Mungkin ada yang sudah lama tidak membaca tulisan jawi hingga menyebabkan terasa merangkak-rangkak pula membacanya ketika ini.
Apatah lagi untuk menulis tulisan jawi, terasa seakan kekok pula. Nyata tidak selancar ketika di zaman persekolahan.
Jadi bersempena Hari Jumaat telah diangkat sebagai Hari Jawi, apa kata kita raikan dengan menaip menggunakan tulisan jawi bersama anak beranak terlebih dahulu.
Nak tahu caranya, jom kita hadam perkongsian lelaki ini.
برسمڤنا هاري جاوي، ساي كوڠسيكن ستاتوس لاما ساي سوڤاي اند بوليه منايڤ دالم بهاس جاوي دڠن لبيه باءيق دان سمڤورنا حروف جاويڽ .
Bersempena Hari Jawi,saya kongsikan status lama saya supaya anda boleh menaip dalam bahasa Jawi dengan lebih baik dan sempurna huruf Jawinya.
Ads
#harijawi #jawiday #هاري #جاوي
باڬايمانا هندق منايڤ دلم جاوي؟
Bagaimana hendak menaip dalam Jawi?
١) بوكا اڤليكسي ڬوڬل ڤليستور
Buka aplikasi Google PlayStore
Ads
٢) موات تورون اڤليكسي Google Keyboard
Muat turun aplikasi Google Keyboard
٣)تتاڤكن اڤليكسي Google Keyboard سباڬاي ڤڤان ككونچي اوتام دان تمبهكن ڤيليهن Malay(Arabic)
Tetapkan aplikasi Google Keyboard sebagai papan kekunci utama dan tambahkan pilihan Malay(Arabic)
Ads
سلساي دان اندا سوده بوليه منايڤ دلم جاوي دڠن حروف جاوي يڠ لڠكڤ كسمواڽ.
Selesai dan anda sudah boleh menaip dalam Jawi dengan huruf Jawi yang lengkap.
Walaupun mengemas rumah setiap hari tetapi rumah kita hanya bersih daripada habuk dan kotoran sahaja tetapi tidak pula kekal harum aromanya.
Sebenarnya ada beberapa cara yang dapat mewangikan rumah dan rasa lebih segar baunya. Caranya bagaimana? Ada banyak cara yang kita kenal pasti supaya rumah kita tak berbau hapak dan busuk.
Cuba periksa beberapa perkara ini dan ikut langkah ini untuk pastikan rumah lebih berbau harum dan segar. Jom cuba!
Periksa Karpet
Sesekali periksa karpet di ruang tamu atau ruang makan. Adakalanya anda mungkin tak perasan anak tumpahkan air di atasnya. Mungkin ini puncanya bau hapak di rumah anda. Jika tiada bau sekalipun, sesekali jemurlah karpet pada cuaca yang panas. Tak perlu diangkat, rapatkan sahaja ke dinding tingkap. Pastikan kena cahaya.
Buka Tingkap
Ketika keluar rumah, pastikan tingkap dibukakan sedikit supaya adanya aliran udara yang keluar masuk. Jangan buka terlalu besar, cukup hanya sekadar melalukan udara. Cara ini buat udara lebih bersih dan bau pun kurang.
Udara Masuk
Walaupun rumah anda menggunakan penghawa dingin setiap hari. Sesekali dihujung minggu, bukalah tingkap untuk membolehkan udara segar masuk ke rumah. Cahaya panas yang masuk membolehkan bau dikurangkan.
Penyegar Udara
Kalau kita ada memelihara haiwan peliharaan seperti kucing di dalam rumah, wajib mempunyai pengegar udara. Cara ini sangat berkesan. Selain sentiasa memastikan kebersihan dijaga, perlu pasangkan penyegar udara ini supaya dapat mengurangkan baunya.
Cara Harumkan Rumah
Nak harumkan rumah kita senang sahaja. Setelah memeriksa mana-mana ruang yang berpotensi mengeluarkan bau kurang enak dan lakukan semua perkara di atas, anda kenalah pula menggunakan beberapa altenatif untuk kekal segar. Begini caranya.
#Petua 1 -Hirisan Daun Pandan
Sesekali rajinkanlah diri untuk menghiris daun pandan dan letakkan di dalam bekas terbuka. Sembur sedikit wangian dan biarkan di rumah tamu rumah kita. Jika malas, ambil sahaja daun pandan dan ikatkan kemas. Kemudian letakkan pada penjuru rumah kita.
#Petua 2 -Sembur Langsir
Bagi memastikan langsir sentiasa terjaga dengan cantik dan harum baunya, semburkan langsir dan seluruh fabrik dirumah kita seperti kusyen dan sofa dengan pewangi. Wangian berbentuk lemon atau ros antara yang serasi dengan bau rumah. Semburkan sahaja dengan kerap!
#Petua 3- Guna Lemon
Di ruang dapur, letakkan hirisan lemon di dalam segelas air dan biarkan sahaja ia mengeluarkan bau yang enak. Boleh juga diletakkan pada ruang-ruang lain jika anda suka.
#Petua 4- Lap Perabot
Satukan air bersama pelembut fabrik kemudian lapkan pada perabot di rumah kita. Bukan hanya dapat elakkan habuk yang melekat tetapi baunya kekal harum.
#Petua 5 – Udara Wangi
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, satukan tiga bahan ini iaitu pelembut fabrik, cuka dan juga air.
Kemudian semburkan sahaja pada seluruh rumah. Gabungan dua bahan ini memperbaiki udara yang lebih bersih dan baunya pun harum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelbagai cara boleh dilakukan termasuk bersenam dan menjaga pemakanan.
Ia termasuk berlari-lari anak untuk memastikan badan kekal sihat.
Nak tahu caranya, ikuti penjelasan Dr ini.
Senaman ringkas bantu elak penyakit kronik
1. Setiap individu digalakkan untuk melakukan pergerakan fizikal atau bersenam untuk kekal sihat.
2. Sekurang-kurangnya melakukan senaman berlari-lari anak atau berjalan pantas. (brisk walking).
3. Dalam satu kajian mendapati bahawa mereka yang melakukan brisk walking antara 5 hingga 10 minit setiap dapat menghindari dari pelbagai penyakit.
4. Dengan brisk walking saja dapat mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar, mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular.
5. Ia juga mampu mengurangkan risiko menghidap barah serta menjauhkan diri daripada menghidap penyakit neurologi seperti Alzheimer dan Parkinson.
6. Dalam panduan kesihatan American Health Association, setiap orang digalakkan melakukan aktiviti fixikal selama 2.5 jam setiap minggu atau berlari 30 minit selama 5 hari dalam tempoh seminggu.
7. Selain mengekalkan kesihatan, ia juga dapat:
– Tidur yang lebih nyenyak
– Meningkatkan mood yang baik
– Meningkatkan fokus kerja
8. Antara tips untuk melakukan brisk walking adalah:
✅ Untuk elakkan kecederaan pastikan memakai kasut larian yang betul
✅ Tingkatkan jarak larian secara berperingkat
✅ Lakukan aktiviti memanaskan badan (warm-up) sebelum mula berlari
✅ Jaga postur badan semasa berlari.
Semoga bermanfaat
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai anggap bahawa “cinta monyet” tidak akan kekal lama dan hanya membazirkan masa. Namun, berbeza pula kisah pasangan ini yang mengakhiri cinta monyet mereka di jejang pelamin selepas 11 tahun “couple”.
Seorang pengguna Instagram yang bernama Shamime telah mengongsikan sebuah video kompilasi yang menunjukkan kronologi kisah cintanya bersama suami, Affique. Video tersebut berjaya menangkap perhatian wargamaya yang lain serta reaksi yang sangat positif terhadap pasangan itu.
“Saya kerja dekat Sushi King, suami kerja dekat Burger King yang terletak bersebelahan. Dia tegur masa saya nak balik kerja dan bermula daripada situ kami berkawan. Masa tu umur kami masing-masing 17 tahun. Saya bekerja sambilan nak cari duit lebih untuk bayar lesen kereta. Selepas berkawan sebulan, dia ajak couple. Kami selalu luangkan masa bersama ketika waktu rehat, makan sama-sama” ujar wanita itu.
Cabaran pertama mereka bermula apabila masing-masing meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan terpaksa menjalani cinta jarak jauh atau “long distance relationship” (LDR).
“Saya masuk Kolej Matrikulasi dekat Kuala Pilah dan suami sambung belajar dekat Institut Teknologi Penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT). Cabarannya, kami selalu gaduh sebab takut masing-masing curang. Sebab study group mesti bercampur lelaki perempuan, ada aktiviti dan macam-macam lagi, tambahan pula kami jarang jumpa. Selepas tamat matrikulasi, saya sambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda dekat Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pekan selama empat tahun setengah, jadi memang jarang jumpa” ujarnya.
Bagaimanapun, sekatan untuk kerap bertemu bukanlah alasan untuk dia dan pasangannya mengambil kesempatan di atas kesetiaan masing-masing.
Dengan memanfaatkan teknologi untuk berkomunikasi setiap hari, dia dan pasangannya saling meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.
“Kami jarang bergaduh mengenai isu orang ketiga sebab setiap perkara seperti pergi ke mana, jumpa siapa, buat apa semua kami sentiasa update each other. Kalau bergaduh, call dan pujuk sampai hati pasangan lembut. Sepanjang hubungan ini juga, kami memang terus jumpa keluarga kerana restu mereka sangat penting,” katanya.
Selepas 11 tahun bercinta, pasangan ini mengikat tali pertunangan dan kemudian ikatan pernikahan pada 16 Jun 2020 dalam satu majlis ringkas disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.
Semoga bahan bacaan kali ini berjaya memberi inspirasi kepada para pembaca semua.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...