Tentu kita pernah lihat nenek atau mak kita makan keledek rebus. Salah satunya ada yang berwarna ungu. Jika cicah dengan gula serta kelapa paru dan dimakan panas-panas memang superb!
Siapa sangka, keledek ungu yang nampak biasa-biasa aje, makanan kampung ini, hakikatnya merupakan super food. Melalui perkongsianseorang pakar otak ini, Dr Rizal Abu Bakar menjelaskan bahawa keledek ungu ini mempunyai khasiat yang menakjubkan! Lepas ni, pergi pasar pagi beli keledek ungu ni ye.
SUPER FOOD
Ads
Hari hujung minggu. Pagi masih muda. Baharu sahaja selesai Power Walking. Singgah di pasar. Sudah semacam rutin hujung minggu. Cari bahan segar. Seperti biasa gerai UBI KELEDEK disinggahi. Belek. Pilih yang berwarna UNGU. KELEDEK UNGU ialah SUPER FOOD. Anti oksida tinggi. Juga anti radang
Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus. Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.
Vitamin A untuk apa? Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini. Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
Ads
Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.
Ads
Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU. Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.
Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.
Setiap ibu bapa pastinya inginkan memberikan yang terbaik buat anak. Ia termasuk memastikan anak mendapat mengikuti pembelajaran dengan baik.
Namun kegembiraan menghantar anak ke tadika menjadi igauan apabila tenaga pengajar mengadu anak menangis sehingga menganggu pembelajaran.
Kisah ini menarik perhatian Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak, Puan Maryam Jamadi, yang berpendapat ia adalah normal apabila anak yang baru memasuki alam persekolah.
Moga kisah ini jadi iktibar.
ANAK MENANGIS KE SEKOLAH
“Anak umur 5 tahun menangis ke tadika normal atau tidak?”
Normal ya anak menangis ke sekolah atau ditinggalkan di tempat baru. Anak umur 7 tahun menangis bila pergi ke sekolah rendah pun masih dikira normal.
Masalah ini lagi normal kalau – Anak tak pernah dihantar taska atau pengasuh. – Jarang keluar rumah. – Ibu suri rumah, memang sentiasa bersama dengan anak.
Punca yang biasanya buat anak menangis ke sekolah.
❌️ TEMPAT DAN SUASANA YANG BARU
Bayangkan 5 tahun anak duduk bersama ibu, tiba-tiba ditinggalkan ke tempat yang baru dan tidak kenal sesiapa pun. Normallah dia akan takut dan rasa tidak selamat.
Ditambah pula, keadaan bising dengan suara murid lain bercakap kuat-kuat sehingga guru pun terpaksa menjerit untuk bercakap. Mungkin guru hanya bercakap biasa, tetapi bagi anak yang dalam keadaan takut suara guru yang kuat seakan-akan memarahi dia.
Biasanya anak yang sensitif pendengaran akan ada masalah dengan bunyi yang bising atau kuat. Boleh jadi punca utama kenapa anak menangis dan tidak suka ke sekolah. ⚠️
❌️ “SURVIVAL SKILL”
Anak yang dihantar ke taska memang akan mempunyai “survival skill” yang lebih tinggi sebab mereka sudah biasa terdedah dengan kanak-kanak lain, sudah biasa dengan keadaan hiruk-pikuk, keadaan kanak-kanak bergaduh ataupun suara guru menjerit/tegas.
Berbanding dengan anak yang kebanyakan masa duduk bersama ibu. Kalau ibu marah, dia tahu ibu marah dia seorang. Tapi kalau di sekolah, boleh jadi guru marah murid lain tapi anak rasa guru marah dia. Dia tidak tahu lagi cara nak kawal diri atau tenangkan diri sendiri.
Sentiasa rasa takut-takut dan resah bila ada situasi hiruk-pikuk.
❌️ SUSAH UNTUK MENGIKUT RUTIN
Kalau dirumah, ada hari bangun tidur awal, ada hari bangun tidur lambat. Kalau lapar boleh terus makan. Tapi apabila dah ke sekolah, hari-hari perlu ikut rutin sama. Tak boleh main 24 jam, kena ikut jadual.
Jadi, memang normal anak akan lebih suka duduk rumah berbanding ke sekolah. Di rumah boleh buat apa-apa yang dia mahu tetapi di sekolah terpaksa ikut peraturan. Pijak rumput pun tak boleh
❌️ ANAK JENIS KINESTETIK
Anak jenis kinestetik akan rasa sukar dan “terseksa” duduk lama di kerusi. Pembelajaran formal di kerusi dan meja mungkin kurang sesuai untuk anak.
Anak perlu selalu bergerak, berjalan dan berlari. Pembelajaran pula dalam keadaan sambil bermain. 🏃♂️
Sebenarnya ada banyak sahaja punca yang buat anak menangis ke sekolah, jadi mak ayah yang sedang menghadapi masalah ini boleh cuba periksa kenapa anak tak suka ke sekolah.
Untuk atasi masalah ini, boleh cuba cara ini:
1. TARIK MINAT ANAK UNTUK BELAJAR
Minat untuk belajar ini perlu dipupuk sejak kecil lagi dengan cara
– Selalu bacakan buku dengan anak. – Cerita kepentingan ke sekolah. – Beri anak tengok cerita situasi kanak-kanak di sekolah. – Beritahu segala kemungkinan dan situasi yang mungkin boleh berlaku di sekolah supaya anak bersedia contohnya cara nak pergi tandas, kalau kawan ambil barang dan sebagainya.
Tetapi pendapat saya, tidak adil untuk kita terus beri komen pada mak ayah seakan-akan tidak pernah tarik minat anak untuk belajar sekiranya anak menangis ke sekolah.
Menangis ke sekolah dan minat untuk belajar adalah topik yang berbeza.
2. MENANGIS ITU NORMAL
– Kalau setiap kali anak menangis kita marah dia menangis atau suruh berhenti menangis serta merta, percayalah anak memang tak akan berhenti menangis malah akan lagi lama menangis.
– Beritahu anak yang kita faham kenapa dia menangis dan cerita juga kisah kita sendiri menangis ke sekolah (kalau ada).
– Beri masa anak menangis, kita diam sahaja teman anak menangis. Apabila anak sudah lega dan puas menangis, barulah kita ajar cara untuk tenangkan diri. Sentiasa beri sokongan terhadap keperluan emosi anak.
3. TANYA KENAPA ANAK TAK MAHU KE SEKOLAH
– Pasti ada punca kenapa anak menangis, Tak mahu bangun pagi? Mengantuk sebab tidur lewat? Takut dengan cikgu? Kawan-kawan bising? Tak suka duduk lama? Bosan?
4. CARI JALAN PENYELESAIAN
– Mengantuk sebab tidur lewat? Pastikan anak tidur cukup, 3-5 tahun (10-13 jam sehari) 6-12 tahun (9-12 jam sehari).
– Takut dengan cikgu? Beritahu yang cikgu tak marah, tapi suara cikgu memang kuat.
– Tak suka duduk lama? Minta anak bangun awal sedikit dan minta dia berlari, melompat keliling rumah sebelum datang sekolah. Penuhkah tangki keperluan bergerak anak sebelum anak perlu duduk lama.
– Bosan? Beri anak bawa 1 mainan ke sekolah (kalau dibenarkan) ataupun belikan keychain jenis “fidget toy” untuk tenang anak bila dia bosan.
– Takut suasana baru? Boleh bawa 1 barang dari rumah yang anak memang sayang, supaya dia rasa selamat.
Dalam kes anak menangis ke sekolah, tiada sesiapa yang salah. Kita pun tak tahu cerita dari pihak guru, mungkin bilangan murid terlalu ramai untuk guru periksa masalah setiap seorang murid. Toleransi mendengar budak menangis juga berbeza setiap orang.
Tapi bagi saya
1. Mungkin terlalu awal untuk klasifikasikan normal atau tidak normal hanya dalam minggu pertama.
2. Anak 5 tahun sekiranya tidak membaca dan menulis masih dikira normal. Lagi-lagi 2 tahun menghadapi zaman pandemik, anak kurang terdedah dengan dunia luar.
3. Mungkin ambil masa untuk anak sesuaikan diri dengan persekitaran.
Tetapi kalau memang anak menangis sepanjang di sekolah, mungkin mak ayah boleh cuba hantar anak selang sehari dahulu. Beri anak timeline untuk bersedia, beritahu seminggu ini sahaja datang berselang seli hari. Minggu depan perlu hadir seminggu penuh.
Hari yang tidak hadir ke sekolah, buat simulasi ke sekolah. Pakai baju sekolah dan ikut jadual sekolah.
Jadi, mak ayah yang sedang mengalami masalah ini boleh cuba dahulu cara di atas. Kalau mak dah cuba pelbagai cara dan anak tetap menangis ke sekolah berterusan selama 2 minggu, mungkin boleh dapatkan bantuan terapis cara kerja.
Kebiasaannya kami akan lakukan penilaian kesediaan anak ke sekolah dan penilaian menulis. InsyaAllah kami dapat membantu mak ayah yang mengalami masalah ini.
Ada mak ayah yang ada anak 5 tahun ke?
*Follow page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting dari sudut terapis cara kerja.
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi, Tasha Manshahar selamat melahirkan cahaya mata keduanya awal pagi tadi di Andorra Women And Children Hospital, Seri Kembangan.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya yang juga merupakan penyanyi serta bekas penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi laman Instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, Raqib melahirkan rasa bersyukur kerana segala urusan isterinya sewaktu melahirkan bayi lelaki itu telah pun dipermudahkan.
“Alhamdulillah, Allahuakbar. Isteri tercinta saya @tashamanshahar selamat melahirkan putera kami yang kedua siang tadi.
“Terima kasih ALLAH mengurniakan seorang lagi hulubalang untuk dedi dan momi yang akan berjasa pada keluarga, agama dan bangsa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Raqib menitipkan doa semoga anaknya itu menjadi insan yang berguna buat keluarga dan masyarakat. tasha menerusi instagramnya turut memuat naik berita tersebut bersama sekeping video.
Raqib dan Tasha telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 September 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Muammar Rafiqi yang kini baru berusia tiga tahun.Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan artis mengucapkan tahniah buat Raqib dan Tasha.
Kekangan masa dengan pelbagai tugasan rumah dan anak-anak buat kita tidak sempat untuk melakukan pembersihan dalam peti ais. Terbiar lama tanpa di cuci
dengan kerap buat peti ais kita bertambah baunya.
Di tambah pula dengan menyimpan pelbagai jenis makanan dan bahan memasak yang meninggalkan bermacam-macam bau kurang enak. Ia bukan sekadar membantutkan selera tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan.
Nak kurangkan bau yang tidak enak dalam peti ais? Lima bahan ini pasti membantu.
1. Baking Soda
Untuk menghilangkan bau dari peti sejuk, anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam
bekas atau tupperware kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh di larutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.
2. Oatmeal
Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh di
kurangkan atau hilang sama sekali.
3. Biji Kopi
Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti ais anda akan hilang dengan sendirinya.
4. Arang
Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.
5. Lakukan tindakan pencegahan mudah iaitu cuci dahulu sayuran atau buah yang akan dimasukkan ke dalam peti sejuk dan pisahkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas tertutup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di