Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka sekiranya pasangan tidak mengetahui asas kepada kebahagiaan. Sebenarnya, apakah rahsia untuk hubungan perkahwinan itu bahagia dan kekal selamanya?

Ikuti petua ini.

IKLAN

Nampak Biasa-Biasa Aje Petua Nak Eratkan Kasih Suami Isteri Ni. Tapi 21 Cara Ini Memang Kena Buat, Barulah Makin Sayang. 

IKLAN
  1. Cium tangan suami dan dahi isterisetiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
  2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi denganpelukan dan ciuman di bibir.
  3. Walau sesibuk mana sekali pun,luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekaliwalau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  4. Sentiasaucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hatisebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  5. Sentiasamencari peluang untuk makan tengah hari bersamakerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
  6. Amalkanbertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerjasebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
  7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahajadari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
  8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
  9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaranmereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
  10. Jangan sesekali berpisah tempat tidurwalau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
  11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
  12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makanserta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
  13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
  14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama
  15. Sentiasakenang pengorbanan masing-masingseperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarSesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainanserta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
  16. Apa sahaja masalah yang timbul,berterus terang dan berbincang bersamauntuk menyelesaikannya.
  17. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
  18. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayangagar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
  19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini,jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
  1. Sentiasalahberdoamemohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri iaitu:

Nampak Biasa-Biasa Aje Petua Nak Eratkan Kasih Suami Isteri Ni. Tapi 21 Cara Ini Memang Kena Buat, Barulah Makin Sayang. 

IKLAN

Sumber: Petua eratkan kasih sayang suami isteri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI