

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

Untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah berseri tidak hanya bergantung kepada produk yang mahal semata-mata. Sebaliknya, anda hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda. Misalnya kunyit dan beras dikatakan boleh membantu mencerahkan kulit wajah.
Cara-caranya seperti bawah ini.
1. Kisar kunyit hingga hancur. Guna kunyit hidup lagi berkesan dari serbuk kunyit. Tidak perlu risau, wajah tidak akan menjadi kuning kerana bahan ini sudah campur dengan beras. (Kunyit 2-3cm).
2. Kisar beras yg direndam semalaman (setengah cawan beras).
3. Campur dua-dua bahan tadi kemudian sapu pada muka. Gosok perlahan-lahan (kalau muka jenis berjerawat jangan gosok, sapu je) dan tunggu 30 minit dah. Bilas dengan air. Lepas tu cuci muka dengan menggunakan pencuci muka jika wajah anda kuning.
Tip:
• Jika mahu tambah madu/yogurt/susu/ perahan limau nipis/putih telur pun boleh (pilih salah satu)
• Boleh simpan dalam peti sejuk jika ada lebih.
Sumber: Aya Zuki
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

Bila Umur Cecah 40an, Amalkan Petua Ni Untuk Hilangkan Bintik-bintik Hitam Di Wajah!
Semakin usia meningkat, perubahan fizikal juga akan menunjukkan perubahan termasuk tanda-tanda penuaan yang jelas terlihat pada kulit wajah. Selain adanya garis-garis halus di wajah, masalah bintik-bintik hitam atau jeragat juga biasanya akan muncul di usia 40an.
Mengatasi masalah tersebut, bolehlah diamalkan dengan cara alami terutamanya dengan menggunakan lemon. Jika anda ingin tahu, lemon kaya dengan vitamin C yang mampu memudarkan tanda-tanda bintik hitam pada wajah. Malah dengan menggunakan lemon secara konsisten akan menjadikan wajah terlihat lebih bersih dan berseri.
Nak tahu bagaimana, ayuh baca perkongsian daripada perkongsian di fb milik Lelawati Lela yang sering dilihat gemar berkongsi pelbagai petua di media sosial. Jom semak.
HILANGKAN PARUT DAN BINTIK HITAM
Hai korang.Ingat Kekla lagi tak? Hehe pagini Kekla nak bagi korang satu petua yang senang sesangat untuk hilangkan parut dan bintik-bintik hitam kat muka. Yang pasti bahannye semulajadi dan selamat.
Lemon. Yup! Lemon je korang.
Caranya mudah sangat, korang belah 2 lemon tu kemudian amik lemon yang sebelah je perahkan untuk dapatkan jusnya.
Then, amik jus lemon tadi sapukan pada kulit muka korang yang berparut dan bintik-bintik tu.
Oh ya sebelum Kekla terlupa, buat ni selepas korang cuci muka tau! Jangan pulak muka penuh dengan mekap korang pergi sapu jus lemon tu. Sebab ade yang tanya. So Kekla kena la jawab kan.
Kemudian biarkan selama 10-15 minit lepas tu boleh bilas dengan air suam dan keringkan muka pakai tuala yang kering dan bersih.
Buatlah 3x seminggu ye tapi nak nampak kesan tu amik masa sikit almaklum bahan semulajadilah katakan.
Lemon mengandungi Asam Alpha dan Askorbat-L yang dapat membantu mengurangkan parut jerawat serta dapat membantu membersihkan liang pori. Lemon juga dikenali sebagai agen menghilangkan parut atau bintik hitam pada wajah.
Okey korang try la buat ye mudah-mudahan parut dan bintik hitam kat muka tu pudar atau hilang.
sumber : Lelawati Lela
Baca artikel menarik lain di sini:
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

Malu Ketiak Gelap? Rupanya Ini Cara Cerahkan Kembali Dengan Mudah.
Ketiak gelap merupakan perkara yang kebanyakan wanita lalui. Tetapi tips ini boleh juga digunakan oleh lelaki juga.
Anda nak tahu tidak bagaimana ingin mencerahkan ketiak? Mari kita baca tips-tips ini agar memberi manfaat kepada semua dan dapat membangkitkan balik tahap keyakinan masing-masing.
Ketiak gelap berlaku apabila kita menggunakan razor untuk “shave” bulu-bulu di bahagian itu. Apabila kita “shave” bulu ketiak, ia akan bergeser pada kulit ketiak dan dapat merosakkan kulit di bahagian itu.
Selain daripada geseran, apabila kita “shave” ketiak akan berkemungkinan rasa gatal. Kegepalan ketiak boleh jadi apabila kita selalu garu juga.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tips Mencerahkan Ketiak
Tips pertama:
Jadi kalau tidak boleh guna razor, nak guna apa? Jangan risau! Anda boleh menggunakan cara lain seperti waxing, menggunakan epilaptop, krim atau spray. Kalau anda mempunyai toleransi kesakitan yang rendah, anda boleh menggunakan penyembur penyingkiran rambut atau “hair removal spray” seperti gambar di atas. Sembur dan tunggu 10 minit sahaja, anda pasti akan kagum betapa mudahnya bulu ketiak anda hilang!
Tips kedua:
Guna spray je ke? Settle? Selain daripada membuang bulu ketiak, anda digalakkan untuk menggosok atau menyental badan anda dengan menggunakan “body scrub”. Anda digalakkan menggunakan “body scrub”sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini akan membantu anda untuk membersihkan segala kotoran yang melekat dalam liang pori kulit anda agar tidak menghasilkan jerawat atau jeragat di badan anda.
Tips ketiga:
Tambahan pula, gunakan sabun mandi yang mengandungi bahan-bahan yang memupuk pencerahan kulit seperti niacinamide dan madu. Sabun di gambar dapat menghilangkan bintik-bintik gelap, parut jerawat dan perubahan warna yang tidak seimbang di badan kita. Ia juga dapat mengurangkan kemunculan jerawat badan!
Tips keempat:
Terdapat juga kes ketiak gelap disebabkan pemilihan deodoran yang tidak sesuai dengan kulit. Deodoran yang di dalam gambar di atas sesuai untuk pembaca yang berkulit sensitif. Ianya wangi dan yang paling penting, ketiak anda akan kurang berpeluh selepas mengguna deodoran ini!
Tips kelima:
Untuk memaksimumkan lagi kadar pencerahan ketiak, anda juga boleh mencuba Glycolic Acid Toning Solution dari The Ordinary. Ianya adalah sebuah exfoliant yang disasarkan pada permukaan kulit dan akan membantu meningkatkan kejelasan kulit, mengimbangi tona kulit yang tidak sekata dan tekstur yang betul dari semasa ke semasa.
Sekadar itu sahaja tips pencerahan ketiak. Semoga tips-tips ini dapat membantu ada yang menghadapi masalah ini dan jangan berputus asa! Terus amalkan rutin seperti di atas agar dapat menjana hasil yang anda impikan.
Sumber: skunko (@skunkohq di Twitter)
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👨👩👦 Dikendali Oleh Astro Group
