Memang nampak biasa aje kan bila suami tolong isteri kemas rumah sama ada lipat baju, basuh baju, basuh pinggan atau vakum rumah. Tapi inilah yang buat isteri tersenyum bahagia. Tak adalah nak moody je atau tinggikan suara pada suami.
Tidak dinafikan, isteri tentu akan moody jika setiap hari melakukan kerja rumah tanpa dibantu suami. Lebih porak peranda, bila isteri juga turut bekerja. Balik nak buat macam-macam. Dah lah satu hari bekerja, balik rumah nak pastikan rumah kemas dan anak-anak terurus.
Begitulah perkongsian oleh saudara Firdaus Shakirin di laman facebooknya. Menurutnya, kaum lelaki perlu sedari bahawa jangan membebankan isteri dengan kerja rumah sepenuhnya sebaliknya turut membantu isteri.
Ikuti perkongsiannya.
“Sayang, boleh abg tahu kenapa lately ni, syg suka marah2, cepat moody dan tinggi2 suara…?”
Ads
Kita sebagai suami, tanpa kita sedari, kita sendirilah yg membebankan isteri, yg buat isteri beremosi…tak nak mengaku kan?
Xpe, baca bwh ni…
Kita ambik baju yg isteri lipat, tarik habis smpai semua yg disusunnya terabur…then siapa yg nk kena lipat blk, susun bg teratur? Isteri…
Kita mkn, hbis mkn kita letak pinggan dlm sinki, siapa yg nk kena basuh pinggan tu? Isteri…
Ads
Kita balik keje, buka baju campak sana sini…siapa yg nk kena kutip, letak dlm bakul, dlm mesin basuh? Isteri…
Klu nk list kan, ada byk sebenarnya…stokin dh pakai byk hari pun dibiarkan saja dlm kasut smpai bau hapak…mkn jajan, mkn kacang, usung sana sini, jatuh, berterabur dlm umh, bwh sofa, atas lantai…bgun tdur, tinggal selimut tak lipat… hbis mandi, letak tuala merata, tak sidai…
SUAMI BOLEH BUAT, TAK PERLU ISTERI BUAT
Ads
Semua tu benda2 simple yg kita sebagai suami pun BOLEH buat…tak perlu isteri TOLONG buat utk kita…
Ambik baju, tarik elok2…baju pun tak sepah…hbis mkn, basuh pggan, simpan lauk dlm peti, lap meja, kemas dapur…letak baju dlm bakul, dlm mesin basuh…bgun tdo, lipat selimut, hbis mandi, sidai tuala…
Isteri jd pemarah, moody dan tinggi suara sebab dia ASYIK kena buat keje yg SAMA setiap HARI…dia penat, dia letih…dia tegur kita DAH berulangkali, tapi kita x dgr, xambik perhatian…bila dia suka mrh2, moody, kita plak tak suka cara dia tu…
Tolonglah ringankan, kurangkan beban dia…dia pun manusia sama mcm kita jugak…dia juga ada hati dan perasaan, dia tahu utk letih, utk penat, utk marah, utk moody…jgn perlakukan dia seperti ORANG GAJI…
Moga muhasabah diri agar perkahwinan kekal bahagia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam bermula sesi persekolahan bagi tahun 2025 dan sudah pastilah mencatat pelbagai ragam anak-anak kecil yang baru bersekolah.
Pasangan kembar tiga yang viral di Tik Tok turut sama memasuki alam persekolahan. Ketiga-tiga anak kecil ini kini sudah pun bersekolah di tadika.
Menerusi akaun Tik Tok ibunya, Mama Triplet, ketiga-tiga mereka akhirnya sudah melangkah ke sekolah dan hari pertama mencatat sebuah episod dan kenangan manis untuk dikenang.
Ujar ibunya menerusi perkongsian video, ketiga-tiga mereka begitu teruja untuk bersekolah hingga membuatkan rumah bertambah gamat ketika pagi hari.
“Hari pertama si kembar tiga masuk tadika. Kecoh rumah hari ini.
“Seronoknya bukan main,” ujarnya menerusi kapsyen di video.
Tular video gambar sama
Terdahulu pasangan kembar tiga ini tular di Tik Tok kerana mengelirukan pemilik studio kedai gambar ketika memilih gambar terbaik mereka yang kesemuanya dilihat hampir sama.
“Kesian aunty kedai gambar tadi. Dia punya teliti tak nak tersalah print. Akhirnya tersalah print juga.
“Tiga kali ulang print barulah dapat gambar yang betul. Kalau tak, terprint muka yang sama berulang-ulang,” kongsinya.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut akaun Mama Triplet ini begitu teruja melihat telatah anak kecil itu yang bersemangat untuk ke sekolah malah tidak sabar untuk melihat perkongsian video seterusnya dari ibunya.
Baru-baru ini pengasas kosmetik Noir, Eriyca Baiduri yang lebih mesra dikenali sebagai Madammu berkongsi momen indah menerusi laman sosialnya yang beliau menerima hadiah dari suaminya, Muhammad Azri Che Noh yang lebih biasa dipanggil Tuan Penasihat (TP)
Kereta mewah model Mercedes Benz Gen-Z itu dihadiahkan kepada Madammu sebagai tanda penghargaan dan penguat semangat sempena menjalani rawatan In-vitro fertile (ivf) selepas 8 tahun berkahwin mereka.
Madammu menyatakan, sebelum ini madammu kurang untuk berkongsi mengenai kereta miliknya Namun momen yang indah ini Madammu sangat terharu atas layanan TP dengan baik yang membuatkan Madammu lebih bersemangat untuk ikhtiar dalam mendapatkan zuriat pertama beliau.
“Madammu ni jarang nak share pasal video kereta, tapi Madammu share yang ini sebab terharu TP belikan Madammu untuk pregnancy gift. TP order 10 bulan lepas, dengan harapan masa dapat kereta ni Madammu dah pregnant.
“Tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Banyak dugaan sepanjang proses IVF Madammu. Banyak proses, kadang-kadang Madammu sampai give up! Lagi-lagi lepas kena remove fallopian tube pula.” Tulisnya.
Bagaimanapun Madammu menyifatkan rasa bersyukur dan sangat bahagia kerana masih ada suami dan anak-anak masih ada disisi sebagai tanda penguat sepanjang manjalani rawatan IVF meskipun banyak cabarannya.
“Madammu sedih bila TP asyik sebut ‘bila nak bau baby ni’. Lepastu dia pujuk Madammu semula. Tak apa lah! Gift Kereta ni untuk semangat Madammu dalam meneruskan rawatan IVF journey. Terima kasih Tp selalu buat yang terbaik untuk Madammu.
“Madammu tak perlukan harta benda untuk membahagiakan diri ni, cukuplah suami dan anak-anak disisi. Tanpa gift ni pun Madammu tetap akan meneruskan IVF.” Tulisnya lagi.
Perkongsian melalui Instagramnya mendapat perhatian umum, mencecah 900 000 tontonan. Rata-rata juga pengikutnya turut menitipkan mendoakan agar proses IVF Madammu Berjaya dan hajat untuk menimbang zuriat sendiri dimakbulkan.
Sumber : MH dan Instagram Eriyca baiduri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saat mahu melahirkan anak, hanya Tuhan yang tahu akan keperitan dan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh sang ibu. Menahan sakit selama 9 bulan dan kini apabila tiba masa melahirkan umpama nyawa dihujung tanduk.
Jika kelahiran itu berjalan lancar maka tidak akan mengambil masa yang lama, namun jika ia mengalami komplikasi, nyawa ibu dan anak jadi taruhan. Kerana itu, suami harus menghargai jasa dan pengorbanan isteri yang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda.
Jika berpeluang, temani isteri di labour room untuk sama-sama memberi sokongan dan menyaksikan sendiri kepayahan yang terpaksa ditempuhi oleh isteri anda. Apa sebenarnya yang berlaku di dalam dewan bersalin dan peranan suami. Jom baca perkongsian dari saudara Akhtar Syamir .
“Suami kepada Cik Nora Azni, sila daftar dan masuk labour room”.
Ayat yang dah 3 hari saya tunggu akhirnya kedengaran. Ini kali ketiga dalam hidup, saya akan menghadapi situasi ini.
Kononnya sudah biasa, dalam hati membayangkan nak tenang – tenang je masuk labour room.
Tapi, baru sampai kat pengawal yang jaga dewan bersalin, saya dah terkial – kial nak isi buku pelawat. Tiba – tiba jadi tak reti nak isi ruangan nama, nombor kad pengenalan dan lain – lain. Pengawal tu pun dah pandang semacam je.
Masuk pintu pertama, saya disambut dengan almari baju putih ala – ala baju doktor. Hampir terlupa bab kena pakai baju nie. Baju disarung dengan peluh sejuk yang mula keluar di dahi. “Ko nie dah kenape? Kawal diri tu sikit”, kata saya kepada diri sendiri. Entah kenapa masa ni ada 2 karakter pulak. Haha.. Baju putih yang ketat di ketiak terus saya sarung sambil menuju ke labour room.
Setelah mendapat kebenaran jururawat, saya masuk dan disambut dengan senyuman si isteri. Belum sakit lagi barangkali. Mesti dia lega saya ada.
“Terima kasih abang sebab sentiasa ada dengan sayang”, kata isteriku sambil tersenyum manis. 3 kali dah saya di sini. 3 kali juga isteri saya bakal merasakan kesakitan yang amat sangat. Rasa bersalah ada, rasa kesian pun ada.
Tangan dia sentiasa saya usap. Dia meminta kebenaran untuk tanggalkan tudung. Tadi nampak jugak 2 orang Doktor pelatih lelaki. Awal – awal masuk tadi kami dah pesan dengan nurse yang kami nak Doktor perempuan sahaja. “Boleh, jangan bimbang” katanya.
Kami ditemani dengan bunyi degupan jantung baby dari salah satu alat di dalam dewan bersalin ni. Alhamdulillah aktif bunyinya. Mungkin baby pun tengah bersedia untuk keluar.
“Puan nak makan ubat tahan sakit tak?”, soal seorang nurse yang baru sahaja masuk. Kami pun macam terpinga – pinga sebab bersalin sebelum ni memang tak pernah ada orang tawarkan ubat tahan sakit. Rupanya disebabkan jantung baby ok dan bukaan baru 4cm. Dia tawarkan ubat tu sebab kemungkinan lama lagi tunggu dan nanti bila dah mula sakit, tak boleh dah ambil ubat tu.
Sambil berbual – bual, saya urut – urut badan dan usap kepala isteri untuk beri dia selesa. Sedar – sedar dia dah tidur. Ubat dah berkesan la tu.
Aduhhhh.. Sakitnya tangan kena cengkam. Rupanya “contraction” isteri dah mula. Saya pun mula rekod masa dan jarak masa bila ianya terjadi. Makin lama makin kerap. Makin lama makin panjang. Makin lama nampak makin sakit.
Masa inilah. Memang masa inilah. Kalau tidak datang keinsafan dalam diri, memang hati tu dah mati. Di depan saya, orang yang paling saya cintai sedang mengalami kesakitan yang amat sangat tanpa saya boleh buat apa – apa pun. Sakitnya sehingga air mata dia mengalir. Bila “contraction” itu berhenti, baru dia lega. Besar sungguh pengorbanan isteri. Fikir saya dalam hati.
Alat sedut gas tu dah macam takde kesan. Kesakitan dah terlalu kuat. Saya panggilkan nurse untuk periksa. Masuk seorang Doktor pelatih perempuan untuk periksa laluan. Baru 5cm katenye. Tapi gayanya macam nak bersalin dah. Lepas Doktor pelatih tu keluar, kebetulan ada nurse lain masuk. Saya pujuk nurse tu supaya periksa balik.
“Eh, dah boleh dah ni. 8cm dah tapi kalau pandai teran boleh je, anak ketiga dah kan?”. Datang seorang lagi nurse. Tapi tiba – tiba masuk dua orang Doktor Pelatih lelaki tadi. Saya terus mintak maaf dan maklumkan yang kami nak perempuan sahaja. Mereka berdua pun faham dan meninggalkan kami berempat dalam tu.
Selepas itu saya dan isteri terus fokus. Sebelum ini kami dah rancang strategi teran yang berkesan. Ini semua hasil daripada apa yang kami lalui semasa anak pertama dan kedua. Antara strategi kami :-
1. Jangan angkat punggung. Nanti akan terkoyak.
2. Jangan teran selagi tak dibenarkan nurse. Buang masa dan tenaga.
3. Jangan teran sikit – sikit. Rugi sebab baby akan masuk balik dan keluar sikit je.
4. Teran dengan kuat dan panjang. Biar kurang bilangan teran tapi sepenuh tenaga dan lama – lama. Ini bakal bagi baby keluar dengan cepat dan tanpa sangkut – sangkut.
5. Jangan benarkan nurse buat episiotomi (potong untuk bukaan lebih luas). Saya kena main peranan tegah nurse kalau dia nak potong. Sebab kami yakin kami boleh buat.
6. Set masa bila nak buat “final push”. Masa ni ialah masa untuk teran habis – habisan. Saya akan bagitau dia masanya dah sampai bila kepala baby dah keluar.
Dan seperti yang dirancang, situasi yang sama berlaku. Tapi kali ni nurse dah pegang gunting dan nak potong. Saya tanya “nak potong apa? Jangan !”. Rupanya nurse cakap nak potong tali pusat sebab takut terbelit. Sebab masa kepala dah nak keluar tu, tali pusat dekat sangat dengan kepala baby.
Bila potong je, terus kepala baby senang nak keluar. Saya pun bagitau kat isteri yang inilah masanya. Dia tarik nafas dalam – dalam dan bersama dengan saya, kami sama – sama keluar suara untuk meneran sepanjang yang boleh.
Nurse pada masa itu sentiasa bagi dorongan positif seperti bagus, pandai dan sikit lagi. Saya pulak berada dekat dengan muka isteri. Hanya dia dan saya je dalam dunia kami sendiri, dia tak dengar dah nurse cakap ke atau bunyi lain. Dia teran, saya pun teran. Ini nampak macam takde ape – ape, tapi sebenarnya amat membantu isteri.
Alhamdulillah, dengan hanya 3 kali teran, Daisy Medina dilahirkan. Saya terus peluk isteri saya dan ucapkan terima kasih dan I love you berkali – kali. Ini juga kali pertama saya tak boleh control tangisan saya. Habis basah pipi dia dengan air mata saya. Syukur sangat segalanya selesai dengan selamat.
Cuma kali ni lepas bersalin, isteri muntah – muntah. Bila ditanya, rupanya ianya kesan dari ubat tahan sakit.
Setelah beberapa ketika menemani dan mengelap muntah isteri dan keadaan sudah tenang, saya diminta tunggu di wad. Perjalanan dari labour room sehingga ke tempat menunggu bagaikan sedang berjalan di dalam taman warna warni. Berbunga – bunga hati saya. Saya rasa masa tu juga kalau diukur, kedalaman lesung pipit adalah yang paling dalam dalam sejarah hidup saya. Hehehe..
Jadi, kesimpulannya di sini. Betapa pentingnya kehadiran suami di dewan bersalin.
1. Jangan biarkan isteri anda hadapi saat bersalin bersendirian. Isteri perlukan orang yang paling disayangi di sisi.
2. Wajib jadi penenang kepada isteri. Waktu itu fikiran isteri tidak menentu.
3. Bantu mana yang patut, urut tempat yang lenguh kerana berjam – jam menunggu.
4. Bantu isteri berkomunikasi dengan nurse. Masa tu isteri tengah sakit, suami yang ada kat situ boleh tolong jawab dan tanya info mengenai keadaan isteri dan baby masa tu.
5. Suami wajib jagakan aurat isteri. Bertegas jika perlu. Berlembut jika terpaksa.
6. Ucapan terima kasih dan penghargaan yang spontan sejurus selepas kelahiran baby adalah amat penting. Isteri baru sahaja melalui satu keadaan yang getir dan amat menyakitkan demi kita. Jangan anggap mudah perkara nie.
Semoga dengan penulisan ini dapat memberi sedikit idea mengenai apa yang berlaku di dalam dewan bersalin. Amat baik buat yang belum pernah atau akan melalui saat seperti ini.
Buat yang tidak mampu untuk berada bersama isteri kerana tidak tahan dengan darah, janganlah bersedih. Ini adalah perkara yang di luar kawalan. Berilah sokongan serapat yang boleh.
Buat suami yang tidak dapat bersama isteri kerana bekerja, bertabahlah. Ini ujian buat suami dan isteri. Diharap dengan penulisan ini juga dapat anda faham betapa sakitnya isteri dan betapa isteri memerlukan suaminya pada saat itu. Cubalah sebaik mungkin untuk berada bersama. Rancanglah sehabis baik. In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan.
Jika anda rasa penulisan ini bermanfaat, silakan SHARE.
Jemput follow saya ?Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.