Sebelum memulakan kerja dahulukan dengan dengan bismillah dan berdoa. Persanan ini begitu biasa kita dengar sejak kecil lagi. Ini kerana kita yakin, setiap usaha yang dilakukan jika disertakan doa akan memberikan ketenangan dan jika berhadapan dengan rintangan. Malah kuasa doa itu juga menjadikan kerja yang kita lakukan lebih bermakna.
Begitu juga halnya jika kita ingin melakukan aktiviti berkebun di laman rumah, ada baiknya diajarkan sekali doa ini kepada anak-anak agar mereka sedar kebergantungan kita kepada Allah walau apa sekali pun yang kita lakukan.
Jadi buat yang belum tahu doanya, di sini dikongsikan untuk pemahaman bersama. Jom semak.
Sebelah rumah ada sekangkang kera tanah. Tiba-tiba jadi mood rajin, maka bercucuk tanamlah sikit pokok tanaman.
Ayah saya dulu suka sangat berbudi pada tanah. Pantang ada tanah kosong, dia akan bercucuk tanam.
“Tanam pokok boleh makan ni, nanti pakat-pakat boleh makan.” Masih teringat pesanannya dulu.
Ads
Ini saya nak share satu amalan doa sebelum tanam pokok. Iaitu doa tanam pokok yang diajarkan oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Salleh Sik.
Moga-moga tanaman yang kita tanam akan hidup subur dan mengeluarkan hasil yang barokah dengan izin Allah SWT. Baca 3 kali doanya sebelum tanam pokok:
سُبْحَانَ الوَارِثُ البَاعِثُ
“Maha Suci Allah yg Maha Mewariskan lagi Maha Membangkitkan.”
Ads
Begitu juga buat saudara Miezo Drjeruk turut berkongsi doa yang sama sering diamalkan setiap kali menanam pokok. Ini perkongsiannya
Ads
DOA TANAM POKOK
Jika pokok lambat berbuah, tak berbuah langsung dan yang lebih malang ada juga yang sudah padam, jangan salahkan sape-sape, kita tu yang tak baca doa masa tanam pokok. Ni doa bagi yang tak tahu, yang dah tahu kita geng.
Selawat 3x
-Bismilahhirohmanirohimm.-
…’Subhaanalwaarisu al baa isu’..
Ertinya:
Maha suci Allah yang maha mewariskan dan maha membangkitkan.
Semoga tanaman anda hidup subur dan bakal mendatangkan hasil yang lumayan.
Dekorasi yang ringkas tetapi nampak kemas dan teratur membuatkan hati penghuni di dalam nya rasa tenang kan. lebih-lebih lagi buat ibu-ibu. Tak perlu perabot yang mahal dan sarat asalkan sedap mata memandang.
Tetapi ada juga yang salah atur letak menyebabkan sesuatu ruang itu nampak sempit dna penuh barang.
Jom cuci mata lihat cara Raja Nurhazwani mendekorasi kediaman ibu bapanya menjadi lebih kemas dan teratur.
DIY DAPUR MAK AYAH
Assalamualaikum KKD kali ini saya akan kongsikan berkenaan dapur pula. Saya pasti ramai yang buntu bila masuk ke rumah yang dapurnya tidak selesa pasti akan hilang mood untuk memasak, kan?
Jadi saya akan kongsikan susun atur dapur di rumah mak ayah saya. Setiap PENERANGAN insyaAllah ada saya sertakan di caption gambar jadi saya mohon kawan kawan luangkan masa untuk baca.
Sebelum saya mulakan, setiap gambar sebelum di makeover adalah keadaan semasa proses untuk makeover, jadi agak berselerak.
Semoga perkongsian & penulisan ini bermanfaat untuk semua.
Keadaan sebelum memulakan makeover.. Terdapat 3 masalah utama yang saya kenalpasti iaitu:
1. Kurang pencahayaan
2. Ruang dapur sempit
3. Kedudukan barang tidak tersusun
4. Bajet
untuk peralatan utama yang saya gunakan :
• 4 roll plain wallpaper
• 2 roll brick wallpaper
• 1 set meja & kerusi
• 1 blind
• 2 Unit rak Hyllis saiz besar
• 3 liter Cat
• Storage
Dibahagian ini terdapat 1 rak yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan stok barang serta tempat penyediaan keperluan memasak. Kedudukan rak ni sangat tidak praktikal kerana saiz nya yang agak besar menyebabkan ruangan dapur menjadi sempit. Selain tu juga stok barang yang disimpan sukar untuk diambil.
Set meja & kerusi ini digunakan bagi menyelesaikan masalah ruang yang sempit.. Selain itu juga ianya memberikan mood yang segar diruangan ini. Baru lah bersemangat nak masak kan
Untuk ruangan ini pula terdapat 1 lagi rak 3 tingkat yang digunakan untuk meletakkan barangan masakan yang sering digunakan. Jika dilihat keadaan ni memang menyukarkan proses memasak disebabkan susunan yang tidak teratur.
Bagi memudahkan proses memasak saya menggunakan hyllis supaya bahan2 masakan yang digunakan boleh dilihat serta mudah dicapai secara tidak langsung masa memasak pun menjadi cepat. Tak gitu makcik kiah.
Untuk rak 3 tingkat ni pula saya gunakan untuk meletakkan pinggan mangkuk serta alatan harian yang sering digunakan.. Pastikan alatan yang tidak digunakan disimpan dalam almari supaya nampak lagi kemas & teratur.
Jangan pandang rendah pada bahagian tingkap ye.. Ini lah kawasan yang paling penting bagi mendapatkan pencahayaan yang baik.. Tapi jangan pula kita gunakan sebagai tempat mengeringkan alatan dapur.. Xmanis dipandang orang.
Kenapa perlu pasang Blind sedangkan dapur memerlukan pencahayaan yang baik? Haa ni jawapannya, blind ni digunakan pada waktu2 tertentu sahaja sebagai contoh bila masak diwaktu siang orang luar boleh nampak kita, jadi blind digunakan untuk mengelakkan orang luar nampak kita & angin pun dapat masuk, kan nyaman macam tu.
Di sudut dapur ni terdapat 1 lagi rak yang digunakan untuk meletakkan barang masakan seperti kicap sebagainya.. Tetapi kedudukan ni tidak begitu sesuai & menjadikan kawasan sudut nampak sempit.
Untuk bahagian sudut saya gantikan dengan meletakkan minyak serta sudip supaya kerja memasak menjadi mudah & kawasan menjadi luas.. Nak lagi menarik boleh la letak pokok2 hijau kat situ ye.
Ni adalah bahagian dapur yg mempunyai 2 corak mozek yang berlainan. Ia menjadikan tempat memasak tidak seragam.
Untuk mengatasi masalah tadi saya menggunakan wallpaper brick pvc untuk bahagian mozek. Jangan risau wallpaper ni kalis air & juga tahan panas. Xlupa juga bahagian pintu almari saya gunakan wallpaper putih untuk menjadikan ruangan dapur nampak luas & bersih.
Dibahagian ini pula terdapat 1 rak yang tidak digunakan & diletakkan diruangan kosong ni
Untuk bahagian ini saya letakkan 1 lagi rak hyllis dimana ia boleh memuatkan air fryer & barangan2 lain serta hiasan supaya ruang ni tidak nampak bosan. Saya tidak meletakkan semua barangan elektrik pada rak ni sebab kebanyakan barang elektrik semua berat2.
Selalu guna lama-kelamaan kipas siling mulai perlahan walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Selain disebabkan oleh habuk yang melekat pada bilah kipas, ada masalah lain yang menyebabkan ia menjadi perlahan.
Tak perlu beli yang baru, sebaliknya kipas tersebut boleh dilajukan semula, tak susah mana pun. Jom ikut tip yang dikongsikan oleh saudara Azlan Abdul Rahman.
Membaiki Kipas Panasonic Rosak.
Kipas apabila sudah lebih 12 tahun ia akan berpusing semakin perlahan dan mengeluarkan bunyi berdengung (humming). Kalau dibiarkan ia akan semakin teruk dan boleh menggangu komponen lain. Lagi banyak kos nak baikinya. Lagi pening tuan rumahkan?
Bolehkah ia dibaikpulih supaya berpusing seperti baru? Boleh jangan risau! 80% kipas yang rosak boleh dibaiki. Untuk kes ini bunyi ini berpunca dari kerosakan pada kapasitornya.
Cara mudah nak baiki kipas siling yang perlahan dan bunyi bising.
7 Langkah Mudah Baiki Kipas Siling:
Langkah 1.
Buka housing kipas supaya anda boleh cabut board keluar. Cari skru yang mengikat housing dengan body kipas. Biasanya skru ada di atas. Sebelum buka housing tu tutup suis utama dulu. Keselamatan diutamakan.
Langkah 2.
Periksa secara visual sama ada kesan burn atau ada komponen yang pecah. Dalam kes ini komponen pada board ini masih kelihatan ok pada luaran.
Langkah 3.
Salah satunya daripada komponen yang ditandakan ini sudah electrically deffective atau failed. Benda nilah yang menyebabkan kipas anda perlahan dan berbunyi bising. Fungsi asas kapasitor menyimpan dan mengeluarkan cas. Apabila dah lama ia akan semakin hilang kemampuan.
5 kapasitor² ini perlu diganti. Dapatkan sparepart ini di kedai elektronik berhampiran. Harganya tak mahal sektiar RM3 saja.
Kalau anda kurang yakin nak beli, anda bawa saja board ni pergi ke kedai elektronik beritahu nak tukar semua komponen yang ditandakan ni. Tuan kedai lebih arif part mana yang sepatutnya dia ambil.
Langkah 4.
Sediakan peralatan soldering secukupnya seperti iron tip, solder wire, solder wick dan kapasitor baru yang nak ditukar tadi.
Langkah 5.
Tukar 5 komponen kapasitor tadi mengikut value komponen masing². Kemahiran pasang part ni kita belajar dalam subjek Kemahiran Hidup dulu. Ia tak susah mana.
Selepas pasang part periksa board kalau ada short² atau solder bridging.Langkah 6.
Pasang balik board pada kipas. Jangan pasang housing lagi sebab kita nak test dulu. On suis utama dan test semua function pada remote.
Setelah ada bunyi beep dan laju maknanya anda telah berjaya.
Langkah 7.
Finishing. Alang² kipas dah repair, cuci la bilah kipas tu. Kesian dekat kipas kena ‘angkut’ beban habuk yang tak sepatutnya dia tanggung. Ingat kalau sayang kipas kena cuci dari habuk secara berkala. Bukan sebab cantik ada sebab teknikal juga.
Hasilnya lihatlah kipas yang dah ditukar kapasitornya. Macam kipas baru!
Sejuk mata memandang dua insan yang cukup istimewa di mata rakyat. Kelihatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berpelukan bersama anakandanya, Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dua insan yang cukup disayangi rakyat ini menjadi contoh dalam hubungan erat antara ibu dan membuatkan netizen melahirkan rasa kagum dan terharu. Sekeping gambar dengan kapsyen ringkas namun cukup menyentuh hati.
Tidak dinafikan, jiwa seorang ibu yang penuh kasih sayang membuatkan si anak tidak segan silu turut sama melahirkan rasa kasih.
Tidak hairanlah, rata-rata rakyat mengakui Tengku Mahkota ini dilihat sama seperti ayahandanya serta bondanya yang begitu dekat dengan rakyat.
Justeru, Tengku Hasanal turut menjadi ‘pujaan’ hati rakyat Malaysia kerana keprihatinanan selain turut memiliki wajah yang tampan serta murah dengan senyuman.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.