawan2nya.
ayat last sekali maknya mmg power:
“cikgu,apa2 pun asasnya dari rumah dari ibu bapa.sy tak boleh nak harapkan cikgu saja,cikgu pun ramai anak murid lain lagi.cikgu dah byk membantu sy didik dia.terima kasih cikgu”
sis angguk2…oooo..betul2…tq puan sudi datang dan share dengan saya.kirim salam ayahnya..humble ibunya,no wonder anaknya sangat menghormati guru?