Kita biasa melihat malah acapkali diundang ke majlis perkahwinan dengan bertemakan Bollywood yang cukup meriah dan istimewa. Bahkan diakui bila melihat bakal pengantin menggayakan sari dengan lengkap mengenakan hiasan di dahi, subang hidung, gelang dan sebagainya nampak begitu cantik dan berseri.
Bahkan tidak dinafikan, banyak juga majlis-majlis tertentu seperti annual dinner, majlis ulang tahun kelahiran dan sebagainya dengan mengangkat tema Bollywood. Lantaran itu, kita sebagai tetamu yang diundang perlu memakai pakaian seiring tema bagi memeriahkan lagi majlis yang diraikan.
Pun begitu Dr Malar Santhi Santherasegapan terpanggil untuk tampil menegur tindakan wanita yang mengenakan persalinan bertemakan Bollywood ini agar semuanya lebih berhati-hati terutamanya dalam bab penggunaan hiasan ala Bollywood yang digayakan agar tidak timbul sebarang hukum yang bertentangan di kalangan orang Islam.
Apatah lagi baru-baru ini sempena sambutan Deepavali, dilihat ramai wanita muslim mengenakan persalinan tersebut dan ini menimbulkan kerisauan kepada Dr Malar.
“Saya terpanggil untuk tegur sedikit apabila anda mengenakan pakaian tema Bollywood ini terutamanya kepada wanita.
“Sebab pemakaian tema Bollywood ni, dia ada dua komponen. Satu komponen bangsa India dan yang kedua komponen agama Hindu,” katanya menerusi satu video di akaun TikTok.
“Kalau pakai tikka di bahagian dahi dan kepala, sari, rantai cantik-cantik, gelang, cincin, subang hidung atau subang telinga pun itu adalah budaya, tiada masalah.
“Tapi saya ada tengok rakan-rakan beragama Islam pakai pottu, tak boleh ya. Pemakaian Pottu ni adalah agama Hindu. Kalau tengok wanita yang telah berkahwin, pakai merah. Belum berkahwin pula warna hitam.
“Sama dengan bindi, ni pun agama juga bukan budaya. Jadi anda kena berjaga-jaga pakai pottu atau bindi ketika mengenakan tema Bollywood. Takut jatuh apa-apa hukum,” ujarnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ads
Sementara itu, Dr Malar mengingatkan wanita Islam supaya berhati-hati apabila mengenakan tema Bollywood, jangan sampai tersasar. Ambil yang budaya sahaja, berhati-hati dengan komponen agama Hindu.
“Sebagai seorang yang beragama Hindu yang banyak berkawan dengan orang-orang Islam terutamanya, saya tahu macam mana.
“Kawan-kawan saya sangat menjaga hukum syirik, murtad, haram semua, sangat penting untuk anda.
“Jadi berhati-hati bila anda mengenakan tema Bollywood, jangan sampai tersasar, ambik yang budaya sahaja, berhati-hati dengan komponen agama Hindu,” pesannya dengan ikhlas.
Mendapatkan kepastian tentang hal itu, KELUARGA meninjau di laman facebook Pejabat Musti Wilayah Persekutuan. Nyata ada dijelaskan berkenaan hukum bagi seorang perempuan Muslim yang memakai ‘bindi’ di dahi (berserta sari) ketika musim perayaan Deepavali.
Ads
Hukumnya Haram
Hukum memakai Bindi di dahi adalah diharamkan kerana ia merupakan simbol atau identiti yang digunakan di dalam agama Hindu.
Persoalan memakai sari, Islam tidak melarang umatnya untuk memakai pakaian tradisional bangsa lain selagi mana pakaian tersebut bukan pakaian ritual agama dan pakaian rasminya.
Namun etika pemakaian di dalam Islam wajib dipatuhi seperti menutup aurat, tidak Nampak bentuk tubuh badan serta tidak mendatangkan fitnah. Selain itu, Islam juga melarang umatnya tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan juga pemakaian serta boleh menimbulkan perasaan sombong dan angkuh di dalam diri.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentunya sesiapa pun akan teruja bila ada yang menawarkan RM1,000 bahkan jumlahnya boleh meningkat hingga RM3,000 kepada anda yang mempunyai sekeping wang RM1. Boleh dikatakan itu tawaran yang berbaloi dan hebat.
Melalui statut yang dihantar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli akaun FB miliknya, tentunya menarik perhatian umum. Beliau menawarkan RM1, 000 kepada mana-mana individu yang mempunyai sekeping wang RM1 yang ditandatangani Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) keenam, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.
Tambahnya lagi, jumlah itu akan meningkat kepada RM2, 000 hingga RM3, 000 sekiranya keadaan wang kertas RM1 tersebut masih dalam keadaan baik dan sempurna.
“Cuba tengok (wang) kertas RM1 yang anda ada. Kalau ada tandatangan sama seperti gambar di bawah, saya beli dengan harga RM1, 000.
“Kalau keadaan cantik, saya beli dengan Harga RM2, 000 dan kalau lagi cantik saya beli dengan RM3, 000,”
“PM ye kalau ada,” Ujarnya yang memuat naik status ini pada 19 May yang lalu.
Status itu menerima pelbagai reaksi tanda suka, komen dan perkongsian. Bahkan tidak hairanlah hantaran terbabit mendapat perhatian warganet selepas ia tular di media sosial.
Ramai warganet juga ada menunjukkan koleksi wang lama yang disimpan mereka di ruang komen.
Selain barang mekap dan pakaian, tudung antara koleksi yang paling banyak dikumpul oleh wanita yang bertudung. Namun, menjadi masalah kalau ruang agak terhad.
Disebabkan tudung isteri terlalu banyak, suami lipat2 letak dlm rak, isteri potpet2 ckp tudung xda… hahahaha… skali tgk dlm rak… bgtau suami isteri klo dlm rak ni susah nk nmpak n pakai… baik letak kat luar… sblm ni dok gantung2 kat hanger ja… banyak pulak hanger nk pakai n nmpak serabut pulak… 1 hari lpas blk kenduri singgah la kedai berantu (eco-shop) ni… niat nk cari benda lain p beli benda lain?♀️… sekali terpandang hanger besar ni… terus dpt idea… beli hanger, pengepit tudung n cable tight… balik umah cerita kat suami nak buat penyangkut tudung… dia pon ok ja…
Letak brg dlm bilik g kua masuk blk dlm bilik suami dah tlg buka plastik eko… sumai pon layan la permintaan isteri nk buat penyangkut tudung… dalam gambar tu yg dah gantung tu 1st batch… yg tgh buat 2 yg baru…
1 hanger dpt 30tudung… suami buat 3 hanger?
terima kasih suami ?NurdinBBaharudinsebab tlg isteri buat ni… dah jimat bajet kat situ… byk tudung boleh sangkut…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika ditanya siapa di sini biasa minum air berperisa pandan? Mesti itu bukan sesuatu yang pelik lebih-lebih lagi jika kita sediakan air sirap yang dibancuh dengan daun pandan. Baunya sungguh harum dan menambah keenakan dan kenikmatan menikmati air sirap tersebut.
Pun begitu, ada satu lagi minuman yang mungkin ramai belum biasa disediakan iaitu Teh Penyegar Badan yang dihasilkan daripada bahan terpilih dan salah satunya adalah menggunakan daun pandan.
Ini cara yang dilakukan oleh wanita bernama Lyndah Abraham di facebooknya. Juga perkongsian buat ibu-ibu mengandung yang selalu mengalami keletihan dan lemau-lemau badan.
Teh Penyegar Badan
Air Tea O penyegar badan. Paling sesuai untuk keluarga. Ibu-ibu mengandung yang selalu letih pun boleh cuba.
Bahan-bahan:
Halia
Daun Pandan
Gula kabung/gula batu
Uncang tea
Caranya:
1. Rebus air bersama halia dan daun pandan.
2. Setelah mendidih tutup api.
3. Masukkn air panas tadi ke dalam cawan. Letakkan gula dan uncang teh (seperti bancuh teh biasa).
Menyedari daun pandan banyak kegunaannya, bukan sekadar untuk dijadikan minuman berkhasiat seperti ini ada baiknya kita ketahui juga cara untuk menyimpan pandan agar kekal segar dan beraroma untuk memudahkan kita menggunakannya bila perlu.
Maklumlah, daun pandan yang dibeli biasanya akan kering jika disimpan begitu sahaja di dalam peti sejuk. Bimbang berlaku pembaziran, ada cara untuk anda simpan daun pandan ini pada tempoh yang lebih lama. Malah lebih segar.
3 petua mudah yang dikongsikan oleh Helina Ahmad, Shaz Abdul dan Nora Sheka di facebook ini patut kita cuba untuk melambatkan sedikit jangka waktunya kering. Memang menarik.
Cara 1
Cara mudah ini dikongsikan oleh Helina Ahmad. Guna kertas surat khabar je.
Bahan-Bahan:
Daun pandan
Kertas surat khabar
Caranya:
1. Basuh daun pandan dalam air mengalir hingga bersih.
2. Bungkuskan daun pandan di dalam surat khabar kemas-kemas.
3. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Bila hendak memasak, keluarkan dan lihatlah hasilnya. Masih segar dan tidak kering seperti selalu.
Cara 2
Ini pula cara yang dikongsikan oleh Shaz Abdul. Simple je.
Sekadar perkongsian cara saya simpan jus pandan dan supaya tahan lama. Daun pandan yang sudah dikisar dan ditapis. Masukkan dalam plastik aiskrim dan simpan dalam tempat beku. Tapi awas, jangan sampai anak-anak ambik makan macam aiskrim.
Cara 3
Ini pula cara yang dilakukan oleh saudari kita, Aniza Dzahir.
Ni cara saya simpan daun pandan tahan lama dan fresh sentiasa, kot ada peniaga nasi lemak atau suri-suri rumah nak cuba dipersilakan. Daun pandan tu basuh bersih-bersih, simpul dan letak kat tempat sejuk beku. Siap! Berbulan-bulan pun fresh gitu.
Cara 4
Menarik juga cara yang dilakukan oleh Nora Sheka ni. Guna plastik susu je. Senang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.