Baru-baru ini pengasas kosmetik Noir, Eriyca Baiduri yang lebih mesra dikenali sebagai Madammu berkongsi momen indah menerusi laman sosialnya yang beliau menerima hadiah dari suaminya, Muhammad Azri Che Noh yang lebih biasa dipanggil Tuan Penasihat (TP)
Kereta mewah model Mercedes Benz Gen-Z itu dihadiahkan kepada Madammu sebagai tanda penghargaan dan penguat semangat sempena menjalani rawatan In-vitro fertile (ivf) selepas 8 tahun berkahwin mereka.
Madammu menyatakan, sebelum ini madammu kurang untuk berkongsi mengenai kereta miliknya Namun momen yang indah ini Madammu sangat terharu atas layanan TP dengan baik yang membuatkan Madammu lebih bersemangat untuk ikhtiar dalam mendapatkan zuriat pertama beliau.
Ads
“Madammu ni jarang nak share pasal video kereta, tapi Madammu share yang ini sebab terharu TP belikan Madammu untuk pregnancy gift. TP order 10 bulan lepas, dengan harapan masa dapat kereta ni Madammu dah pregnant.
“Tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Banyak dugaan sepanjang proses IVF Madammu. Banyak proses, kadang-kadang Madammu sampai give up! Lagi-lagi lepas kena remove fallopian tube pula.” Tulisnya.
Ads
Bagaimanapun Madammu menyifatkan rasa bersyukur dan sangat bahagia kerana masih ada suami dan anak-anak masih ada disisi sebagai tanda penguat sepanjang manjalani rawatan IVF meskipun banyak cabarannya.
Ads
“Madammu sedih bila TP asyik sebut ‘bila nak bau baby ni’. Lepastu dia pujuk Madammu semula. Tak apa lah! Gift Kereta ni untuk semangat Madammu dalam meneruskan rawatan IVF journey. Terima kasih Tp selalu buat yang terbaik untuk Madammu.
“Madammu tak perlukan harta benda untuk membahagiakan diri ni, cukuplah suami dan anak-anak disisi. Tanpa gift ni pun Madammu tetap akan meneruskan IVF.” Tulisnya lagi.
Perkongsian melalui Instagramnya mendapat perhatian umum, mencecah 900 000 tontonan. Rata-rata juga pengikutnya turut menitipkan mendoakan agar proses IVF Madammu Berjaya dan hajat untuk menimbang zuriat sendiri dimakbulkan.
Sumber : MH dan Instagram Eriyca baiduri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kontroversi yang membabitkan juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee minum arak di sebuah kelab malam baru-baru ini akhirnya menemui noktah.
Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang oleh Hanee atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan telah ditarik semula.
Kes seperti ini merupakan kejadian kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja selama 10 edisi ia dianjurkan. Nu Ideaktiv Sdn Bhd selaku pemilik jenama Dewi Remaja, telah mengadakan satu sidang akhbar tengah hari tadi.
Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman, penarikan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 daripada Haneesya Hanee dibuat selepas pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenang ini telah melanggar syarat penyertaaan.
“Sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi. Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak yang mereka tanda tangani” di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai,” katanya semasa sidang akhbar.
Menurut Faiz Aimman lagi, dengan penarikan gelaran tersebut, Haneesya Hanee bersama dua lagi finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.
Dengan penarikan gelaran ini bermakna tahun ini tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019 dan Tia Sarah kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan berprestij ini dan akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama pemenang lain seperti Aween Ismail, Arena Iman dan lain lagi.
Di sebalik isu yang terpalit ini, tidak dinafikan manusia sering melakukan kesilapan dan tiada yang sempurna. Begitu pun, Haneesya Hanee telah memberikan komitmen dan persembahan terbaik sehingga melayakkan dirinya bergelar Dewi Remaja 2018/2019.
Bahkan, gadis yang baru berusia 19 tahun ini juga mempamerkan bakat dan potensi yang luas sepanjang pencarian tersebut.
Menjawab isu kontroversi ini, jelas pelakon drama Cik Reen Ngok Ngek, dia akui berasa kesal dengan tindakan dan meminta agar netizen tidak mengecam ibunya yang menjadi tulang belakangnya selama ini.
“Saya minta maaf sangat dan ini memang kesilapan bodoh saya. Saya terima dengan keputusan penarikan balik gelaran. Memang ini sewajarnya memandangkan perbuatan saya salah kerana merosakkan nama Dewi Remaja.
“Saya hanya minta orang berhenti cakap ini salah mak tak pandai jaga saya. Ini adalah perbuatan dan pilihan saya sendiri dan mak saya tak ada kaitan.
“Saya juga harap kemaafan dari semua. Sebagai manusia memang kita tak lari dari buat salah. Jadi, saya pohon diberikan peluang ke dua.
“Sekarang saya kena perbaiki diri . Selepas ini saya akan teruskan apa yang saya lakukan sebelum ini. Saya takkan give up.
Keberanian gadis hitam manis ini untuk memikul tanggungjawab membuatkan dia dilihat seorang yang cekal dalam menghadapi cabaran dan dugaan.
Dia dalam pada itu turut menitipkan nasihat buat remaja di luar sana agar berhati-hati dalam berkawan supaya tidak tersalah langkah.
“Saya ambil ini sebagai pengajaran terbesar. Tolong jangan nilai peribadi saya atau membuat perbandingan kesilapan dengan bakat sedia ada.
“Kepada remaja di luar sana, inilah apa yang awak akan dapat jika salah langkah. Jangan buat kerana tak ada sebarang faedah. Seronok hanya seketika, tapi sakitnya anda sendiri akan tahu.
“Terpulang pada anda sama ada nak bangun atau jatuh, tapi saya pilih untuk bangkit dan kuatkan diri untuk berhadapan dengan semua orang. Saya ambil ini sebagai pengajaran.
“Buat masa sekarang saya hanya mahu rehat tapi takkan lama. Hanya beberapa hari sahaja kemudian akan kembali semula bekerja macam sebelum ini,” ujar Hanee.
Ditanya kekuatan dalam beliau menghadapi saat-saat sukar ini, akui Hanee semuanya datang dalam diri serta sokongan sekeliling.
“Ramai yang cuba menjatuhkan saya tetapi apabila lihat ramai kawan-kawan yang bagi sokongan, baca di twitter yang membantu dan bagi nasihat, jadi saya rasa bersyukur kerana masih ramai yang bersama saya.
“Walaupun ibu sangat sedih tapi dia masih mahu datang dengan saya hari ini. Inilah yang membuatkan saya rasa memang patut berhadapan dengan semua orang,” ujarnya sambil menutup perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi lelaki semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ayda dan Nabil menerusi Instagram mereka.
Malah menerusi entri itu juga, sekeping gambar sambil keduanya memegang bayi lelaki mereka turut dikongsikan oleh Ayda dan Nabil.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.
“12.12.2023.. (Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya berseloroh.
Menerusi entri itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakannya.
Ayda dan Nabil sebelum ini memuat naik sekeping gambar ketika berada di hospital dengan mengenakan baju sepadan sambil memohon doa semua agar kelahiran anak kedua mereka dipermudahkan.
“Dah check-in hospital! Doakan Ayda pagi nanti dipermudahkan, selamat melahirkan dan baby sihat insyaallah. Amin.
“Twinning with my soulmate konsepnya gittew. (Padahal Ayda dah takde baju yang dia muat and nak terus tidur,” tulisnya.
Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla kini berusia 2 tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kecoh hari ini apabila rakyat Malaysia masing-masing menantikan keputusan mengenai isu penyelewengan dana Syarikat SRC International Shd Bhd yang membabitkan bekas Perdana Menteri ke 6 Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa menolak rayuan akhir beliau untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung isu ini.
Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.
Susulan keputusan itu, bekas Perdana Menteri berkenaan, diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Ini sedikit kronologi tentang kes SCR
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di