Kesuntukan masa buat kita membeli barangan basah seperti ikan, udang, sotong dan ketam dengan cepat tanpa menilai samada ia masih dalam keadaan segar
ataupun sudah lama.
Kurangnya pengetahuan dan jarang-jarang ke pasar juga antara penyebab lain kita gagal mengenal pasti mana satukah barang basah yang segar dan tip top
rasanya.
Begitu juga dengan ketam yang berkulit keras. Lagilah susah untuk kita pilih tanpa dapat melihat keadaan isi di dalamnya. Tapi ada cara hendak pastikan kita dapat membeli beberapa ekor ketam dengan isi padat, manis rasanya pun tip top.
Ikut langkah ini kalau hendak membeli. Pasti hasilnya tak mengecewakan.
Ads
1. Cium Bau Ketam
Ketam pula memang sukar untuk mengetahui samada ia segar ataupun tidak. Cara paling terbaik untuk mengetahui ketam segar atau tidak adalah dengan mencium
bau ketam itu sendiri. Buka kawasan segitiga ketam yang ada dibelakang badannya dan ciumlah baunya. Jika sudah berbau, jangan pula dibeli kerana ia sudah lama.
2. Pilih Bau Laut
Jika baunya hanyir, ini bermakna ketam tersebut masih sudah tidak lagi segar. Kalau ada bau laut, masih lagi segar. Kena kenal pasti.
Ads
3. Tekan Belakang Ketam
Mahu lebih yakin lagi, tekanlah pada bahagian tiga segi yang terdapat di belakang badan ketam. Jika ia terlalu lembut dan mudah ditekan, itu bermakna ketam tersebut telah pun lama. Sebaiknya pilihlah yang masih keras dan susah untuk ditekan.
4. Pilih Ketam Betina
Pilihlah ketam betina kerana ia lebih banyak isi berbanding ketam jantan. Macam mana pilih ketam betina? Cara mengenal ketam betina ialah dengan melihat
belakang badannya. Ketam betina mempunyai bentuk segitiga, sementara yang jantan pula mempunyai bentuk seperti kon. Bagi ketam betina, di kawasan segitiga itulah letaknya telur.
Ads
Kredit Foto: farahsanusi.blogspot.com
5. Bulan Mengambang
Ini bukan cakap kosong tetapi disyor oleh pembekal makanan laut segar sendiri. Belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh kerana waktu ini isi
ketam lebih padat dan banyak.
6. Pilih Ketam Berat
Kalau berat dah tentu isinya banyak dan padat. Pegang sendiri dengan tangan dan rasakan keberatannya. Kalau berat, isi banyak lah tu!
7. Warna Cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Kalai ada warna
kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sering kali bab menguruskan anak-anak dan rumah tangga diletakkan di bahu isteri. Lagi lagi kalau yang tidak bekerja dan bergelar suri rumah. Namun itu tidak bermakna suami kena lepas tangan.
Sebaliknya suami isteri harus berganding bahu dan sama-sama membesarkan dan melakukan kerja rumah bersama.
Kisah yang dikongsikan oleh doktor Asmi Syabil cukup menyentuh hati. Semoga para suami dan juga isteri mengambil iktibar dalam sama-sama melayari alam rumah tangga.
SUAMI KIRIMAN TUHAN.
“Puan perlu dimasukkan ke wad untuk pemerhatian dan rawatan lanjut”,ujarku kepadanya.
“Boleh saya berbincang dengan suami saya dahulu tak doktor?,sebabnya saya masih ada anak-anak kecil yang perlu dijaga dirumah.”,pintanya kepadaku.
“Tiada masalah puan.Sekejap ye saya panggilkan suami puan”,beritahuku kepadanya.
Dia merenung ke lantai.Wajahnya kelihatan sugul.Mungkin risau memikirkan jika dia dimasukkan ke wad,siapa yang ingin menjaga anak-anaknya yang masih kecil?Ditambah pula dengan anak yang masih menyusu.
Dia baru sahaja mengungkapkan keresahannya itu kepadaku jika dia ditahan di wad.
Anaknya empat orang semuanya dan yang paling kecil baru berusia 9 bulan.
“Jika dimasukkan ke wad,selama berapa hari doctor?”
“Itu belum pasti lagi untuk berapa lama puan,bergantung kepada keadaan puan sendiri dan juga doctor yang akan merawat puan di dalam wad.”,jawapan yang biasa aku berikan kerana setiap pesakit itu berbeza-beza.
Aku pasti,jawapanku itu tambah meresahkan jiwanya.Sudahlah perlu dimasukkan ke wad,untuk berapa lama itu juga masih belum pasti.Adakah hanya sehari dua?ataupun seminggu?atau mungkin lebih lama.
Pesakit dihadapanku ini pada mulanya dimasukkan ke Zon Merah kerana tekanan darahnya rendah dan nadinya sedikit laju (tachycardic) disebabkan dehidrasi.Selepas resusitasi (fluid resuscitation) dijalankan,pesakit menunjukkan respon yang positif dan kembali stabil.Disebabkan kapasiti Zon Merah agak terhad,lalu pesakit di-triage ke Zon Kuning untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.
“Berdasarkan symptom-simptom dan keputusan darah yang ada,isteri encik mungkin menghidap demam Denggi dan dia perlu dimasukkan ke wad untuk pemerhatian dan rawatan lanjut kerana dia sudah menunjukkan tanda-tanda bahaya denggi seperti muntah-muntah dan cirit birit.
Selain dari itu,darahnya juga pekat berdasarkan FBC yang diambil dan juga platelet,iaitu sel pembekuan darah juga sangat rendah yang mana boleh menyebabkan pendarahan spontan berlaku secara tiba-tiba.Dalam kata mudah,dia dalam fasa kritikal demam denggi sekarang dimana keadaan pesakit boleh merosot dengan sangat drastic”,ujarku kepada lelaki dihadapanku menerangkan keadaan isterinya.
“Keputusan darah juga menunjukkan fungsi hati turut terjejas dan perlu kepada pengambilan darah secara bersiri untuk monitor keadaan dia”,tambahku panjang lebar.
Dia hanya mendengar dengan tekun.
Selepas beberapa ketika dan juga perbincangan dengan isteri,dia memandangku,
“Doktor,boleh tak kalau kami nak minta discaj atas risiko sendiri?”
“Boleh saya tahu sebab mengapa puan tidak mahu dimasukkan ke wad?”,tanyaku inginkan kepastian daripada pesakit memandangkan segala risiko sudah diterangkan termasuk kematian.
Demam denggi bukan boleh dibuat main-main.Tanya sahaja kepada pegawai perubatan yang pernah dipanggil menghadiri Mortality Meeting apabila ada pesakit denggi meninggal dunia,boleh murung dibuatnya.
Wanita 30-an dihadapanku ini hanya mendiamkan diri.Matanya hanya tertacap pada permukaan lantai.
Enggan bersuara dan hanya membiarkan si suami yang berkata-kata.
“Kami masih ada anak kecil doctor,kalau dia masuk wad,siapa yang nak jaga anak-anak?”,balas suami.
“Encik kan ada.Keadaan isteri encik sangat merbahaya jika dibenarkan pulang sekarang.Boleh merisikokan nyawa”,tegasku.
Si suami tetap berkeras mahu isterinya dibenarkan pulang.
Alasannya:
“Saya tidak pandai nak urus budak kecil,susahlah saya nanti doktor”
Allahu,aku mengucap panjang di dalam hati.
Isterinya hanya menunduk dan mendiamkan diri.Entah apa perasaannya sekarang tidak dapat aku bayangkan.Dihidap demam denggi yang mungkin boleh meragut nyawa,tetapi suami mahu berkeras untuk membawanya pulang,atas alasan sukar untuk menguruskan anak-anak.
…
Ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi sebegini dimana masalah akan timbul apabila si isteri perlu dimasukkan ke wad dan si suami pula sukar membenarkan atas alasan tidak pandai mengurus anak-anak.
Sama juga keadaannya apabila salah seorang anak perlu dimasukkan ke wad atas sebab-sebab tertentu tetapi si ayah tidak membenarkan atas alasan susah untuk menguruskan anak-anak yang lain kerana si ibu sudah pasti akan menemani dan menjaga anaknya yang sakit itu di hospital.
Tanyalah kepada mereka yang bekerja di dalam sektor kesihatan,acapkali berlaku situasi sebegini.Ini hanya satu sahaja kisah daripada beribu kisah yang hampir sama cuma dilakonkan watak yang berbeza.
Susah sangatkah untuk para suami di luar sana untuk belajar menguruskan anak-anak?
Atau semenjak dilahirkan sampai merangkak kemudiannya berjalan hanya sang isteri yang bertekah memandikan anak?
Hanya isteri yang menjirus dan menukarkan lampin anak setiap kali?
Hanya isteri sahaja yang tahu menyediakan makan minum anak-anak?
Hanya isteri sahaja yang tahu sukatan membancuh susu anak?
Sampai tahap nyawa isteri menjadi taruhan pun persoalan begini yang bermain di fikiran?
Ini tidak termasuk lagi bagi kes-kes isteri menghidap penyakit kronik seperti kegagalan fungsi hati,buah pinggan,kanser dan sebagainya,bukan kata nak menguruskan anak,siap ada yang bermain kayu tiga pula dibelakang isteri.
Na’uzubillah.
Bayangkan jika jawapan suami kepada isteri sebegini:
“Tak apa sayang,jika itu yang terbaik,masuk sahaja kedalam wad.Anak-anak jangan risau,pandailah nanti abang uruskan,bukannya abang tak biasa”
Sudah semestinya perit sakit yang ditanggung secara fizikal akan terasa ringan,apatah lagi beban emosi,pastinya rasa bahagia mendakap jiwa.
Ingatlah wahai para suami,melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan KESIHATAN juga tanggungjawab kita.
Belajarlah bagaimana menguruskan anak kecil sedari bayi yang baru lahir.
Ya,memang pada awal akan ada yang berasa takut,tetapi selepas kerapkali dilakukan,ia akan menjadi rutin yang kita sudah terbiasa dengannya.
– Seawal mendukung si kecil kali pertama dan mendendangkan azan di telinganya
– Belajar menguruskan dan menanam uri
– Usah takut memandikan anak yang baru lahir
– Belajar mencukur rambut anak jika ingin lakukan sendiri
– Belajar bagaimana menukarkan lampin
– Belajar memahami tabiat tidur dan penyusuan anak terutamanya 6 bulan pertama,yang mana seringkali menjadikan ibu bapa stress kerana anak kerap kali menangis di tengah malam dan sebagainya.’
– Bangunlah di tengah malam untuk membancuh susu atau menukarkan lampin anak.
– Dan banyak lagi yang perlu dipelajari ,tidak termasuk lagi mengemas rumah,memasak,membasuh kain dan sebagainya.
Ini hanyalah secebis contoh daripada apa yang boleh kita lakukan,sekurang-kurangnya apabila isteri kita tidak sihat atau memerlukan rawatan lanjut di hospital,atau pergi berkursus bagi yang bekerjaya,atau apa-apa jua situasi,tiada lagi persoalan :
“Siapa mahu uruskan anak-anak”
Barulah kita boleh digelar Suami kiriman Tuhan ?
Semoga bertambah sakinah dan mawaddah apabila suami isteri bergandingan dan berpimpinan tangan menguruskan rumahtangga bersama-sama.
Tidak hina seorang suami menguruskan anak dan melakukan kerja-kerja rumah,bahkan lebih mulia dan selari dengan ajaran Baginda Rasulullah s.a.w.
Asmi Syabil
Coretan hujung minggu.
Suami dan bapa yang masih bertatih.
27/7/2019
11:24
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat kulit anak bermasalah. Jika selama ini kulit anak bersih dan lembut, tetapi akibat masalah itu, mengakibatkan anak rasa tidak selesa.
Muat naik terbaru, pelakon Nad Zainal mengenai perkembangan anaknya yang mempunyai masalah ekzema telah meraih perhatian peminatnya.
Pelakon itu berkongsi dua foto menunjukkan perubahan kepada kulit anaknya setelah mendapat rawatan di sebuah klinik.
Katanya tujuan berkongsi gambar mengenai anaknya adalah hanya untuk memberi tahu perkembangan terkini anaknya.
Sebagai ibu sudah tentu Nad merasa gembira dengan perubahan positif anaknya. Katanya lagi, jika klinik itu serasai dengan anak, tidak perlu ke klinik lain.
“Gambar sebelum dapat rawatan dan selepas ke Klinik Jaya Tapah.. so tak perlu suggest klinik lain dah.. bertukar-tukar tangan dan doc.
“Cuma nak share perubahan positif sahaja mommies. tapi kalau nak share doc lain untuk mak mak lain boleh komen di bawah.. so far saya rasa happy dengan Klinik Jaya”
SEBELUM
SELEPAS
KONGSI TIP PEMAKANAN
Katanya lagi berkongsi tip pemakanan kepada peminatnya, kena elak makanan laut, kacang, telur dan ayam hingga 3 tahun.
Dalam pada itu, melihat perkongsian Nad Zainal, para peminatnya juga berkongsi turut mempunyai anak ekzema. Ada yang berkongsi petua dan tip pemakanan. Malah ada juga menitipkan doa buat anaknya.
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut sama ada untuk sebarang majlis atau untuk hidangan minum petang seisi keluarga.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak.
Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam di dalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.